Wednesday, July 20, 2011

Blue Mosque, Istanbul, Turkey

ALhamdulillah...Allah permudahkan dan murahkan rezeki untuk ku berkunjung ke kota Istanbul ini... di antara bandar yang termasuk dalam senarai impian saya untuk saya kunjungi ...

Apakah yang menarik di sini?  Sebenarnya selain drpd  mercu tanda yang terkenal di Kota ini...sejarah nya yang jika kita kaji dan selusuri akan membuahkan keinsafan dan kesedaran di hati sanubari ini...

Empayar Turki Uthmaniyyah atau Ottoman Empire sangat terkenal dalam sejarah Islam. Kota Istanbul yang dahulunya di gelar Kota Kontanstinople, berjaya di tawan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fateh..(sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh baca novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip = Abdul Latip Talib) pada tahun 1453, maka pada tahun ini berakhirlah Empayar Byzantine. 
Blue Mosque

Sejak Islam mengusai Kota Konstantinople, kerja-kerja baik-pulih dan pembinaan semula banyak dilakukan.... mesjid-mesjid banyak dibina di sekitar kota ini ... di antaranya gerega Hagia Sophea atau Aya Sofya semasa pemerintahan Byzantine telah ditukar kepada Mesjid ....(sekarang dijadikan muzium) ..
Blue Mosque @ Mesjid Biru, Istanbul, Turkey

Mesjid yang paling istimewa di kawasan Sultanahmet adalah Mesjid Biru @ Blue Mosque.  Namun apabila sampai sahaja di kawasan Sultanahmet dari airport..mataku mencari-cari di manakah Mesjid Biru itu? Saya menjangkakan sebuah mesjid yang mempunyai kubah besar berwana biru (seakan-akan Mesjid Negeri Shah Alam) ...namun dari celah-celah dedaun pepohon yang menghijau di taman sekitar mesjid biru ini, kelihatan lah menara-menara Mesjid Biru ... terdapat 6 buah menara untuk mesjid ini... namun terpandang sahaja kubahnya..hatiku sedikit kecewa..kerana kubahnya TIDAK berwarna biru!
Kelihatan menara dan kubah Blue Mosque dari taman Sultanahmet.
Kami datang lagi ke tempat yang sama pada sebelah malam...
Latar belakang Blue Mosque waktu malam..

Tapi daku tidak putus asa..mesti ada sebabnya mengapa dipanggil Blue Mosque. Pencarian bermula dengan membeli sebuah buku mengenai Istanbul di sana, kemudian balik ke hotel saya search di internet pula..lalu saya temui jawapannya.  
Sebenarnya ia dipanggil Blue Mosque kerana dinding bahagian dalam mesjid itu di hiasi dengan jubin-jubin biru berukir yang sangat cantik hingga ke bahagian atas siling.  
Bahagian dalam Blue Mosque, yang sangat besar dan luas dan tinggi
.tingkap2 dengan cermin tinted berwarna biru..
Dari bhgn dalam..kubah mesjid..yg dihiasi jubin2 biru berukir yg sgt cantik
 Lampu yg sangat klasik..
 Keseluruhan bhgn dalaman Blue Mosque
Lagi kubah biru ... dengan jubin-jubin yg berukir cantik
 Permaidani merah yang cantik di dalam Blue Mosque
 Salah satu minaret Blue Mosque dari dalam compound mesjid..
gambar ini diambil selepas kami solat Maghrib di sini
 Di hadapan pintu masuk
Dari sebelah luar di tangga..waktu ini sudah hampir pukul 9 malam..
(maghrib masuk pukul 8 lebih ...isya' masuk pukul 10 lebih ...sekarang musim panas..)
Di dalam compound mesjid...di sebelah kanan itu tempat mengambil wudhuk..
Di hadapan pintu gerbang masuk (Interior Atrium Gate) kawasan Blue Mosque

ok..kita sambung lagi kembara di bumi Uthmaniah di lain entri...

update:
Utk pengetahuan semua, Mesjid Biru ini TIDAK dijadikan museum...ia masih berfungsi sebagai sebuah mesjid... ramai umat Islam yang berkunjung ke sini akan masuk bersolat di ruang solat...para pengunjung (terutama non-muslims dan wanita) TIDAK dibenarkan berlegar-legar di ruang solat... tempat solat untuk wanita disediakan di bahagian belakang,  ada sahaja umat Islam yang sedang solat dan membaca Al-Quran di ruang hadapan...
In fact, semasa kami datang lagi pada sebelah malam, azan maghrib sedang berkumandang, lalu kami solat berjemaah di dalamnya ...

Yang dijadi museum sekarang ialah Hagia Sophea @ Aya Sofya (akan saya ceritakan di entri akan datang).

Tuesday, July 19, 2011

Hydrangea

Mengkagumi dan bersyukur bunga-bunga indah Ciptaan Allah SWT....
Perempuan dan bunga sememangnya tidak dapat dipisahkan... memang perempuan suka kepada bunga-bunga, begitu juga saya... saya suka kepada pohon hijau yang memberikan suasana sejuk dan nyaman kepada rumah terutama di tengah-tengah kota dan bandaraya Shah Alam ini ..selain pohon renek hijau..saya juga ada menanam pokok bunga. Salah satunya adalah hydrangea...dalam bahasa yang mudah, ada yang panggil pokok bunga tiga musim, ada yang panggil pokok bunga Zaleha... sebab musabab nya mengapa dipanggil begitu saya pun tidak tahu....

Saya pernah menulis tentang hobi "gardening" saya di sini...

Apabila diizinkan oleh Allah saya berkunjung ke Istanbul, Turkey baru-baru ini... saya terpegun seketika melihat betapa cantiknya bunga-bunga Hydrangea di kota Konstantinople itu ...jom kita berkunjung ke Turkey...
 Di depan Hotel
Ditepi tembok Blue Mosque
 Di atas bukit di hadapan Pierre Lotte Cafe
 Hydrangea ini berwarna pink ...
Zoom dekat lagi...sangat cantik kan...

Hari ke-3 berada di Istanbul...
setiap hari lalu di tepi Blue Mosque saya pasti akan mengambil gambar bunga ini...

Semasa menaiki boat cruise sepanjang Selat Bosphorus//kami singgah ke sebuah perkampungan nelayan ...
Hydrangea lagi!!! warna2 yang berlainan!!! mereka kata warna bunga ini berubah mengikut keasidan dan kealkalian tanah nya...

Mungkin bunga Hydangea ini sangat sesuai di tanam di nagara ini kerana cuacanya yg sangat sesuai...gemuk-gemuk dan cantik bunga kegemaranku ini...


Thursday, July 14, 2011

Roti+timun+tomato+cheese+zaitun

Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui...
setipa kejadianNya ada hikmah dan sebab musababnya...
peluang yang saya perolehi baru-baru ini untuk berkunjung ke Kota Konstantinopole...suatu perkara yang saya perhatikan.  Timun dan tomato serta buah zaitun adalah menu utama di sini. Sarapan, lunch atau dinner...apa sahaja mesti ada semua ini, hirisan tomato dan timun, buah zaitun dan cheese...
Inilah sarapan kami setiap hari di Istanbul, Turkey.

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday 2


Majlis Konvokesyen untuk Fakulti Perubatan , Jordan Uni of Science & Tech (JUST)
dalam stadium di tengah panas terik..rasanya ada tak universiti kat Malaysia ni nak buat macam ni? Mudah dan ringkas..tak perlu banyak protokol sangat...

Tuesday, July 12, 2011

Surat

Tengahari menalipon ke bahagian pengajian siswazah, bertanya mengenai surat pengesahan senat yang sepatutnya sudah diterima.  Mesyuarat senat bulan Mei 2011 telah mengesahkan saya tamat belajar dan menganugerahkan saya Ijazah Doktor Falsafah Sains. Alahamdulillah petang tadi jam 4ptg saya ke pejabat IPSIS di Intekma Resort...Ya Allah! Syukur syukur syukur Alhamdulillah...!!! 
Surat pengesahan Senat yang dinanti2 kan ....Alhamdulillah

 Suatu penantian yang cukup lama ...sehingga kadang kala emosi saya berubah-rubah ....

Alhamdulillah...satu perjalanan yang sungguh panjang dan berliku... boleh dikatakan saya ada lah orang kedua di fakulti ini yang menuntut dalan suatu jangka masa yang lama...boleh di katakan sangattttt lama..... ini adalah sangat berbeza dengan jangkamasa yang saya ambil ketika menuntut sarjanaMuda dan Sarjana digabungkan bersama!!! 

Mungkin ada mesej yang Allah hendak sampaikan kepada diri ini... suatu waktu dahulu saya sangat berbangga kerana dapat menghabiskan program sarjanaMuda kurang dari 4 tahun...lebih tepat dalam 3 1/2 tahun sahaja..kemudian menyambung diperingkat sarjana juga dihabiskan dalam masa kurang dari 2 tahun...senang cerita kurang dari 6 tahun saya telah mendapat 2 sijil ...Sarjana Muda dan Sarjana...(tidak termasuk 2 lagi sijil iaitu Sijil Kahwin dan Sijil Beranak!!! hahaha)

Namun itu tidak terjadi ketika saya menyambung pengajian di peringkat Phd.... perancangan awal ...saya katakan kepada diri ini..paling cepat 3 tahun dan paling lambat 4 tahun! itu plan saya...tetapi plan Allah lain pula...memang benar Allah lah sebaik-baik Perancang....kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz...Sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ini...banyak perkara yang berlaku menyedarkan saya..bahawa semua ini adalah milik Allah...semuanya dalam perancangan Allah...

Menjejaki Para Sahabah Syuhada' di Dataran Syams

Alahmdulillah...kunjungan kali ke-2 ke bumi Urdun membawa saya kembali menjejaki denai laluan para sahabah di Dataran Syams... kunjung kali pertama pada tahun 2007 ...tetapi kali ini, pakcik driver Arab yang membawa rombongan kami, telah memandu sedekat mungkin ke sempadan utara Jordan bersebelahan Syria , Israel (Palestin) dan Lubnan... kami dapat melihat dengan dekat Tasik Tobari ... mungkin sahabat sekelian sudah tahu atau belum tahu mengenai kisah tasik ini...?? tasik ini menjadi rebutan di antara 4 negara ini kerana ia merupakan sumber air bersih untuk rakyat dan tanaman di sekitar Dataran Syams... dahulunya dikuasai oleh Syria tetapi sekarang sudah di bawah kuasa Israel... begitu juga Golan heights yg terletak di sempadan Jordan -Syria...

 Inilah Tasik Tobari@Tiberias @ Sea of Galilee,  yg menjadi rebutan, sekarang berada di bawah kuasa Israel.. 
boleh cerita sesiapa yg tahu kisah tasik ini?
Golan Heights - juga di bawah kuasa Israel skrg
Cuasa panas terik sehingga mencecah 40 darjah .... berlatar belakang Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Friday, July 8, 2011

Blog sudah bersawang

Assalamu'alaikum semua sahabat blogger...huhu..lamanya saya tak berkesempatan untuk meng-update blog...misi pengembaraan saya menjelajah Al-Urdun dan juga Kota Konstantinople akhirnya sudah sampai ke penghujung.  InsyaAllah saya akan update rakan-rakan dengan pengembaraan saya itu.....buat masa ini mata saya sudah sangat mengantuk...masih menunggu di airport untuk panggilan masuk ke pesawat...flight jam 2 pagi ini ke KUL singgah sebentar di Bangkok... doakan agar perjalanan saya selamat ...InsyaAllah...

Aya Sofya @ Hagia Sophea, Istanbul, Turkey

Friday, July 1, 2011

Sekalung Tahniah untuk Kak Long Asma' !

Anak sulong saya belajar di Jordan University of Science and Technology, atau lebih dikenali dengan JUST. Pada 24 June yang lalu, saya telah datang ke Jordan untuk menghadiri majlis konvokesyen JUST untuk Fakulti Perubatan. Alhamdulillah, selepas 6 tahun berhempas-pulas belajar dalam bidang perubatan, anak saya, Asma' telah berjaya menamatkan pelajarannya...kini..tibalah masanya untuk beliau meneruskan perjalanannya dalam kerjaya sebagai seorang doktor. 


Setinggi-tinggi TAHNIAH buat anakku Asma'
Semoga menjadi seorang doktor yang beriman dan beramal soleh....Ameen.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....