Tuesday, November 13, 2012

Istanbul Aku Datang

Hurmm...tengok tajuk macam saya nak pergi Istanbul di Turki kan... tapi seriously, sejak saya berpeluang, dimurahkan rezeki , kesihatan, masa kelapangan , di Izinkan Allah SWT menjejakkan kaki ke Istanbul pada pertengahan tahun lalu (di sini),  saya merindui sangat hendak kembali ke sana ! 

Memang betul lah mereka kata, bandar Istanbul adalah bandar tercantik di dunia (walaupun saya belum pernah melawat semua negara di dunia ).  Bandar di mana bersatunya 3 buah selat dan bandar yang terletak di dua benua. Bandar ini mempunyai sejarah yang terulung samada sejarah dari segi penaklukan jajahan besar suatu masa dahulu mahupun Sejarah Islam itu sendiri, Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam di Turki

Dapat 4 tiket free.
Hari Isnin 29 Oktober 2012 mendapat panggilan dari seseorang, mengatakan bahawa Wafa' menang peraduan yang dimasuki oleh beliau di Hot FM.  Beliau menang 4 tiket percuma untuk menonton Tayangan Istimewa/Perdana Hot FM untuk filem terbaru GB yang mempersembahkan lakonan gandingan Lisa Surihani, Tomok, Beto dan Aizad. (Sebenarnya saya bukanlah peminat mereka pun, pernah dengar nama aja, tapi tak kenal ...ini semua generasi muda saja. Kenal Lisa Sirihani pun melalui suratkhabar yang menampilkan gambar beliau berkahwin dengan Yusri KRU) . tapi sebab dapat tiket free dan Wafa' tak dapat pergi, saya terpaksa pergi untuk menemankan Hana dan kawan baik Hana', Aida Sabrina.  Mula-mula abang Zaid nak ikut, tetapi kemudian tidak jadi...itu yang Hana ajak kawan baik beliau, Aida.  Abang Ammar ikut sebab ummi suruh temankan ...(when was the last time I went to a movie -masuk panggung wayang??? zaman sekolah dulu ada sekali - itupun tengok cerita lakonan Noor Kumalasari - Menanti Hari Esok, kemudian around 8-10 years ago ..tengok cerita komedi apa entah ..tak ingat tajuknya... )

Saya tertarik untuk pergi menonton sebenarnya bukanlah hendak melihat lakonan mereka sahaja, tetapi sebenarnya lebih kepada hendak melihat pemandangan di bandar Istanbul itu nanti ...demi untuk mengubat kerinduan saya kepada bandar itu!!!

Selepas menonton filem ini,  genre: Comedi-Romance, saya membuat kesimpulan secara overall jalan ceritanya oklah juga (mungkin disebabkan faktor umur kot..hehehe..) mungkin orang muda sukalah menonton lakonan Lisa Surihani ini.. tetapi jika dinilai dari segi nilai-nilai Islam ...memang out sangatlah... I have to explain to Hana and Aida, jika berkawan lelaki perempuan tidak menghalalkan kita boleh berpegang berpelukan sesuka hati ...kita berpegang kpd adab-adab dalam Islam... dan yang utama sekali, kita mestilah menutup aurat....
....
the rest... you all tengok lah sendiri ya...

rupa-rupanya filem ini belum ditayangkan di pawagam lagi ..
coming soon - 8 Nov 2012

jadi kami ni dapat tengok tayangan perdana khas bersama pelakon-pelakonya sekali ...

Semasa mula-mula masuk panggung tu, ada surprise rupa-rupanya..sebelum tayangan bermula ada cabutan bertuah ..dan ada 20 hadiah ...hadiah yang paling best ........ 3 buah camera NIKON!!! .. cabutan nombor dibuat mengikut nombor kerusi tempat duduk ...
dan rezeki Aida untuk mendapat voucher bernilai RM50 ke Secret Recipe !
 Dapat Voucher RM50 dari Secret Recipe semasa cabutan bertuah

 comel juga lah Lisa ni bila tengok dari dekat..

 Tomok
Beto
Aizat

14 comments:

  1. Replies
    1. Lelaki Ini,

      ni sebab dapat tiket free, kalau kena beli sendiri mmg tak pergi ...hehehe

      Delete
  2. Salam...

    Lisa tu cantik walaupun tak pakai makeup. Simple je.

    Bab filem2 zaman sekarang ni saya jarang ikut. Panggung wayang pun agaknya dah berbelas tahun jugak tak jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jun Aina,

      ya dik..mmg cantik sebenarnya Lisa ni...ALhamdulillah anugerah Allah kepada hambaNya, tapi akak rasa kalau dia berhijab lagi cantik ayu kan ....

      Kak Azzah8

      Delete
  3. Keindahan memang akan sentiasa membuatkan kita terkenang2. :)

    ReplyDelete
  4. ramai kawan2 neeza dah pergi. Kami tak berkesempatan.. antara istanbul dan london, kami telah memilih london beberapa tahun lepas. Makanya, istanbul tu tunggu lah entah berapa tahun lagi.. kalau ada rezeki ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Neeza, jika ada rezeki dan kelapangan ...pergi lah ...mmg tidak rugi ..InsyaAllah ..jangan hanya melihat kepada kecantikannya sahaja ..tetapi pelajari lah dari sudut sejarah Islam itu sendiri ..ada banyak sejarah Islam di Turki ini ...

      Delete
  5. Rezeki Wafa yang dinikmati ummi dan adik beradik. Mana gambar Ummi? tak ada pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...ummi tukang ambil gambar ajer...dah tua...tak kuasa nak bergambar dgn retis ...hehe

      Delete
  6. wah seronoknyer!.. salam kenal ye tq sudi follow AK n dah follow balik 339

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma Angsana,
      Salam perkenalan ...terimakasih sudi follow blog yang tidak seberapa ini

      Delete
  7. Salam azzah..bagi akkk pemandangan dilem ini memang cantik...cerita best..sebab tak dpt nak menrka pengakhiran cerita ni...tp byk juga yang rasanya tak sesuai sgn jiwa akkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anie..sebenarnya dalam ni ada sikit sahaja dari yg sebenarnya ...banyak lagi tempat yang menarik ... pergi sendiri lagi best kak ...
      Dari segi cerita pulak, spt yg azzah tulis...ceritanya lebih untuk orang muda sahaja ...

      Delete
  8. Salam azzah..bagi akkk pemandangan dilem ini memang cantik...cerita best..sebab tak dpt nak menrka pengakhiran cerita ni...tp byk juga yang rasanya tak sesuai sgn jiwa akkk

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....