Thursday, April 19, 2012

Mu'adz Al-Hafiz

Alhamdulillah... daripada 5 orang anak bujang, 2 orang sudah menjadi hafiz. Alhamdulillah ..Seorang lagi adiknya on d way ... baru sahaja masuk pada awal tahun ini...
 Semasa Hari Ihtifal Institut Pendidikan Hira' pada hari Ahad lepas ... tidak sedar anakku sudah semakin tinggi, malah lebih tinggi dari umminya...


Semasa Mu'adz tadika pada tahun 2004

Sebenarnya tanggungjawab seorang hafiz ini sangat berat...saya katakan kepada anak-anak saya... Hendak menjadi hafiz mungkin mereka anggap senang, tetapi hendak mengekalkan hafazan mereka itu yang sangat susah... apatah lagi jika mereka sudah mula memasuki dunia sebenar...bukan lagi berada di dalam situasi yang terkawal seperti di Maahad Tahfiz...dunia realiti berbeza. Banyak...malah sangattttttttttt banyakkk dugaan dan cabaran ... dugaan dari syaitan sentiasa ada...malah lebih hebat...
mereka harus sentiasa mengulang-ngulang membaca Al-Quran ... TIDAK BOLEH tinggal sama sekali ...
jika ditinggalkan lama-lama boleh menjadi lupa ...
Malah dalam apa jua yang kita lakukan, kita mestilah sentiasa istiqamah...ini sebagai PERINGATAN kepada diri sendiri... kadang-kala terleka dan terlalai..banyak perkara tidak dilakukan..ditinggalkan...
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau Ampunkanlah dosa-dosaku , dosa-dosa suamiku, dosa2 kedua ibu bapa kami, samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, dosa2 anak2 kami...
Ameen.

5 comments:

  1. Allah... sejuknya ummi Mu'adz... auntie nak ucap tahniah semua yg terlibat memberi kejayaan ini. AUntie pun mengidam nak ada anak macam anak ummi ini. Doakan ye...

    Tahniah Azzah dari kakak...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Azzah! (DAN ISTIMEWA TAHNIAH UNTUK AL-HAFIZ)

    Sevendrops

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah

    Tahniah Kak...mempunyai anak-anak berjaya dan cemerlang, MasyaAllah...di dunia dan di akhirat, amin. Semoga saya juga menjadi ummi yang cekal untuk mendidik anak2 hingga berjaya, amin.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sejuk perut ummi yang mengandung :) tahniah Muadz & tahniah auntie :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....