Tuesday, February 19, 2013

Sunday, February 17, 2013

Bengkel Mesra IT

Alhamdulillah, semalam Sabtu 16hb Februari 2013, telah berlangsung dengan jaya Bengkel Mesra IT untuk Wanita IKRAM Shah Alam, yang berlangsung di Makmal Komputer di bangunan SUK, Shah Alam.
Beberapa minggu lalu, saya dan Puan Norasiah, rakan sekerja, telah mendapat jemputan untuk menjadi penceramah bengkel tersebut.  Sudah lama saya tidak mengajar orang dewasa.  Suatu masa dahulu saya pernah mengajar students PLK (Pengajian Luar Kampus) di Fakulti Perakaunan.. setelah banyak mengajar kelas Full Time, dan anak-anak yang semakin membesar menagih masa saya sebagai seorang ibu, saya tidak lagi mengambil kelas PLK (kelas ini diadakan di waktu malam)... kini saya kembali mengajar pelajar MATANG.. kebanyakkannya (atau boleh dikatakan hampir keseluruhannya) berumur 40 tahun ke atas...
update: ingatkan tak ada akhawat yang ambil gambar, rupa-rupanya ada. 
Di antara peserta yang hadir

Pada mulanya agak nervous jugak, walaupun kebanyakkannya saya sudah kenal sebelum ini.. mereka terdiri dari rakan-rakan sekerja juga, ada yang tinggal berjiran dengan saya...
tetapi lama-kelamaan rasa nervous hilang ... timbul pula rasa seronok...

Apa yang saya ajar kepada mereka dalam Bengkel MESRA IT ini?


  Ini slide pertama dari ceramah kami

Mengapa pentingnya ilmu mengenai Social Network Media ini kepada "makcik-makcik" ni? Cuba anda lihat sekeliling anda sekarang.  Boleh dikatakan hampir setiap rumah di Malaysia sekarang, mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer, samada komputer peribadi (PC), komputer riba (laptop), tambahan lagi sekarang sudah muncul pula Ipad, Tab ..dan sebagainya ... termasuklah SMARTPHONE!  Di mana-mana orang ramai mula mengakses internet, sebagai salah satu cara, atau media dalam perhubungan sosial... Ini yang dikatakan social network ...yang dihubungkan melalui media internet..

Lihat pula apa yang anak-anak anda sedang lakukan? Rata-rata anak-anak muda sekarang berhubung dengan rakan-rakan sebaya melalui internet, samada facebook dan yang paling popular sekarang adalah twitter.

Bagaimanakah ibu bapa hendak berhubung dengan anak-anak? Frankly speaking, kadang-kadang saya terpaksa menggunakan facebook untuk berkomunikasi dengan anak-anak ... kerana saya rasa, mesej yang saya hendak sampaikan , lebih berkesan melalui medium ini ..kerana saya tahu anak-anak akan sentiasa memeriksa status fb mereka ..apatah lagi mereka yg mempunyai smartphone.

Manakala, "makcik-makcik" ini pula adalah da'ie yang akan membimbing dan berkomunikasi dengan anak-anak usrah mereka yang mungkin terdiri dari para remaja dan di awal umur 20an.  Kadang-kala diantara mereka perlu berkongsi data dan maklumat yang disimpan dalam file.  Bgmn hendak berkongsi data dan maklumat ini, jika "makcik-makcik" ini tiada emel? tidak tahu menggunakan facebook, atau twitter
Ada juga saatnya, dimana sesuatu program atau ceramah yang dianjurkan telah dirakamkan melalui video. Bagaimana pula hendak berkongsi video ini? Cara yang paling mudah sekarang adalah melalui YouTube.

Oleh itu, "makcik-makcik" ini perlu UPGRADE diri mereka setaraf atau sama level dengan anak-anak remaja ini, demi untuk menyampaikan dakwah dan juga berkongsi data dan maklumat di antara sesama sendiri.

Alhamdulillah, masa 4 jam bermula dari pukul 9:30 pg hingga ke pukul 1:00ptg, tidak terasa sama sekali... "makcik-makcik" ini sangat excited dapat belajar mengenai social network media ini.. masih banyak lagi yang perlu dipelajari... kemungkinan kita akan sambung di lain bengkel...InsyaAllah.

(malangnya saya lupa langsung hendak mengambil gambar sepanjang bengkel ini di adakan!
update: sudah dapat gambar . Terimakasih PM Dr Rosma) 

Friday, February 15, 2013

Chocolate Chips & Coconut Muffins

Teringin makan brownies pula hari ni ...teringat brownies yang selalu bau wangi aje kat tepi excalator di Kompleks PKNS ...huhu .. 
update: eh! silap ..bukan brownies tapi MUFFINS ...
cari bahan-bahan yang ada dalam almari saja, vitamin "M" sangat besar melanda ku...malas nak keluar rumah..

Chocolate Chips & Coconut Muffins

3 1/4 cups(390 g) plain flour
1 tablespoon baking powder
3/4 cup  brown sugar
1/2 cup caster sugar
100 g chocolate chips
2 1.2 cups shredded coconut (beli kelapa parut kering khas untuk buat cookies)
1 1/4 cups milk
100 g butter (melted)
2 eggs, lightly beaten

1. Preheat oven to 180 degree Celcius
2. Lightly greese a 5cm muffin or patty pan
3. In a big bowl, shift flour and baking powder.  Add the brown sugar, castor sugar, chocolate chips, and coconut. (stir lightly to combine all ingredients)
4. Add the milk, melted butter and eggs, mix through ALL ingredients until all are combined.
5. Three quarter fill each of muffin moulds with the mixture and bake until muffins aare brown.

SELAMAT MENCUBA!!


Wednesday, February 13, 2013

Reunion Findlay-Bowling Green

12hb Feb 2013, satu hari yang sangat bermakna bagi ku dan suami.  Alhamdulillah, pertemuan dengan sahabat-sahabat seperjuangan semasa di USA 26 tahun yang lalu ... 
1986 - 2013 

Alhamdulillah , Syukur ke hadrat Allah kerana masih memanjangkan umur  dan memurahkan rezeki kami untuk bertemu kembali ...
Sebenarnya ini adalah reunion teman seuniversiti suami, di Findlay College, 1981 - 1982, kemudian masing-masing berpindah universiti, ramai yg berpindah ke Bowling Green Uni dan Ohio State Uni di Columbus Ohio ..manakala saya pada mula di hantar ke Heidelberg College di Tiffin, Ohio .. lebih kurang 1/2 jam perjalanan ke Findlay , dan Bowling Green... Tiffin terletak di tengah-tengah, sebelah barat Daya Findlay  dan Defiance, sebelah barat Bowling Green, sebelah utara, Toledo, selatan Columbus dan Athens... 
Disebabkan kami berempat sahaja di Tiffin (ya, kami pioneer dan tiada seniors semasa kami datang) maka setiap kali weekend atau cuti semester, kami akan pergi ke tempat-tempat berdekatan yang ramai seniors ... seperti Findlay dan Bowling Green. Jadi rakan2 suami adalah rakan2 kami juga ...
5 orang di atas akan berumur setengah abad, 50 tahun pada tahun ini,
manakala 3 orang akan berumur 49 tahun ...
tetapi mereka kelihatan masih tegap dan sihat , Alhamdulillah..

Antara makanan yang ada, acara pot luck, nampak tak Apple Pie, atas meja tu? 
(kemaruk buat Apple Pie skrg...)
Kaum ibu makan di ruang makan ... 
Red Velvet Cake 6 lapis, anak Bro Megat yg buat ...sedap ...
Alhamdulillah

Berbual, berborak sakan hingga tak sedar sudah ke petang.  Solat Asar berjemaah bersama-sama berimam kan Imam Muda Ammar Al-Hafiz ...
Akhirnya apabila jam sudah menunjukkan pukul 7 petang...kami pun mula beransur pulang ...
masing-masing membawa lebihan makanan yang melimpah ruah ...rezeki murah , Syukur Alhamdulillah...
Tuan rumah, Kak Suba buat soto dan roti jala, kak Anoi bawa karipap sardin yang sangat sedap... Saya bawa Apple Pie, Bro Gee bawa Aglio Olio , Bro Shidi@Pak Lang bawa spagetti ,  Bro megat bawa 3 biji kek pelbagai rasa ... Red Velvet, Kek Coklat dan Orange Sponge Cake..ada yang bawa sate ..dan lain-lain ...
Masing-masing pulang dengan perasaan puas hati dan masih terbayang kenangan bersama-sama di Ohio 26 tahun dahulu ... NOSTALGIA!!!

Monday, February 11, 2013

Akil Baligh

Anak ke-7 ku Zubair 

Cuti panjang sempena Tahun Baru China ini memberi peluang kepada anak-anak yang duduk di asrama pulang ke rumah.  Buat masa ini yang masih bersekolah di asrama ialah anak ke-6 dan anak ke-7.  Tapi Mu'adz anak ke-6 tidak pulang kerana menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh sekolah.  Oleh itu yang balik hanyalah Zubair.

Zubair pernah mengalami kemalangan semasa darjah 6 dahulu.. Ada saya ceritakan di entri ini, dan ini ... 

Alhamdulillah, sehingga saat ini sudah banyak perubahan kepada diri Zubair... Ingatannya sudah pulih 100% ... jadi minggu ini apabila Zubair balik, saya sangat gembira. tapi mula-mula dia balik, saya tegur, "Zubair batuk? sakit tekak ke? " sebab suaranya kelihatan besar dan garau ...ingatkan dia sakit tekak dan batuk ...tapi dia jawab, "tak lah ummi ...adik tak batuk.." (oh ..dia masih bahasakan diri sebagai "adik" sebab jarak antara Zubair dan Hana anak bungsu ku agak jauh, ...ingatkan Zubair yang bungsu... tu yang dia dah bahasakan diri dia "adik" )   ... tiba-tiba ummi senyum.... terus ummi cakap, " Ohhhh...anak ummi dah besar ya .... Alhamdulillah ...."  (dah akil baligh lah tu .... ) nampaknya kesemua anak lelaki ku sudah menjadi anak bujang!!! huhu...kena mempersiapkan diri dan mental ... tak lama lagi nak terima menantu ... menantu perempuan yang pertama !!!
 

Sunday, February 10, 2013

Besan dan Menantu

Assalamu'alaikum wrt wbt.  Bercakap mengenai topik ini, membuatkan ku tersedar ! detik-detik masa berlalu terasa begitu cepat... perasaan masih terasa muda seolah-olah 20an ..namun hakikatnya anak-anak sudah semakin membesar, mereka bukan lagi anak-anak kecil yang perlu dimandi dan dipakaikan baju, tidak perlu lagi menyuap mereka makan ... Rupa-rupanya mereka sudah sampai ke fasa kehidupan di mana masing-masing hendak membina keluarga sendiri pula!!! dan rupa-rupa kehidupanku di dunia ini sudah hendak masuk setengah abad!

Semalam kami menerima tetamu dari jauh ... mereka adalah bakal besan dan bakal menantu ku ...
Sewaktu anak ketiga ku Ammar menyatakan hasrat mereka hendak berkunjung, hati menjadi berdebar-debar! hahha..apataknya ... dalam kepala sudah memikirkan apa yang hendak ku jamu... Ialah mereka hendak datang waktu malam, waktu makan, takkan nak hidang hidangan ringan ..sampai waktu makan kena lah jamu makan ye tak? Inilah kali pertama aku hendak menerima kunjungan bakal besan ke rumah ... Alhamdulillah semalam cuti, pagi-pagi sudah ke pasar membeli lauk dan sayur yang hendak di masak ...

Seperti dalam entri yang lepas, aku akhirnya mengambil keputusan untuk memasak menu kampung... orang Johor kan..so asam pedas Johor tak boleh tinggal ... Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar dan makanan yang ku masak juga hampir habis di makan ...Alhamdulillah, tiada rezeki terbuang ..
Selepas selesai makan ... Sebelum makan tak sempat ambil gambar ...
 tukang ambil gambar pula tak fokus betul2... so, gambar ni blur saja lah...

gambar ni clear sikit, duduk berborak2 selepas makan

Bakal besan...anak mereka juga 8 orang .... tapi bakal menantu ku anak bongsu ...
nampaknya 2 orang bakal menantu ku anak bongsu ..

Bakal menantu

Last sekali appetizer ...sebelum mereka pulang, kami jamu dengan Apple Pie ...fresh from the oven ...

Alhamdulillah ..semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar...

Saturday, February 9, 2013

Masa Lapang Sebelum Masa Sibuk

Assalamu'alaikum wrt wbt wahai sahabat di alam maya semua... Lama sudah tidak menulis di sini.  Rindu untuk menulis datang bertamu di hati, tatkala diri sedang sibuk hendak menyediakan juadah buat bakal besan yang akan berkunjung malam ini ...Take a break! kaki ku sakit berdiri lama di dapur... ambil nafas dan pabila keringat sudah kering, akan terus mengambil wudhuk dan solat Asar sebentar lagi.  Selepas itu akan menyambung kembali memasak...

Apa menu malam ini? Aku mengambil keputusan untuk memasak emnu kampung sahaja, Ikan tenggiri masak asam pedas ala Johor, Ikan siakap akan ku masak "steam",  sayur KaiLan ikan masin, sambal belacan dan sedikit ulaman ... dimakan bersama nasi putih ...
ok ..got to go now... nanti saya update lagi selepas tetamu pulang ..

Bye ...

p/s: jari jemari laju sahaja menekan keyboard tatkala diri sangat sibuk ... I think I can manage time more meaningfully when I'm busy... bila banyak masa lapang rasa tak ada apa yang dicapai ... bermalas-malasan ... (alasannnn .... hehe)


Wednesday, February 6, 2013

Monday, February 4, 2013

 Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari
telah datang ke Surau At-Taqwa berdekatan rumah ku pada malam 28/01/13 yang lalu...
Masyaallah, melihat muka Tuan Guru secara live memberikan satu perasaan yang tidak terkata dalam diri ini. Muka beliau kelihatan berseri-seri bersinar bercahaya sungguh suci ..daku terbayangkan dalam buku sirah Rasulullah SAW yang ku baca dulu, bagaimana mereka menggambarkan rupa Rasulullah, yang putih bersih kemerah-merahan ... sudah semestinya berkali-kali ganda lebih berseri dan bercahaya dari wajah TG Syeikh Nuruddin ini... Ya Allah ..daku rindu untuk bertemu dengan mu Ya Rasulullah SAW...


"*KENALilah Allah di waktu LAPANG, Allah akan mengenalmu di saat kamu SENGSARA (sempit)...
*Bagi org yg (teguh) berPRINSIP, bukan keMATIan tapi apakah ROH mendapat RAHMAT SELEPAS kematian yg dirisaukan...
*Apa salahnya MAULID, Syair, qasidah, etc (SELAWAT) utk mengingati keCINTAan kita kpd Nabi SAW..." 


-TGSyeikhNuruddin @SATS7SA 280113


Friday, February 1, 2013

Do'a Al-mathurat


Ya Allah kurniakanlah lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusuk ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari merbahaya. Kami mohon kepadaMu ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa minta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan minta.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat amnya.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....