Sunday, March 31, 2013

Daerah Lestari Bandar Bestari

Daerah Lestari Bandar Bestari

Lawatan pada 27hb Mac 2013 ke DAERAH LESTARI BANDAR BESTARI, Kampus PFI Jasin, Melaka. 

Inilah kampus baru untuk pelajar-pelajar FSKM dan Fak Perladangan (Agrotek) di Jasin, Melaka.

Lawatan tapak yang dilakukan minggu lepas menyaksikan hampir ~80% (menurut pihak kontraktor) sudah siap... tinggal 129 hari lagi (pada hari Rabu 27hb Mac 2013) (jika ditolak sehingga ke hari ini tinggal 124 hari lagi) countdown sehingga ke hari penyerahan ke UiTM pada 18 Julai 2013.
countdown!
Perbincangan dengan pihak kontraktor
Pemandangan dari pintu hadapan
Peta keseluruhan tapak (berwarna hijau)
 Inilah gambar Fakulti

Sains Komputer & Matematik di site office
Tadika juga disediakan ..(jadi staf yang mempunyai anak kecil jangan risau..sudah ada tempat penjagaan anak-anak)
Asrama / Kolej bagi para pelajar
Bangunan Perpustakaan yang sangat besar

Bangunan FSKM yg terletak bersebelahan Perpustakaan ...(senang lah pelajar dan pensyarah hendak pergi library, jalan kaki sebelah bangunan sahaja)
Akan terdapat 12 buah makmal komputer semuanya, 4 buah makmal di setiap aras ...
Ada gaya Engineer tak? nak pergi site kena pakai topi keselamatan dan kasut boot..!
 Berat ya amat boot tu!!Dah lah besar ... Jalan dah macam robot aja ...sebab takut semasa jalan boot tu tertanggal ! hehe
 Our Deputy Dean pun dah ada gaya Engineer !
Kawasan ini adalah penempatan bilik-bilik pensyarah ...
Pemandangan fakulti dari bhgn dalam ...bangunan ini berbentuk U

Ini adalah bangunan yang menmpatkan bilik-bilik kuliah ... terdapat 16 bilik kuliah, 8 bilik tutorial, 1 audiotorium, 3 Dewan Kuliah ...dan ...hurmm..terlupa pula apa lagi ..tapi yg pasti bangunan ini ada lif!
Juga terletak berdekatan dgn bangunan FSKM ...

Akhirnya hari sudah hampir petang, kami pun berundur diri kerana perjalanan balik ke Shah ALam juga akan mengambil masa beberapa jam..Semoga apa yang dirancangkan akan memberi kebaikan dan menafaat kpd semua orang yang terlibat ...
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah jalan Kemudahan bagi mereka terutamanya adik-adik pimpinan ku atau sesiapa sahaja yang akan menduduki Daerah Lestari Bandar Bestari ini...Ameen. 

Pindah

Bekerja dalam suatu organisasi, memerlukan komitmen yang menyeluruh.  Jika organisasi di mana kita bekerja perlu bergerak, maka pekerja-pekerja juga perlu berpindah. Perpindahan pekerja dari satu tempat ke tempat yang lain adalah lumrah dalam alam pekerjaan.  

Mereka yang mempunyai ibu bapa yang bekerja sebagai Guru, polis atau tentera lazimnya memang sudah maklum perlu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut keperluan pekerjaan.  Malah saya masih ingat semasa saya masih bersekolah rendah, bapa saya sendiri yang bekerja sebagai pegawai penjara (Warder ) juga di arahkan berpindah...malahan bukan bapa saya seorang sahaja, tetapi hampir keseluruhan pekerja perlu berpindah dari Muar, Johor ke Kamunting, Perak!!! Terbayang-bayang abah membuat tong-tong dari kayu untuk memuatkan barang-barang yang perlu dibawa berpindah.

 Apabila tiba harinya, kami semua menaiki bas-bas yang disediakan dan bertolak ke Taiping, Perak.. Perjalanan pada waktu itu dirasakan sangat jauh dan memakan masa yang sangat lama...kerana waktu itu masih belum ada Lebuhraya Utara-Selatan, bas-bas hanya mengikuti jalan-jalan kampung yang lama ...nostalgia semasa kecil!

Kini apabila diri sendiri memegang jawatan sbg seorang ketua jabatan kecil dalam sebuah organisasi yang besar, keputusan perlu dibuatPerkara paling sukar adalah memilih siapakah di antara mereka yang perlu berpindah.  Masing-masing tidak mahu kerana kehidupan sudah stabil di tempat dimana mereka bekerja sekarang, atau pun suami/isteri bekerja di sekitar Lembah Klang. Oleh itu, adalah mustahil suami/isteri dapat mengikut bersama berpindah ke sebuah negeri di selatan tanahair dan jauh ke pendalaman ladang kelapa sawit dengan tiada pembangunan langsung. 

Zaman sekarang pula menyaksikan ramai para isteri sudah bekerja, bukan lagi seperti zaman ibu bapa kita yg kebanyakannya hanya suri rumah. Apatah lagi sekarang ini, kebanyakan pekerja di bawah ku ramai yang perempuan, manakala suami masing-masing pula bekerja di syarikat-syarikat private di Lembah Klang..keputusan berpindah adalah sangat sukar! Malah sudah ada yang memberitahu akan meletak jawatan jika mereka diarahkan berpindah, manakala yang senior sudah berura-ura akan pencen awal.

 Alangkah mudahnya jika ramai yang volunteer sendiri ...tak perlu lah diarahkan mereka berpindah...


Friday, March 22, 2013

Keputusan peperiksaan SPM 2012

Syukur Syukur Syukur Alhamdulillah ..Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan rezeki ini kepada kami sekeluarga dan anak ku Wafa' khususnya.

Sebenarnya saya tidaklah menaruh harapan yang tinggi buat anak ku, Wafa' untuk mencapai keputusan yang cemerlang ..tetapi sememang rezeki Allah itu sangat luas, bukan sahaja terdiri dari wang ringgit malahan seperti ini juga, keputusan peperiksaan SPM 2012.

Seperti entri yang lepas, saya tulis sewaktu hendak ke sekolah Wafa'... sebenarnya dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa berdebar-debarnya hati ...tapi kena tunjuk cool saja kepada anak ... nampak dia relaks sahaja semasa nak pergi sekolah ...tapi dalam hati siapa yang tahu kan... mesti tuan punya badan lagilah berdebar2...
Persiapan pentas di SEPINTAR untuk majlis penyerahan keputusan SPM 2012
 Sampai sekolah dalam pukul 10:30pg...sudah nampak beberapa buah kereta ibu bapa sudah sampai, tapi tak banyak .. terus ke dewan sekolah ... menunggu hingga ke jam 11pg, tiada nampak tanda2 gurubesar nak datang umumkan ... kemudian baru dimaklumkan bahawa keputusan akan diumumkan pada jam 12 tghr...
Jadinya saya dan Wafa keluar dewan dahulu dan pergi ke kereta mengambil bekal makanan yang kami bawa...kerana perut sudah berkeroncong minta diisi ... ambil makanan dan duduk di wakaf di tepi padang sambil makan ...Alhamdulillah ...
Pengetua baru bersama penolong pengetua

Tepat jam 12 tghr kami masuk semula ke dalam dewan dan menanti kedatangan gurubesar sekolah yang baru... (hujung tahun lepas pengetua lama sudah pencen)
Pengetua mengumumkan result keseluruhan sekolah ...menurun! tapi Alhamdulillah seramai 40 orang pelajar mendapat straight A's ... tahun lepas seramai 62 orang pelajar...
Hati sudah  berdebar-debar ... adakah anakku termasuk dalam senarai 40 orang itu!

Penolong pengetua mula mengumunkan seorang demi seorang nama mereka yg mendapat straight A's...naik ke atas pentas menerima sijil dan hadiah mereka ...
Bermula dengan pelajar aliran Sains Agama ...diikuti dengan pelajar Aliran Sains Tulen ..dan akhirnya ..........................inilah yg dinantikan kerana anakku Wafa' aliran Teknikal - ...sudah 37 orang nama di panggil ..ini bermakna hanya tinggal 3 orang lagi dari aliran teknikal...
nama pertama : pelajar lelaki
nama kedua : pelajar lelaki
(aku sudah pasrah ...mungkin Wafa tiada rezeki nak dapat straight A's)
apabila penolong pengetua menyebut :
"dannnnn pelajar terakhir dari aliran teknikal adalah ...."
(aku sudah macam antara dengar atau tidak..)
WAFA' BINTI MOHD HASLAN!!
Wafa' Binti Mohd Haslan

Ya Allah...Betulkah apa yang aku dengar ini???

Tahniah anak ku!!
Wafa' diraikan oleh rakan sekelas

The ONLY GIRL dari aliran teknikal mendapat straight A's ..
Bergambar beramai-ramai

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Thursday, March 21, 2013

Keputusan Peperiksaan SPM 2012

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu .... anak ke parents yg berdebar-debar??? Lihat anak relaks saja...tapi mana tahu dalam hati kan ....emaknya lagi lah ... butterflies in the stomach ...macam kitalah pula yang ambil peperiksaan SPM ! ..


Ok ... nantikan laporan petang nanti ...sekarang sedang bersiap-siap hendak ke sekolah anak ...

Wslm.

Sunday, March 17, 2013

Parsley & Ketumbar



(rujukan: di salin dari facebook)
 
Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan
fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang

Saturday, March 16, 2013

SPM 2013

Kesibukan kerja, hari demi hari berlalu tanpa kusedari ...tiba-tiba saat daku membaca fb dan blog anakku, baru ku tersedar bahawa keputusan peperiksaan SPM 2013 anak ke-5 ku akan diumumkan pada minggu hadapan ! Tidak confirm lagi bila tarikh sebenarnya, samada 20hb Mac atau 21 hb Mac 2013?
Ya Allah....3 bulan berlalu begitu sekejap kurasakan ...
Allahu Akbar ..Allahu Akbar ... .. 

Semoga Allah memberikan keputusan yang cemerlang buat anak ku Wafa'...Ameen

Asam Pedas Tenggiri

Permintaan anak-anak, terutamanya Hana'... 
"Ummi dah lama ummi tak masak asam pedas... hari ni ummi masak asam pedas ya? Ummi masak sedappppp..."  wahhh..pandai sungguh Hana nak bodek ummi suruh masak ...
Ye lah, lagi pun seminggu lepas saya tak sempat masak ... kesian anak-anak ...apa nak buat, ummi sudah semakin sibuk sejak memegang jawatan ini ... ummi minta maaf ya ... (mode sedih ..)
ok..ummi dah masak ni...sila lah makan ya anak-anak ...

Asam Pedas Tenggiri style Johor (letak daun kesum ..hurrmmm memang wangi!)

Bengkel Semakan Kurikulum

After a few years, our curriculum needs to be reviewed again. Expecially in the field of Computer Science, everything evolves very fast...every now and then, there is always new knowledge, new findings, new technologies...etc....never ending... so, we need to review our curriculum in order to equip our students with basic knowledge in the field of Computer Science..
So, here we go...a start of another series of workshops ..
 A group of very enthusiastic lecturers in the midst of discussion of restructuring the curriculum of Bachelor Degree in Computer Science.

These reminds me of our own self... we need to always check and balance our ibadah to Allah SWT ...after a period of time, we need to Muhasabah our own self...maybe over the time we have drifted ourselves to duniawi matters only....kita terleka dan terlupa, bahawa kita perlu muhasabah diri kita juga... adakah kita sudah cukup mempersiapkan diri kita dengan segala ilmu Allah samada ilmu dunia atau ilmu Akhirat? untuk menghadapi saat-saat kita di sana nanti ...???

Sunday, March 10, 2013

30 tahun berlalu

1982, itu tahun aku menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah berasrama penuh di selatan tanah air.  Kenangan bersama rakan sekelas masih terpahat dalam ingatan ku. Pada 22hb Feb dan 23hb Feb 2013, selepas 30 tahun berpisah membawa haluan masing-masing dalam bidang pengajian yang dipilih, tercampak ke benua yang berasingan, kembali ke tanah air selepas tamat belajar, mendapat pekerjaan, mendirikan rumah tangga ....sehingga lah umur hampir mencecah setengah abad ... Alhamdulillah Allah izinkan bagi kami bertemu kembali menyambung silaturrahim yang terputus.  Syukur Alhamdulillah kita ucapkan juga kepada kemajuan teknologi , dengan adanya internet, www dan dengan terciptanya satu alat hubungan komunikasi sosial ..iaitu FACEBOOK, maka kami dapat menjejaki kembali rakan-rakan sekelas ini.

Selepas selesai tugasan di Dungun pada tengahari 22hb Feb 2013, aku mengatur rancangan hendak bertemu salah seorang ex-classmate yang bertugas dan tinggal di Kuala Terengganu.  ..Haslina Laili @ Ayi.  Selepas SPM, saya melanjutkan pelajaran ke USA manakala Ayi ke Australia.
 Bersama Ayi di hadapan Mesjid Kristal
1982 - 2013
 Kubah Mesjid Kristal

 Pintu Gerbang Taman Tamadun Islam
Signboard TAMAN TAMADUN ISLAM

 Selesai membawaku berjalan-jalan ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, sempat juga mencapai sehelai dua kain batik di Pasar Payang, akhirnya Ayi menghantarku ke stesyen bas di KT untuk menaiki bas ke Kota Bharu, Kelantan. 
Terimakasih Ayi kerana membelikan Azzah tiket bas ke KB .. InsyaAllah semoga bertemu kembali ...
 poster yang tergantung besar di stesyen bas KT ..rupa-rupanya PM hendak datang melawat KT pada hari esoknya, 23 hb Feb 2013

Monday, March 4, 2013

Bloggers Pantai Timur

Dunia blogging telah menemukan ku dengan ramai insan-insan istimewa.  Penulis-penulis tersohor tanah air, seperti Abdul Latip Talib @ Pak Latip, para ilmuan , chef2 terkenal di dunia blogging seperti Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN, Chef Hanieliza dari blog Hanieliza's Cooking dan ramai lagi ...masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. 

 Telah mengenali bloggers Mulan, Mak Lang dan Kak Hanieliza / chef Hanieliza sejak era mula berblogging pada 2007 lagi ... waktu itu tiada facebook, hurmm..bukan tiada, tetapi facebook masih belum dikenali ramai ...
Pada waktu itu, blog adalah medium utama dalam berhubung di alam maya ... 

Telah beberapa kali berjumpa dengan Chef Hanieliza, perkenalan di alam maya terus terjalin ke alam realiti.  Pertama kali bertemu Chef hanieliza semasa Kak Liza datang ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk membuat demo masakan, ada saya ceritakan di sini.  Kemudian saya berkunjung ke rumah anak Kak Liza di Klang untuk membeli buku masakan beliau yang terkenal. 

Cuma dengan Mulan dan Mak Lang sahaja yang masih belum ketemu sejak tahun 2007 hingga 2012.  Beberapa kali merancang hendak bertemu apabila Mulan ke KL   tetapi selalu tidak berkesempatan.  begitu juga dengan MakLang, beberapa kali ingin bertemu apabila MakLang ke KL mengikut suami atau mengajar kelas Ribbon Embroidery nya tapi masih belum diizinkan ALlah untuk bertemu. Ada sahaja perkara yang hendak ku lakukan semasa MakLang datang ke KL.  MakLang ni bukan sahaja pandai masak seperti Kak Liza, tetapi juga pandai membuat craft Ribbon Embroidery , boleh lihat di blog MakLang lagi satu Ribbon Chanteq.  

20hb Feb 2013 melakar sejarah dalam dunia berblogging bagiku kerana setelah sekian lama mengenali mereka di alam maya, akhirnya diizinkan ALlah jua kami bertemu.  Tugasan kerja memaksa ku pergi jauh ke daerah Dungun di Terengganu. Sengaja ku tempah tiket kapalterbang awal pagi agar ku mempunyai masa untuk bertemu sahabat bloggers Pantai Timur ini...
Perancangan dibuat awal agar sebaik sahaja aku mendarat di Kuala Terengganu, dengan menaiki van UiTM Dungun Terengganu akan terus ke Dungun, ..namun kita merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.  Sebaik sampai sahaja di  lapangan terbang Kuala Terengganu, rakan-rakan sekerja yang menaiki pesawat bersama hendak bersarapan pagi terlebih dahulu dan kemudian mereka hendak berjalan-jalan di KT.  Mereka ramai, aku seorang sahaja yang hendak ke Dungun dahulu.  Aku mengalah, tetapi dalam hati risau kerana sedar MakLang, Kak Liza dan Mulan sudah pun bersusah-payah memasak dan kami merancang hendak berpiknik ditepi pantai.  Ligat otak ku berfikir, bagaimana caranya hendak ke Dungun bersendirian... lalu aku menyuruh driver van menunggu sebentar sementara aku masuk semula ke airport dan bertanyakan teksi dari airport ke Dungun.  WOW! terkejut juga apabila diberitahu bahawa tambangnya RM100! hurm... Plan A tak jadi, fikir Plan B pula.  Lalu terus bersama-sama mereka menaiki van ke pekan KT, menghantar mereka ke restoran untuk bersarapan...al-maklumlah kami sudah keluar rumah dari awal jam 4 pagi lagi hendak ke LCCT..selepas menghantar rakan-rakanku, aku meminta driver van menghantarku ke stesyen teksi ... tanya-tanya ...mereka hendak tambang RM80 satu teksi... aduish...masih mahal ... Plan B tidak jadi lalu terus ke Plan C... pergi ke stesyen bas... pusing2 tanya, bas ekspres pukul 8:30pg sudah berlepas, next bas adalah pukul 10:30 pg oleh .. nak naik bas henti-henti pun sudah berlepas... lalu aku duduk menunggu ... lebih kurang setengah jam kemudian ternampak bas Maju Ekspress tulis hendak ke Dungun, Alhamdulillah akhirnya jam 9:30 pg dapat menaiki bas Maju Ekspres ke Dungun. 

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam... tidak ramai penumpang dan bas bergerak agak laju juga... lebihkurang jam 10:30pg sudah kelihatan bangunan dan kedai tertulis perkataan "Dungun" ..bermakna kami sudah tiba ke daerah Dungun... tapi bas masih belum berhenti. Bila nak sampai stesyen bas Dungun ni? tertanya2 dalam hati.  "Ah...mungkin belum sampai lagi agaknya" ..
Tiba-tiba  telefonku berbunyi! tengok nama tertera nama Kak Liza. Terus kuangkat.  "As-Salam kak", aku menyapa.  
Kedengaran suara Kak Liza dihujung talian. "Wa'alaikumsalam Azzah.  Azzah kat mana sekarang? " tanya Kak Liza. 
Terus kujawab, "dalam bas kak."  
Tiba-tiba Kak Liza terkejut,"Eh, Azzah, stesyen bas Dungun dah lepas dah. Kita bertembung tadi di traffic light.  Kenapa bas tak berhenti sana? ok Azzah suruh driver bas berhenti kat depan tu ada Sek Men Sains Dungun. Azzah turun dan tunggu situ, akak patah balikambil Azzah." 
"Ok kak. Terimakasih." jawab ku. Terus aku bangun dan berjalan terhoyong-hayang dalam bas menuju ke pemandu dan bertanya, "pakcik tak berhenti ke di Stesyen bas Dungun? Saya nak turun situ... tak apalah..turunkan saya di depan tu di Sek Men Sains Dungun.  "
"Oh..awak nak turun Dungun ke?" tanya pakcik bas tu. 
wahhhh..terkejut saya, pakcik ni tak tahu ke saya nak turun Dungun, Alhamdulillah Kak liza and the geng nampak bas saya ni tadi, kalau tidak dah terlajak sampai ke Kerteh dan terus ke Kuantan pulak! huhuhu... gelihati pun ada ...satu sejarah dalam hidup ..dah lama tak naik bas ...   

Turun sahaja bas, saya terus menunggu di depan SMS Dungun, tiba-tiba ternampak ada satu stesyen minyak Petronas kat depan, terus saya melintas jalan dan menuju ke toilet ...sejak pagi turun dari kapalterbang tadi tidak berkesempatan ke toilet ...
 keluar sahaja saya terpandang kan kereta Honda CRV putih kepunyaan MakLang (setelah MakLang mention dalam fb kata nak bawa CRV ni)  ...teruja sungguh makcik-makcik bloggers ni dapat berjumpa bersama. Kami bersalam berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa, sedangkan sememangnya kami belum pernah berjumpa, hanya bertegur sapa dan bertemu di alam maya , namun Allah telah mengikat hati-hati kami seumpama saudara sendiri layaknya. Naik sahaja kereta makLang terus kami bergerak menuju ke tepi pantai Dungun .. Alhamdulillah lama tak tengok pantai ...cantik dan sayu melihat ombak menghempas pantai dan pepohon meliuk lentok dibuai bayu laut ...

Kereta terus dipandu kehadapan mencari port yang sesuai untuk kami berpiknik...akhirnya kami bertemu sebuah wakaf yang masih tiada pengunjung berteduh di bawahnya .. 

wahhh..sungguh terharu melihat betapa banyaknya makanan yang dibawa oleh sahabat ku bertiga, seperti hendak menjamu 20 orang sahaja!     

 lalu hari ini dalam sejarah ... pertemuan 4 orang makcik bloggers ...
dari kiri: Mulan, Mak Lang, nurazzah8 dan Chef Hanieliza(gambar ni kurang clear ...)
 Pertemuan dengan Makcik bloggers Pantai Timur

 Alhamdulillah, Akhirnya impian ku hendak bertemu makcik bloggers dari Pantai Timur tercapai jua, cuma 2 orang lagi makcik bloggers tidak dapat hadir iaitu SilverSarina dan Fa Atip. InsyaAllah sehingga bertemu kembali!!! Illalliqa...maassalamah...
 

Saturday, March 2, 2013

Servis Badan - Urut / Massage

Alhamdulillah, Allah memberi ku sekali lagi peluang dan kesempatan untuk merawat dan memanjakan diri ... 
Makcik tukang urut datang lagi dan selepas 2 bulan, segala urat-urat dalam badan yang tegang dan bersimpul-simpul dapat diurut/massage dan diluruskan agar pengaliran darah dalam badan dapat berjalan dengan lancar ..Apabila pengaliran darah berjalan lancar, maka oksijen juga dapat dibawa ke seluruh badan dengan baik ...Urutan yang baik dapat memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta  meningkatkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Antara kesan emosi adalah meningkatkan perasaan tenang dan mengurangkan stress atau tekanan.

Sejarah Urut
(rujukan: http://panduanwanita.blogspot.com/2007/03/ceria-menawan-urut-rangsang-aliran.html)


TIADA siapa yang tahu asal usul urut kerana terlalu panjang untuk dijejaki. Ukiran pada kubur Mesir purba menunjukkan amalan ini diamalkan secara meluas dalam masyarakat itu.

Perkataan urut atau massage dalam bahasa Inggeris kemungkinan besar diambil dari perkataan Portugis, amasser yang bermaksud, menguli atau meramas, yang digunakan oleh penjajah Perancis di India pada abad ke-18.

Perkataan ini juga mungkin diambil dari bahasa Arab, massa, yang bermaksud menyentuh.

Kehebatan urut dapat dilihat apabila buku perubatan tradisional Cina bertarikh 2,700 tahun Sebelum Masihi menyarankan latihan pernafasan, urutan pada badan serta senaman pada tangan dan kaki sebagai cara merawat lumpuh, kesejukan dan demam.

Di kalangan ahli perubatan Greek dan Roman, urut adalah antara kaedah utama untuk melegakan kesakitan. Maharaja agung Roman, Julius Caesar, dikatakan diurut setiap hari untuk merawat sakit sarafnya.

Di Barat, Pech Henrik Ling (1776-1839) dari Sweden, dianggap sebagai bapa urut moden kerana beliau memodenkan teknik urut berdasarkan fisiologi.

Falsafahnya, tubuh bukan seperti mesin tetapi adalah sesuatu yang hidup dan melambangkan perasaan manusia, memberi kesan besar terhadap teknik urut Barat hingga tekniknya yang dikenali urut Swedish kemudian terkenal di seluruh dunia.

Pada 1895, Persatuan Juru Urut Terlatih ditubuhkan di Britain untuk meningkatkan kualiti bidang ini. Malah pada 1899, St George Hospital di London mempunyai jabatan urut.

Di Asia, urut di India bukan hanya untuk tujuan perubatan. Ukiran erotik di Khajuraho dan Kamasutra menunjukkan teknik urut tertentu boleh mengubah perasaan manusia dengan memberi rangsangan dan ketenangan.

Di China, pelajar bidang perubatan mempelajari dan menduduki peperiksaan dalam bidang urut dan akupuntur serta menduduki peperiksaan yang bertujuan memahirkan mereka untuk merawat pesakit. Peringkat pertama kelayakan, hsiu ts’ai menyemai ijazah pertama pada zaman sekarang.

FAKTA: Jenis Urutan

Anma
Diperkenalkan di Jepun lebih 1,300 tahun lalu. Urut Shiatsu juga berasal dari teknik ini. Teknik ini tidak menggunakan minyak dan sebaliknya berdasarkan pergerakan menguli.

Terapi Bowen
Menggunakan pergerakan mengguling terhadap otot, ligamen dan sendi.

Lomilomi
Berasal dari cara merawat kuno Hawaii

Urut Batu
Menggunakan batu licin sejuk atau panas, kebiasaannya adalah marmar atau basalt. Batu diletakkan di titik tumpuan utama tenaga seperti Chakra untuk meningkatkan pengaliran tenaga.

Urut Swedish
Gaya ini menggunakan urutan panjang dan berterusan, tetapi tidak semestinya menghala ke jantung. Urut ini direka untuk meningkatkan pengaliran darah.

Urut Thai
Asal-usul urut ini adalah berasaskan Ayurveda di India. Tidak menggunakan minyak dan tertumpu kepada regangan dan melonggarkan otot tubuh.

Urut Tai Chi
Urut ini menggunakan prinsip semula jadi Tai Ji, Yin dan Yang, untuk mencapai keseimbangan tenaga tubuh dan mencapai kesihatan tubuh dan semangat.

Urut Shantala
Teknik purba India ini mempunyai ciri berirama dan diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Urut ini diperkenalkan ke Barat oleh pakar perbidanan terkenal Perancis, Dr Frederique Leboyer dalam bukunya `Loving Hands: The Tradisional Art of Baby Message’.

Urut Kulit Kepala
Diamalkan oleh tukang gunting rambut di Hong Kong, yang mengambil masa antara 30-45 minit ketika menguli syampu pada rambut. Urut ini juga biasa dilakukan di India.

Urut Mayan
Diamalkan di Amerika Latin dengan tumpuan di bahagian perut. Bertujuan memperbaiki penghadaman dan bahagian peranakan.

Mesjid Baru Bukit Jelutong, Shah Alam

Sibuk dengan urusan dunia hari demi hari tidak sedar tiba-tiba sudah habis seminggu ... tibalah masa untuk aktiviti mingguan bersama kumpulan usrah ku untuk bertadarus, membaca terjemahan dan tafsir ayat-ayat Al-Quran yang dibaca bersama, menghayati seerah Rasulullah SAW dan kisah-kisah perjuangan para sahabah sebagai panduan hidup di dunia ini..

 Mesjid Tengku Ampuan Jemaah

Minggu ini, setelah penat memikirkan perkara-perkara di pejabat, I'm looking forward for our group meeting, and this week we will meet at Mesjid Tengku Ampuan Jemaah, a newly built mesjid in Bukit Jelutong, Shah Alam. We will having our iftar and group discussion there.  The structure and minarets of the mesjid resembles Mesjid Nabawi in Madinah

Side Entrance

 Mimbar and the praying hall for muslimin

 Praying Hall for muslimat on the left side, first floor, very big and spacious
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"   (surah Al-Anfal: ayat 63)
Having our iftar and group discussion together, Alhamdulillah..

YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....