Tuesday, July 31, 2012

Percubaan SPM 2012

Esok, Rabu bermulalah pertarungan bagi anak ke-5 saya pada tahun ini menghadapi peperiksaan percubaan SPM ... Abi, Ummi, kakak, abang dan adik serta keluarga semua ingin mengucapkan dan mendoakan untuk Wafa', agar Selamat Maju Jaya , Semoga Allah Kurniakan ingatan yang baik dan tajam, ketenangan dan kelapangan fikiran, Mengurniakan kpd Wafa' idea-idea yang bernas dan Permudahkan Wafa dalam menjawab  soalan peperiksaan dengan betul ..
Semoga Wafa akan mendapat keputusan peperiksaan SPM yang Cemerlang ...semuanya mendapat A+ ...

Ya Allah, Tuhan yang mengajar Nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan dia (Wafa), Ya Allah Tuhan yang mengajar Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada Wafa.  
Firman Allah SWT "maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan Kami lah yang melakukannya"
(Al-Anbiya: 79)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai tuhan Nabi Muhammad SAW, selamatkan Wafa' daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan RahmatNya wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepada Wafa', dan anugerahkan kepada Wafa' kefahaman dengan RahmatMU wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' cahaya dengan cahaya ilmuMU, dan jauhkan Wafa' daripada  lupa  dengan RahmatMu,  wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' kefahaman  nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan RahmatMU , wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Ameen

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....