Sunday, January 27, 2013

Outing Together

Kehidupan kita sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan.  Tidak kira urusan rasmi atau tidak rasmi, urusan kerja, urusan rumahtangga, urusan anak-anak, urusan persekolahan, dan pelbagai lagi.. Semuanya menuntut masa yang kita ada. Masa yang kita ada iaitu 24 jam sehari semalam.   Setiap manusia, insan di muka bumi ini mempunyai 24 jam sehari semalam, tidak kurang dan tidak lebih...namun begitu, mengapakah kita selalu mendengar orang berkata (termasuklah diri saya sendiri) ... "Tak cukup masa..!" , "kalau boleh satu hari nak lebih dari 24 jam", .. "saya tak ada masa nak buat itu, nak buat ini" , dan ada juga yang rasa ada banyak masa lapang....dan macam-macam lagi ...

Sebenarnya yang membezakan setiap orang adalah bagaimana seseorang itu menguruskan masa yang ada. ... dan bagaimana kita meletakkan "keutamaan" atau priority kepada sesuatu perkara yang hendak kita lakukan.  

Dengan tugasan baru yang saya pikul ini, menuntut agar saya lebih pandai membahagikan masa yang ada, di antara tugasan rumah tangga sebagai seorang isteri, ibu , tugasan di tempat kerja, tugasan rasmi dan tugasan tidak rasmi. 

 Dicelah-celah kesibukan tersebut, kita perlu pandai "mencuri" masa untuk bersama anak-anak yang sudah semakin dewasa dan mereka juga sudah mempunyai kehidupan sendiri yang perlu diuruskan dengan baik juga. 

          Ini antara detik-detik yang sangat dihargai, All girls in the family...bukan senang sekarang dapat bersama-sama pada sesuatu masa...

Hendak bersama-sama dengan kelapan-lepan orang anak juga sudah semakin sukar.  Samada seorang anak itu bekerja, ada yang di asrama, ada yang keluar bermain bersama kawan-kawan, ada yang balik bercuti ke kampung... Ya Allah, sedang rindukan suasana di mana semua anak-anak dapat bersama.  Doaku agar Allah dapat pertemukan kami sekeluarga bersama-sama lagi di masa akan datang, InsyaAllah...
Ameen. 

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

Ya Allah, berilah ku panduan dan pedoman...Ilhamkan dan tunjukilah kepada ku cara bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin yang adil, pemimpin yang senang di dekati oleh anak buah tetapi pada waktu yang sama dihormati oleh ramai orang...Ya Allah hanya pada MU aku berserah...
 

 1. BERIMAN DAN ADIL 

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

 2. MENGENALI DAKWAH 

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

 3. MENGENALI JIWA 

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya.

Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

 a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
 b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.
 c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
 d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

Saturday, January 19, 2013

Ciri-ciri kepimpinan Islam - 1

Seorang pemimpin sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan yang ditunjangai pula dengan keikhlasan dengan semata-mata mencari mardhatillah.

Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.

Firman Allah :Maksudnya :

 “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al Baqarah : 30) Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam.

 Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan.

 
Rasulullah pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith) 

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah terserlah. 

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.

 Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya :

Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran : 19)


sumber:

Saturday, January 12, 2013

Lantikan Jawatan Baru

Ya Allah Ya Tuhan, aku redho dengan takdirMu. jika ini sudah tersurat buatku, Engkau kurniakanlah kepadaku kekuatan iman dalam diriku, agarku dapat mengharungi tugasan yang diamanahkan kepadaku ini dengan cemerlang dan semoga Engkau ilhamkan kepadaku pilihan yang benar dalam membuat keputusan yang adil dan saksama.

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu dari sifat bacul dan kikir. Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."

"Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku. Sejahterakanlah pendengaranku. Sejahterakanlah penglihatanku.

Wednesday, January 9, 2013

Sunday, January 6, 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

 
Sejak bermula tahun baru 2013 ini, tidak punya cukup masa hendak update blog.  Idea banyak tapi bila mengadap blogger ni , kadang-kadang macam tak keluar nak tulis apa ... maybe I'm experiencing "Writer's Block"? ...Jadi hendak dapat idea, saja-saja blogwalking ke blog otai-otai ... 
oklah ..since tak tahu nak tulis apa...jom kita join segmen-segmen yang dianjurkan oleh bloggers otai ni..

Sebagai pengenalan, kita perlu menerangkan dengan ringkas berkenaan blog sendiri. 
Blog saya ini sudah agak lama bertapak, sejak awal tahun 2007, sudah hendak masuk 7 tahun... Asalnya tujuan saya berblogging adalah dengan tujuan hendak mencatatkan pengalaman pengembaraan saya ke bumi anbiya, iaitu al-Urdun atau Jordan...Lama kelamaan saya juga berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang wanita berkerjaya yang sedang melanjutkan pelajaran ...susah senang dalam segala dugaan dan cabaran dalam perjuangan menuntut ilmu hingga ke peringkat yang tertinggi ...saya tuliskan di blog. Ibaratnya blog ini sebagai satu tempat saya me"release"kan tension/stress dalam perjuangan dan perjalanan hingga ke penghujung jalan ...Ia juga sebuah catatan kembara saya sebagai seorang ibu kepada 8 orang anak, yang sedang membesar dan sebagai seorang Hamba Allah yang masih mencari bekalan buat hari kemudian nanti, Insyaallah. Semoga perkongsian ini dapat memberi menafaat kepada diri sendiri, keluarga, sahabat handai baik di alam sebenar atau alam maya ini...


Segmen pertama yang saya join pada tahun 2013 ini. Tarikh tutupnya ialah pada 9 Januari 2013.
Dianjurkan oleh HasrulHassan.com yang merupakan blog pendidikan buat blogger, banyak informasi yang sangat berguna bagi bloggers yang baru hendak belajar selok-belok berblogging...bagi bloggers yang lama juga boleh refresh kembali dan juga mungkin banyak lagi ilmu berblogging yang belum diketahui ...

Wednesday, January 2, 2013

American Apple Pie

Selepas mendapat mixer yg baru, bersemangat sikit nak buat kuih ...cuba tengok mixer yang baru saya dapat di sini..
Sudah lama saya tak buat Apple Pie. Dulu semasa belajar di USA, saya rajin buat Apple Pie sebab buah apple kan murah kat sana, apatah lagi selepas pergi Apple Picking ...berkotak-kotak apple ... jadi saya suka buat Apple Pie, apatah lagi cik suami suka makan Apple Pie ...
 American Apple Pie, baked with Love..
bak kata Chef Ammar di TV Al-Hijrah ..
"Masak dari Hati, Masak dengan Iman"

Alhamdulillah ...setelah lama tak buat ...jadi juga... 
resepi ikut resepi yg saya belajar semasa di USA ..

Kulit Pie
 (resepi ni boleh buat utk 2 pie)
225g mentega 
150g gula halus
3 biji telur
500g tepung roti

Cara-caranya:
 1. Putar mentega dengan gula sehingga ringan. 
2. masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Adun sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh dan bungkus dengan plastik.  Dinginkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam. Selepas 2 jam, keluarkan dan canaikan dengan ketebalan yg sesuai dan lapikkan dalam acuan pie. 
4. Bakar kosong kulit pie , tutup dengan aluminium foil dan tindih dgn kacang hijau di atasnya pada suhu 175 darjah Celcius atau 350 darjah Fahrenheit selama 10 minit sehingga kuning keemasan..kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.


Tuesday, January 1, 2013

Melangkah ke Tahun baru 2013

Pejam celik pejam celik pejam celik ..
tahun 2012 sudah pun berlalu ..
Selamat Datang 2013

Hari-hari berlalu seperti biasa
kehidupan perlu diteruskan
Umur semakin pendek menghampiri saat kematian
Berapa banyakkah bekalan yang sudah kita sediakan 
untuk menghadapi saat-saat itu? 

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....