Thursday, December 6, 2012

Servis badan

Selalunya setiap orang yang mempunyai kenderaan mesti akan mengatur jadual servis kenderaan mereka.  Samada sebulan sekali atau 2 bulan sekali, atau beberapa bulan sekali mengikut keperluan dan penggunaan kereta tersebut...  break mesti di periksa, minyak hitam perlu ditukar,tayar juga mesti diganti jika telah "botak" ...dan lain-lain lagi ...
Tetapi pernahkah kita terfikir untuk men"servis" badan kita sendiri ???
"servis: badan??? 
"Apa tu?" tanya seseorang ..

Jika mengikut umur kita ... sepanjang hidup kita berapa kali kita servis badan kita? 
Jika sekarang umur kita sudah lewat 30an, atau 40an...bermakna sudah 40 tahun lebih segala organ-organ dan jantung kita berkerja tanpa henti ...kalau mesin buatan manusia bekerja tanpa henti sepanjang 40 tahun , mesti sudah jem atau rosak ...bayangkan juga kereta yang kita guna selama 40 tahun tanpa servis? mesti enjin nya sudah rosak dan sebagainya ...

begitu juga badan kita... kita perlu "servis" badan kita secara fizikal dan juga mental (spiritually).
2 minggu lepas saya secara tiba-tiba (entah bgmn kaki saya boleh terpelecuk atau lutut saya tiba-tiba macam "wobbly", sedar-sedar saya sudah tertiarap jatuh ...Alhamdulillah insiden ini berlaku di hadapan rumah, bukan semasa saya sedang shopping ke ...huhu..kalau idak tentu rasa malu yang amat jatuh depan orang ramai ...hehehe
namun kesannya, lutut kiri, bahu kiri dan tulang pipi sebelah kiri rasa sakit dan sengal .. Alhamdulillah tak ada yang patah ... tapi lebab juga lah ...cepat-cepat saya ambil minyak gamat dan urut perlahan-lahan ditempat yang sakit... jadi semalam, saya pun pergilah berurut dengan seorang tukang urut ni.  selepas maghrib rasa mengantuk sangat ... lepas Isya' terus tertidur dengan nyenyak..Alhamdulilah sekali lagi di atas nikmat Allah itu... Alhamdulillah ...pukul 4 pagi saya sudah terjaga...badan rasa sangat segar pagi ini   dan semasa bangun juga tak ada rasa sakit-sakit badan dan tumit kaki seperti biasa ... ringan sangat rasa badan ...agaknya beginilah apabila umur semakin meningkat dewasa, 6 jam waktu tidur sudah mencukupi ... sekarang baru faham kenapa ibu bapa kita dulu selalu bangun awal pagi tanpa rasa mengantuk hingga ke siang nya ...

Banyak juga perkara dapat saya lakukan ... nak solat tahajjud, kita ABC...so duduk saja dan berdoa untuk anak yang akan menduduki subjek SPM terakhir pagi ini ...
selepas itu, jenguk2 dapur dan buat apa yang patut, sambung gosok baju yang tak habis lagi semalam ... dan teman Abi sahur, insyaAllah Abi puasa sunat Khamis dan untuk Wafa' sekali yang sedang periksa SPM.

Alhamdulillah ..syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik kepada ku dan seisi keluarga ... dan untuk men"servis" badan secara mentally...kita perlulah memperbanyakkan solat, beribadah, berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menyucikan terutama nya seketul daging di dalam badan kita ini , iaitu HATI...
 
 Amin

10 comments:

  1. Alhamdulillah Azzah diberikan kesihatan yg baik dan iman yg mantap.

    Semoga terus diberikan kesihatan yg baik.

    Saya dan emak Adam pun dah bercadang nak servis badan kami tapi kat sini tak tahu kat mana nak pergi berurut tu .... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... cuba try tanya jiran2 ..mesti ada yang tahu siapa yg ada urut dan suka berurut ...

      Delete
  2. assalamualaikum kak azzah


    pB pun dah lama tak mengurut.
    Badan pun dah sakit sakit nie .

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB, gi carik orang pandai urut cepat-cepat...jangan tunggu... nanti memudaratkan badan ...

      Delete
  3. akk pernah 2x jatuh tersimpuh di tmpt awam. sib baik tak cedera.sesekali berurut bagus juga.melancarkan perjalanan darah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduiisssh.kak....sure termalu sekejap kan... Alhamdulillah tak cedera... ya kak, berurut bagus utk melancarkan perjalanan darah ...

      Delete
  4. saya juga pernah terjatuh.. tampa sempat nak berpaut di mana2... aduhhh terpaksa di kejarkan ke hospital.. dan seminggu tak boleh nak baringgg

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalala....ciannn Abah Zino....

      mesti mem susah hati masa tu..Alhamdulillah dah sihat kan...

      Delete
  5. IM dah biasa tidur lewat 1- 2 pagi sejak dulu lagi ( ketika aktif dengan NGO ).

    Khabarnya, Imam Shafie hanya tidur-tidur ayam saja di malam hari kerana memikirkan masaalah ummah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..yalah ..kita nih bila umur semakin meningkat, semakin kurang tidur ..rasanya 4-6 jam sudah memadai ...

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....