Sunday, September 30, 2012

Dr Zakir Naik

Padat sungguh Dewan Agong Tuanku Canselor di UiTM malam tadi, hingga tak muat... tetapi khemah ada juga di dirikan diluar dewan dengan skrin besar ...sesiapa yang tidak dapat masuk boleh dengar talk Dr Zakir di situ.  Saya juga hanya dapat duduk di tangga. Tingkat bawah sekali dan tingkat 1 dikhaskan untuk orang lelaki manakala tingkat atas sekali untuk kaum wanita...

Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012
=========================
TARIKH 29 September 2012 (Sabtu)
MASA 8.00 - 11.30 malam
TEMPAT Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) , UiTM Shah Alam


Biodata Dr. Zakir Bin Naik
================
Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plu
s’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Malam semalam Dr Zakir memberi ceramah berkenaan UNIVERSAL BROTHERHOOD.  Subhanallah, MasyaAllah...kagum dengan ingatan beliau yang sangat kuat ...macam air aje keluar dari mulut beliau satu persatu nama surah, surah ke berapa, ayat ke berapa dalam Al-Quran, yang berkaitan dengan satu-satu isu yang dibincangkan.  Dalam perbincangan dan mematahkan hujah-hujah yang melibatkan agama lain, beliau juga dapat menyatakan apa mana verses dari Bible atau kitab agama hindu dll...

Mendengar talk Dr Zakir Naik, mengimbau kembali kenangan saya semasa di USA pada tahun 1980an dahulu ... saya pernah menghadiri dan mendengar ceramah dari guru beliau iaitu Allayarham Sheikh Ahmad Deedat ... yang terkenal pada ketika itu berdebat dengan Evangelist Kristian , Jimmy Swaggart ..
Ramai mereka yang sedang mencari-cari "cahaya kebenaran" telah diterangi apabila mendengar hujah-hujah beliau ..ALhamdulillah ..

Saturday, September 29, 2012

10 tahun

Alhamdulillah, hari ini 29hb September 2012 genaplah umur anak bongsu saya Hana' 10 tahun...
 Selamat Menyambut Hari Ulangtahun ke - 10 Hana' 
Semoga Allah sentiasa Memberkati dan Merahmati mu ..


Friday, September 28, 2012

Keracunan Makanan

Entah apa yang saya makan semalam? Yang saya ingat saya makan nasi dan ada makan kek cekelat ..agaknya kek cekelat tu dah expired!!?? 
Bermula selepas maghrib malam tadi, perut semakin memulas-mulas ...sakitnya yang amat... start tengah malam, mula cirit-birit, setiap jam adalah 2-3 kali masuk tandas... kalau nak kira sampai pagi ni badan dah lembik... kena stand-by depan bilik air saja..bila terasa aja perut memulas kena terus lari masuk tandas...kadang-kala rasa macam nak merangkak masuk tandas! tak boleh masuk apa aja dalam perut semua keluar balik. 
Pukul 3 pagi rasa lapar sangat ...makan lah roti sekeping, pukul 4 pagi apa yang dimakan semua keluar semula ! takut dah nak makan apa-apa sebelum gi klinik tadi, akut tak nyempat-nyempat nak masuk tandas kat klinik nanti!
Doktor bagi satu das injection untuk kurangkan sakit perut...balik rumah makan pil tahan cirit ..kena tunggu lagi 2 jam baru boleh minum smecta + air garam ...
En hubby lambat gi kerja kerana tolong bawa ke klinik dan masakkan bubur...lepas ni duk diam-diam sorang-sorang kat rumah sampai Hana balik sekolah ...
Dapat MC satu hari ni...minta maaf Dr Nordin, petang ni tak dapat attend meeting jabatan ...
ok..need to rest ..
Wslm.

Wednesday, September 26, 2012

Gambar-Gambar Raya di bulan Syawal

Bulan Syawal telah pun berlalu...tetapi kenangan semasa menyambut Syawal masih belum tercoret di blog ini... sebulan selepas Ramadhan, diri ini masih merindui suasana dan ruh Ramadhan. Sangat berbeza perasaan nya...adakah kerana syaitan telah di"bebas" kan dari ikatan selepas bulan Ramadhan? atau kerana kita "terlampau" banyak makan...???
Ya Allah..ampuni lah dosa-dosa hambaMu ini jika terlalai dan terleka ...ampunilah daku, ampunilah daku dan keluarga ku, ampunilah kedua ibu bapa kami samada yang sudah meninggal atau yang masih hidup..ampunilah kami Ya Allah!!!!!!!
Bagaimanakah kita hendak mengekalkan apa yang kita sentiasa lakukan di bulan Ramadhan???? Kenapa selesai sahaja Ramadhan, diri kita seakan-akan "hanyut" semula?? terleka dek kesenangan dunia ??? terleka dek kemewahan dunia?? terleka dek terlampau banyak makan??? hurrmmm... ni nak kena buat kajian dan cerita di lain entri..
Sedia maklum bahawa di negara-negara lain di dunia ini, tidak ada sebuah negara pun yang mana kebanyakan penduduk adalah beragama Islam, menyambut Syawal seperti orang-orang di MALAYSIA!
Orang lain sambut Raya sehari sahaja, tapi kita di Malaysia sambut sehingga habis bulan Syawal ...itupun ada yang tidak sempat nak buat rumah terbuka, buat selepas bulan Syawal....lalu dipanggil lah majlis "ramah mesra" ..sebab nak panggil majlis Raya , bulan Syawal sudahpun berlalu... (bak kata seorang rakan blogger dan fb) ..
Namun di sini saya ingin merakamkan kunjungan-kunjungan rakan/sahabat/teman anak-anak saya, anak murid saya dan juga rakan FB dan blogger..

Jom kita layan gambar ...
Hari Raya pertama di kampung

 cucu-cucu bersama atok dan wan
 
Selepas bermaaf-maafan, jom ramai-ramai beraya ke rumah mak saudara dan atok saudara

Di rumah Tok Cu dan Tok Mek, Hari Raya kan ..apalagi..makan ketupat lah..
Bapa-bapak makan...
Anak-anak dengan mak tunggu giliran ..sebab meja dah penuh ..full house kat rumah tok sedara ni..
semua anak cucu pakat dok beraya ...

 Di rumah Mak Jemah, tuan rumah suami isteri duduk kat belakang tu,
 anak-anak duduk bersila mengadap meja penuh hidangan kuih-muih

Beraya di rumah Ayah Ngah di Johor Bahru

Beraya di rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, JB

Beraya di rumah Mak Epet di Kempas, JB

Beraya di rumah Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
siapa tak kenal Cik Mat Gebu ni, chef blogger masakan yang terkenal seantero dunia

Balik dari kampung, anak-anak pula sibuk beraya dengan kawan-kawan mereka.  Bermulalah kesibukan ummi sebab kena masak entah berapa kali round, segerombolan demi segerombolan datang berhari raya...Ialah, takkan nak cakap kat anak, jangan bawak kawan datang rumah kan? ni kan Hari Raya ...huhu
Rombongan kawan-kawan Mu'adz, anak ke-6
 Makan jangan tak makan, penat dah ummi goreng mee tu...
Ini kawan-kawan Anas
 tak cukup tempat kat meja makan, kat sini pun boleh lah ...kawan-kawan Anas(anak ke-4)  lagi
Gerombolan kawan-kawan Ammar (anak ke-3) pulak ...
 Kawan-kawan Wafa'
Kawan-kawan Wafa' (anak ke-5)
Khadijah & adik2, kawan Kak Long
(ada lagi gambar kawan2 kak long, tapi tak jumpa simpan dalam folder mana...)
Majlis Hari Raya geng PML di Anggerik Mall
Bersama Nashita dan anak 
(tokey Tupperware tu ... nampak tak tupperware biru atas meja tu? 
sama tema dgn living room ai kan ...Nash pun asalnya kawan blogger juga)

Bersana Rosz dan Tika, junior di STF

Akhir sekali, penutup Syawal, anak-anak murid saya datang beraya , bersama-sama dengan rakan bloggers.
 Students datang beraya
Rakan-rakan bloggers , Neeza yang baru balik dari Arab Saudi (ikut husband)
dan Abah Zino (dari Seremban, N9)

Sunday, September 23, 2012

SPM 2012 - lagi 42 hari

Pagi ini sewaktu sedang berkemas-kemas barang-barang yang hendak dibawa ke sekolah Wafa' di Rawang, teringat hendak check berapa hari lagi peperiksaan SPM 2012 akan berlangsung. Wafa' anak saya ke-5 akan menduduki peperiksaan SPM 2012.

Terus tanya Mr. Google.. tiba-tiba berdebar rasa hati ...(macamlah saya pulak nak menduduki peperiksaan SPM kan...hehehe) 
Lagi 42 hari! 
(dari tarikh hari ini : 23/9/12)
sila klik sini untuk melihat jadual waktu SPM2012

ok...Insyaallah saya akan update semula entri ini...nak pergi melawat Wafa' di sekolahnya...

Saturday, September 22, 2012

Tititk-titik hujan

12 setengah malam ... sedang bersiap-siap hendak masuk beradu, tiba-tiba terdengar bunyi titik-titk hujan...suami bertanya, "Hujan ke?"  Saya menjawab, "mungkin .. ", lalu segera menjenguk ke tingkap.  Benarlah ..titik-titk hujan semakin kuat bunyi nya dan semakin deras... akhirnya hujan turun mencurah-curah sangat lebat di tengah malam.  


  
Surah ArRum. Ayat 024.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.


Syukur Syukur Syukur Alhamdulillah.... 
Suasana bilik menjadi semakin sejuk dan nyaman, bermakna malam ini tidak perlu memasang air-cond untuk tidur.  Sewaktu membaca doa-doa hendak tidur, teringat bahawa di antara waktu-waktu doa mustajab adalah sewaktu turunnya hujan..lalu segera daku bertafakur sebentar, sambil di dalam hati melantunkan kata-kata doa, memohon apa saja yang terlintas di hati ke Hadrat Allah SWT...

Hujan juga membawa Rahmat dari Allah Azza-wajalla, 


Surah AlA’raaf. Ayat 057.
Dan Dialah ( Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan Rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

Bangun dari tidur, suasana sangat terasa segar dan nyaman...fresh!
terus ke luar rumah melihat pokok-pokok di taman... daun-daun kelihatan basah dengan titik-titik air hujan ...menarik  nafas yang panjang menghirup udara segar..MasyaAllah ...Allahu Akbar..

Semoga di mana-mana sahaja bumi yang kering kontang semalam, akan menjadi basah dek hujan dan subur kembali ... tanam-tanaman, tumbuh-tumbuhan , binatang ternakan ...semuanya mendapat menafaat dari hujan Rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT..

Maka, mengapa kita masih menjadi kaum yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah?

 Maka, Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-Rahman) 



Surah AnNuur. Ayat 043.
Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.

Wednesday, September 19, 2012

Selamat Bertugas Cik Doktor

Alhamdulillah Syukur ALhamdulillah...semalam hari Selasa 18 September 2012, anak sulung saya Asma', telah memulakan tugas barunya sebagai seorang Doktor Pelatih (Houseman) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 
(gambar semasa konvo di Jordan)
Posting pertama beliau adalah di Medical Department ..
Semoga Asma' atau Kak Long diPermudahkan Allah dalam segala urusan beliau semasa menjalankan tugas ..
Tahniah Kak Long!
(gambar semasa konvo di Jordan)

Wordless Wednesday #24

Crown of Thorns

Monday, September 17, 2012

KT1

Apabila tengok berita hari ni, baru perasan hari ini adalah hari pertama penerbangan jemaah haji KT1.  Doa kuiringi dari jauh buat para jemaah agar mereka selamat pergi dan selamat balik serta diPermudahkan oleh Allah segala urusan mereka sepanjang mereka berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan juga Madinah Munawarrah. 
Melihat satu-persatu wajah mereka, mengimbau kembali pengalaman ku sendiri sewaktu hendak pergi menunaikan haji buat pertama kali 5 tahun yang lalu, 2007. Ya Allah, rindu itu bertamu lagi disanubariku... mengamit-gamit melambai-lambai daku ke sana...Ya Allah , daku selalu bayangkan sewaktu sedang solat, seakan-akan sedang bersolat di hadapan rumahMU Ya Allah ... Engkau murahkan rezekiku, Permudahkan jalanku, berikan daku peluang sekali lagi untuk mengerjakan haji atau umrah ke rumahMU Ya Allah ...
Rindu itu mengundang deraian air mata jatuh satu persatu di pipi ku...

Friday, September 14, 2012

Abah

Tatkala jari-jemari ini memetik-metik kekunci di papan kekunci  ...terjumpa gambar-gambar ini di dalam "folder" gambar. Tiba-tiba hati merasa sayu. Sayu melihat wajah abah di dalam gambar ini.  Ketika ini aku membawa abah ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata abah.  Abah sudah selalu menyatakan mata sebelah kanan abah sudah tak nampak sangat, semuanya kelihatan kabur.

 Ketika menunggu untuk dibuat pemeriksaan, aku terpaku melihat abah seakan-akan termenung. Jauh renungannya, walaupun pemandangan abah sudah kabur, tetapi renungan itu seperti suatu renungan menerusi mata hati. Jauh menembusi dinding di hadapan abah.  Mungkin abah memikirkan kos perbelanjaan jika doktor memutuskan abah perlu membuat pembedahan. Banyak kali abah seperti memujuk ku , "tak payah lah buat operation, abah rela begini. Jangan bazirkan duit..." 
Sedih dan sayu rasa hati ...abah seperti tidak mengendahkan dirinya lagi semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak. Namun, aku sedar, jasa abah tidak terbalas, hanya dengan kos rawatan yang aku perlu keluarkan ...

  Dahulu, semasa kami anak-anak masih kecil, tangan abahlah yang memimpin kami ..tetapi kini, abah sudah tidak kuat hendak berjalan sendiri. Perlu dipapah, dan untu kberjalan jauh kami perlu tolak abah menggunakan kerusi roda...Ya Allah Ya ALlah ... Engkau Permudahkan urusan kami Ya Allah...Engkau sembuhkanlah sakit mata abahku Ya ALlah, kerana abah sudah rindu sekali hendak membaca Al-Quran....

Wednesday, September 12, 2012

Tuesday, September 11, 2012

Smartphone & Internet

(Got this from a friend in my mail box, just for sharing only)

This is how Friends Hang Out Today

Description: Description: Description: Description: Description: CF576CE06B56479DB8C5A48E42CA3BA9@HomeLT
Grab a cup of coffee  
Description: Description: Description: Description: Description: 8DE434363A6C4FAE8F74C31F926EA48C@HomeLT
Go to your local pub  
Description: Description: Description: Description:
Description: 6903A9CEDEC24FE2BF0AD08A8938A39D@HomeLT
Dine out at your favorite restaurant

Description: Description: Description:   Description: Description: 810C23D4F768471C975BAA3637C7E2F9@HomeLT
Spend some time at the museum
Description: Description: Description: Description: Description:   654B37223ED04EBEB25DD4F27DB38B76@HomeLT
Meet at a popular diner  
Description: Description: Description:
Description: Description: 3662D65E36084FE3B1DFB412B2301360@HomeLT
Relax at a beautiful park 
Description: Description: Description:
Description:
Description: 86E35EEDDDD8402D90B4DE9C978CB4BF@HomeLT
Go to a live game 
Description: Description: Description:   Description: Description: B97DBCEFBC2E41829BF69548C5009B52@HomeLT
Go to the movies together 
Description: Description: Description: Description: Description: E2E7E88F4CF34955A4CAA39B6C207ED2@HomeLT
Going out on a date 

Description: Description: Description: Description: Description: A68911474C964512942A7E70D8E5B158@HomeLT
Take a drive around town

 It’s a busy world, no quality time
 Description: Description: Description: Description: Image     

 Cuba perhatikan disekeliling anda semasa ada di luar rumah atau semasa dalam rumah ... fenomena yang sama? 

Semester Baru

Alhamdulillah, Syukur. masih dapat bernafas menempuh semester baru bermula semalam, Isnin 10hb September 2012. Selepas lebih kurang 2 bulan cuti semester, hari ini dapat bertemu semula kumpulan pelajar-pelajar yang sangat saya teruja bertemu mereka. Alhamdulillah juga pada semester ini saya mendapat kursus baru untuk di ajar dan bertemu dengan kumpulan pelajar yang sama dengan semester lepas. 
Saya sangat teruja untuk bertemu mereka semula, kerana ini adalah kumpulan yang pertama sepanjang hayat saya menjadi pensyarah, di mana keputusan peperiksaan final semester lepas adalah yang terbaik! lebih 50% daripada pelajar dalam kumpulan ini telah mendapat A-. A dan A+ dalam subjek yang saya ajar pada semester lepas...
TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan CS2303A.

Mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat ceria, sentiasa memberikan maklum-balas dengan cepat apabila disoal dsbnya...kerana itu sepanjang 1 semester mengajar mereka , saya langsung tidak berasa bosan ... mereka saya anggap seperti anak-anak saya sendiri...
Semoga dengan bermulanya semester baru ini akan memberikan satu pengalaman baru bagi saya dan anak-anak murid saya nanti ...
Yang paling kita doakan adalah, ilmu yang diajar dan diterima semuanya diBerkati dan diRahmati oleh Allah SWT...semoga ianya menjadi ilmu yang berguna dan dapat dimenafaatkan oleh anak-anak muridku di masa hadapan...InsyaAllah..

Sunday, September 9, 2012

Jamuan Hari Raya, Haji dan kenduri kahwin

Sabtu 8hb September 2012, ada 3 jenis jemputan yang saya terima.  Sebelah pagi jemputan Hari Raya dari Pertubuhan IKRAM Shah Alam, Tengahari pula jemputan doa selamat dari rakan sekerja yang hendak pergi menunaikan fardhu haji tidak lama lagi. Sebelah malam pulam ada jemputan kenduri kahwin.
Allahu Akbar ...Alhamdulillah ...Barakallah...
Sungguh murah rezeki di bulan Syawal ini ...syukur ke hadrat Allah SWT
Pemuda-pemuda syabab IKRAM ...

berjumpa pula ex-students di sini..

Tengahari jamuan doa selamat untuk Puan Mazni dan suami, didoakan semoa Puan Mazni dan suami akan beroleh Keberkatan dan Semoga diPermudahkan Allah SWT sepanjang perjalanan untuk menunaikan haji. Semoga kalian akan mendapat haji yang mabrur (tiada gambar pula diambil ketika ini)

Pada sebelah malam kami ke kenduri kahwin rakan Kak Long Asma', iaitu Dr Wan Mohamad Izham dan isteri NurHidayah. Mereka berdua adalah rakan sama sekolah dan Dr Izham pula sama belajar di Jordan dahulu.
Barakallahu lakumawabaraka 'alaikuma fikhair.

Sungguh besar-besaran majlis perkahwinannya ...Vice-Cansellor Datok Sahol UiTM juga ada dijemput sama...

Berjumpa pula rakan-rakan Asma' semasa sekolah dan juga Universiti 
 Ini nama sama dengan KakLong, Asma' juga..tapi sudah berkahwin dan mempunyai anak ..nama anaknya Asiah...bulat matanya kan..macam anak orang Arab..
Ini pula Hanisah..
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....