Saturday, June 30, 2012

Maher Zain in concert


16 Jun 2012, bertempat di Stadium Merdeka, konsert Maher Zain"FORGIVE ME" World Tour
Hana dan sepupunya Filzah, anak Kak Long

Saya bukanlah peminat tegar Maher Zain, namun begitu sangat suka mendengar nasyid-nasyid dendangan beliau. Saya tahu bahawa Maher Zain akan mengadakan sekali lagi konsert di Malaysia, tetapi tidak bercadang hendak membeli tiket ke konsert tersebut.. (sebenarnya mmg rasa tiketnya sangat MAHAL ..tiket paling murah berharga RM78 .. sehingga yg paling mahal RM600 - ini utk VIP) .hurmm ... setaraf lah dengan status beliau sebagai seorang penyanyi bertaraf antarabangsa) . 

Pagi Sabtu, 16hb Jun 2012, mendapat panggilan dari kakak saya, Kak Long.  Rupa-rupanya beliau hendak offer TIKET FREE ke konsert Maher Zain...kerana ada beberapa orang kawan beliau yang mendapat tiket dari majikan mereka, iaitu Tourism Malaysia, tetapi tidak dapat menghadirkan diri ..Sebenarnya TOURISM Malaysia adalah salah sebuah organisasi yang menjadi penaja konsert tersebut ...

Alhamdulillah ...rezeki Allah nak bagi, walaupun saya memang tidak mampu hendak membeli tiket ke konsert tersebut seisi keluarga ..., akhirnya dapat juga pergi.  Tetapi ada satu masalah! kak Long hanya beri 2 tiket..jadi perlulah memilih siapakah yang akan pergi ... sekali lagi peluang dilorongkan di depan mata, anak-anak yang lain masing-masing ada program masing-masing....mereka tidak mahu pergi! Akhirnya tinggal lah saya dengan Hana, anak bongsu saya... Jadi pergilah kami ke Stadium Merdeka selepas usai Solat Asar...kami berjanji akan berjumpa Kak Long di hadapan stadium.
 Keadaan di hadapan gate masuk. Gate belum buka lagi ...
Rupa-rupanya inilah harga tiket kami (-RM60) Alhamdulillah FREE..kalau tidak, idak ler teman nak membelinya ...hehehe

 Semasa menunggu gate dibuka, terserempak dengan rombongan IMAM MUDA...

 Sudah pukul 7:30 ..orang ramai mula berbaris ... belum boleh masuk lagi ..
saya tunggu di tepi dulu. Tunggu kak Long dan anak2 beliau dan Hana' pergi solat Magrib dahulu.

 Di dalam stadium ... nak gelak pun ada..tiket harga RM200++ dan tiket harga RM600 ... sama sahaja tempat duduknya kerusi plastik (macam di warung / beli di Giant tu aje) di tengah padang berhadapan  . Cuma bezanya, tiket RM600 duduk depan sekali dekat dengan pentas... yg RM298 dan RM238 ... duduk belakang sikit ...

 Lama juga menunggu sehingga pukul 8:30 mlm ..baharu lah Maher Zain keluar dan memulakan konsert beliau. Sebelum itu penonton dihiburkan oleh 2 orang penyanyi yang lain.

  Kesan lampu (pencahayaan) dan suara (audio) yang superb! Thumbs Up.....

Akhir sekali kami pulang dengan perasaan yang sangat puas hati ...
TAHNIAH... semua yang terlibat.

Friday, June 22, 2012

26

Ulangtahun Perkahwinan ke-26

22 June 1986 ~ 22 Jun 2012 
 
Alhamdulillah ... Semoga Allah Memberkati dan MeRahmati kehidupan kami suami isteri dan keluarga ...Ameen.

Wednesday, June 20, 2012

Sunday, June 17, 2012

Majlis Kahwin Maisarah&Mus'ab

Hari Sabtu 16/6/2012
mendapat jemputan kenduri kahwin anak kawan dan juga rakan sekolah Kak Long Asma'. Kak Long Asma' tidak dapat datang kerana menghadiri program, jadi sekali lah ummi, abi dan Hana' menjadi wakil Asma'...
Sekarang ini setiap kali menghadiri kenduri kahwin, samada kenduri anak saudara, anak rakan sekerja, kawan-kawan Asma' kahwin ke,  nampaknya kena bersedia dengan soalan klise yg PASTI akan ditanya.  Apakah soalan-soalan itu? 
1.  Bilakah anti nak terima menantu?
2. Asma' dah habis belajar kan? Bila pulak dia nak kenduri?
3. Awak bila lagi?
4. Bila giliran awak pula nak buat kenduri?
...
...
...
...
...
...
...
...
Bersama Mus'ab & Maisarah

Thursday, June 7, 2012

2hb Jun 2012

Syukur Alhamdulillah .... Allah masih memberi peluang bagi hambaNya ini untuk menghirup nafas menjalani liku-liku kehidupan di dunia ini... 
2hb Jun 2012, bertambah lagi umurku melewati angka 47 tahun... 3 tahun lagi sudah boleh dipanggil WARGA EMAS! Walaubagaimanapun tidak perlu takut menghampiri ke usia senja ... masa berlalu, semua orang akan meningkat umur mereka, TIDAK ada seorang pun yang terkecuali ... sudah tertulis di Lauh Mahfuz, berapa lama kita akan hidup di dunia ini... Apakah kita ambil peduli? 

Tidak perlu risau muka akan berkedut, pipi tidak lagi tegang...tidak perlu mengambil BOTOX, tidak perlu menyuntik colagen, vitamin C. Hakikatnya, umur kita sudah begitu...apa yang kita perlu jaga adalah kesihatan kita. Itu yang penting. Bagaimana hendak menjaga kesihatan agar kita tidak ditimpa penyakit ? 

Sebenarnya kita hendaklah menjaga pemakanan kita. Hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa semua penyakit berpunca dari perut. Maksudnya kita hendaklah menjaga apa yg kita makan kerana makan berlebihan juga memudaratkan.

Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap memasuki mesjid, Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

 Membaca ayat Allah ini, satu peringatan buat diri ini juga... agar sentiasa menjaga apa dan berapa banyak yang kita makan..kadang-kala kita terikut-ikut sehingga tidak menyedari kita telah berlebih-lebihan dan membazir.. Ya Allah! Engkau ampunilah dosa-dosaku, jika aku termasuk dalam orang-orang yang lalai...
Amin.

Monday, June 4, 2012

Seminggu sudah berlalu

Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah seminggu cuti sekolah berlalu... bermacam-macam perkara telah berlaku dalam masa seminggu cuti sekolah ini ...menyiapkan kerja rumah yang tertangguh, balik kampung kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sedara, dan lain-lain lagi ...
Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik agar kami semua dapat mengisinya dengan perkara-perkara yang baik ...
Perkara yang paling tidak digemari selepas balik kampung...4 hari punya pakaian yang belum dibasuh X 10 orang!!!  huhu..bolehkah anda bayangkan? dah jadi macam kedai dobi pun ada rumah nih....
Syukur sekali ke Hadrat Sllah SWT kerana mengurniakan cuaca yang panas dan terang-benderang hari ini...semasa balik sekejap tadi ...semua baju yang kujemur telah kering ...
tugas seterusnya............ melipat dan menggosok !!..ehem..ehem...ada sesiapa nak tolong lipat dan gosok baju?

heehhe
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....