Monday, August 15, 2011

IMAM

15 Ramadhan

Alhamdulillah ...15 hari dalam bulan Ramadhan telah pun kita harungi..kita sedang berada dalam fasa kedua Ramadhan...fasa pengampunan...ambil lah peluang ini sebanyak-banyaknya untuk solat sunat taubat dan mohon pengampunan dari Allah SWT.  Sedang nabi yang maksum pun memohon keampunan dari Allah..apalah sangat diri kita yang kerdil ini...yang sentiasa terleka dan terlalai ...mengapa kita sangat sombong sehingga tidak mahu mengambil peluang ini untuk memohon keampunan dari Allah....
Akhir Ramadhan semakin hampir...semakin sedih diri ini kerana tidak lama lagi bulan yang Mulia ini akan meninggalkan kita...
 
Sudah 15 hari juga anak ke-6 ku, Mu'adz menjadi Imam solat Terawikh dikampung ku di selatan tanah air..kampung Rimba Terjun, Pontian.
Syukur Alhamdulillah...ini anak kedua ku yang hafiz dan menjadi Imam Solat Terawikh...semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dari perkara yang tidak baik..dan tetapkan lah hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar...Amin.

Setiap kali Imam tahfiz menjadi Imam solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam, fikiranku sentiasa teringatkan anak ku yang menjadi imam di surau kampung ku...Mudah-mudahan Allah Permudahkan segalanya buat anakku....

Wednesday, August 3, 2011

Pengembaraan ke Turki: Hagia Sophea @ Aya Sofea

 Siri pengembaraan ke Turki masih belum tamat, kali ini kita melawat pula Museum Hagia Sophea.
Located at the SULTANAHMET Square opposite to the Blue Mosque, Hagia Sophea after serving 916 years as a church and 481 years as a mosque, now maintain its historical function as a museum since 1935 and is the most important monument of the architechural history. 
 Byzantine historians Theophanes, Nikepheros and Leon, the grammar teacher of Byzantine wrote that construction of Hagia Sophea started during the reign of Constantinius I (324 - 337) and completed in 360 during the reign of Constantinius II.  Its first name was Megali Eklesia (The Great Church) and it was changed to Hagia Sophia (Holy Wisdom) after 5th century. 
 This is the third church was constructed after the first and second were largely burnt down during the riot. Construction of the Hagia Sophea started in 532 and completed within the period of 5 years.
 (reference: Istanbul City of Civilizations by Erdem Yucel)

  Pemandangan Hagia Sophea dari taman di hadapannya

 Pemandangan Hagia Sophea dari kolam air pancut di taman 
(air pancut nya dibuka pada waktu malam)
Bersama anakanda Asma' ...

 Di pintu masuk, ..mahal juga entrance fee nak masuk sini, 20TL

 Hagia Sophea with its glory and magnificience has survived to the present time and is one of the gratest example of early Byzantine architecture and also bears traces of traditional Roman architecture and Eastern Art.

 Detail form the dome of Hagia Sophia museum


 Apabila Istanbul ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, beliau telah memerintahkan Hagia Sophia dibersihkan dan ditukar menjadi sebuah mesjid. Kelihatan tanda-tanda peninggalan yang membuktikan bahawa ia pernah menjadi sebuah mesjid suatu masa dahulu, seperti kalimah Allah dan Muhammad, nama-nama 4 orang khalifah Ar-Rasyidin di tiang-tiang utama.
  Ottoman Oil Lamp

 Pintu-pintu kayu yang sangat besar dan berat...
(action aje tu...hehehe..tak boleh nak gerakkan walaupun 1mm!!! )

 Kesemuanya diperbuat dari bongkah-bongkah marmar yang besar dan sangat cantik
Tempat mengambil wuduk di perkarangan Hagia Sophia

ok...bersambung ke entri akan datang (Topkapi Palace)
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....