Monday, September 26, 2011

Mersing

Alhamdulillah pada minggu lepas, 17hb September kami ke Mersing kerana menghadiri kenduri kahwin anak saudara saya (sebelah suami) ... kami bertolak hari Jumaat,  Jumaat cuti 16hb sept ..cuti Hari 1 Malaysia.... bertolak tengahari...singgah di bandar Bukit Mahkota rumah sepupu ada open house Raya... dalam 1;30tghr bertolak ke Mersing...sepanjang jalan hari mendung dan hujan ... kami sampai di Mersing tepat jam 7mlm... abang ipar telah siap sedia menyewakan chalet di tepi pantai utk kami saudara-mara bermalam... chalet bernama CHALET KASSA INN GOLD BEACH,  di Sri Pantai, Mersing...


Dah lama tak ke pantai...menikmati suasana pantai Mersing di pagi hari selepas subuh melihat matahari terbit... Subhanallah ...sungguh indah alam ciptaan Allah ini...berdiri di tepi pantai dalam suasana yang nyaman dan sejuk semulajadi (bukan sejuk air-cond!)
 Sinaran matahari di pagi hari.....

Friday, September 23, 2011

Sakit

Apabila badan rasa kurang sihat, nak demam, seram sejuk, tekak rasa pedih, batuk sehingga sakit dada... 
waktu begini lah kita sebagai manusia lebih  mengingati Allah ... 
Kita kurang mengingati Allah apabila kita sihat, apabila kita senang dan apabila kita lapang....'tetapi sebaliknya pula berlaku..jika manusia ditimpa kesusahan, terlantar kesakitan ..sentiasa sibuk baharulah manusia itu mencari-cari tempat mengadu..dan kepada Allah lah..kepadaNya lah tempat mengadu ...

Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud 
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, 
iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, 
masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit,
masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, 
masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk 
dan masa hidup mu sebelum dtg saat kematian" ...


Thursday, September 22, 2011

Kenapa Begini? Kenapa Tidak Begitu?

Hari ini diri ini rasa terpukul apabila membaca entri di blog Prof Kamil ... tajuk entri itu "Kenapa Tidak?
Sememangnya pertanyaan ini seringkali kita ajukan kepada seseorang..tatkala seseorang itu memberitahu kita sesuatu perkara ... seolah-olah kita seperti mahu menjatuhkan airmuka mereka..atau seperti mahu menunjukkan bahawa diri kita lebih tahu, lebih "pandai" dari mereka...atau seolah-olah kita tidak berpuas hati dengan apa yg dilihat/diberitahu kpd kita...

Refleksi diri sendiri... kadang-kala tanpa disedari ...saya juga ada berkata begitu kepada pelajar saya... Kenapa awak jawab begini? kenapa tidak begitu? 

Petikan dari blog Prof Kamil, 
Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak ketikanya ketika kita bertanya “kenapa tidak” sangat-sangat tidak relevan. Banyak masanya ia tidak pun merupakan suatu pilihan. Berdiam diri lebi baik.

Apabila di renungkan kembali, masyarakat kita seringkali bertanya soalan yg bersifat Negatif seperti ini... sepatutnya kita lebih bersikap dan berkata yg positif ...

Contohnya: Seorang anak kecil dengan bangganya menunjukkan hasil kerja tangan beliau kepada ibunya.  Ibunya pula dengan penuh ekspresi terus memberi komen, " ok... tapi kenapa adik tak buat macam ni? "  Bagaimanakah perasaan anak tadi?  Ini adalah komen bersifat negatif. Sepatutnya si ibu tadi walaupun tidak berapa setuju dengan anaknya, sepatutnya si ibu memberi komen yang bersifat positif...dengan memberi pujian terlebih dahulu... kemudian baharulah memberi komen. Contohnya, " wahhh..! Cantiknya ! Pandai adik lukis...." ...kemudian baru lah berkata, "   tapikann...ibu suka jika adik ......(sudahkan ayat ini mengikut kesuaian anda) " 


wallahu'alam..

Wordless Wednesday #3


Wednesday, September 21, 2011

Salam Sejahtera semua pengunjung blog saya ini...saya mohon maaf kerana sudah lama tidak mengemas kini blog saya ini..kekangan masa dan Vitamin "M" yang semakin besar.... malah selalu juga saya login ke blogger dan buka editor dalam blogger ini untuk menaip sesuatu..tetapi selepas beberapa minit tiada apa yang terhasil... hanya skrin kosong yang saya lihat di hadapan... idea tidak keluar, atau semasa timbul atau dapat  idea ada nak tulis apa,.. ketika itu pula sedang melakukan pekerjaan lain atau tidak duduk di depan laptop ini...
juga kerana saya saya sedang "adjust" kehidupan saya yang tiada bibik lagi... sejak bibik saya berhenti pada bulan April 2011, saya tidak lagi mengambil bibik yang lain sebagai pengganti... ini keputusan yang kami ambil ..kerana anak2 sudah besar, tinggal yang bungsu sahaja darjah 3... juga sudah boleh menguruskan diri sendiri...dengan kerenah pelbagai dgn agensi yang mengambil pekerja asing bekerja sbg pembantu rumah..fee yg perlu di bayar Tersangat MAHAL! (pada pendapat saya lah...) nak kena keluar RM8K - 9K utk bayar kepadan agensi pekerja asing, kemudian kita tak tahu lagi "perangai" pembantu rumah yang baru itu.... di tambah lagi anak2 saya sudah ramai yang bujang2 .... timbul pula masalah "aurat" dan privacy yang perlu dijaga di dalam rumah... hurmm...kami berpendapat lebih baik TIDAK mengambil pembantu rumah yg baru...

Harap pembaca dan pengunjung blog saya tidak akan "lari" atau terus delete blog saya dari bloglist mereka.. kerana tiada update baru... saya akan cuba sedaya upaya mengupdate walaupun sebaris ayat...


Wednesday, September 7, 2011

Sunday, September 4, 2011

 SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

dari saya, nurazzah8 dan keluarga

 
 kali ini beraya tak cukup korum juga...anak sulong tiada bersama...
 sambutan Hari Kemerdekaan yang selang sehari dengan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini...
di rumah atok dan Wan tidak ketinggalan menggantungkan bendera Malaysia dengan semangat
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Namun, apakah erti kemerdekaan sebenarnya? dalam konteks anda sebagai seorang muslim/ah?

Ramadhan pergi Syawal menjelma

Pejam celik pejam celik..sudah habis bulan Ramadhan...dan Syawal juga sudah menjejak ke 6 Syawal... buka blog...lamaaaanya tak update blog.. di bulan Ramadhan memang tidak berkesempatan langsung hendak update blog...nak jenguk pun susah..setiap masa setiap detik sentiasa terisi dengan pelbagai perkara yang hendak dibereskan/dilakukan...

Mengimbas kembali madrasah Ramadhan yg telah berlalu... hati terasa sayu dan sedih..kerana terpaksa menunggu setahun lagi untuk bertemu Ramadhan seterusnya..itupun kita tidak pasti, samada umur kita masih panjang untuk bertemu sekali lagi Ramadhan..bukan sahaja Ramadhan, malahan bulan depan ..esok hari...malah jam..minit..apatah lagi saat berikut pun kita tidak tahu ...samada umur kita masih panjang lagi..semuanya adalah dalam pengetahuan Allah jua...

Banyak pengajaran di dapati,  sebelum Ramadhan menjelma pada tahun ini , beberapa orang saudara dan rakan yang dikenali pergi meninggalkan kita. Samada sehari atau beberapa hari sebelum Ramadhan tiba, mereka pergi buat selama-lamanya... oleh kerana itulah saya amat merasa sayu kali ini apabila Ramadhan  semakin menghampiri ke hujung nya... apatah lagi pada tahun ini saya dan keluarga diizinkan Allah berpeluang menunaikan solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam dengan imam-imam yang didatangkan khas dari merata dunia dan tidak lupa juga imam dari Malaysia dari program Imam muda dsbg...dimana kemuncaknya adalah pada malam 27 Rmadhan...dari berbuka, solat maghrib berjemaah, solat Isya' solat Terawikh, qiyamulail solat Subuh dan kuliah selepas Subuh sehinggalah ke paginya , suasana sungguh syahdu keadaan redup dan sejuk selepas hujan renyai di dinihari... keadaan ini belum pernah berlaku sebelum ini di mana Mesjid Negeri dipenuhi umat Islam dari dinding ke dinding...penuh sayup mata memandang...seperti berada di Mesjidil Haram di Mekah...Ya Allah ..suasana ini menyebabkan kerinduanku untuk berkunjung ke Mesjidil Haram ke RumahMu Ya Allah meluap-luap...Ya Allah..murahkan lah rezeki kami agar kami dapat mengunjungi rumah Mu dalam masa terdekat ini ...Amin.

Tahun ini dalam sejarah...ini kali pertama daku menyambut Hari Raya AidilFitri tanpa ada persiapan langsung...tiada baju baru, tiada kasut baru, tiada tudung baru, tiada langsir baru, tiada yang baru segala-galanya...semuanya seperti biasa...hati ku memang tiada langsung perasaan hendak menyambut Aidilfitri...!! pakai sahaja apa yang ada di dalam wardrobe ... sememangnya sabda Nabi saw .. kita hendaklah menyambut AidilFitri dengan pakaian yang paling BERSIH, (bukannya paling BARU...!) untk anak2 bujang pula, saya serahkan sedikit wang dan menyuruh mereka pergi membeli baju sendiri... mereka pun sudah besar, mempunyai taste mereka tersendiri...biarlah mereka membeli baju mereka sendiri...daku cuma membelikan pakaian 2-3 helai untuk anak bongsuku Hana dan abangnya Zubair..

Hari ini 6 Syawal... InsyaAllah jika Allah izinkan daku sudahpun memulakan misi puasa enam dan membayar segala puasa yang dihutang (sbg orang perempuan, wajib membayar semula puasa yang ditinggalkan semasa Ramadhan)..oleh itu aku tidak mahu menangguhkan sehingga Ramadhan akan muncul kembali pada tahun hadapan... seperti yang dikatakan tadi, kitapun tidak tahu bila kita akan pergi..dengan itu lebih baik kita ganti segalanya awal-awal...InsyaAllah..semoga Allah izinkan segala yang dirancang...Amin.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....