Friday, April 26, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.

Wednesday, April 24, 2013

Allah Knows

 Al-Baqarah 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : 
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan Kami janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berikanlah maaf kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Tuesday, April 16, 2013

Jalinan Ukhuwwah Siri-2

Sambungan Jalinan Ukhuwwah Kelab Sains Komputer

Pelbagai permainan telah diadakan oleh para pelajar. Di antaranya ialah bawa air dalam sampan (sampan kertas yang digunakan, bermakna para pelajar perlu berhati-hati kerana sampan tersebut mungkin koyak).
 Selain daripada itu, satu lagi permainan ialah Pin Tempura, pemain dikehendaki mencari pin dalam tepung tanpa menggunakan tangan.
 Pin Tempura
 Air dalam sampan
Habis muka disalut tepung!
 Apabila matahari mula membahang, kami meneruskan permainan di bawah wakaf yang disediakan ditepi sawah padi..
Ini adalah kumpulan saya...

 Ini pula kumpulan Puan Wan Khatijah
Permainan ini adalah "Passing the message" - satu rangkaian kata-kata akan diberikan kpd saya dan Pn Wan Khadijah ..kemudian kami akan pass the message kpd ahli yang lain satu demi satu hingga peserta yang akhir.. kemudian peserta yang terakhir perlu mengucapkan message tersebut kepada semua...pada peringkat ini message yg disampai kan akan di semak samada ianya sama dengan message yang pertama di deliver..
 Peserta terakhir dari kumpulan saya sedang menyampaikan message yang diterima oleh beliau ..
Kemudian perserta terakhir dari kumpulan Pn Wan Khadijah pula..

Akhirnya pemenang adalah dari kumpulan saya!!! Paling hampir dengan message asal..
Wakil menerima hadiah ! 

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday #32

 Kenangan di Kerteh, Terengganu April 2013





Saturday, April 6, 2013

Jalinan Ukhuwwah March 2013 - Siri 1

Hari Sabtu yang lepas, satu program bersama-sama para pelajar di bawah Kelab Sains Komputer telah diadakan di Bukit Cerakah, Shah Alam..
Hampir kesemua pelajar Sarjanamuda Sains Komputer dari semester 3 hingga sem 6 telah menghadirkan diri bersama-sama memeriahkan suasana....
Pensyarah yang datang untuk menjalin ukhuwwah dengan para pelajar ...hehehe macam kenal ajer yang sorang tu!
Pelajar sem 3 sedang bersedia untuk sorakan mereka. Pasukan yang membuat sorakan paling menarik akan mendapat hadiah!
Pelajar sem 4 pula menunjukkan sorakan mereka ..
 Sem 5 juga sudah bersedia untuk sorakan mereka!

Pelajar sem 6 tidak mahu ketinggalan ...!
Nampak ngam pulak dgn pasukan merah ini!
Bersama pelajar sem 5 yang sangat rapat dgn saya, bagaikan anak-anak saya, kerana pernah mengajar mereka selama 2 semester yang lepas..
Nama permainan ini ialah BATU CURI
Sukaneka pun bermula ...cepat..cepat! kalau jatuh kena reverse semula .. ada yang sampai pecah batu bata tu! Apakah? Batu bata pun tak larat nak tampung berat badan kah? hahaha
Kumpulan mana dapat kumpul getah paling banyak tanpa memegangnya ...?

terdapat 2 lagi permainan yang di pertandingkan ... sehingga matahari sudah mulai tegak di atas kepala dan bahang panas sudah mula semakin tinggi ..permainan sukaneka ini di hentikan ... dan semua pelajar di benarkan berehat sebelum berpindah ke dalam wakaf yang disediakan di tepi sawah padi ..

to be continued in next entry ...(mata sudah mengantuk daaa...)

Tuesday, April 2, 2013

MSC Malaysia MyProCert Open Day

Dear Esteemed Institutions of Higher Learning,
 
MDeC is organizing MSC Malaysia MyProCert Open Day on the 5th to 6th April 2013 at MSC Malaysia Knowledge Workers Development Centre, Cyberjaya in conjunction with Cyberjaya Carnival 2013. The objectives of this event are to create awareness on the professional certifications and job opportunities in the ICT industry.  
 
The Technology Update Talks and Mini Career Fair will also be organized with more than 300 job openings from 21 prominent ICT industry companies participating in the event. This will be a good avenue for your graduating students to expose themselves with the industry players and start embarking into the workforce.
 
We hope your participation in this event will have a positive impact to your students and also faculty members. Please feel free to contact the officers below should you have any inquiry;
 
 
Kindly refer to the EDM attached for further information. We look forward to seeing you soon.
 
Thank you.
 
Best regards,
 
Md Faizul Anuar
Talent Division
Multimedia Development Corporation (MDeC)
Suite 3-A, MSC Malaysia Knowledge Workers Development Centre
Block 3730, Persiaran APEC, Cyber 8
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
DID: +603-8323 7012 | Mobile: +6019-380 1025 | Fax: +603-8323 7001 
http://www.mscmalaysia.my
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....