Tuesday, July 31, 2012

Percubaan SPM 2012

Esok, Rabu bermulalah pertarungan bagi anak ke-5 saya pada tahun ini menghadapi peperiksaan percubaan SPM ... Abi, Ummi, kakak, abang dan adik serta keluarga semua ingin mengucapkan dan mendoakan untuk Wafa', agar Selamat Maju Jaya , Semoga Allah Kurniakan ingatan yang baik dan tajam, ketenangan dan kelapangan fikiran, Mengurniakan kpd Wafa' idea-idea yang bernas dan Permudahkan Wafa dalam menjawab  soalan peperiksaan dengan betul ..
Semoga Wafa akan mendapat keputusan peperiksaan SPM yang Cemerlang ...semuanya mendapat A+ ...

Ya Allah, Tuhan yang mengajar Nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan dia (Wafa), Ya Allah Tuhan yang mengajar Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada Wafa.  
Firman Allah SWT "maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan Kami lah yang melakukannya"
(Al-Anbiya: 79)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai tuhan Nabi Muhammad SAW, selamatkan Wafa' daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan RahmatNya wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepada Wafa', dan anugerahkan kepada Wafa' kefahaman dengan RahmatMU wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' cahaya dengan cahaya ilmuMU, dan jauhkan Wafa' daripada  lupa  dengan RahmatMu,  wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' kefahaman  nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan RahmatMU , wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Ameen

Hari Lahir Encik Suami

31st July 2012
Selamat Hari Lahir buat suami tercinta.... walaupun saya tahu En. Suami bukanlah jenis orang yang suka sambut birthday...saya tetap akan ucapkan Happy Birthday @ Selamat Hari Lahir  kepadanya.
Bagi Encik Suami, tiada sambutan birthday dalam Islam, namun begitu bukan bermakna beliau langsung tidak menghargai atau mengingati tarikh lahir, tetapi dengan cara yang tersendiri..
Yang ke berapa?
 hurmmm lagi setahun dah nak masuk setengah abad.

Monday, July 30, 2012

Berdebar-debar

Apa perasaan anda apabila pagi-pagi hari Isnin mendapat panggilan dari PA (Personal Assistant) your boss (in my case , my dean ) ?? 
"Dr. , dekan nak jumpa." 
Terus berdebar-debar rasa jantung ku! dup dap dup dap dup dap..(kalau boleh dengar lah degupan jantung itu..) ..terus tanya PA dekan, " kenapa kak?"
"Tak tahu..Dekan cakap suruh datang jumpa aje.." jawab PA dekan.
"Ok kak, kejap lagi saya datang.", jawab saya pula.

Selepas meletakkan telefon, terus ligat fikiranku..."Ishh..apalah sebab ni dekan nak jumpa pulak? .... Apa aku ada buat salah ke? dekan nak marah and bagi warning ke? 
atau dekan nak bagi perlantikan / pegang post apa-apa ke nih? alamak ...jangan lah kena lantik pegang post apa-apa...sure makin sibuk nanti ..huhu..tak nak tak nak kena pegang post apa-apa!!" 

Sambil jalan ke pejabat dekan, masih lagi berfikir...adoiyai...berdebar-debar ...sampai sahaja, terus PA dekan suruh duduk dulu sebab ada orang lain dalam bilik dekan... duduk lah di kerusi menunggu tu ...ishhh..kalau boleh dengar degupan jantung, macam orang pukul gendang tu, makin lajuuu...huhu

Akhirnya PA dekan berkata, "Dr... sila masuk"
Perlahan aku mengatur langkah menapak masuk ke bilik dekan..terus melihat dekan sedang duduk dikerusinya sambil tersenyum memandangku..dan kami bersalaman selepas aku mengucapkan salam...dan dekan yang aku kenal ini terus bertanya khabar dsb.. 
dan akhirnya dekan mencapai satu sampul surat putih di atas meja dan menghulurkan kepadaku..sambil berkata, "buka lah .."

Dalam hati berkata, "Alamak..surat apa nih? nak kena pecat ke? Hish! Moga dijauhkan Allah!"
Aku mencapainya dengan tangan yang sedikit ketar (kena control lah juga depan dekan kan..tak mahulah nampak sangat gabra...hehe)
perlahan-lahan aku mengoyakkan tepi sampul tersebut dan menarik keluar sehelai kertas dari dalamnya..
Demi membaca sahaja isi kandungan surat, terus aku ucapkan kalimah "Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Allah!"
Rezaki di bulan Ramadhan...
Alhamdulillah..

Saturday, July 28, 2012

89


89
itulah umur abah pada tanggal 27hb Julai 2012..
sekarang abah sudah tidak kuat lagi..mata sudah kurang nampak, dan jalan juga perlukan tongkat dan berpapah ...Selamat Hari Lahir abah... walaupun ku tahu abah tidak perlukan ucapan itu. Abah lebih suka kita berdoa ke Hadrat Allah SWT agar abah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik...InsyaAllah..
namun kubisikan diangin lalu...
Abah...Uda sayang abah...

Friday, July 27, 2012

Surau Ar-Rayyan, Sek 7 (Kristal)

Semalam kami berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 (Kristal) ..buat pengetahuan anda semua, di Seksyen 7 Shah Alam ini sahaja, terdapat 5 buah surau : At-Taqwa, Al-Islah, Al-Mawaddah, Ar-Rayyan, dan ..... hurmm..lupa pula satu lagi surau yang terletak di area rumah pangsa sana ....

Alhamdulillah, saya mendapat jemputan untuk berbuka di sini  dari sahabat saya, Nor.  Beliau mengajak saya berbuka bersama beliau kerana pada malam sebelumnya beliau hanya berbuka seorang diri (di pihak wanita). Sewaktu saya sampai, dari jauh Puan Nor sudah nampak kami datang dan melambai ke arah kami. Suami beliau Ustaz Fairuz juga datang bersalaman menyambut kedatangan suami.  Alhamdulillah kelihatan beberapa orang wanita lain (saya agak isteri kariah surau itu juga kerana Puan Nor mengenali beliau) ...

Selepas berbuka kami terus ke bahagian wanita untuk solat maghrib berjemaah.  Kelihatan surau itu baharu juga di buat pengubahsuaian dan sangat luas di bahagian wanita, mungkin diubahsuai demi menampung jemaah wanita yang semakin ramai pada bulan Ramadhan ini, Namun begitu sewaktu solat maghrib, hanya kami berempat sahaja yang solat. Saya, Nor, isteri pak bilal (saya lupa pula nama beliau) dan Hana'.  Namun begitu menurut Puan Nor, sewaktu Solat Sunat Terawikh, ramai jemaah wanita yang hadir...Alhamdulillah. 

InsyaAllah, jika Allah izinkan, hari ini kami akan berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah di surau yang lain pula.

Thursday, July 26, 2012

Surau At-Taqwa, Seksyen 7(PKNS)

Alhamdulillah semalam kami berbuka puasa di Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam ...

Berbuka ringkas dengan tamar dan mee goreng dan pau dan  air teh panas... + apple pie (ada jiran bawa). selepas itu solat maghrib berjemaah..Selepas solat baru makan berat sikit..semalam kami makan nasi + ikan goreng bersambal + telur masak lemak cili padi (style orang Nogori) ...

Alhamdulillah, makanan mencukupi malah ada lebihan lagi ...mudah-mudahan semasa moreh nanti habislah semua, agar tidak membazir...

Solat Isya' dan Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam.

Bubur Lambuk Kg Baru

Alhamdulillah petang tadi dapat lah sebungkus pemberian rakan baik saya. Memang tiap-tiap tahun suami kawan baik saya ni akan ambil/beli dan agih-agihkan kpd kami ni... kemudian saya blogwalking ke beberapa orang rakan maya...termasuklah blog YB ni ...sekali baca ....laaaaaaaa...sama pulak tajuk entri kami ..macam tau-tau aje YB ni..ada sixth sense kot...hehehe ,aa, gambar tak sempat nak ambil dah habis....

Wednesday, July 25, 2012

Berbuka puasa

Alhamdulillah, Allah izinkan kita semua berpuasa hingga hari ke-5 ini, dan Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan HidayahNYA ke atas kehidupan kita semua. Ameen.

Semalam kami dapat ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk berbuka puasa, solat maghrib, bertadarus dan seterusnya berterawikh di situ.  menunggu suami pulang dari kerja sehingga hampir jam 7:00 petang... terus cik suami mandi-mandi dan bersiap, sampai di Mesjid Negeri dalam pukul 7:15 ptg...masa itu sudah ramai orang duduk menunggu waktu berbuka.

 Sedang melangkah ke tempat makan, bertembung pula dengan Puan Roza (isteri Prof Kamil dan penulis buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi) ... selepas bersalaman kami menuju ke haluan masing-masing..

Saya dan Hana memerhati sekeliling, mencari meja yang menempatkan makanan... sedikit rasa hampa (Ya Allah, ampun kan dosa hambaMu ini Ya Allah, kerana terlintas perasaan begitu) kerana semua makanan sudah habis, agaknya sebab ramai orang... kami pun menuju ke tempat air, kerana itu sahaja yang ada.  Mata mencari-cari tempat duduk ruang kosong di celah-celah orang ramai ... setelah melabuhkan punggung kami...saya pun mengeluarkan botol yang mengandungi kurma Ajwa yang kami bawa dari rumah... letakkan nya disebelah air.. dalam hati..tak apalah..tiada rezeki kami ..sebab datang lambat, maka makanan sudah habis... kami akan berbuka dengan kurma sahaja ...

Sambil menunggu saya telefon cik suami, (dia duduk di bhgn lelaki) ...bertanya, "Abi dapat makanan tak? ada lebih tak di bhgn lelaki?" 
Jawab suami, " tak ada , dah habis juga... tapi ada orang bagi 1 bubur lambuk" .."ok", jawab saya...
saya pun memujuk Hana, "tak apa Hana, kita berbuka dengan kurma dulu, nanti InsyaAllah selepas solat maghrib kita cari makanan ya.." Hana mengangguk sahaja..

Semakin menghampiri ke waktu berbuka, saya telefon cik suami, "Abg, abg ada 1 mangkuk bubur tu, kita kongsi lah ya bertiga..kesian Hana, takut dia tak tahan nanti" , "ok" , jawab abi, lalu kami bersetuju duduk bersama di suatu tempat agak jauh sedikit di tepi dinding ...semasa saya sedang berkemas hendak berpindah tempat, tiba-tiba ada seorang budak perempuan datang menghulurkan satu tupperware bubur lambuk.. lalu saya suruh Hana ambil dan ucapkan terimakasih... melihat kejadian itu, wanita di sebelah saya, bertanya, " Puan tidak ada makanan kah?" Saya jawab,"owh ada, kami berbuka dengan buah tamar tu"  ...Lalu beliau menghulurkan pula satu tupperware bubuk lambuk lagi untuk saya pula"..mula-mula saya agak keberatan, tapi beliau mengatakan beliau akan berbuka dengan nasi yang diberi oleh pihak mesjid...lalu saya ubah fikiran dan mengambil bubur tersebut, lalu ucapkan terimakasih..Semoga Allah murahkan rezeki mereka, Ya Allah...
Alhamdulillah akhirnya kami dapat berbuka dengan semangkuk bubur lambuk setiap seorang ...
Namun, Allah tunjukkan, beri kami merasai, walaupun berbuka hanya dengan semangkuk bubur lambuk...tapi Alhamdulillah, kami berasa kenyang sehingga selesai kami solat Terawikh. Mudah-mudahan berkat makanan yang kami makan walaupun sedikit.

Selepas berbuka, kami ke dewan solat dan solat maghrib berjemaah...selepas itu, kami bertadarus sehinggalah waktu Isya' dan kemudian bersolat terawikh pula. Saya merasakan satu perbezaan yang nyata, kami dapat bersolat berjemaah dengan tenang dan khusyuk kerana kami tidak makan berlebih-lebihan...

 Kami suka bersolat Terawikh di Mesjid Negeri kerana suasananya yang mengingatkan kami ke Mesjidil Haram di Makkah...tambahan lagi imam-imamnya membaca ayat-ayat AL-Quran mengikut alunan bacaan seperti Iman Makkah .

Alhamdulillah...semoga Allah berikan kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan ini agar kami dapat lagi bersolat Terawikh di Mesjid dan surau-surau yang akan kami pergi....InsyaAllah.

Tuesday, July 24, 2012

Puasa

 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa." Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1127.
Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya dia dilaporkan orang kepada Rasulullah saw. bahawa dia pernah berkata: "Sesungguhnya aku akan solat sepanjang malam dan puasa setiap hari selama hidupku." Lalu Rasulullah saw. bertanya kepada ku, "Betulkah engkau berkata demikian?" Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Engkau tidak akan sanggup melakukannya. Puasalah satu hari, esok jangan. Tidurlah lebih dahulu sebelum solat malam, sesudah itu baru bangun. Dan puasalah tiga hari dalam sebulan, kerana tiap-tiap satu kebajikan akan diberi ganjaran sepuluh ganda, dan itulah contoh puasa sepanjang masa." Jawab Abdullah, "Sesunguhnya aku sanggup lebih dari itu." Jawab Rasulullah saw., "Kalau begitu puasalah satu hari, berbuka dua hari." Kata Abdullah, "Aku sanggup lebih dari itu, ya Rasulullah!" Jawab Rasulullah saw., "Puasalah satu hari, berbuka satu hari. Yang demikian itu adalah puasa Nabi Daud 'alaihissalam. Dan itulah puasa yang paling seimbang." Kata Abdullah, "Aku sanggup lebih dari itu." Jawab Rasulullah saw., "Tidak ada lagi yang lebih utama dari itu." Setelah Abdullah berumur lanjut, dia berkata: "Kalaulah ku terima puasa tiga hari seperti yang dianjurkan Rasulullah saw. kepada ku, tentulah akan lebih ku sukai daripada keluarga dan hartaku."

Ukhuwwah fillah

Awal bulan Julai tempohari, kami berkumpul setelah penat satu semester berhempas pulas mengajar dan menyelia pelajar.  Masing-masing sibuk sehinggakan kumpulan usrah kami tidak dapt berjumpa selalu , boleh dikatakan semester lalu, kami memang tidak dapat bersama langsung ... lalu kami atur satu pertemuan agar ikatan ukhuwwah di antara kami tetap utuh segar dan diredhai Allah.  Walaupun bernaung di bawah satu fakulti (terdapt seorang sister dari fakulti lain) namun boleh dikatakan kami tidak berpeluang langsung hendak bertemu sesama sendiri...

"Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku (Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku (Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)"(HR Ahmad)
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati ikatan ukhuwwah kami sehingga ke akhirnya...Ameen.

(maaf jika terliur melihat gambar makanan di bulan puasa ini...tidak bermaksud begitu)

 Dari Restoren Chinese Muslim, ADAM LAI





Ustazah Nor tidaklupa membuat carrot cake utk kami...sedappppp


Cintailah sahabah anda kerana Allah nescaya anda akan dapat merasai kemanisan iman. Wallahua'lam

Sunday, July 22, 2012

Awal Ramadhan

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana sekali lagi memberi kami sekeluarga peluang untuk balik ke kampung dan berbuka puasa bersama-sama ayah bonda tercinta ...
walaupun hanya balik tak sampai sehari, tapi sekurang-kurang terserlah di wajah ayah bonda kegembiraan yang tidak dapat di nyatakan dengan kata-kata ... kesemua adik-beradikku pulang bersama keluarga masing-masing (tak ramai pun adik-beradik, 4 orang sahaja...)
Cuma kali ini tidak semua anak ku ada bersama : Kak Long  Asma' ada program di KL, Ammar menjadi imam solat Terawikh di Surau Al-Islah, Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, dan Mu'adz beriktikaf fi Mesjid Negeri bersama-sama rakan sekelasnya.
Yang penting dapat bersama-sama ayah bonda tercinta... 

Hatiku begitu sayu tatkala melihat ayahku ... matanya sudah tidak berapa nampak sangat ... aku terpaksa datang dekat duduk disebelahnya dan ketika kucium tangan dan pipinya, daku bisikkan, "abah, ini Uda, Uda balik nak buka puasa dengan abah"  terdengar getar dalam suaraku ..hampir tumpah air mata tapi aku berusaha membendungnya ...
Umur abah sudah 88 tahun...jalan terpaksa berpapah dan betongkat kerana kaki/lutut abah sudah tidak kuat dan mata kurang jelas... makan mesti ada seseorang yang menyuapnya, kerana jika abah makan sendiri memang kelihatan seperti anak-anak yang baru belajar makan, berserakan....kasihan abah... 
Alhamdulillah anak saudara ku Faizah, yang baharu sahaja kahwin pada bulan Jun tempohari ada duduk bersama atoknya. Oleh itu, Faizah lah yang rajin menjaga abah...
Terimakasih Faizah..
InsyaAllah, Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kesihatan yang baik dan kelapangan masa, agar kami dapat pulang selalu ke kampung untuk menjenguk abah dan mak. 
InsyaAllah..Ameen


Friday, July 20, 2012

Lewat

Kali pertama stay back di office sehingga jam 11 malam ...InsyaAllah Sabtu pepagi selepas sahur bercadang nak balik kampung..menyambut awal Ramadhan bersama ibu bapa tercinta dan yang penting sebenarnya hendak bersama -sama di sisi ayahanda dan bonda setelah hampir dua bulan tak balik ...oleh itu kena habiskan marking dan grading by tonight or the lastest tomorrow...

Semoga Allah Permudahkan segalanya ...Ameen

Thursday, July 19, 2012

Due Date

Buat masa ini, terlampau banyak DUE DATE yang kena penuhi...

Tarik nafas panjang-panjang ....hembus ..tarik nafas...hembus...
senyum ...
lakukan satu persatu mengikut keutamaan 
lakukan mengikut kemampuan diri
jangan tension...nanti Stress ...

Berzikir mengingati Allah SWT

Menghadapi Dugaan Hidup

Apabila rakan-rakan ditimpa dugaan hidup, mulut kita cepat dan senang sahaja mengucapkan, "Sabar ya kak/dik...ini dugaan dari Allah, kita hadapi dengan sabar" tetapi apabila diri sendiri ditimpa dugaan, bagaimana penerimaan kita? Bagaimana persiapan diri kita dan apakah tindakan yang kita lakukan?

Kita selalu menyangkakan diri kita sudah cukup persiapan, tetapi apabila tiba masanya, kadang-kala kita terkedu. Tidak tahu hendak melakukan apa-apa pun, yang kita secara spontan akan lakukan adalah menangis dan termenung...(bagi kebanyakan orang perempuan) , jika lelaki pula, mungkin disebabkan rasa ego yang tinggi, mereka akan mula menafikan (state of denial) ...namun adakah kita terfikir untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT? Kita akui Allah hendak menguji kita...Allah hendak menguatkan diri kita, jadi hanya kepada Allah lah sahaja kita patut mengadu dan memohon pertolongan jika menghadapi dugaan ...

Dalam membaca kisah-kisah para sahabah kita sering membaca bagaimana para sahabah selalu ditimba ujian dan dugaan, kadang kala bukan kecil dugaan yang mereka hadapi, malah sangat berat....sangat menggoyah iman di dada, tapi bagaimana mereka menghadapi nya..?
Pencarian dalam Al-Quran menemukan ayat-ayat berikut, Surah Az-Muzammil: ayat 1 - 11.
Ayat-ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w tertekan dengan cercaan dan ancaman orang-orang kafir.  Mari kita baca terjemahan ayat-ayat ini:


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  
1.  Wahai orang yang berselimut!
  
2.  Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
   
3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"

5.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
    
9. Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
    
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
     
11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Apakah perkara utama yang terlintas di fikiran semasa terjemahan ayat-ayat di atas?
Ya....SOLAT TAHAJJUD ..

Kita di perintahkan oleh Allah SWT agar bangun solat malam ...kerana solat tahajjud akan memberi kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan.
 Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday - 22


p/s: Fish Sandwich terbaik di Eminonu , Istanbul, Turkey
sesiapa jalan ke sana, jangan lupa mencubanya...sedappppp
Mereka memasak atas bot tu, nampak relakx aje,
tapi sebenarnya bot tu bergoyang-goyang, tak pening pun tukang masak tu ...

Tuesday, July 17, 2012

Bas Stand Klang dalam kenangan

(gambar ihsan dari blogger Abah Zino)

1990 
 Kali pertama saya mengenali Bas Stand Klang. Baru pulang dari belajar di negara Uncle Sam...dan mendapat kerja di UiTM, dahulu dikenali sebagai ITM, tapi saya tinggal di Taman Watan, Ampang.  Termenung seketika semasa membaca surat tawaran..bukan tidak suka, tetapi memikirkan bagaimana saya hendak ke berulang-alik ke tempat kerja. 
Waktu itu masih belum mampu hendak membeli kereta, yang ada hanya motor kapcai yang di bawa oleh suami.  Mempunyai kenderaan pada waktu itu dikira sebagai mewah..sedangkan saya yang baru pulang dari belajar memang belum mampu hendak membeli kereta....pilihan yang ada ...menaiki kenderaan awam ~ BAS.
(berbeza dengan anak-anak sekarang, semasa belajar pun dah ada kereta masing-masing...)

Bayangkan waktu itu saya hendak naik bas dari AMPANG ke SHAH ALAM! Berapa kali saya perlu menukar bas? Sebelum subuh seawal pukul 6pg saya sudah bersiap.  Terus sahaja menunaikan solat selepas azan subuh. kemudian bergegas-gegas ke hadapan kedai berdekatan rumah, kerana bas yang pertama sudah menunggu di situ. Dari Taman Watan saya perlu menaiki bas (hurrmm..kalau tak silap bas LENG SENG... sesiapa yang seangkatan dengan saya mesti ingat bas ni)   hingga ke Bangkok Bank... turun di Bangkok Bank, menyusup  dengan laju di celah-celah kedai di tengah KL menuju ke Stesen Bas Klang ...Di situ, menunggu pula dengan orang yang semakin ramai, bas bernombor 222 yang akan ke Shah Alam... Pada waktu itu, itulah bas yang akan membawa penumpang direct dari Bas Stand Klang ke dalam kampus ITM...

Saya selalu ketinggalan kerana sering mengalah kepada orang lain semasa hendak naik bas tersebut... Apa tidaknya, saya yang baru pulang dari negara Uncle Sam (di mana penduduknya sangat bersopan ..tidak berebut-rebut ketika hendak menaiki bas) mengalami 'kejutan budaya' - Ya Allah .... hampir 95% penumpang bas 222 ada lah para pelajar ITM, dan mereka yang hendak bekerja di Shah Alam..boleh dikatakan mereka adalah terdiri dari mereka yang terpelajar, berpendidikan tinggi (ialah..kalau tak , mereka tak masuk ITM lah kan..) dan berpelajaran ... tetapi mengapakah apabila tiba saat hendak menaiki bas, sifat mereka sama sahaja seperti mereka yang tidak bersekolah, tidak mempelajari pelajaran sivik (dulu time saya bersekolah ada pelajaran sivik) ???? Apabila nampak sahaja bas bernombor 222 datang, masing-masing sudah tolak menolak hendak ke depan, hendak menaiki bas dahulu ... saat bas itu berhenti sahaja...masing-masing berrebut-rebut ....
Saya hanya berdiri memerhati dari tepi dan belakang... Ya Allah...tidak sanggup saya hendak berebut2 dgn para pelajar dan yang lain... tolak-menolak ..akhirnya selalunya saya akan sentiasa berdiri dalam bas dari Bas Stand Klang hingga ke Shah Alam ...kerana saya naik lambat dan semua tempat duduk sudah dipenuhi penumpang...


Begitulah keadaannya hingga 3 bulan saya berulang-alik dari Ampang ke Shah Alam ... jika Allah izinkan, adalah penumpang yang baik hati akan bangun dan memberikan tempat duduknya kepada saya.  Ya, tidak semua yang tidak mempunyai perasaan..ada yang terkecuali.  Sehinggalah kandungan saya berusia 4 bulan, saya sudah tidak sanggup lagi berulang menaiki bas, lalu saa sarankan kepada suami agar mencari rumah sewa di Shah Alam... 


Itulah kenangan saya dengan Bas Stand Klang ini.  Rasanya sekarang jika disuruh saya menaiki bas lagi, sudah tidak sanggup lagi...Baru-baru ini melalui kawasan Bas stand Klang ini, dan kenangan lama mengimbau kembali...


Agaknya kalau di suruh anak-anak kita menaiki bas berulang-alik sebegini, mahukah mereka? Mahukah mereka merasai kesusahan ibu-bapa mereka tatkala baru bertatih hendak memulakan kehidupan?

Saturday, July 14, 2012

Prof Kamil & Puan Roza

Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah@Roza Roslan di Intekma Resort, Seksyen 7, Shah Alam, pada pagi Sabtu ini.

Tidak perlu lagi lah saya memperkenalkan Prof Kamil dan isteri Puan Roza, kerana yakin ramai pembaca sudah pun mengenali mereka berdua... samada melalui blog Prof Kamil, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan, atau pun melalui blog Puan Roza, Hidup Itu Indah, atau pun melalui ceramah-ceramah atau majlis ilmu yang dianjurkan oleh insan-insan terpilih yang hendak mendengar perkongsian ilmu dari Prof Kamil. 

Sepuluh bulan yang lalu, Prof Kamil dan Isteri serta 2 orang anak mereka telah berhijrah ke Madinah.  Prof telah mendapat tawaran di Universiti Taibah, Madinah.  hujung bulan June 2012, sempena cuti musim panas, Prof Kamil dan keluarga telah pulang ke Malaysia untuk bercuti.  Prof tidak membazirkan sedikit pun waktu beliau di sini... ada saja jemputan dan majlis ilmu yang diterima dan perlu di hadiri...Alhamdulilah Prof sentiasa berusaha untuk memenuhi jemputan pembaca2 blog KRTS dan lain-lain...

Pagi ini, Alhamdulillah Prof Kamil dan Puan Roza telah dapat meluangkan waktu untuk membuat majlis kesyukuran dan pelancaran buku-buku beliau dan isteri yang baru dikeluarkan...Saya, suami dan anak bungsu, Hana ..pagi-pagi lagi seawal jam 7.50pg sudah pun berada di Intekma Resort, Seksyen 7.. Kami lihat Prof Kamil dan Puan Roza sudah pun berada di perkarangan Dewan Bestari... Puan Roza sedang melayani beberapa muslimah dan menandatangani buku beliau, BUKAN SEKADAR RESEPI. Lalu saya terus bertemu Prof dan bertanya khabar, dan Prof terus bersalaman dan berpelukan dengan suami... saya dan Hana menunggu giliran sementara orang belum ramai hadir...
Sempat lagi mengambil gambar kenangan dengan Puan Roza di luar dewan.

Minuman pagi telah disediakan, 2-3 jenis kuih dan teh-O panas... selepas minum di tepi kolam renang Intekma Resort, kami naik ke atas semula hendak masuk ke dalam dewan.  Diluar pintu dewan kelihatan ramai juga orangsedang membeli buku-buku Prof Kamil, dan Puan Roza...

dan saya ternampak seseorang sangat familiar! Siapakah beliau? Rupa-rupanya Hana mengenali beliau...itulah AIN MAISARAH! .... Ain juga hadir untuk memberi sokongan kpd Prof kamil dan Puan Roza...
Sempat juga Hana bergambar dengan penulis kesayangannya, Ain Maisarah.

Selepas pelancaran oleh Prof Dr Hatta Azad Khan,  Nash juga hadir untuk mendendang lagu evergreen beliau ...walaupun dengan kesihatan yang kurang baik, beliau gagahkan juga diri utk hadir dan memberi sokongan kepada Prof Kamil dan isteri...
Nash, walaupun kurang sihat namun tetap hadir memberi sokongan kpd Prof Kamil dan isteri.

Akhir sekali , Prof Kamil tampil ke pentas dan memberi tazkirah dari Madinah... 
Terimakasih Prof di atas teguran Prof mengenai aurat, terutamanya aurat wanita, "tudung mak datin". Teguran bersahaja Prof yang  membuatkan sesetangah wanita tersentak ... kadangkala kita berfikir kita sudah menutup aurat, namun sedarkah betapa kita masih lagi BELUM menutup aurat SEPENUHNYA..seperti yang dikehendaki dalam Islam ..

Peringatan Prof mengenai solat malam, betapa Allah telah menjanjikan kepada manusia, 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi)
 telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit: 
 ‘Aku (Allah (a.w)) Raja bagi segala raja dan kamu sekelian hambaKu, (pertama) sesiapa yang berdoa kepadaKu (sesuatu), maka Aku makbulkan akan dia, (kedua) sesiapa yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia, (dan, ketiga) sesiapa meminta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’, 
maka (Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya) sentiasalah Dia (Allah (a.w)) berseru sedemikian itu hingga cerah terbit fajar.’ 

[Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi] 

Dan  yang akhir peringatan Prof mengenai PUASA, bagaimana kita patut jadikan puasa sebagai amalan , bukan sahaja puasa Ramadhan, tetapi puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, dan puasa Nabi Daud. 

Apakah puasa Nabi Daud? 
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].


Alhamdulillah satu majlis ilmu yang sangat bermakna buat semua peminat-peminat / pembaca buku Prof Kamil dan Puan Roza... diharap bukan dibaca sekadar itu apabila buku ditutup dengan helaian terakhir, maka ia berlalu begitu sahaja ...tetapi ilmu yang akan kekal selama diizinkan Allah... ...Amin.

Terimakasih Prof dan Puan Roza... dan semua mereka yang hadir pada pagi ini di Intekma Resort..

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012

Malam semalam berakhirlah majlis Tilawah  Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54 Tahun 2012. Bermula dari 6hb hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka , PWTC.


Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000. Kerajaan Malaysia telah meningkatkan hadiah untuk 8 perserta ke atas.

Keputusannya untuk bhgn Qari, Malaysia menjadi johan, manakala di bhgn Qariah, johan adalah dari negara Maghribi/Morroco. Qariah Malaysia telah menduduki tempat ke-3. Persaingan adalah sangat sengit di bhgn Qariah kerana pemenang pertama sehingga ketiga SEMUAnya mendapat markah yang sama, iaitu 94 markah.  Oleh itu kemenangan ditentukan dengan penilaian tajweed, dengan perbezaan yang sangat sedikit.
Johan Qari dan Qari'ah 2012


QARI'
======================================
Johan
   Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia


    Naib Johan:
Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran


    Tempat ketiga:
 Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia


    Tempat keempat:
Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi


    Tempat kelima:
Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria


QARIAH
==================================
Johan
 Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi

    Naib Johan

 Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia

    Tempat ketiga

 Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
    

Tempat keempat
 Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
    

Tempat kelima
 Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

(gambar ihsan: http://www.anakulucheka.com/ )

Thursday, July 12, 2012

Cahaya Hidayah

Last week, a very touching moment happened at our weekly meeting (Usrah) ...

One of our usrah's member, Jamilah, has a son who is studying in Beijing Foreign Studies University, Republic of China. Last wednesday, he came back to Malaysia with a group of his friends, for a summer holiday. 
A few of his girl friends from the same University also came back for a holiday, bringing together with them their Mandarin Language lecturer, named Wang Laoshi. She wanted to come to Malaysia with them in order to know and experience herself the Islamic environment, which she couldn't get in mainland R.O.C.

 According to Afiqah (one of her students there), Wang Laoshi had already learnt few Islamic teaching and ALREADY FINISHED (QATHAM) READING THE AL-QURAN (translated in Mandarin) TWICE!! According to Laoshi, she reads the Quran translation every night before she went to bed.
Nur Hidayah with Seri (Jamilah's daughter) and Afiqah (both can speak Mandarin and became her translator)
 
She just arrived in KLIA that Wednesday  evening and Jamilah brought her to refresh herself in one of the sister's house. Then she came to our usrah with all the Malaysian students. At that time, we have just finished our maghrib prayer.  Then Jamilah together with her daughter and friend, were getting ready for maghrib prayer also. So, we decided to have a chat with her at the dining table in the dining hall, while waiting for Jamilah and her daughter perform their prayer.  Wang Laoshi can speak English very good, then suddenly she told us that she wanted to sit besides Jamilah and her daughter while they perform their prayer.  She wanted to hear the Quranic recitation when they prayed, especially Al-Fatihah,  because she told us she found it very peacefull , her heart feel so serene when she hears the Quranic recitation. 

She recalls the day when she first heard the recitation of Al-Fatihah in one of their pitstop during their journey while travelling to some of the places in R.o.C. Upon hearing the surah read by the Imam, she suddenly stood still and tears started rolling down her cheecks. She didn't know why she cried, it happened naturally.. she told us she felt very pieceful in her heart...not the same when she listened to any songs .....MasyaAllah...Subhanallah ! The recitation of Al-Fatihah had touch her heart! That moment is the starting point, after that with the help of her students (Malaysian students), she started to read the Quran translation and books...nearly two years went by, her interest in Islam grows, but as Allah plans, she still not ready to say syahadah yet..(then later she told us that she was waiting for the right moment to say it~ but we deeply knew that Allah hadn't granted the Nur Hidayah to her yet...)

Then we continued with our usrah where we read a story about one of the companions, or Sahabah. Wang Laoshi listened carefully with Afiqah translated it to her in Mandarin. We didn't plan it to be, but the story of the sahabah that we read, really match like her situation. The sahabah was very closed to Rasulullah SAW since they were little, grew up together, but he didn't embraced Islam until Fathul Makkah ~ which he had wasted 20+ years. The sahabah said, even if given a mountain of gold to him, it couldn't replaced all the time he had wasted...he had lost...but it all came back to the fact that it is in Allah's jurisdiction to give the nur hidayah to who, where and when...

Upon listening to the translation, Wang Laoshi's face suddenly seemed radiantly glowed and with a smiling face she asked us, can she say the syahadah NOW? she didn't want to wait any longer, she didn't want to feel lost like the sahabah ...and all of us at the table were stunned! and without realizing it tears of joy started rolling down ... Subhanallah......Alhamdulillah ...it seemed that Allah SWT had bestowed her nur hidayah ...had opened her heart to the truth! the real truth!

Then our naqibah, explained to her about kalimah syahadah and it's meaning..etc...
....
....
....
and now Wang Laoshi is NUR HIDAYAH, on her first day in Malaysia ...and we feel very honoured because Allah had chosen us to witness and experience  this very special moment.
Nur Hidayah with our Naqibah ...


THANK YOU ALLAH ..!

Wednesday, July 11, 2012

Chef Hanieliza

Dunia blogging telah menemukan ku dengan ramai insan-insan istimewa.  Penulis-penulis tersohor tanah air, para ilmuan , chef2 terkenal di dunia blogging seperti Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim dari blog DAPUR TANPA SEMPADAN, Chef Hanieliza dan ramai lagi ...masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. 

Sudah lama mengenali Kak Liza @ Chef Hanieliza sejak zaman mula berblogging lagi, sebelum beliau mula terkenal dengan buku resepi nya bertajuk "1 hari 1 resepi".  Kak Liza sangat baik dan merendah diri, tidak sombong orang nya..tidak lokek berkongsi resepi-resepi nya yang ternyata sedap apabila di buat..Kak Liza selalu membuat entri masakan di blog beliau HANIELIZA'S COOKING. banyak kali terlepas hendak menghadiri demo masakan kak Liza apabila di adakan di Lembah Klang ...kali ini apabila mendapat tahu bahawa Kak Liza menjadi Chef jemputan sempena minggu "Masjid Duniaku" di Masjid Negeri Shah Alam... saya tidak mahu melepaskan peluang ini..

Sempat menjadi pembantu Kak Liza semasa memasak menu kedua, resepi warisan Pangek Daging.
Tiga resepi yag di masak kak Liza, iaitu Nasi Paella, Pangek Daging dan kerabu ikan bilis...
Masa untuk menjamu selera pula .!
Selesai memasak dan menjamu selera, sempat kami mendapatkan satu salinan buku resepi Kak Liza yang famous ini ...(shhhhh...lepas ni kena try 1 resepi setiap hari ..sampai setahun !) 

Masjid Duniaku

 Masjid Duniaku
Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu

Salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam mengimarahkan masjid, membudayakan ilmu  telah diadakan pada 7-8 Julai 2012 bertempat di Mesjid Negeri Shah Alam..pelbagai aktiviti telah di atur untuk masyarakat Negeri Selangor menghadirinya ... pagi Sabtu, program bedah buku "Badiuzaman Said Nursi " oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip ... bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi bersama buku beliau...diikuti dengan pelbagai bengkel penulisan , acara-acara untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi ... 
Bersyukur lah wahai penduduk Negeri Selangor amnya dan masyarakat Bandaraya Shah Alam khususnya ...
 Alhamdulillah...tidak lama lagi pula Ramadhan akan menjelma ...semoga Allah panjangkan umurku dapat kiranya bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia .. dan dapat menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan...masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, suasana sepanjang malam selepas berbuka puasa , solat maghrib, Isya' dan Tarawikh ... suasana yang ku rasa seperti berada di Mesjidil Haram ...
Ya Allah...aku merindui ingin berada beribadah di rumahMU Ya ALLAH ....

 Selepas selesai Pak Latip "bedah buku" Badiuzaman Said Nursi, diikuti oleh Ustaz Zahiruddin, seorang warga Turki tetapi sangat fasih berbahasa Melayu telah tampil untuk membaca petikan dari buku tersebut .  kelihatan sangat familiar rupa beliau, rupa-rupanya beliau ialah Bro Ibrahim ....(tak ingat nama akhir beliau) ... yang pernah muncul dalam rancangan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu suatu masa dahulu...(saya pernah menonton rancangan ini di mana peserta2 dari seluruh dunia menyampaikan pidato mereka dalam Bahasa Melayu! Sungguh kagum dengan mereka yang berbangsa asing berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik..sedangkan ramai kaum Melayu di Malaysia ini sendiri..yang berbangga berbahasa selain dari Bahasa Melayu)

 Ustaz Zahiruddin Zabidi
 Buku hasil nukilan Ustaz Zahiruddin Zabidi : SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR dan NIAN HATI SALSABILA
 Bersama Pak Latip dan rakan sekerja Jamilah dan suami
 Hana bersama Bro Ibrahim dari Turki yang fasih berbahasa Melayu
 Semasa kami minum di bawah, bertemu pula dengan blogger Abang Long dan anak
Kami duduk minum semeja dengan Cik Haryani ... kecil molek comel orangnya ..rupa-rupanya beliau ialah KETUA UNIT di PTS LITERA UTAMA SDN BHD.
Banyak tips-tips yang kami perolehi dari beliau ..

Tuesday, July 10, 2012

JOM!

 Majalah JOM! isu pertama telah dicetak pada 29hb Feb 2012... yang istimewa ialah tarikh ini hanya muncul 4 tahun sekali! .. sehingga kini sudah terbit isu ke-4. Dengan saiznya yang kecil berbanding majalah yang lain, mudah utk dimasukkan ke dalam beg tangan etc, membuatkan majalah ini semakin laris ...

Apa yang membezakan majalah JOM! dengan majalah-majalah Islam yang lain? petikan kata-kata dari ketua Editor, Dr Nur Aisyah Zainordin,
"Di antaranya, dalam banyak-banyak majalah yang dijual di pasaran, belum ada majalah yang memenuhi keperluan seorang penggerak dakwah, secara khusus mereka yang mengikut program tarbiyyah. Majalah ini lahir di atas kesedaran bahawa seorang da'ie di atas muka bumi Allah ini sangat memerlukan bekalan. " Majalah ini berkonsepkan separa santai dan serius... dengan judul yang sangat ringkas JOM! , ia mudah utk bahan bacaan terutama golongan muda-mudi dan remaja dalam peringkat umur 17 tahun -30 tahun.. Namun begitu ia tidak terhad kepada golongan ini sahaja..sesiapa sahaja boleh membacanya kerana terdapat banyak ilmu yang sangat bermenafaat yang boleh di kongsi bersama..


Jemputan Khas untuk pelancaran majalah JOM! ~ Bro Sham kamikaze (ex-Jebon) dan tokoh utama IKRAM Prof Dr Hafidzi

Keadaan pentas untuk pelancaran buku sempena Pesta Buku Selangor 2012

Pelancaran Majalah JOM!
SIla contact Asma' di sarahasma_lan@yahoo.com atau 019-2771825 
untuk pembelian atau tempahan ...

 Bersama penulis tersohor PM Dr Ummi Kalthum Ngah dan juga pendakwah/penceramah yang tidak asing lagi Ustazah Maznah Daud (dengarkan slot beliau di radio IKIM)
Kedua-dua tokoh ini adalah penulis jemputan dalam majalah JOM!

Selepas pelancaran majalah JOM!, Hana mengambil bahagian dalam acara bercerita bersama Auntie Sofie ... setiap kanak-kanak berpeluang menjawab dan mendapat hadiah...

Monday, July 9, 2012

Kembalinya seorang Tokoh Budayawan Tanah air ~ Puan Azah Aziz

Semua yang hidup pasti akan pergi jua suatu hari nanti, cuma masanya bila? hanya dalam pengetahuan Allah SWT ...
Petang ini balik dari kerja, mendapat berita bahawa seorang lagi Tokoh Budayawan tanah air, iaitu Syarifah Azah Mohamad Alsagoff @ lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz, isteri kepada Professor DiRaja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,telah kembali ke Rahmatullah ...Innalillahiwainnaialaihiraajiuun..
 (gambar ihsan Google)
Sejak kecil saya sangat mengkagumi beliau, kerana Allahyarhamah seorang yang sangat menitik-beratkan pemakaian pakaian tradisional Baju Kurung, khususnya Baju Kurung Johor, lengkap dengan kancingnya ...dalam apa jua majlis dan keraian, Allahyarhamah pasti mengenakan baju kurung ...sungguh manis dipandang mata.

Sebab kedua kenapa saya mengkagumi beliau adalah kerana kami berkongsi nama yang sama ..."AZAH" .. cuma ejaan berbeza dengan pangkal nama saya didahului dengan "Nur"
 Pernah bertanya ibu saya sewaktu saya kecil, mengapa ibu memberi saya nama "Nurazzah"? Ibu menjawab kerana beliau sangat suka melihat Puan Azah Aziz ...

Semoga roh Allahyarhamah sentiasa dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ...Ameen

(berita lanjut: http://www.bharian.com.my/articles/AzahAzizmeninggalduniahariini/Article/)

Pesta Buku Selangor 2012

Assalamu'alaikum wrt wbt. Salam Hari Isnin. Monday Blues? Alhamdulillah pagi ini bangun dengan penuh keceriaan dan Semoga baki hari ini akan berakhir dengan baik juga..Ameen.
Hari ini ada hari terakhir berlangsungnya PESTA BUKU SELANGOR 2012 di Shah Alam Convention Center (SACC) ... selalunya diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam, kali ini berpindah ke bangunan sebelah pula ...kali pertama saya pergi bersama Kak Long Asma' dan Hana' pada hari Selasa..keadaan kelihatan agak sunyi dan lengang , mungkin hari bekerja ... tidak ramai yang datang, tidak seperti PBAKL yang sentiasa penuh setiap hari... banyak juga booth-booth yang dibuka oleh pengedar-pengedar buku (bukan penerbit buku) ... 

Kak Long mencari-cari buku-buku agama yang sesuai untuk dijual olehnya ... kerja sambilan yang dilakukannya sementara... banyak juga buku yang dibelinya... (tolong promosi ni) .. sesiapa hendak beli buku di bawah sila email ke sarahasma_lan@yahoo.com .. atau sms ke 019-277 1825

Pengarang: Syed Faiz Syed Mahmad & Mohd Yusry Mohd Yusopp 
Harga : RM20.00 senaskah (Edisi Khas ~ terdapat CD di dalamnya..cetakan berikut tidak mengandungi CD)
 Sinopsis: Ramai orang merasakan yang bernama Usrah hanya boleh dihadiri oleh orang tertentu, terpilih, esklusif dan baik-baik. Hakikat nya ia masih belum popular di kalangan orang awam khususnya masyarakat di sekeliling kita. Justeru, atas semangat ingin mengetengahkan Usrah di tengah-tengah masyarakat maka lahirlah buku Tip dan Trik Usrah ini..

Untuk ulasan lebih lanjut mengenai buku ini sila klik di sini.

 Kami berkunjung lagi ke PBS 2012 pada hari Sabtu 7/7/12 untuk menghadiri pelancaran majalah JOM! (nantikan di entri akan datang..)

Saturday, July 7, 2012

Bedah Buku ~ Badiuzaman Syed Nursi

Dua hari sepanjang hujung minggu ini, 7 - 8hb Julai 2012, pelbagai program telah di atur untuk masyarakat memakmurkan mesjid di Mesjid Negeri Shah Alam...pagi ini kami pergi mendengar forum bedah buku/novel ~ oleh penulis novel Islam tersohor tanah air, Abdul Latip Talip @ lebih dikenali sebagai Pak Latip.

Saya telah mengenali Pak Latip beberapa tahun dahulu, sejak pembabitan awal Pak Latip dalam  menulis novel sejarah Islam...ada saya tuliskan di entri ini, dan ini.
Malam semalam membaca status Pak Latip di facebook bahawa beliau telah sampai di Shah Alam kerana hendak menghadiri majlis disebelah pagi ini di Mesjid Negeri.  Berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat entertain Pak Latip  semalam kerana telah berjanji dengan anak hendak menghadiri forum di Surau At-Taqwa (seperti yg dinyatakan dalam entri yang lepas)


Kali ini Pak Latip berkunjung ke Shah Alam lagi untuk memberi penerangan dalam program bedah buku "Badiuzaman Syed Nursi" Novel terbaru yang Pak Latip tulis...
Jika hendak mengetahui siapakah dia, silalah beli novel terbaru Pak Latip ini...


 Bersama Pak Latip, Jamilah (rakan sekerja) dan suami

 Pak Latip sedang menanda-tangani novel Islam yang dibeli semasa PBAKL 2012 tempohari

Ummi , Hana dan Pak Latip


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....