Thursday, April 21, 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

Bagaimana saya boleh terlupa? Agenda yang saban tahun tahun sentiasa ditunggu-tunggu....!!! kesibukan dalam tugas hakiki dan juga pelbagai agenda yang memenuhi hari-hari yang berlalu sehingga kan terlepas pandang.. Mungkin juga kerana daku sudah tiada masa hendak berblog-walking? Selalunya ada di antara rakan-rakan yang meletakkan post ini di blog masing-masing (siapa yang ulat buku mesti menanti pesta ini saban tahun)..
 
Baru terperasan mengenai PBAKL 2011 ini selepas membaca entri terbaru di blog Prof Kamil..di mana beliau dan isteri akan melancarkan buku terbaru mereka di sana pada 22 April ini....
Jom ...ramai-ramai kita ke sana.....bawalah kaum keluarga anda mengunjungi Pesta Buku ini..sekurang-kurangnya yang tak minat buku, boleh jadi minat ...tak minat baca, mula-mula tengok-tengok aja...lama-kelamaan akan timbul minat apabila melihat ribuan buku-buku yang terdapat di sana...
Jom jadi ULAT BUKU.....

Nuffnang...

Alhamdulillah...cek dari Nuffnang yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sebenarnya dah tiba 2 minggu lepas, tapi baru hari ni dapat upload gambarnya...cek nya dah selamat di bank in...bukan lah banyak sangat jika nak dibandingkan dengan bloggers lain yang mendapat ribu raban... tapi Alhamdulillah rezeki jugak lah kan... walaupun sedikit... 
Hasil berblogging ....selain dapat ramai kawan , dapat juga hasilnya...

Tuesday, April 5, 2011

Bibik

Akhirnya, bibik saya yang telah bekerja lebih dari 10 tahun telah berhenti dan pulang ke Indon.... 
Telah mengambil keputusan tidak akan mengambil bibik baru ..anak2 ramai yang sudah besar..hanya tinggal anak ke-7 dan anak ke-8 yg masih bersekolah ..namun mengharapkan abang2 yang ada di rumah menjaga mereka...
Alhamdulillah..ini lah bibik saya yang paling lama bekerja bersama saya... sejak tahun 2000 ...Pada mulanya beliau hanya bekerja setahun dengan saya..selepas itu mengambil keputusan pulang ke Indonesia, kerana hendak menjaga kedai runcit yang diberikan kepada beliau apabila ibu saudaranya meninggal dunia. Tetapi setahun kemudian beliau datang lagi...dan akhirnya sehingga lah semalam..hari terakhir ...
sebelum saya mengandungkan Hana' anak bongsu saya...sehinggan lah Hana' kini sudah darjah 3...lamaaaaa sungguh ...
Dari tidak pandai masak, hingga sudah pandai ...setiap kali pulang ke kampung atau apabila ibu saya bertandang ke rumah, beliau tidak segan untuk belajar memasak dan mengambil  tips-tips masakan dari ibu...
Yang paling saya sekeluarga suka adalah kerana beliau amat menjaga agamanya, sentiasa menjaga solat dan mengaji. Setiap kali bulan Ramadhan tidak lupa bersolat Terawikh di surau berdekatan rumah setiap malam... Jika kami khatam Al-Quran sekeluarga...beliau pula khatam Al-Quran dengan membaca bersendirian! dan paling saya suka adalah kerana beliau menjaga aurat beliau terutama setiap kali ada suami dan anak2 bujang ku di rumah...sentiasa memakai tudung menjaga aurat walaupun di dalam rumah...

yang pasti...kami sekeluarga  pasti akan merindui bibik ......MUSTA'ANAH ...

Monday, April 4, 2011

Nak muntah .....

sangat-sangat tidak tahan....nak termuntah !!!!!!
Permainan ***** yang sungguh jijik....
perkara utama, AKIDAH umat Islam yang semakin tercampak ke tepi tidak diambil peduli...
Aduhai.....
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....