Tuesday, January 31, 2012

Demi Masa

31hb Januari 2012

Sesungguh nya benarlah seperti yang dikata dalam ayat-ayat Allah SWT 
dalam surah ke-103: Al- 'Asr

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

 Rasanya baru saja menyambut tahun baru 2012...tetapi tengok tarikh hari ni..
sudah SEBULAN berlalu dalam tahun baru ini!


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadinya  kiamat, hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).

Friday, January 27, 2012

ALLAH

ALLAH

Begitulah sebutannya ...ALLAHU AKHBAR! ALLAH MAHA BESAR..
KEBESARAN ..KEAGUNGAN ALLAH KELIHATAN di mana-mana ..
hanya orang yang berakal dan beriman sahaja yang mengambil iktibar daripadanya ..

Hari Rabu, sempena Wordless Wednesday, saya letakkan gambar berikut...
 Cuba anda perhatikan betul-betul dengan teliti....Apakah yang anda nampak?

Sebenarnya batang-batang pokok kurma di atas telah membentuk perkataan Aliff Lam Lam Ha = ALLAH , dalam bahasa Arab, jika di eja dari kiri ke kanan.  Sepatutnya saya mengambil gambar ini dari arah sebelah sana, baharulah ia dapat dieja dari kanan ke kiri sebagaimana lazimnya Bahasa Arab, tetapi saya tidak dapat ke sana kerana tanahnya yang agak lembut bila dipijak ...

Pokok kurma ini tumbuh di belakang mesjid yang menempatkan makam sahabah yang bernama Dirar bin Al-Azwar, terletak di Ghor, Jordan.
Sebenarnya banyak lagi pokok2 kurma yg lain di sekeliling kawasan itu.  Lazimnya batang pokok kurma hanya tumbuh tegak meninggi ke atas...tetapi tidak dgn pokok kurma ini..


Gambar ini di ambil di sekitar Mesjid yang menempatkan makam sahabat yang bernama DIRAR BIN AL-AZWAR.
 
Di pintu masuk ke pengkarangan mesjid


 
Pokok ini dikhabarkan oleh penjaga mesjid ini , telah tumbuh di kawasan ini sejak beribu tahun dahulu


Asma' sedang menerangkan kepada kami kisah dan sejarah perjuangan sahabah yang bernama Dirar Bin Al-Azwar ini...(bonda-bonda yg datang tak faham Bahasa Arab..heheh)  di antaranya ialah sahabah ini juga telah meninggal dunia kerana diserang wabak taun.  Waktu itu kawasan Syam ini telah dilanda wabak taun, menyebabkan ramai sahabah telah meninggal dunia, termasuklah Mu'adz Bin Jabal, Abu Ubaidah dll.

Di belakang poster penerangan ini ialah makam sahabah tersebut.

Gambar ini diambil ketika saya melawat makam ini pada tahun 2007, kali pertama saya datang ke Jordan.

Inilah rombongan kami, dalam pengembaraan kami menjejaki denai dan laluan para sahabah Rasulullah SAW yang berjuang menyebarkan agama Islam dan menawan As-Syams dari tentera Romawi. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah sahabah ini , sila klik ke link berikut.  Entri terdahulu ketika saya berkunjung ke Jordan pada tahun 2007.  Kali kedua saya datang pada tahun 2011, saya tidak melepaskan peluang bersama-sama yang lain untuk melawat makan para sahabah ini ..kerana lawatan ini bukan hanya lawatan sahaja, tetapi kami cuba menghayati sejarah Islam yg berlaku agar ia dapat membangkitkan perasaan keinsafan dan kesedaran betapa perjuangan sahabah yg terdaulu untuk menyebarkan agama Islam ke serata dunia tanpa mengira kesusahan dan kepayahan sehingga meragut nyawa masing-masing demi mempertahankan agama Islam yang Suci ini...


Janganlah kita hendak mendabik dada...cubalah tanya diri sendiri apakah yang telah kita lakukan demi untuk mempertahankan kesucian agama kita, demi untuk menyebarkan kepada yang bukan Islam tentang kebenaran Agama Islam ini?

Saya bertanya kpd diri sendiri sebenarnya... contohnya Apakah yg saya lakukan demi untuk merapatkan hubungan dengan jiran yang bukan Islam? kepada rakan sekerja kita yang bukan Islam? agar mereka faham bahawa Agama Islam bukan lah agama kekerasan, tetapi agama yang penuh lemah lembut dan pengajaran ...

Wednesday, January 25, 2012

Sunday, January 22, 2012

Tasik Tobari@Sea of Galilee - Part 2

Dalam entri yang lepas di sini, saya menulis mengenai Tasik Tobari atau Sea of Galilee, iaitu sebuah tasik air tawar yang TERENDAH DI MUKA BUMI ini.....

 Kami hanya boleh melihat dari sebelah negara Jordan sahaja, kerana tasik itu sekarang di bawah kawalan Israel ...
 Kali ini mari kita menerokai sejarahnya pula dan apa kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan Dajjal AlMasih...

Lembah Sungai Jordan adalah sebuah kawasan yang sangat subur...lembah ini mengunjur dari utara disekitar kawasan Tasik Tobari dan mengunjur ke selatan hingga ke kawasan Laut Mati.   Semasa kami menyelusuri sepanjang Sungai Jordan ini hingga ke laut Mati, kelihatan banyak ladang-ladang sayur-sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan.  Dari sini lah penduduk Jordan mendapat bekalan buah-buhan dan sayur-sayuran mereka. 

Jika kita kaji dari segi sejarah Islam pula, sebenarnya di sekitar lembah ini hingga ke negara SURIA atau SYRIA, yang disebut 'Dataran Syams" . Dalam peta dunia sekarang tiada negara yang bernama "SYAMS" ... sirah Rasulullah SAW mengatakan Nabi Muhammad SAW membawa barang dagangan berniaga dari Mekah hingga ke negeri Syams (Syria). Sememangnya semasa pengalaman saya ke Damascus (Damsyik), Syria,  terdapat sebuah pasar atau lebih dikenali sebagai SOUQ Hemediah yang menempatkan beratus-ratus kedai yang menjual pelbagai barangan.


Sungai Jordan juga menjadi sempadan di antara negara Jordan dan Israel. Hulu Sungai Jordan berpunca dari Tasik Tobari dan mengalir ke selatan hingga ke Laut Mati. 

Menurut laporan, Laut Mati dikatakan menjadi semakin masin akibat daripada paras air lautnya yang semakin merosot. Laut Mati dilaporkan telah merosot lebih 20 meter semenjak 40 tahun lepas. Kajian yang dijalankan oleh Shahrazad Abu Ghazleh (2009) dan rakan-rakan dari University of Technology di Darmstadt, Germany, menunjukkan bahawa paras air laut tersebut  merosot sebanyak 0.7 meter setiap tahun, 0.47 km padu setiap tahun dan semakin meningkat semenjak Israel menguasai sumber yang menjadi punca kepada Sungai Jordan selepas penjajahan Israel ke atas Tebing Barat selepas Perang Arab-Israel pada tahun 1967, iaitu selepas Israel menguasai Tasik Tobari.

Kesan paras air yang semakin menurun di Laut Mati

 Punca kepada kepada fenomena tersebut menurut laporan itu ialah akibat daripada kegiatan Israel selama kira-kira 30 tahun, yang melencongkan kebanyakan daripada anak-anak sungai yang mengalir ke Sungai Jordan dan mengawal  air yang mengalir dari Laut Galilee yang mengakibatkan paras air sungai teruk terjejas. Selain itu, Israel juga telah mengepam air daripada Laut Galilee bagi tujuan pengairan di Negev dan kawasan-kawasan lain di Israel.

Kemerosotan Paras Air Laut Galilee
 
Akibat daripada tindakan rakus pihak berkuasa Israel, bukan sahaja paras air Laut Mati merosot, bahkan juga lebih teruk kerana mengakibatkan paras air Laut Galilee yang menjadi sebahagian daripada punca air Laut bagi Mati juga terjejas dengan teruk.

Menurut laporan Israel Today pada 2 Januari 2008, paras air Laut Galilee akan mencapai paras terendah dalam tempoh 5 tahun. Air laut tersebut telah surut lebih 12 kaki di bawah paras “red line”.

Akhbar Haaretz.com pada 11 Mac 2008,  telah melaporkan paras air di Laut Galilee yang menjadi pembekal air yang utama kepada Israel dijangka akan merosot dengan teruk di bawah paras minimum yang selamat menjelang akhir musim panas yang bakal menjejaskan kualiti air. Akibatnya pihak berkuasa air terpaksa menggali punca-punca air yang baru bagi meningkatkan bekalan air di laut tersebut.

Menurut laporan, jumlah defisit keseimbangan air iaitu jumlah air yang dipam keluar berbanding dengan jumlah hujan akan mencapai 410 juta cubic meters menjelang akhir tahun hamper dua kali ganda dari tahun sebelumnya (2007). Secara keseluruhannya semenjak empat tahun sebelumnya defisit terkumpul mencecah satu billion cubic meter.
Akhbar itu juga melaporkan paras air Laut Galilee pada masa tersebut  ialah 60 sentimeter  lebih rendah daripada tahun sebelumnya dan  lebih  3 meter lebih rendah dari empat tahun sebelumnya.

Seterusnya,  menurut laporan SKY NEWS pada 5 May 2009 pula, air Laut Galilee telah menyusut sebanyak beratus-ratus meter. Paras air sekarang amat rendah sehinggakan pam terpaksa digunakan bagi mengepam air ke atas bukit sebelum dapat memasuki Sungai Jordan.

Kemerosotan paras air Laut Galilee dikatakan berpunca akibat daripada  peningkatan jumlah penggunaan air akibat daripada pertambahan jumlah penduduk. Penggunaan air domestic dianggarkan akan mencapai 796 juta cubic meter menjelang akhir tahun 2008, iaitu lebih 134 juta daripada jumlah penggunaan pada tahun 2000.

Krisis air yang yang berpunca daripada pengeringan Laut Galilee ini dijangka akan berterusan dan akan menjadi semakin kritikal walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Israel bagi meningkatkan paras air laut tersebut. Menurut pengkaji, krisis tersebut akan mencapai kemuncaknya pada tahun 2012. (Bermakna Tahun ini!!! )
 (petikan dari http://kebunketereh.com)

Graf di bawah di embed dari website: http://www.savethekinneret.com/


The Kinneret, Israel's major reservoir of fresh water, is drying up! Many years of below-average rainfall have led the water level to dip to the "black line," beyond which water cannot be pumped without causing severe damage to the entire water supply

Laut Galilee dan Tanda-Tanda Kiamat


Apakah signifikannya pengeringan air Laut Galilee ini kepada tanda-tanda akhir kiamat ? 

Sebenarnya pengeringan air Laut Galilee ini telahpun diperkatakan sejak lebih 1431 tahun yang lalu.

 Terdapat satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mengaitkan peristiwa pengeringan air laut tersebut dengan peristiwa kemunculan DAJJAL AL MASIH.

Selain daripada itu terdapat juga satu lagi hadis lain pula yang mengaitkan Laut Galilee ini dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj yang berlaku sesudah Dajjal berjaya dihapuskan oleh Nabi Isa AS.

Berikut adalah catatan berkenaan dengan peristiwa yang bakal berlaku.


Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.”
Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku lakukan.

Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.”

Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. Lalu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah SAW. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Sementara itu, Rasulullah mela­marku untuk maulanya, Usamah bin Zaid.
Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.  Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata,’Urusanku ada di tangan Anda.  Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka.’
Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu.
Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu.
Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang lelaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu.
Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda.’Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?

Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’

Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk ­duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata, “Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan.

Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga mema­suki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya.

Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?
Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu in Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya,”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina.

Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu  apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi. “Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah!”

(Tasik Tobari atau Laut Galilee)  
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan’
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik itu masih banyak airnya.”
”Sesungguhnya air tasik itu hampir habis (iaitu akan mengering dalam masa terdekat),”

Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.) 

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?”

“Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.”
“Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?”
“Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka? "
“Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

"lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah alMasih (Dajjal). Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil  memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab :”Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.”
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”
Selanjutnya Fathimah berkata,”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-­akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

(Rujuk artikel di sini: http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/dajjal-laknatullah-siri-6.html)

Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

Berikut pula kisah Yakjuj dan Makjuj dengan Laut Galilee seperti yang direkodkan di dalam

Sahih Muslim, hadis an-Nawwas bin Sam’an dengan  lafaz yang panjang, menegaskan:

 “Yakjuj dan Makjuj, ketika Isa putera Maryam Berjaya membunuh Dajjal, Allah berkata kepadanya, ‘ Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku, di mana tidak ada kekuatan pun yang sanggup membunuh mereka (Yakjuj dan Makjuj). 

Oleh itu berlindunglah bersama-sama hamba-Ku di Gunung Thur’.
Mereka akan keluar, lantas sekelompok pertama akan meminum air yang ada di Tasik Tiberias. Kemudian, kelompok terakhir daripada mereka yang melewati tasik tersebut akan berkata, ‘dahulu, di sini ada mata air air’. Selepas itu, mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit, lantas anak-anak panah tersebut kembali kepada mereka dalam keadaan berlumuran darah. Mereka pun berkata: “Kita telah menguasai semua penduduk  bumi dan mengalahkan penduduk langit”.

Sesudah Yakjuj dan Makjuj ini keluar dan melakukan banyak kerosakan serta kemusnahan di muka bumi , lalu Nabi Isa berserta pengikutnya berdoa lepada Allah. Allah pun mengirimkan ulat-ulat ke leher mereka sehingga semua Yakjuj dan Makjuj tersebut binasa.

********************************************
Begitulah kisah tentang Laut Galilee  yang sebenarnya sangat penting untuk dihayati dan direnung-renungkan. 

Apa yang bakal berlaku ke atas laut tersebut sudah ditakdirkan  oleh Ilahi dan tidak mungkin kita sebagai manusia mampu mengubahnya.
Masanya sudah tiba, kebenaran sudah terserlah, marilah kita mempersiapkan diri kita berserta keluarga bagi menghadapinya kerana apa yang bakal dihadapi sungguh dahsyat sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Allah ta’aala tidak menurunkan ke muka bumi, sejak penciptaan Adam ’alihis-salaam hingga hari Kiamat, fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (Hadis Riwayat Thabrani 1672)
Seterusnya Rasulullah SAW ada menganjurkan kepada kita supaya berdoa doa bagi menghindarinya: 

Dari Abu Hurairah RA ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Bila kalian membaca tasyahud terakhir maka hendaknya berlindung kepada Allah ta’aala dari empat perkara, “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari (1) azab jahannam dan (2) azab kubur dan (3) fitnah kehidupan serta kematian dan dari (4) jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (Hadis Riwayat Muslim 923)
DOA MENGHINDARI FITNAH DAJJAL

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.
References: 

http://kebunketereh.com/
http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/dajjal-laknatullah-siri-6.html
http://www.sciencedaily.com/releases/2009/03/090304091514.htm
http://ikutsukaaku.blogspot.com/2011/05/bumi-urdun-10-kisah-nabi-lut-laut-mati_29.html

Journal Reference:
Abu Ghazleh et al. Water input requirements of the rapidly shrinking Dead Sea. Naturwissenschaften, 2009; DOI: 10.1007/s00114-009-0514-0

Forum:
http://laman-utama.859075.n3.nabble.com/KERINGNYA-TASIK-GALILEE-amp-TURUNNYA-NABI-ISA-td868410.html

Friday, January 20, 2012

Demi menuntut Ilmu

Lihatlah betapa anak-anak ini bergadai nyawa demi menuntut ilmu ...
Masalahnya, sanggupkah anak-anak kita bersusah payah sedikit untuk menuntut ilmu? Rata2 sekarang kita lihat ramai ibu-bapa yang menghantar dan mengambil anak2 ke sekolah dan balik dari sekolah... kalau rumah jauh dari sekolah, mungkin lah difahami. tetapi jika sekolah dalam Taman perumahan yang sama... pun nak hantar dan ambil anak jugak...???

Alahai...latih lah anak2 itu pergi / balik sekolah sendiri, atau naik basikal ke? ... mungkin kita boleh suruh anak2 pergi secara berkumpulan ... jika kita khuatirkan keselamatan anak terutama anak perempuan ....sampai bila kita hendak memanjai anak2? 

Oleh kerana itu kita lihat sekarang anak murid sudah berani melawan cikgu... kerana anak-anak ini tidak boleh dijentik sedikit pun oleh guru..subalah berbuat demikian..anda akan lihat ibu bapa murid ini akan datang ke sekolah menyoal siasat guru..seperti guru pula yang melakukan kesalahan besar... apatah lagi jika cikgu merotan pelajar... alamat nak kena serang lah cikgu dan sekolah tersebut... sebab itu anak murid sudah naik tocang skrg...

cuba bandingkan bgmn orang2 tua dahulu mendidik anak2? Semasa menghantar anak2 ke sekolah ..siap bawa rotan beri kpd guru..pesan ibu bapa .." Cikgu, kalau anak saya nakal / salah, cikgu rotan lah anak saya" ...oleh kerana itu anak murid tidak berani nak mengadu kpd ibu bapa... kerana nanti yg disalahkan adalah anak2 sendiri ..sangat jarang ibu bapa menyalahkan gur..kerana tugas atau ptofession guru adalah sesuatu yang sangat MULIA di mata masyarakat pada suatu waktu dahulu...

Ada ke ibu bapa yg buat begitu sekarang?
Hurmm...

Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Di belakang kami arah yang ditunjuk oleh Asma' ialah Tasik Tobari atau dalam peta lebih dikenali sebagai Sea of Galilee.

Semalam sempena Wordless Wednesday, saya letak gambar sebuah Tasik..dan ada seorang blogger Al-Lavendari telah tinggalkan komen dengan meneka di manakah letaknya tasik tersebut... sebenarnya gambar itu adalah gambar sebuah tasik air tawar yang terletak di sempadan 3 negara , iaitu Jordan, Israel dan Syria. 
 
Nama tasik tersebut ialah Tasik Tobari atau Tasik Tiberias atau di dalam peta dunia di tanda dengan nama SEA OF GALILEE. Dikalangan orang Yahudi pula lebih dikenali sebagai Tasik Kinneret atau Lake of Gennesaret. Kenapa di dalam pet dunia ia dinamakan sebagai "Laut"? bukannya tasik? ...


Ia bukannya laut air masin tetapi sebuah tasik air tawar dengan keluasan 166km persegi dan kedalaman maksimum 43m.  Ukurlilitnya 53km, 21 km panjang dan 13km lebar.  Dengan kedudukannya pada 214m di bawah aras laut, menjadikan tasik ini tasik air tawar yang TERENDAH di atas muka bumi ini, dan tasik yang KEDUA TERENDAH di dunia selepas Laut Mati (Laut Mati terletak pada kedudukan 441m di bawah aras laut).
(Rujukan: Wikipedia)

Mengapa pula saya bersungguh-sungguh bercerita mengenai tasik ini? Bukankah sama saja seperti tasik-tasik lain? Saya ingin berkongsi ilmu mengenai tasik ini bukanlah kerana pengalaman saya pernah pergi melihat tasik ini sedekat yang mungkin (adalah mustahil saya boleh menjejakkan kaki ke dalam tasik ini kerana sekarang tasik ini dikuasai oleh Israel . Atas ihsan pemandu pelancong, iaitu driver Pak Arab yang membawa kami ke tempat yang paling hampir dengan tasik ini, iaitu di sempadan negara Jordan yang paling utara).

Ia adalah kerana kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH.


Tasik ini  dahulunya adalah di bawah jajahan Syria, tetapi sekarang berada di bawah taklukan Israel setelah Israel dapat menguasai Bukit Golan yang terletak di bahagian timur tasik ini dalam peperangan dengan Syria pada tahun 1967.  Sebenarnya Bukit Golan adalah sebuah bukit yang "togel" sahaja ..tak ada tumbuhan dan penempatan apa-apa pun seperti gambar di bawah. Tetapi Israel yang berusaha untuk menakluki Bukit Golan kerana mana-mana negara yang dapat menguasai Bukit Golan, maka secara automatik negara tersebut dapat menguasai Tasik Tobari ini.  

 Bukit Golan atau Golan Heights

Tasik Tobari menjadi sangat penting kerana ia adalah satu-satunya tasik air tawar (fresh water lake) yang membekal sumber air minuman dan sebagainya kepada penduduk di sekitar tasik itu.

 Lembah yang  sangat subur di sekitar tasik ini (tapi sayangnya ianya di bawah kuasa Israel)

Disebelah barat tasik ini terletak nya sebuah bandar pelancongan Israel yang sangat maju iaitu Tiberias. Banyak hotel-hotel mewah dan penempatan penduduk Israel dibina, dan ia menjadi tumpuan penduduk Israel setiap hari Sabtu.
Kota Tiberias


 ok...cukuplah dahulu maklumat mengenai Tasik ini dan Golan Heights ... 

Apa pula kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH?
to be continued ---in next entry ...

(Rujukan: http://kebunketereh.com/?p=668)

Wednesday, January 18, 2012

Friday, January 13, 2012

Bangun Malam

Dikala membaca novel sejarah Islam SALAHUDDIN AL-AYUBI karya Abdul Latip Talib, saya sangat kagum membaca kejayaan Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib.  

Beliau dapat mengalahkan tentera musuh yang ramai dengan bilangan tentera yang terhad. Dalam keadaan kelengkapan perang yang tidak setanding, tentera Islam pimpinan Salahuddin berjaya mengucar-ngacir dan menumpaskan tentera musuh.

Di sebalik kekaguman itu mungkin ramai yang tidak mengetahui rahsia kejayaan Salahuddin dan tenteranya.  Ahli sejarah mencatatkan bahawa setiap malam Salahuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya untuk memerhati apa yang mereka lakukan.  Jelas pada keesokkan harinya beliau akan memilih tentera di kalangan mereka yang menghidupkan malam dengan qiamulaill seperti solat sunat, membaca Al-Quran , berzikir dan sebagainya untuk berperang menghadapi  musuh.  Sebaliknya tentera yang tidur, rehat, berbual-bual kosong dan sebagainya akan ditinggalkannya.

Kejayaan Salahuddin AL-Ayubi menjinakkan Richard The Lion Heart kerana beliau memimpin tentera yang memiliki ciri-ciri :

Ibarat abid pada malam hari
Ibarat singa pada siang hari.

Inilah ciri-ciri yang dimiliki oleh sahabt, tabiin, tabi tabiin dan orang-orang yang soleh sejak zaman dahulu.  Mereka hebat berjuang pada siang hari tetapi menghidupkan malam dengan qiamulaill.  Inilah yang dapat mereka contohi daripada peribadi Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diterangkan oleh Allah dengan firmanNya yang bermaksud: 

Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.
(Surah Al-Ahzab: 21)

Walaupun beliau seorang yang maksum, tetapi tetap mendirikan qiamulaill hingga bengkak kaki. 


(Rujukan: 2007, Nik Abd Rahim, Zahazan Mohamed, Indahnya Saat BersamaMu Panduan Praktikal Qiamulaill, Telaga Biru)
  
Namun pabila merenung kembali diri ini..betapa terasa kerdilnya daku kerana tidak istiqamah dalam mengerjakan solat malam ini... kadang kala buat kadang kala tidak ... (tolak waktu yang memang dapat cuti khas dari Allah). Tapi seperti kata Prof Kamil, semuanya dari dalam diri kita sendiri.. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  

Kalau kita kata susah nak bangun malam, siapa yang membuatnya susah? kalau susah nak bangun, pergi beli jam loceng paling besar yang boleh dengar satu rumah ... kunci jam... 
kalau dah beli jam loceng pun tak boleh bangun, apa sebabnya? mungkin kita selalu tidur lewat..jadi...tidurlah cepat..supaya boleh bangun nanti ..


Sebelum tidur, berdoalah supaya Allah gerakkan kita agar terjaga...

InsyaAllah saya rasa sekarang "body clock" saya sudah di diberi latihan ... setiap jam 3 pg atau 4 pagi, saya pasti terjaga.  Cuma, sekarang ialah bagaimana diri ini berusaha melawan godaan bisikan syaitan agar tidur semula ...bukan tidak tahu...namun acapkali...diri ini terhasut dek bisikan syaitan ...
tarik selimut dan tidur semula...lalu terjaga kali kedua..sudah masuk Subuh ... terlepas lah peluang untuk beribadah malam ...alangkah ruginya...

Jadi di antara azam tahun baru ini, cuba sedaya upaya untuk 


menjadi abid pada malam hari


seperti junjungan besar Rasulullah SAW
seperti tentera Salahuddin al-Ayubi

Ya Allah Ya Tuhanku... Berkatilah usahaku ini..
Amin.


p/s: Saya sarankan semua bacalah buku yang saya tulis sbg rujukan di atas...sangat berkesan di hati ..

Thursday, January 12, 2012

Simpul Biawak@Tarik Mengkarung

Assalamu'alaikum sahabat alam maya sekelian... pernah tak anda mendapat simpul biawak atau ada yang panggil 'Tarik Mengkarung"? Apa tu "Simpul Biawak" ? Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil "Varicose Vein".  Adakah biawak itu disimpul-simpul? hehehe... entah lah ya...kenapa ia dipanggil simpul biawak? Apa kena-mengena binatang Biawak dengan kejadian ini? .. Ia bukanlah suatu penyakit, tetapi apabila berlaku  sangat sakit sekali ...

 Dinihari tadi sewaktu hendak bangun tidur saya diserang simpul biawak... sakitnya bukan main lagi..... selalunya ada cik abang tolong tolakkan ibu jari kaki ke arah kita... tapi malam tadi cik abang pergi out station, terkial-kial lah saya seorang diri menahan sakit dan pada masa yang sama menegakkan ibu jari ke atas dan berpusing ke dinding agar saya dapat meletakkan tapak kaki saya ke dinding dan menekannya ke arah kita...

Alhamdulillah, selalu nya cara ini berjaya mengurangkan sakit dan menguraikan "simpul" yang berlaku dalam waktu yang singkat...

Simpul Biawak ini biasanya sering berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung...mengikut rujukan, terdapat 20% wanita yang mengalami Vericose Vein dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung. 


Tetapi sudah 8 kali saya mengandung, tapi jarang kena sewaktu mengandung pulak ...

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan. 

Hurmm..patutlah sekarang beberapa kali juga mengalami nya walaupun saya TIDAK mengandung,,, (hehe) tapi disebakan pekerjaan saya yang menuntut diri ini berdiri lama berjam-jam ... jalan turun naik tangga dari satu bangunan ke bangunan yang lain ..mungkin menyumbang ke arah sakit ini...

( http://www.sihatselalu.com.my/2011/04/punca-dan-kesan-urat-simpul.html)

Wednesday, January 11, 2012

Monday, January 9, 2012

Berlumba-lumba Mengerjakan Amal Yang Baik

Allah SWT Berfirman yang bermaksud:

" berlumba-lumbalah kamu (dengan mengerjakan amalan-amalan yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu serta mendapat syurga seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.  Itulah anugerah Allah yang diberikannNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sesungguhnya Allah mempunyai Limpah kurniaan yang besar" 

Surah al-Hadid 57:21

Wednesday, January 4, 2012

Kembali Sunyi

Sesi persekolahan 2012 sudah bermula.  Anak-anak yang belajar di peringkat U juga sudah kembali ke kolej masing-masing.  3 orang sudah kembali ke asrama semula .. tinggal Hana yang bongsu di rumah ... masih bersekolah rendah, darjah 4...bersama-sama abang Zaid yang masih di UiTM Shah Alam...
Ibu bapa juga ramai yang sudah kembali bekerja selepas menghabiskan cuti hujung tahun dan awal tahun untuk menghantar anak-anak ke sekolah semula ...
Selepas 2 bulan riuh-rendah rumah...kini kembali sunyi... hatiku juga sudah mula membibitkan rasa rindu ... 

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012

Saat berganti saat
Minit berganti Minit
Jam berganti Jam
hari berganti Hari
minggu berganti Minggu
Bulan berganti bulan
Tahun berganti Tahun
detik detik waktu yang bergerak
sentiasa sama tidak berubah
Hanya nombor yang bertukar

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....