Wednesday, September 26, 2012

Gambar-Gambar Raya di bulan Syawal

Bulan Syawal telah pun berlalu...tetapi kenangan semasa menyambut Syawal masih belum tercoret di blog ini... sebulan selepas Ramadhan, diri ini masih merindui suasana dan ruh Ramadhan. Sangat berbeza perasaan nya...adakah kerana syaitan telah di"bebas" kan dari ikatan selepas bulan Ramadhan? atau kerana kita "terlampau" banyak makan...???
Ya Allah..ampuni lah dosa-dosa hambaMu ini jika terlalai dan terleka ...ampunilah daku, ampunilah daku dan keluarga ku, ampunilah kedua ibu bapa kami samada yang sudah meninggal atau yang masih hidup..ampunilah kami Ya Allah!!!!!!!
Bagaimanakah kita hendak mengekalkan apa yang kita sentiasa lakukan di bulan Ramadhan???? Kenapa selesai sahaja Ramadhan, diri kita seakan-akan "hanyut" semula?? terleka dek kesenangan dunia ??? terleka dek kemewahan dunia?? terleka dek terlampau banyak makan??? hurrmmm... ni nak kena buat kajian dan cerita di lain entri..
Sedia maklum bahawa di negara-negara lain di dunia ini, tidak ada sebuah negara pun yang mana kebanyakan penduduk adalah beragama Islam, menyambut Syawal seperti orang-orang di MALAYSIA!
Orang lain sambut Raya sehari sahaja, tapi kita di Malaysia sambut sehingga habis bulan Syawal ...itupun ada yang tidak sempat nak buat rumah terbuka, buat selepas bulan Syawal....lalu dipanggil lah majlis "ramah mesra" ..sebab nak panggil majlis Raya , bulan Syawal sudahpun berlalu... (bak kata seorang rakan blogger dan fb) ..
Namun di sini saya ingin merakamkan kunjungan-kunjungan rakan/sahabat/teman anak-anak saya, anak murid saya dan juga rakan FB dan blogger..

Jom kita layan gambar ...
Hari Raya pertama di kampung

 cucu-cucu bersama atok dan wan
 
Selepas bermaaf-maafan, jom ramai-ramai beraya ke rumah mak saudara dan atok saudara

Di rumah Tok Cu dan Tok Mek, Hari Raya kan ..apalagi..makan ketupat lah..
Bapa-bapak makan...
Anak-anak dengan mak tunggu giliran ..sebab meja dah penuh ..full house kat rumah tok sedara ni..
semua anak cucu pakat dok beraya ...

 Di rumah Mak Jemah, tuan rumah suami isteri duduk kat belakang tu,
 anak-anak duduk bersila mengadap meja penuh hidangan kuih-muih

Beraya di rumah Ayah Ngah di Johor Bahru

Beraya di rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, JB

Beraya di rumah Mak Epet di Kempas, JB

Beraya di rumah Che Mat Gebu @ Adnan Ibrahim
siapa tak kenal Cik Mat Gebu ni, chef blogger masakan yang terkenal seantero dunia

Balik dari kampung, anak-anak pula sibuk beraya dengan kawan-kawan mereka.  Bermulalah kesibukan ummi sebab kena masak entah berapa kali round, segerombolan demi segerombolan datang berhari raya...Ialah, takkan nak cakap kat anak, jangan bawak kawan datang rumah kan? ni kan Hari Raya ...huhu
Rombongan kawan-kawan Mu'adz, anak ke-6
 Makan jangan tak makan, penat dah ummi goreng mee tu...
Ini kawan-kawan Anas
 tak cukup tempat kat meja makan, kat sini pun boleh lah ...kawan-kawan Anas(anak ke-4)  lagi
Gerombolan kawan-kawan Ammar (anak ke-3) pulak ...
 Kawan-kawan Wafa'
Kawan-kawan Wafa' (anak ke-5)
Khadijah & adik2, kawan Kak Long
(ada lagi gambar kawan2 kak long, tapi tak jumpa simpan dalam folder mana...)
Majlis Hari Raya geng PML di Anggerik Mall
Bersama Nashita dan anak 
(tokey Tupperware tu ... nampak tak tupperware biru atas meja tu? 
sama tema dgn living room ai kan ...Nash pun asalnya kawan blogger juga)

Bersana Rosz dan Tika, junior di STF

Akhir sekali, penutup Syawal, anak-anak murid saya datang beraya , bersama-sama dengan rakan bloggers.
 Students datang beraya
Rakan-rakan bloggers , Neeza yang baru balik dari Arab Saudi (ikut husband)
dan Abah Zino (dari Seremban, N9)

10 comments:

  1. Terima kasih krn sudi menjejaki blog saya..Bukan saja ada yg buat rumah terbuka Syawal di bulan Zulkaedah, ada juga (kawan saya) yg tak sempat berpuasa enam melakukannya di bulan Zulkaedah. Pelik sungguh sebab katanya ada ustaz yg menyatakan boleh melakukan puasa enam sunat Syawal di bulan lain, ye ke ni???

    ReplyDelete
  2. JR,

    terimakasih kerana sudi tinggalkan jejak di blog ini... hurrmmm...tak pernah pulak dengar orang puasa enam Syawal dalam bulan lain????

    First time ni dengar mcm ni?

    ReplyDelete
  3. Thanks sudi datang ke blog Mia... Wahhhh bestnya tengok kemeriahan suasana hari raya keluarga kak azzah... ;)

    ReplyDelete
  4. as salam ....


    bila lar kita kita nak jumpa ?

    ReplyDelete
  5. Salam Mia,

    orang ramai anak, begitulah ..setiap orang anak nak bawa kawan-kawan datang rumah beraya...ummi nya yg penat..tapi happy tgk ramai-ramai ...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  6. m.u.l.a.n.,

    memang seronok!

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  7. cikMilah,

    meriah kan? tapi penatnya Allah saja yang tahu...

    ReplyDelete
  8. pB,
    ye lah? bila kita nak jumpa lagi? dengar khabar pB nak pindah office lagi ke? semakin dekat dgn rumah kan...hehe

    Kak Azzah8

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....