Friday, April 26, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.

4 comments:

  1. Happy belated birthday Kak Long.

    Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan menjadi anak yg solehah dan insan cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih YB,

      bagi pihak kak Long ..

      :-)

      Delete
  2. happy belated birthday buat kak long.
    moga keluarga Azah sentiasa dalam rahmat Allah..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih KakYon (bagi pihak Asma') .. jazakillahu khairan kathira di atas doa akak tersebut... Ameen.

      Azzah

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....