Friday, February 24, 2012

Selamat Kembali

6 1/2 tahun dahulu terasa sungguh lama hendak menunggu anak sulungku tamat pengajian nya...Namun sekali lagi SYUKUR ALHAMDULILLAH kami panjatkan ke Hadrat Allah SWT kerana telah memanjang umur kami sebagai ibu bapa dapat melihat hasil kejayaan anak kami selesai pengajian kedoktorannya.

ALhamdulillah...Semoga menjadi seorang doktor muslimah sejati ...Amin.

Wednesday, February 22, 2012

Friday, February 17, 2012

Kinafah

Tiba-tiba malam ini teringatkan suatu makanan yg sangat sedap .... huhu..rindu sangat nak makan ..tapi sure tak ada dijual di Malaysia...


 Kinafah.... sedapppp...
Alhamdulillah ....teringin sangat nak makan ni..tapi kalau nak kirim kak long bawa balik, mesti sampai Malaysia dah tak sedap... tahan ke nak bawa lebih 24 jam? ... kerana Kinafah ni kalau tak silap salah satu bahannya adalah susu (unta) dan cheese? .. 
Ada sesiapa yg tahu resipi nya?

Thursday, February 16, 2012

Menjejaki denai laluan para sahabah...Mu'adz Bin Jabal

Gambar yg saya letakkan semasa Wordless Wednesday #15 dan #16 adalah gambar di sekitar makam sahabah Mu'adz Bin Jabal. 
 Informasi mengenai sahabah Mu'adz Bin Jabal
Makam anak Mu'adz Bin Jabal

Ini adalah kali ke-2 saya ke sini...
ALhamdulillah Allah beri rezeki kpd saya dapat melawat makam sahabah ini sekali lagi.  Kali pertama saya ke sini pada tahun 2007 dan ada saya ceritakan di entri ini ... (klik di sini)

Rata-rata semua yang pernah belajar sejarah Islam pernah dengar dan mengetahui mengenai Mu'adz Bin Jabal.  Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muadz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur'an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur'an dari kalangan para sahabat.
 Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur'an serta paling memahami syariat-syariat Allah. 
Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, "Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muaz bin Jabal." (HR. Tarmizi dan Ibnu Majah). Selain itu, Muaz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah.
 Itulah Hadis Rasulullah SAW yang tertulis di kain yang menutup makam tersebut...


dan sahabah ini juga termasuk di antara 10 orang sahabah yang dijamin menjadi ahli syurga...SUBHANALLAH

(Baca lebih lanjut di sini...)

Wednesday, February 8, 2012

Wednesday, February 1, 2012

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....