Thursday, March 29, 2012

JOM Masuk U!


Karnival Pengajian Tinggi Negara ke-8

31 Mac - 1 April 2012

PWTC, Kuala Lumpur

Thursday, March 22, 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM 2012

Keputusan SPM sudah pun diumumkan semalam, mulai saat ini pelajar lepasan SPM sudah mula sibuk melihat dan meninjau pilihan IPTA/IPTS yang ada dalam senarai yang panjang di Malaysia mahupun luar negara untuk dipohon ...program/kursus apakah yang hendak dipohon ??? adakah pilihan sendiri atau pun pilihan ibu bapa? Para pelajar hendaklah bijak memilih bidang yang hendak dipelajari...
faktor kewangan juga perlu diambil kira ...jika pelajar berasal dari kalangan orang "berduit" maka tidak menjadi masalah... tetapi bagaimana pula mereka dari kalangan keluarga yang kurang mampu? ..
Yuran pengajian yang tinggi, kos sara hidup di kampus dan di bandar-bandar utama yang semakin meningkat ...semuanya perlu di ambil kira...namun diharap itu tidak akan menghalang pelajar untuk membuat pilihan ... kerana dengan keputusan yang diperolehi, pelbagai tawaran biasiswa ada diberi... yang perlu dibuat hanyalah memohon..semoga mereka berjaya memperolehinya sesuai dengan keperluan masing-masing.....

Hujung minggu ini Universiti Teknologi MARA juga tidak ketinggalan menganjurkan EKspo AKademik buat para pelajar lepasan SPM dan lain-lain yang berminat dan hendak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM ...
mari lah beramai-ramai mengunjungi ekspo tersebut

Tarikh : 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam


untuk mengetahui lebih lanjut sila klik di sini


Wednesday, March 21, 2012

SPM 2011

Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH buat anak-anak yang menduduki peperiksaan SPM 2011 yang lalu...hari ini adalah hari yang sangat bermakna bagi mereka kerana keputusan SPM 2011 bakal diumumkan tidak lama lagi..hanya beberapa jam sahaja lagi...
Mesti berdebar-debarkan ....berdoalah dan tawakkal lalh kepada Allah..Anda semua sudah buat yang terbaik...hari ini adalah untuk melihat hasilnya...
Tahniah juga kepada semua ibu bapa yang ada anak-anak yang akan mengambil keputusan SPM nanti...

Thursday, March 8, 2012

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Bangga juga melihat orang-orang luar berpidato dalam Bahasa Melayu...

dari Jepun, Indonesia, dan lain-lain..

tetapi ramai juga orang Melayu yang berbangga kerana bercakap dalam bahasa Inggeris...
 

Wednesday, March 7, 2012

Misi Akademik

Misi Akademik...kali ini selepas 21 tahun bertugas di Universiti ini...sekali lagi nama saya naik tersenarai dalam AJK Misi Akademik... 
masih saya ingat di awal 90an...waktu saya mula2 bekerja, saya juga telah terpilih untuk melakukan Misi Akademik ke sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang...

Ahad petang, kami bertolak ke selatan tanahair...menuju ke MRSM Pontian (mungkin salah satu sebab saya terpilih kerana kampung saya di Pontian) ...
MRSM Pontian telah mengadakan Hari Kerjaya pada hari Isnin, 5hb Mac 2012 dan menjemput IPTA-IPTA dan IPTS yg terpilih untuk membuka booth di situ..
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, dari UiTM telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai program2 yg ditawarkan di fakulti, terutamanya program Sains Aktuari...lalu kami mengambil peluang untuk mempromosi program2 Sains Komputer, IT dan lain2 kepada pelajar-pelajar sekolah ...juga untuk memperbetulkan persepsi yang salah mengenai bidang Sains Komputer dan IT,

MRSM Batu Pahat, MRSM Muar dan sekolah-sekolah disekitar Pontian telah dijemput juga untuk menghadiri taklimat-taklimat yang diberikan dan melawat booth2 pameran ...


Wordless Wednesday #18


Monday, March 5, 2012

Bermulanya semester baru

Hari ini, Isnin 5/3/.2012..
bermulanya semester baru bagi pelajar-pelajar SarjanaMuda ...
jadualwaktu kelas juga sudah diedarkan... Alhamdulillah , semester ini bilangan kelas dikurangkan untuk membolehkan kami membuat kerja-kerja penyelidikan...Alhamdulillah...Allah masih memanjangkan lagi umurku agar dapat menghirup udara segar pagi ini untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini...
Kelas juga bermula hari ini... kampus kembali sibuk.... kembali riuh dengan pelajar ...dan yang sudah pasti...setiap pagi dan petang...jalan di hadapan gate UiTM di Shah Alam ini akan kembali sesak ...

Sunday, March 4, 2012

Tidak Sihat

Sudah lebih seminggu badan rasa kurang sihat... demam..pening...rasa macam nak pitam ....kaki tangan ku nampak pucat... bila tunduk rasa nak pitam... aku tahu sebenarnya aku kurang darah..anemic (betul ke nih?) ..
tapi kerja sangat banyak..macam-macam yang hendak dibuat...
hari ini kena pack baju, perlu ke selatan tanahair atas urusan kerja... esok perlu berada di MRSM Pontian ...ada urusan Misi Akademik...mempromosi kursus-kursus yang ditawarkan di fakulti kepada anak-anak MRSM ini ..

Doakan semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tugas ini...InsyaAllah...

Friday, March 2, 2012

Sudah March 2012 ????

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh semua sahabat blogger...

Lihat kalendar... 2hb Mac 2012... 

Apa???????????? Sudah masuk bulan Mac? 

lagi beberapa jam...nak masuk 3hb Mac 2012... 

bersamaan 10 Rabiul Akhir 1433 ..

....
....
....

Rasanya ..masih terbayang-bayang tarikh 1 Jan 2012 ... 
rasa baru saja menjejakkan kaki masuk ke tahun 2012...
baru sahaja menyenaraikan perkara-perkara yang hendak dilakukan pada tahun ini...
belum lagi dapat 'tick' item dalam senarai tersebut menandakan ianya sudah dimulai, sudah dilakukan ...

Tiba-tiba sudah masuk bulan Mac? 

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadinya  kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

 

Turkish Delights in Pulau Langkawi








Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....