Friday, November 30, 2012

Pengunjung ke-100,000 !

ALhamdulillah ...akhirnya pengunjung ke-100,000 sudah menonjolkan diri ..
Rupa-rupanya rakan sekerja juga...TAHNIAH RAIHANA@ANA!

Beliau tiada blog, tapi beliau bagi bukti dengan menyertakan gambar yang di snap dengan handphone beliau ...

dan Ana juga beritahu, beliau kena pinjam handphone rakan nya untuk capture gambar handphone beliau...seperti di bawah, Boleh nampak kan angka 100,000 kat bawah tuuu....

Azzah minta maaf lah kakcik Seroja , sebab kakcik tinggal komen beritahu beliau pengunjung ke 100,001.  Ingat tadi jika dalam masa 24 jam tiada sesiapa yg claim mereka adalah pengunjung ke 100,000, maka hadiah tersebut akan diberi kepada kakcik Seroja ...Insyaallah lain kali jika saya buat GA ke, boleh lah kakcik seroja join kan ...

Tapiiiii....sekejap! Apa hadiah misteri itu???? 
jeng...jeng....jeng.....

BUTTON PLANET is having a Year End Sale - YES

so , Raihana, you are entitled for a RM50 GIFT VOUCHER to shop at BUTTON PLANET ENT


HAPPY SHOPPING !!!!

Wednesday, November 28, 2012

Pengunjung ke-100,000

As-Salam..alahai ..blogger otai dah juta-juta pengunjung..kita baru ke-100,000 sahaja ! 
Tapi tak apalah ... just nak memeriahkan dunia blogging...

Sewaktu saya sedang menaip entri ini , pengunjung terkini adalah 99,913 bermakna ada tinggal lagi 87 pengunjung untuk sampai ke 100,000, tak lama lagi tu ..mungkin hari ini, atau esok ...


Jadi sesiapa yang tiba-tiba bila buka blog ini terpandang angka 100,000 kat tepi tu, cepat-cepat lah capture gambar tersebut dan buat entri di blog anda, atau jika tiada blog sertakan bukti apa cara sekali pun...(samada melalui emel atau di fb anda)..dan jangan lupa follow blog ini..:-)
HADIAH ISTIMEWA menanti anda!

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com



 Satu lagi segmen yang dianjurkan oleh blogger terkenal Mia Liana ...
dah lama follow blog Mia, cuma kali ni tergerak hati nak ikut segmen Mia ... tengok followers Mia dah mencecah 8729 orang ! wow..ramainya .. blog saya ni baru nak merangkak ..walaupun dah lama bertapak di alam maya, tapi masih belum ramai followers ...inilah jumlah followers blog saya, baru mencecah 346 ...huhu ..tak sampai pun 5% jumlah followers Mia ..: 

 Suka sangat blogwalking ke blog Mia kerana banyak maklumat yang dapat dipelajari ...dan yang paling suka tengok senyuman Mia yang sentiasa manis ...

Jom ...join sekali ...
Syarat-syaratnya :
  1. FOLLOW blog ini dan LIKE fanpage Mialiana.com      DONE
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com" dan masukkan banner segmen di atas. Link URL gambar - http://4.bp.blogspot.com/-KwMfq90aDpg/UK_2N4ww7GI/AAAAAAAAQBU/ZvrbymQBtsQ/s1600/followblogwalkingmialiana.gif      DONE
  3. Linkkan entri tadi ke entri segmen di blog Mia Liana. Link URL segmen - http://www.mialiana.com/2012/11/segmenfollowblogwalking.htmlDONE
  4. Nyatakan jumlah follower sekarang. Terpulang sama ada nak printscreen atau tidak.DONE
  5. Letak tagline Smile... Smile... Smile... mengikut kreativiti anda dan linkkan ke http://www.mialiana.com. DONE Contohnya seperti ini : Smile... Smile... Smile... Boleh rujuk printscreen INI.
  6. Nyatakan apa yang paling anda suka di blog ini. DONE Contohnya seperti ini : Saya suka tips-tips belajar yang ada dalam blog ini.
  7. Selepas siap, letakkan link entri anda tadi ke dalam ruangan komen entri di blog Mia. DONE

Tuesday, November 27, 2012

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER




Sekarang ni sudah ramai para bapa yang jadi bloggers juga...selalunya orang lelaki ni jarang sangat nak letak gambar isteri dan anak-anak ...tetapi saya sudah terserempak dgn beberapa orang PAPA BLOGGERS yang rajin bercerita mengenai anak(-anak) dan isteri (-isteri??? hehehe.)

oklah.. join juga segmen yang Papa Blogger ni buat untuk bulan Disember 2012..
senang ajer nak join ... ikut saja syarat-syaratnya ..
 


Pencarian Bloglist Disember 2012




Cepat-cepat... dah nak tamat segmen ini. Saya pun nak join segmen dari Nurfara. 
Akan tutup pada 11.59 malam 28 Disember 2012.

Syarat-syaratnya pun mudah. Sudah ramai yang join segmen ini. Sesiapa pun boleh join ya...

p/s: banyak kelebihan kalau blog kita berada di bloglist blog lain... jangan lepaskan peluang ini...


SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER AMERCORNER

Bulan ni banyak sungguh bloggers buat segmen untuk menambah followers...so, saja-saja join jugak... hendak memeriahkan dunia blogging ... jika bertambah followers, diharap segala maklumat dan ilmu yang hendak disampaikan di blog kita dapat lah juga di baca oleh ramai bloggers...terutama nasihat dan panduan buat bloggers yang muda-belia dan bersekolah ... InsyaAllah ..

SYARAT-SYARATNYA:
 
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog Amer (dan blog saya ni ...jika sudi) - done
2. Buka satu entry dan Tajuk SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DISEMBER AMERCORNER -
done
3. Letak banner diatas dalam entry you all.  done
4. Link kan entry anda pada post entry ini - done
5. Hantorkan link entry you all diruangan comment  di blog Amer.  - done
6.Letak blog Amercorner dalam bloglist you all kalau sudilah :D - done

TAMAT:
30 NOVEMBER 2012
( 11.59 PM )

Saturday, November 24, 2012

TAHNIAH Liyana & Azwan

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara sepupu ku LIYANA HASNUL & AZWAN BIDIN... Tahniah, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu ... Semoga Allah SWT melimpahkan Keberkatan dan Kerahmatan ke atas kehidupan kalian berdua sehingga ke akhir nya... Ameen.


Malam semalam mereka berdua dinikahkan di Masjid Negeri Shah Alam ..

Senangkan nikah kat Mesjid Negeri ni...pentas dan pelamin dah siap ...caterer pun dah di sediakan ...kita sediakan $$$$ aje...
Alhamdulillah semua dah selesai dengan selamat.

Friday, November 23, 2012

Pasukan Berkuda Berjubah Putih

SURAT DARI SAUDARI MUSLIMAH PALESTINA~::*

Assalamu'alaikum

warahmatullah….


...
Saudariku,Aninda,,,

Sekiranya kalian tahu,,kami disini di palestina ini ibarat Putri yang selalu di lirik oleh lelaki hidung belang yang bernama yahudi..setiap saat kami dihujani dengan peluru..bom..mortir,,dan tembakan yang membabi buta,,sasarannya bukan hanya para pejuang,,tetapi anak anak dan wanita serta orang tua..kami bangga karena negeri kami tempat para syuhada ..


Saudariku seiman,,,

Kadang aku mendambakan sebuah negeri yang damai seperti indonesia..untuk kami bisa membesarkan anak anak kami yang suatu saat kelak berguna untuk bangsa,Agama dan kelangsungan keturunan kami…tetapi janji memang berkehendak lain..

Kami meyakini dengan segenap iman dan jiwa raga kami,,bahwa kamilah umat yang dijanjikan oleh Allah melalui nabi Musa alaihis salam sebagai pemilik syah dari Tanah ini..karena kami masih beriman kepada Allah dan menuruti segala Perintah dan menjauhi laranganNya…


Kami sudah mengetahui bahwa Yahudi adalah keluarga kami juga dari keturunan yang sama,,namun mereka bernenek moyang Tsamiri yang menyembah patrung lembu emas..dan kami masih menyembah Allah Yang Maha kuasa Tuhanya Seluruh Nabi dan Rasul yang mulia..


Saudariku seiman..

Kamipun meyakini bahwa sekuat apapun tentara Yahudi ingin mengusir kami..Tentara Allah akan selalu membantu kami..seperti kejadian baru baru ini,,tentara yahudi lari dan terbunuh oleh 20 pasukan berkuda berpakaian Jubah putih yang menggunakan pedang..mataku melihat sendiri dimana saat itu kami tidak memiliki daya melawan tentara yahudi,,disitulah Allah membantu kami…

Kubagikan cerita ini untukmu semoga engkau jangan risau,,sedih hati,,kami masih dilindungi Allah….dan masih disayang Allah,,hidup dan mati kami hanya untuk Allah..


Saudariku seiman,,

Sampaikan salam hormatku kepada semua umat islam di Indonesia,,terima kasih atas segala doa dan bantuannya..Allah akan membalas kebaikan semuanya..
wassalamu’alaikum warahmatullah

Jameela Qoudriya al assaff

Email from Palestine..Jameela@Yahoo.pal.c
om 19 nov 2012 22.11

Silahkan Share...

Pray For Gaza...^_^

Thursday, November 22, 2012

Layak kah anda?

Rahsia kekuatan unit tentera Hamas dari Briged Izzuddin Al Qassam?

Mereka melakukan sembahyang subuh secara berjemaah. Mereka yang mahu memohon menjadi anggota briged itu mesti sembahyang subuh secara berjemaah paling kurang 6 bulan sebelum diterima masuk dan disahkan imam masjid Qariahnya.

Setiap anggota Briged al Qassam adalah penghafal Al Quran.

* Tidak merokok
* Tiada pergaulan bebas dengan perempuan dan sebaliknya
* Berpendidikan
* Bukan pelaku maksiat lain (arak, curi)
* Tubuh badan yang sihat.
* Mampu menerima tekanan udara di bawah tanah pada had tertentu

Selayaknya mereka mampu membuat tentera Israel mengaku kalah melalui gencatan senjata…
 
p/s: Kalau anak-anak bujang kita nak masuk, layakkah ?

Wednesday, November 21, 2012

Masih lagi ragu-ragu nak boikot McD?

As-Salam ....hingga ke saat ini, tentera Israel tidak henti-henti melancarkan serangan ke atas penduduk awam Gaza ...terbaru mereka telah melancarkan bom kimia ke atas penduduk Gaza ..
Bom Kimia dijatuhkan ke atas Gaza

Jika anda masih lagi ragu-ragu nak boikot McD, jom kita tengok YouTube ini

Sedikit pencerahan dari pengerusi Aqsa Syarif Dr Hafidzi Mohd Noor berkaitan isu boikot McD

Tuesday, November 20, 2012

TAHNIAH UPSR 2012

Walaupun agak lambat sedikit tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah bagi pelajar-pelajar Tahun Enam yang telah pun mendapat keputusan Peperiksaan UPSR 2012 semalam.. 
walau apa pun keputusannya, kita ucapkan tahniah sekali lagi kepada semua pelajar.

Karnival Keluarga Sakinah


Alhamdulillah pada hari Ahad yang lalu kami berpeluang menghadiri program keluarga Sakinah anjuran pertubuhan IKRAM Shah Alam, di Surau Platinum Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam.
 Pelbagai aktiviti telah di adakan sepanjang separuh hari dari jam 9 pagi hingga 1 tghr. 

 Pemeriksaan kesihatan percuma oleh IKRAM Health
(Anakanda saya Asma' pun turut terlibat memberi perkhidmatan ini)


 Pelbagai aktiviti untuk para aulad

Gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai items - makanan , cookies, cake , kerepek , air, pakaian ..etc...

Kempen oleh Aqsa Syarif untuk  mengutip dana bagi tujuan membantu saudara seagama kita di GAZA ..

dan agenda utama adalah bual bicara kekeluargaan sakinah oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM, penceramah Radio IKIm dan Tanyalah Ustazah 
bersama Pak Utih, penceramah motivasi keluarga yang tidak asing lagi (saya pernah attend kursus motivasi MAHLIGAI KASIH bersama beliau)

 dan juga Imam Muda Naufal (Finalis Imam Muda)
sembang santai berkenaan Generasi Y - K-Pop di hatiku?

Monday, November 19, 2012

19.11.12

19.11.88  - 19.11.2012 = 24 tahun

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 24

kepada  anak bujang saya, 

ZAID BIN MOHD HASLAN


Sunday, November 18, 2012

Segmen Pendek : Nak Masuk Bloglist Miss Z

Segmen Pendek : Nak Masuk Bloglist MissZ


Dah lama tak join masuk segmen bloglist ni..kali ni tertarik nak join bloglist Miss Z ni ...
tarikh tutup dah dekat sangat...pukul 11 pagi , 18 November 2012 (esok lah tu...tinggal beberapa jam saja lagi)

 Salam Perkenalan Semoga Ukhuwwah Berkekalan

Saturday, November 17, 2012

Ikan Jelawat

Beberapa hari lepas, jiran belakang rumah memberi kami ikan ini...saya tidak kenal dan tidak tahu nama ikan ini. Apabila saya tanya, beliau memaklumkan bahawa ini ikan Jelawat, suami beliau pergi memancing dan dapat 3 ekor, jadi beliau beri saya seekor. Besar ikan ini, penuh satu sink ...

Ini adalah pertama kali saya masak dan makan ikan air tawar.  Jiran sudah beri, takkan saya nak menolak kan ..so ambil sahaja lah...
Alhamdulillah, saya belah 2. Sebelah ekor nya saya masak ikan stim (kukus saja...lebih sihat kan...). Sebelah lagi saya hiris-hiris, masak lemak cili padi... huii..meletopss..ingat nak masukkan tempoyak, tapi ada orang kat rumah ni tak makan tempoyak... so, yang lain kena sacrifice lah kan...huhu..

Isinya lembut dan sedap juga..tapi rasanya berbeza lah dengan ikan laut yang biasa kita makan ...cuma kena lebih lagi dalam usaha membersihkannya ..selepas dah kikis sisik nya yang tebal dan keras tu... pastikan semua isi perut sudah dibuang dan bersihkan ... rendam air asam jawa (dan saya + perahan limau kasturi banyak banyak ...kebetulan ada banyak kat rumah) ...dan campak sedikit garam kasar...rendam lama-lama sikit...
(maaf lah gambar yang sudah di masak tak sempat nak ambil...dah habis dahhh...hehe)

Friday, November 16, 2012

Nikmat Sihat

Assalamu'alaikum wrt wbt para sahabat bloggers sekelian,

Sewaktu menulis ini, baru pulang dari melawat rakan sekerja di hospital. Beliau dimasukkan ke hospital kerana diserang stroke dan umur beliau lebih muda dari saya ...! 

Memang benarlah ...ini semua dugaan dan ujian dari Allah SWT, Allah Yang Maha Berkuasa... apabila Allah hendak menarik balik nikmat sihat yang Allah Kurniakan kepada kita selama ini..., Allah jualah Yang Berhak hendak menarik balik nikmat itu dalam sekelip mata sahaja ...bila-bila masa sahaja yang Allah kehendaki....

Apatah lagi di peringkat umur sebegini...Ya Allah Ya Tuhanku ...'goose bumps' bila mengingatkan tentang itu ...Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan lah dosa-dosaku yang telah lalu dan juga yang akan datang, yang besar mahupun yang kecil, yang tidak sengaja mahupun  yang sengaja .. jika telah sampai ajalku, Engkau akhirilah dengan cara yang baik, husnul Khatimah, dan jangan lah pengakhiran hidupku dengan cara yang kurang baik...

Oleh itu bersyukurlah tatkala kita masih diKurniakan nikmat sihat ini ... lakukanlah amal ibadah sebanyak mungkin seolah-olah kita akan mati keesokkan harinya ...sentiasalah bersyukur ..janganlah kita sombong dengan kesihatan yang Allah kurniakan ini ...

Rebut lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. 
Masa sihat sebelum sakit, 
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk, 
muda sebelum tua dan 
hidup sebelum mati.” 
 (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 

Thursday, November 15, 2012

GUGUR NYA AIRMATA BUAT SAUDARA SEAGAMAKU DI GAZA

YA ALLAH ...AKU TIDAK MAMPU SEBENARNYA HENDAK MENEKAN HURUF-HURUF DI PAPAN KEKUNCI INI ... HATI KU BAGAI DIROBEK-ROBEK OLEH KEKEJAMAN  REGIM TENTERA ISRAEL KE ATAS PENDUDUK GAZA..  ..OLEH ITU AKU TIDAK SANGGUP HENDAK MELETAKKAN SEBARANG GAMBAR DI POST INI ...

AL-FATIHAH BAGI MEREKA YANG GUGUR SYAHID ... 

SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN LAH KECUNDANG DI MEDAN PERANG, TETAPI MEREKA SEBENARNYA BANGKIT UNTUK MENEMUI YANG MAHA AGUNG, ALLAH SWT ... GEMBIRALAH ANDA SEMUA DI SISI TUHANMU ...

p/s: dalam hati kecil ku ..apa yang dapat aku lakukan? sekecil-kecil iman, hanya dapat membenci dalam hati, tetapi takkan itu sahaja yang dapat aku lakukan ? 
boikot? Ya, sekurang-kurang aku boleh memboikot barangan/atau apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel .. anak-anak ku ..no more McDonalds/KFC/Pizza hut ..etc ...


Wednesday, November 14, 2012

Grilled Salmon

Assalamu'alaikum wrt wbt.  Salam Maal hijrah buat semua pembaca blog ini dan rakan taulan .. pejam celik pejam celik ..sudah setahun berlalu ... buku amalan kita juga akan diganti baru ... ALhamdulillah ...sempat juga di akhir waktu 'Asar tadi membaca doa akhir tahun dan selepas maghrib membaca doa awal tahun ...

Tengahari tadi, adalah percubaan pertama menggunakan pemanggang ajaib IKAN yang saya baru beli tempohari.  Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan ... 
Beberapa hari lepas saya ada membeli 2 hiris ikan salmon..tengok sangat cantik dan segar ..lalu terfikir hendak mencuba menggunakan pemanggang ajaib tersebut..

 Ini semasa sedang dipanggang, ...

Yummy...rasanya pun tidak menghampakan...sedapppp
 Selepas di hidang dengan tomato, carrot dan cauli flower...
sepatutnya ada broccoli, tapi since brocolli tak ada kat rumah ..guna apa yang ada saja lah kan


Menunya, sangat senang ...

Bahan-bahannya: 
2 hiris ikan salmon
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (di tumbuk2 juga)
1 sudu teh basil
4 sudu minyak zaitun
hirisan daun parsley  
tomato, carrot, cauli flower dan brocolli
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Lumurkan kesemua bahan ke atas ikan Salmon, perapkan selama 1 jam
2.  panaskan kuali (saya guna pemanggang Ajaib ), dan letak ikan ..bakar sehingga isi ikan kelihatan sudah masak ..(jangan terlalu lama, nanti isi ikan Salmon akan jadi keras...)
3. Ketika hampir masak, letakkan sayur2an 
4. Angkat dan hidangkan ..

(sumber: resepi asal saya tanya Mr google ajer...lepas tu pandai-pandailah adjust kan..)

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1433/1434 H

Pada tahun ini 30 Zulhijjah 1433H jatuh pada 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). 

Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada segala tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah SWT, Insya Allah….

Doa Akhir Tahun


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

sumber: http://bungamuslim.blogspot.com/2011/11/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun.html

Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang

Hurmm...tengok tajuk macam saya nak pergi Istanbul di Turki kan... tapi seriously, sejak saya berpeluang, dimurahkan rezeki , kesihatan, masa kelapangan , di Izinkan Allah SWT menjejakkan kaki ke Istanbul pada pertengahan tahun lalu (di sini),  saya merindui sangat hendak kembali ke sana ! 

Memang betul lah mereka kata, bandar Istanbul adalah bandar tercantik di dunia (walaupun saya belum pernah melawat semua negara di dunia ).  Bandar di mana bersatunya 3 buah selat dan bandar yang terletak di dua benua. Bandar ini mempunyai sejarah yang terulung samada sejarah dari segi penaklukan jajahan besar suatu masa dahulu mahupun Sejarah Islam itu sendiri, Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam di Turki

Dapat 4 tiket free.
Hari Isnin 29 Oktober 2012 mendapat panggilan dari seseorang, mengatakan bahawa Wafa' menang peraduan yang dimasuki oleh beliau di Hot FM.  Beliau menang 4 tiket percuma untuk menonton Tayangan Istimewa/Perdana Hot FM untuk filem terbaru GB yang mempersembahkan lakonan gandingan Lisa Surihani, Tomok, Beto dan Aizad. (Sebenarnya saya bukanlah peminat mereka pun, pernah dengar nama aja, tapi tak kenal ...ini semua generasi muda saja. Kenal Lisa Sirihani pun melalui suratkhabar yang menampilkan gambar beliau berkahwin dengan Yusri KRU) . tapi sebab dapat tiket free dan Wafa' tak dapat pergi, saya terpaksa pergi untuk menemankan Hana dan kawan baik Hana', Aida Sabrina.  Mula-mula abang Zaid nak ikut, tetapi kemudian tidak jadi...itu yang Hana ajak kawan baik beliau, Aida.  Abang Ammar ikut sebab ummi suruh temankan ...(when was the last time I went to a movie -masuk panggung wayang??? zaman sekolah dulu ada sekali - itupun tengok cerita lakonan Noor Kumalasari - Menanti Hari Esok, kemudian around 8-10 years ago ..tengok cerita komedi apa entah ..tak ingat tajuknya... )

Saya tertarik untuk pergi menonton sebenarnya bukanlah hendak melihat lakonan mereka sahaja, tetapi sebenarnya lebih kepada hendak melihat pemandangan di bandar Istanbul itu nanti ...demi untuk mengubat kerinduan saya kepada bandar itu!!!

Selepas menonton filem ini,  genre: Comedi-Romance, saya membuat kesimpulan secara overall jalan ceritanya oklah juga (mungkin disebabkan faktor umur kot..hehehe..) mungkin orang muda sukalah menonton lakonan Lisa Surihani ini.. tetapi jika dinilai dari segi nilai-nilai Islam ...memang out sangatlah... I have to explain to Hana and Aida, jika berkawan lelaki perempuan tidak menghalalkan kita boleh berpegang berpelukan sesuka hati ...kita berpegang kpd adab-adab dalam Islam... dan yang utama sekali, kita mestilah menutup aurat....
....
the rest... you all tengok lah sendiri ya...

rupa-rupanya filem ini belum ditayangkan di pawagam lagi ..
coming soon - 8 Nov 2012

jadi kami ni dapat tengok tayangan perdana khas bersama pelakon-pelakonya sekali ...

Semasa mula-mula masuk panggung tu, ada surprise rupa-rupanya..sebelum tayangan bermula ada cabutan bertuah ..dan ada 20 hadiah ...hadiah yang paling best ........ 3 buah camera NIKON!!! .. cabutan nombor dibuat mengikut nombor kerusi tempat duduk ...
dan rezeki Aida untuk mendapat voucher bernilai RM50 ke Secret Recipe !
 Dapat Voucher RM50 dari Secret Recipe semasa cabutan bertuah

 comel juga lah Lisa ni bila tengok dari dekat..

 Tomok
Beto
Aizat

Monday, November 12, 2012

Cuti Sekolah

Cuti sekolah hujung tahun 2012 sudah pun bermula sejak hari Sabtu baru-baru ini...hanya 2 orang anak dari 8 orang sahaja yang terlibat dengan cuti sekolah ini..yang lain sudah memasuki alam pembelajaran peringkat tertiary , iaitu peringkat Universiti. 
Mu'adz yang berada di Tingkatan Dua, dan Hana' darjah 4... Zubair yang berada di Maahad Tahfiz belum lagi bercuti ... ialah tahfiz mana boleh cuti lama-lama, nanti lupa ...Zubair akan mula bercuti pada bulan Disember nanti.

Namun sejak cuti bermula saya sudah tidak bersua dengan Hana' sudah masuk hari ke-3...
Selepas sahaja majlis Ihtifal di SRI Hira', Hana sudah mengikuti kawan baik di kelasnya balik ke rumah sahabatnya itu ... sebelum ke sekolah untuk majlis Ihtifal tersebut, Hana sudah berkemas-kemas pakaian beliau.  Katanya hendak bermalam di rumah sahabatnya itu...ibu bapa sahabatnya sudah memberi kebenaran, dan saya dan suami juga sudah memberi kebenaran... tak jauh pun...di Bukit Jelutong sahaja ...

sekurang-kurangnya Hana pandai membawa diri dan mengatur jadual cuti sekolah nya... khabarnya nanti sahabatnya pula akan datang bermalam di rumah Hana' suatu masa nanti ...huhu..saya pulak kena bersiap-siap..maklumlah saya bekerja..bukan ada di rumah sepanjang masa ... manakala ibu sahabatnya itu seorang suri rumahtangga...boleh lah melayan mereka bertiga..(ia ada seorang lagi sahabatnya yang bermalam sama)

Untuk hari-hari seterusnya ...hurmmm..apa nak buat? kena fikir kan aktiviti yang berguna untuk anak-anak ini... abangnya Muadz sudah saya berikan tugas-tugas di rumah yang perlu beliau buat ...kena tolong ummi, maklumlah bibikless!
Alhamdulillah so far ok...setiap  pagi selepas pulang dari surau solat Subuh, Mu'adz akan menolong mengutip pakaian kotor dan masukkan dalam washing machine...kutip semua cawan/gelas kotor dan basuh,  buat air teh satu teko dan letak atas meja ... abi dan ummi nak pergi kerja sudah ada air panas ..... pinggan mangkuk yang sudah kering di singki, di susun di rak-rak pinggan ...bila baju sudah siap di basuh, keluarkan dari washing machine dan sidai ...
Alhamdulillah, Mu'adz juga rajin menolong di dapur...bila ummi memasak, dia akan tolong kupas dan potong bawan ... tolong apa-apa yang patut di dapur... cuma belum pandai masak sendiri ... ummi sudah suruh dia tengok dan baca buku-buku masakan yang ada di rumah ... cuba-cuba tengok resepi ... dia ada kata nak belajar masak ayam masak merah (sebab dia suka makan masakan itu) ... InsyaAllah ummi akan cuba luangkan masa untuk ajar Mu'adz..
ok..kita lihat nanti apa perkembangan sepanjang cuti sekolah ini...

Sunday, November 11, 2012

IJN

Semalam selepas Majlis Ihtifal di SRI Hira; ...ingat nak terus pergi Institut Jantung Negara (IJN) melawat abang ipar saya yang dimasukkan ke situ... tapi sampai rumah dan buat kerja sikit tengok jam dah pukul satu... terus telefon kakak tanya waktu melawat tengahari sampai pukul berapa ... kakak beritahu sampai pukul 2... tengok ajm dah pukul satu, sempat ke nak sampai KL tu sebelum pukul 2? sudahlah musim hujan sekarang, KL mesti jam ....
Kemudian tanya kakak waktu melawat sebelah petang pukul berapa pula? kakak bagitau dari pukul 4 ptg hingga pukul 8 malam ...
jadi ambil keputusan pergi sebelah petang ...
lebih kurang pukul 3 petang kami pun bertolak lah dari Shah Alam ...nak lalujalan mana ya? sebab hujan sudah mula turun ... nak lalu Federal Highway ke nak lalu NKVE? Akhirnya anak kedua , Zaid ambil keputusan lalu NKVE.... Alhamdulillah trafik nampak taklah heavy sangat...berjalan lancar ajer. Tetapi bila nak masuk jalan Duta ...ya Allah ....trafik sudak mula perlahan ..akhirnya ada ketikanya berhenti terus ... merangkak juga hendak lepaskan 4 km nak sampai tol Jalan Duta ...rupa-rupanya ada kemalangan ..patutlah ..
lepas sahaja tol, trafik sudah mulalancar kembali ..Alhamdulillah ...
akhirnya sampai juga ke IJN ...ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke IJN ...segala-galanya berkenaan JANTUNG di sini....takut pun ada juga ..mengingatkan diri ini agar menjaga pemakanan ..demi jantung yang ibarat nyawa kita itu ... bayangkan jika jantung kita berhenti berfungsi ...??? 
Jantung adalah satu organ yang sangat penting dalam badan kita...tugasnya mengepam darah ke seluruh badan kita ...membekalkan bersama oksigen ke bahagian tubuh yang lain...
Ia ibarat CPU kepada sebuah komputer, jika CPU tidak berfungsi, komputer itu juga sudah tidak boleh berfungsi ...
 (gambar ehsan Mr Google)

 Statistik di Malaysia dan di seluruh dunia juga menyatakan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh no satu dan bilangan kes sakit jantung meningkat tahun demi tahun...
Kita tahu pelbagai kaedah dan cara rawatan sakit jantung secara saintifik dan moden, tetapi Bagaimanakah rawatan penyakit jantung secara holistik? 
 Pencarian di Mr Google menemukan saya ke satu blog (di sini) yang menerangkan rawatan sakit jantung secara holistik ini...

(anda boleh klik di link tersebut atau saya salin di sini sedikit)

'Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan rahmat bagi orang yang beriman'-QS Al-Israk:82.

Cara Pengamalan

1) Setiap kali lepas solat 5 waktu, setelah selesai salam, duduk bersila tetap menghadap kiblat, lalu konsentrasi kepada niat tujuan (secara spesifik). Contoh: 'Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat setiap mana-mana pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah'

2) Baca Surah al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat Baginda dan sekalian muslimin supaya mendapat limpahan syafaat dari mereka

3) Selepas itu baca al-Fatihah (sekali)

4) Selepas itu baca Surah al-Ikhlas (tiga kali)

5) Selepas itu baca Surah al-Falaq (sekali), Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali)

6) Selepas itu Surah al-Hasyir ayat 21-24 (tujuh kali) iaitu seperti berikut:-

لَوۡ اَنۡزَلۡنَا هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَاَيۡتَهٗ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنۡ خَشۡيَةِ اللّٰهِ‌ؕ وَتِلۡكَ الۡاَمۡثَالُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُوۡنَ‏


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ ۚ عٰلِمُ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ‌ ۚ هُوَ الرَّحۡمٰنُ الرَّحِيۡمُ‏ ﴿۲۲


هُوَ اللّٰهُ الَّذِىۡ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ‌ۚ اَلۡمَلِكُ الۡقُدُّوۡسُ السَّلٰمُ الۡمُؤۡمِنُ الۡمُهَيۡمِنُ الۡعَزِيۡزُ الۡجَـبَّارُ الۡمُتَكَبِّرُ‌ؕ سُبۡحٰنَ اللّٰهِ عَمَّا يُشۡرِكُوۡنَ‏ ﴿۲۳


هُوَ اللّٰهُ الۡخَـالِـقُ الۡبَارِئُ الۡمُصَوِّرُ‌ لَـهُ الۡاَسۡمَآءُ الۡحُسۡنٰى‌ؕ يُسَبِّحُ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضِ‌ۚ وَهُوَ الۡعَزِيۡزُ الۡحَكِيۡمُ‏

(Sila rujuk ayat dalam kitab al-Quran yang sebenar)

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (21)

Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya (23)

Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana (24) .

Setiap kali baca Surah Al-Hasyir itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita masukkan amalan semua surah yang telah dibaca supaya lenyap segala yang menyumbat saluran darah pada jantung. (Untuk lebih memahami, lihat rajah jantung di bawah, bayangkan anda membawa energi seperti cahaya putih yang masuk terus ke setiap salur darah koronari jantung dan cahaya itu terus menghancurkan plak-plak kolesterol yang menyumbat)


Jantung terletak di tengah-tengah dada, agak ke kiri sedikit. Terdapat 2 salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung (untuk digunakan oleh otot-otot jantung). Ini dipanggil arteri koronari kiri dan arteri koronari kanan. Di dalam arteri inilah penyumbatan berlaku.

7) Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat 'Lailahaillallah Muhammad Rasulullah' semampunya, tapi jangan kurang 100 kali baca

8) Lakukan amalan ini selepas setiap kali solat lima waktu selama 21 hari berturut-turut, insya-Allah anda akan merasakan manfaat dan kesannya pada jantung anda.

Nota: Teruskan mengambil ubat-ubat yang sedang anda makan. Jangan ditinggalkan, kecuali selepas dinasihatkan oleh doktor anda!

Saturday, November 10, 2012

10.11.12

Cantikkan tarikh hari ini ... tapi seperti hari-hari lain tarikh itu tidak membawa sebarang maksud yang istimewa ..namun begitu ramai juga bakal pengantin baru yang mengambil tarikh hari ini untuk menjadi tarikh bersejarah dalam hidup mereka dalam mengharungi kehidupan berumah-tangga.  kami sekeluarga tiada pula mendapat sebarang jemputan hari ini, esok Ahad ada juga..

Namun hari ini juga menjadi hari istimewa buat Hana' anak bungsu saya ...beliau berjaya juga melayakkan diri untuk naik ke pentas sekolah buat kali ke-4(Hana dalam darjah 4 sekarang) , menerima hadiah kecermerlangan sempena Hari Ihtifal @ Hari Penyampaian hadiah Sekolah Rendah Islam Hira', Klang.

Sebenarnya pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, keputusan Hana agak merosot .. mungkin beliau agak leka dan banya bermain berbanding menumpukan perhatian terhadap pelajaran.  Lalu saya katakan kepada Hana, dia perlu berusaha lebih lagi dan kurangkan bermain internet dan menonton TV selepas pulang dari sekolah...
jika tidak keputusan beliau akan terus merosot ..dan ummi tidak akan bagi sebarang hadiah jika beliau tidak mendapat the top 5 dalam keseluruhan kelas ..
Alhamdulillah, akhirnya beliau mendapat top 4 ..

ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ..

Tuesday, November 6, 2012

Kelahiran & kematian

Assalamu'alaikum wrt wbt semua pengunjung dan pembaca blog ini...
Hari ini tatkala membuka dan membaca emel di tempat kerja, 2 emel menarik perhatian ku.
Satu emel memaklumkan mengenai pemergian bapa mertua salah seorang Timbalan Dekan di fakulti (innalillahi wainnailaihiraajiuun), manakala emel berikutnya pula memaklumkan berita  kelahiran seorang bayi lelaki kepada salah seorang pensyarah di fakulti ini.

 Setelah beberapa ketika, barulah ku sedar akan hakikat nya...kelahiran dan kematian ...adalah fitrah dari Allah , ia adalah ketentuan dari Allah SWT

Kelahiran,
Satu fasa bermulanya kehidupan,
Kematian,
Satu kepastian bagi yang bernyawa,
Setiap kelahiran,
Akan berakhir dengan kematian,
Namun setiap kematian,
Belum tentu bermula dengan kelahiran.

Andai kematian berlaku sebelum kelahiran
Kesedihan dan kekecewaan akan berlaku
Pada insan yang mendambakan dunia
Tetapi tidak pada insan yang beriman
Kerana mereka tahu,
Syafaat Allah menanti di pintu syurga,
Yang lebih membahagiakan dan mendamaikan jiwa,
Penjamin saat seksaan berlaku di neraka.
(petikan: Iman Mawaddah di sini
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kita perhatikan hakikat kelahiran dan kematian, kita akan temui jawapannya dalam syariat ajaran agama islam itu sendiri.
1) Semasa kelahiran, azan akan dikumandangkan ke telinga bayi yang baharu lahir, sedangkan di saat kematian, jasad disolatkan tanpa azan.
2) Semasa kelahiran, bayi akan dibersihkan tubuhnya, begitu juga semasa kematian, jasad si mati akan di mandikan dan dibersihkan ..
3) Semasa kelahiran, bayi itu dilahirkan dari tempat yang sempit dan gelap, iaitu dalam rahim ibunya...dan apabila berlaku kematian, jasad manusia akan di masukkan ke tempat yang sempit dan gelap juga ..
4) Allah SWT menciptakan manusia itu asalnya dari tanah, dan manusia kan dikembalikan kepada tanah juga selepas kematian..
 

Monday, November 5, 2012

SPM 2012

InsyaAllah beberapa minit lagi anak ke-5 saya, Wafa' akan mula memasuki medan perjuangan yang sebenardi alam persekolahan, iaitu menghadapi Peperiksaan Besar SPM ...baru sebentar tadi beliau menalipon saya dan suami, memohon restu dan do'a, Semoga diPermudahkan dan semoga beliau diberi ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dalam menjawab soalan peperiksaan..
InsyaAllah Wafa''..ummi, abi dan adik beradik akan sentiasa mendoakan kejayaan Wafa'...
Apa yang penting ..selama ini Wafa sudah berhempas-pulas berusaha ..kini tiba masanya semuanya hanya kita serahkan kepada Allah dan bertawakkal kepadaNYA .. mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh ...semoga sepanjang peperiksaan berlangsung Wafa diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan kelancaran bahasa dan di Berkati segala ilmu yang Wafa sudah pelajari selama ini...
InsyaAllah ...

Saturday, November 3, 2012

Pemanggang Ajaib

Kehidupan sebagai seorang wanita berkerjaya tanpa pembantu rumah  sangt-sangat memerlukan peralatan yang dapat membantu memudahkan dan memendekkan masa memasak. 
Sudah beberapa kali membaca di blog-blog rakan-rakan blogger mengenai pemanggang ajaib ini, apatah lagi apabila chef blogger masakan yang terkenal Cik Mat Gebu juga ada menwar-warkan mengenai pemanggang ajaib ini di blog beliau ..begitu juga dengan rakan-rakan fb ..
Alhamdulillah baru-baru ini sahabat lama saya di mana beliau juga rakan blogger telah message saya dan bertanyakan samada saya hendak membeli pemanggang ajaib ini dengan harga dealer... Alhamdulillah rezeki di depan mata, harga murah dan saya juga tidak perlu mencari ke sana ke mari, sahabat saya akan hantar terus ke depan rumah TANPA caj penghantaran! Terus saya order 2 ...satu untuk saya dan satu lagi untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, niat di hati samada hendak beri kepada emak ? atau hendak jual dengan kakak? atau nak simpan nanti boleh boleh hadiah anak dara nak kahwin? Hurmmm ..sangat jauh melayang pemikiran saya ... namun itu adalah bagus kan? memandang jauh ke hadapan ..
 Pemanggang Ajaib cap IKAN..
Sehingga hari ini belum berkesempatan lagi nak membakar ikan dalam pemanggang ajaib ini...hajat hati hendak membakar ikan Pari nak cicah dengan air asam dan sambal kicap ...tapi dek kesibukan masa, belum sempat nak ke pasar membeli ikan nak bakar ...
Insyaallah suatu hari nanti bila dah bakar saya akan ambil gambar dan pos di sini...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....