Saturday, May 21, 2011

Reunion Heidelberg

Ogos 1983, kami berempat sampai ke sebuah bandar terpencil di Ohio,Amerika Utara.  Tiada seorang pun senior di sana, kami kumpulan pertama di tempatkan di Heidelberg College, Tiffin, Ohio. 
Gambar di atas ada lah gambar Spring pertama kami di sana...terpukau dek keindahan bunga-bungaan semasa musim Spring...di belakang kami adalah sebuah pohon sakura yang lebat berbunga...walaupun tiada daun...
Selasa malam ...selepas hampir 24 tahun kami terpisah...kami bertemu kembali....tetapi hanya beberapa orang sahaja...nostalgialama kembali lagi... kami bertemu dengan Ani yang datang ke Shah ALam kerana menghadiri konvo anak sulung beliau di UiTM...
 Kami makan, minum dan bersembang sehingga kami lah orang terakhir meninggalkan restoren tersebut...
Kenangan lama menggamit kembali...cepatnya masa berlalu...

Disebalik pertemuan ini, saya sangat-sangat bersyukur kerana Allah SWT masih memanjangkan umur saya, umur kami ..dengan itu kami dapat bertemu kembali.. untuk melihat apakah perjalanan dan pengembaraan hidup ini yang telah kami harungi sehingga kami ditemukan bersama.  Walaupun masing-masing sudah mempunyai anak yang sebaya dengan kami sewaktu kami sama-sama belajar di USA... hati-hati kami masih lagi berbunga riang seperti kami masih lagi anak-anak remaja yang girang menimba ilmu di tanah yang sangat asing bagi kami... InsyaAllah ..syukur Alhamdulillah.

Friday, May 20, 2011

Naik...naik...dan naik lagi!

Hurm...Terkedu melihat berita kali ini...
Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Ini bermakna tambang bas sekolah akan naik lagi bermula 1 Ogos ini ... sekarang pun tambang bas sekolah anak seorang sudah RM70...dua orang sudah RM140 ... Jika mengikut berita, kadar maksimum tambang bas sekolah akan naik sehingga RM30.70 ...jika benar naik sehingga maksimum, bermakna tambang bas sekolah akan menjadi RM100.00 seorang... 

Berita lanjut : sila baca di sini

20 Mei 2011 - Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-12 ZUBAIR

ALhamdulillah..hari ini 20 Mei merupakan 
Hari Ulangtahun Kelahiran ke 12 buat anak ke-7 saya ...
ZUBAIR 

 Ya..ini lah anak saya yang mengalami kemalangan tempohari ...(saya ada buat n3 mengenainya di sini) ALhmdulillah selepas kemalangan tersebut, Zubair telah sembuh dan kembali ke sekolah seperti biasa... tahun ini Zubair berada dalam tahun 6 di Sek Rendah Islam Hira', Klang.
Masihlagi menjadi IMAM Muda di sekolah beliau...

Zubair, ummi doakan agar Zubair akan terus menjadi anak yang soleh dan sentiasa beriman dan beramal soleh..semoga Zubair sentiasa dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah SWT..di murahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan  dan Zubair sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang berada di landasan yang betul. 
Juga semoga Zubair mempunyai sifat-sifat seperti sahabah Nabi SAW, iaitu Zubair bin Awwam... salah satu sebab kenapa saya namakan anak ke 7 saya dengan nama Zubair...
Amin.

Tuesday, May 17, 2011

Cahaya di Hujung Terowong

Alhamdulillah..SYUKUR ke Hadrat ALLAH SWT... 
tiada kata lain yang dapat kuucapkan buat pertama kali melihat ini... 

ALhamdulillah Ya Rabbi. Syukur ke Hadrat ALLAH SWT ...akhirnya yang ditunggu-tunggu. yang diusahakan selama ini tiba ke hujungnya... Betul lah seperti yang dikata, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya. Kita merancang dari awal agar perjalanan yang bakal ditempuhi berjalan lancar, namun Allah jua yang menentukan, Allah tidak mengizinkan seperti yang kita rancang. Semua itu ada HIKMAHNYA.
Perjalanan yang daku tempuhi adalah perjalanan yang panjang penuh berliku serta dipenuhi onak dan duri...menempuhi terowong yang sekejap terang sekejap gelap gelita, ada kalanya daku berlari, ada kala nya daku berjalan, kadang-kadang tersadung dan jatuh tersungkur...ada kalanya rasa seperti tidak mahu lagi meneruskan perjalanan, tetapi ALhamdulillah ada tangan yang menghulur menggapai diri ini agar bangun semula dan meneruskan perjalanan hingga ke hujung jalan, walaupun terpaksa merangkak. 

Syukur Alhamdulillah.

Sunday, May 15, 2011

Kami doakan khas buat mu anakku

Anak sulung saya sedang berhempas pulas sekarang ini..sedang bertarung dalam peperiksaan akhir tahun (Tahun 6) beliau dalam perjuangan menuntut ilmu untuk menjadi seorang doktor...
Ummi, Abi, atok, wan dan adik-adik sentiasa mendoakan buat Kak Long di sana... semoga semuanya berjalan lancar seperti dikehendaki dan semoga Kak Long lulus dengan baik dan cemerlang dalam peperiksaan...InsyaAllah.  
Berusaha, Berdoa dan Berserah diri secara total ke Hadrat Allah SWT  dalam segalanya..
InsyaAllah Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang...
Selalu lah mengingati Allah SWT...
Amin.

Monday, May 9, 2011

Tahniah Wafa'

 Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas, Wafa' telah pulang dari asrama SBPI Rawang, untuk menghadiri hari Anugerah Gemilang SMK Seksyen 7 , iaitu sekolah lama Wafa'... 
Hadiah sempena kecermerlangan dalam peperiksaan PMR

Wafa' sedang menerima hadiah dari Nash, (ya..Nash yang penyanyi tu, anak dia ada belajar di sekolah yang sama...dan Nash menjadi salah seorang AJK PIBG sekolah tersebut..)

Sunday, May 1, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 ~ bertemu Ain Maisarah

 Alhamdulillah, dalam kesibukan kerja dan sebagainya, dapat juga menyelit ke PWTC...ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2011...tetapi masa yang ada sangat suntuk..hanya dapat berlegar ke ruang bawah sahaja..tidak sempat hendak bertemu Rumaizah dan ke booth PTS...

Melayan kehendak anak bungsu ku, Hana' hendak ke  Kedai Pink Ain Maisarah... beratur menunggu giliran hendak meminta autograf Kak Ain sahaja sudah mengambil masa 1/2 jam....
 Penulis Ain Maisarah sedang bertanyakan sesuatu  kepada Hana'.. 
Hana' malu-malu menjawab
 Kak Ain hendak menanda tanggani novel terbaru beliau
Hana' sangat gembira kerana dapat bertemu Kak Ain...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....