Saturday, March 26, 2011

Belajar Sains Komputer tu tulis komputer game ke?

Shift saya menjaga booth adalah pada pagi tadi...sampai di Dewan Agong Tuanku Canselor..tengok dah ada juga ibu bapa dan anak-anak lepasan SPM dah beratur di booth Bhgn Pengambilan Pelajar..nak tahu program apa yang layak mereka pohon dengan kelulusan SPM yang baru mereka perolehi...
Terus menuju ke booth fakulti..belum ada lagi sesiapa yang menunggu meminta penerangan...jadi mengambil kesempaan melihat pemplet Program-program yang ditawarkan oleh fakulti...syarat kelayakan masuk, prospek kerja dan kursus-kursus yang akan di ambil...
selepas pukul 8.30 pagi...orang ramai mula membanjiri dewan....booth fakulti mula dipenuhi calon-calon yang layak memohon, meminta penerangan lanjutan mengenai program yang hendak di pohon..walau sepenatmana pun terpaksa memberi penerangan yang sama berulang-ulang kali...namun hati sangat puas kerana dapat mencurahkan apa sahaja pengetahuan yang perlu mereka ketahui...
Walau apa pun program yang mereka akan pohon, semuanya demi  menuntut dan menambah ilmu di dada.........
Semoga kita akan bertemu di masa akan datang...InsyaAllah....

Thursday, March 24, 2011

Ekspo Selangkah ke UiTM 2011

Alhamdulillah ...Keputusan Peperiksaan SPM telah pun diketahui semalam. Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada yang telah berjaya meraih keputusan yang cemerlang, dan tidak lupa mungkin yang tidak menyerlah hendak mencuba sekali lagi atau meneruskan ke alam pekerjaan. 
Semua calon-calon SPM 2010 telah pun mengetahui keputusan peperiksaan masing-masing.  Sekarang adalah masanya pula calon-calon SPM 2010 ini memikirkan hala tuju masa depan masing-masing pula.... samada mereka hendak meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi lagi, atau ada pula yang hendak menceburi bidang perniagaan dll...
namun majoriti semestinya sedang berkira-kira kursus apa yang hendak dipohon nanti yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Adakah hendak ke IPTA atau IPTS? Dalam negara atau luar negara?
Oleh itu, marilah beramai-ramai memeriahkan lagi Ekspo Selangkah ke UiTM hujung minggu ini...

Ekspo Selangkah ke UiTM 2011

Ekspo ini juga di adakan serentak di seluruh negara di kampus-kampus cawangan UiTM. Sila klik pada image di atas untuk mengetahui tarikh dan tempat Ekspo di negeri masing-masing.

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/current-news/406-ekspo-selangkah-ke-uitm-2011

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2011

Esok pagi merupakan hari yang mendebarkan bagi semua calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010..keputusan SPM akan diumumkan esok!!
Semakan keputusan spm 2011 secara online juga boleh dilakukan . Selain daripada menyemak secara atas-talian, keputusan SPM 2011 juga boleh diperolehi di sekolah masing – masing pada pukul 10 pagi dan melalui sms di talian 15888.
Semoga semua berjaya dapat keputusan yang terbaik.

Usaha telah dilakukan , 
DOa juga telah dipanjatkan,
Semoga harapan ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan
memberikan hasil yang memuaskan
InsyaAllah...

Saturday, March 19, 2011

Takziah

Innalillahi wainnailaihiraajiuun..

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Takziah kepada Prof Kamil @ Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan @ penulis buku TRAVELOG HAJI/TRAVELOG DAKWAH dan isteri Puan Roza @ Hidup itu Indah...Kenangan Cerita Diri @ penulis buku TRAVELOG CINTA ABADI

di atas pemergian ayahanda Puan Roza ke Rahmatullah 2 hari lepas...

Semoga ALlah SWT menempatkan Allahyarham Pakcik Roslan bersama sama orang yang tinggi darjatnya disisi Allah SWT...bersama-sama orang yang soleh dan solehah ...semuga dapat bersama di Jannatul Firdaus ... InsyaAllah...

Sewaktu menghadiri ceramah Prof Kamil dan Puan Roza tahun lepas 
di Shah Alam anjuran Wanita JIM Selangor...

Thursday, March 17, 2011

ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR...
Jika Allah berkehendak, apa sahaja pasti berlaku..kun fayakun
Itu yang terkeluar dari mulut ku ketika melihat kedua-dua gambar berikut....

Gambar pertama, baru sahaja berlaku pada 11 Mac 2011 di Jepun...
manakala gambar 2, sewaktu kejadian tsunami di Acheh pada tahun 26 Dis 2004.

Gambar 1: di Jepun , 2011
 (sumber: National Geography Daily News: 15th March 2011)
Gambar 2: di Acheh, 2004
(sumber: http://djunsaphoto.blogspot.com/2009/07/artefak-kapal-tsunami-di-desa-lampulo.html)

Apakah pengajaran yang patut kita ambil dari kedua-dua kejadian?

Night Out together

 Weekend lepas Ammar belanja kami makan (dapat gaji kerja kat stesyen minyak Petronas)
Pusing-pusing kat Shah Alam (actually di Seksyen 7 saja..) jumpalah restoran ni..okaylah juga

 8 - 2...Kak Long dan Zubair tak ada...
Zubair ada camping di sekolah, Kak Long masih di Jordan.
Semua dah lapar, sampai aje makanan terus makan...
Doa dah baca awal-awal lagi...
 
 Ni Hana punya lauk...habis ke tu Hana?

 Hurmm...ok lah juga..boleh tahan lauk-pauknya...
 Ada kugiran juga utk menghibur pengunjung restoran...tapi masa ni dia baru testing testing aje..
nasib baik kami datang awal....selesai makan kami terus cepat-cepat pulang..
kalau tidak saya sure tak tahan telinga ... sebab saya tak suka dengar lagu rock rock ni..
rupa-rupanya restoran ni kepunyaan salah seorang ahli kumpulan AMUK ...Bandi
Nama restoran ni pun adalah Bun D Cafe...patutlah banyak gambar2 kumpulan AMUK kat atas dinding tu..

Tuesday, March 15, 2011

Angin Ahmar - Siri 2

sambungan dari entri lepas: 

Perkembangan seterusnya dikisahkan bahawa pada suatu hari cucu Rasulullah SAW ditimpa satu penyakit yang menyebabkan darah keluar dari rongganya.  Kemudian Malaikat Jibril turun dan memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Saidina Hasan telah terkena penyakit angin ahmar.  Lalu baginda Rasulullah SAW menanyakan kepadanya adakah ubat penawarnya.  Jibril pun menjawab bahawa angin ahmar itu ada ubat penawarnya dan tidak lama kemudian iapun menghilang.

Sebentar kemudian Jibril datang kembali dengan memberitahukan kepada Baginda SAW bahawa Allah SWT telahpun mengurniakan doa yang sangat mustajab.  Bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali dalam seumur hidup. Seterusnya Nabi Muhammad SAW membaca satu doa yang dibawa oleh Jibril itu dan dibacakan kepada Hasan r.a. dan tidak berapa lama sembuhlah beliau dari penyakit di atas. Dari peristiwa tersebut Baginda SAW mengajarkan do'a itu kepada para sahabat dan mengarahkan agar mereka yang ada menyampaikan do'a itu kepada sahabat yang lain yang tidak hadir pada kesempatan itu.  Perkembangan seterusnya do'a tersebut diajarkan dari generasi ke geenrasi berikutnya sehinggalah sampai kepada zaman kita sekaran  .

Orang yang terkena penyakit angin ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan bacaan do'a ini seberapa yang kerap terutama setelah selesai solat fardhu. Bagaimanapun syarat utama bagi orang yang mengamalkan do'a ini adalah keyakinan hati yang sangat tinggi terhadap kemustajaban do'a yang dibacanya bahawa Allah SWT tiada menurunkan sebarang penyakit melainkan Dia SWT akan memberikan ubat penawarnya pula

Saturday, March 12, 2011

Angin Ahmar - Siri 1

Tiba-tiba dapat tahu, pembantu rumah sahabatku dah tak boleh buat kerja rumah lagi..sebabnya? kerana semasa dia sedang membuat kerja, tiba-tiba tangan sebelah kanannya tak berasa apa-apa...rasa ringan dan melayang aje...terus dia dah tak rasa apa-apa...
Selepas berjumpa doktor dan buat pemeriksaan, tekanan darah tinggi dia sangat tinggi sehingga mencecah 200...mmg sangat tinggi! Erti kata lain, beliau kena 'mild stroke'!
Lalu semasa kami mengadakan majlis usrah semalam, kami sama-sama turut membacakan doa penyembuh penyakit Angin Ahmar...namun saya baru mengetahui sejarah angin ahmar ini...

(rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008)
Sesungguhnya penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarah tersendiri. Ia telah ada sejak zaman baginda Nabi Sulaiman a.s. Awal kisahnya adalah ketika baginda Nabi SUlaiman a.s. mengumpulkan segenap rakyatnya dari segala jenis bermula dari bangsa jin, manusia, haiwan dan makhluk halus yang lain maka secara tanpa disedari beliau berasa bangga atau 'ujub diri'.  Dalam lintasan fikiran dan hati kecilnya tersirat satu kenyataan.  "Siapakah makhluk Allah SWT yang enggan tunduk dan taat kepadanya?"
Seketika itu juga menjelmalah satu makhluk Alah SWT seperti lembaga manusia, yang besar, gagah, hebat dan garang. Nabi Sulaiman dengan serta-merta terkejut dan menggeletar, lalu bertanya kepada lembaga tersebut tentang siapa dia dan untuk apa ia datang. Lembaga itupun memperkenalkan dirinya bahawa namanya adalah al-Raihul al-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu suatu penyakit yang amat merbahaya dan susah untuk diubati. Katanya juga ia diberi satu kuasa oleh Allah SWT untuk mendatangkan kesakitan kepada anak-cucu Nabi Adam a.s. termasuklah mampu merasuk ke dalam tubuhnya melalui urat saraf dan aliran darah. Sekiranya ia bersarang di dalam otak ia juga boleh menyebabkan hilang akal dan gila.
Tanpa membuang waktu Nabi Sulaiman a.s. segera menitahkan kepada seluruh panglimanya untuk membunuh dan membinasakan lembaga tersebut. Malangnya lembaga tersebut segera menghilang sambil berkata bahawa tiada sesiapa yang akan dapat membunuh dan membinasakannya dan bahawa Allah SWT telah memberikannya kuasa kepada dirinya dan memanjangan umurnya sehingga batas waktu yang telah ditetapkan kelak. Dengan demikian Angin Ahmar tetap masih ada sampai sekarang.

...... (bersambung ke Siri 2)

Rujukan: Abu Mazaya Al-Hafiz, 2008. Doa Penyembuh Penyakit Angin Ahmar. Al-Hidayah, pp. 14-17.

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia 2011

Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia 2011
di raikan setiap tahun pada 8hb Mac
Kepada semua wanita yang teristimewa dalam hidup saya... anda kalian terpahat kejap dalam hatiku..
Semoga Allah MemBerkati semua..
Ameen.

Sunday, March 6, 2011

Masa berlalu ....

Sebenarnya tidak tahu hendak update apa...seperti tidak keluar sebarang idea menulis... asalnya pelbagai perkara hendak diupdate, namun begitu sebaik sahaja jariku menekan-nekan papan kekunci, fikiran terus blank... 
tetapi suatu perkara yang saya sangat hendak berkongsi dengan rakan sekelian...
mengapa saya rasa masa berlalu begitu pantas? atau masa itu tetap sama, ia adalah titik titik masa yang tidak bergerak...yang bergerak adalah kita..makhluk ALLAH SWT ...

Mengapa saya katakan begitu? 


Kerana saya masih terbayang sambutan tahun baru 2011, 
perasaan saya seperti semalam sahaja...
tetapi apabila lihat kalendar...sekarang sudah bulan March 2011....
sudah bulan 3????

Thursday, March 3, 2011

Simpul Biawak

Pernahkah anda mendengar istilah ini: Simpul Biawak? Semasa saya kecil pernah mendengar ibu berkata 'Simpul Biawak'...waktu itu saya tidak pasti apa yang ibu perkatakan...apabila bertanya kepada ibu, ibu pun memberi penerangan. Namun dalam hati tertanya-tanya, "Apa kena-mengena 'biawak' dengan sakit itu?" Adakah keadaan biawak 'tersimpul' sama seperti keadaan urat kaki kita yang seakan-akan tersimpul semasa mengalami sakit tersebut??? 

Sepanjang saya mengandung sebanyak 9 kali, tak pernah sekali pun saya kena 'SImpul Biawak' ini... selalunya mereka mengatakan kebarangkalian orang mengandung hendak mendapat sakit ini adalah tinggi... tetapi malam semalam semasa sedang tidur, tiba-tiba saya merasa sangat kejang di betis saya, memang terasa seperti urat kaki tersimpul...sakitnya bukan kepalang...saya tiba-tiba terjerit mengadoi kesakitan... Alhamdulillah cik abang ada kat sebelah...terkejut dia terus bangun dan buat apa yang sepatutnya, tinggikan kaki dan tegakkan tapak kaki dan tolak ke arah badan kita...sangat-sangat menolong..sekejap saya dah baik semula...
Masih mencari bagaimana orang-orang tua dahulu mengaitkan 'biawak' dengan sakit ini.... ada sesiapa yang tahu?

Wednesday, March 2, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Tuesday, March 1, 2011

Semoga Tabah dan Berjaya

ALhamdulillah, akhirnya semalam sehari suntuk kami meluangkan masa untuk menghantar anak ke-5 untuk urusan pendaftaran di SBPI Rawang @ SEPINTAR. itulah nama singkatan sepertimana yang diberitahu oleh Pengetua.
Dia kelihatan gembira kerana ada seorang kawan dari sekolah yang sama juga berjaya masuk ke situ. Setelah selesai pendaftaran bersama guru dan juga keperluan asrama dll di koperasi sekolah, kami berkumpul semula di bilik seminar untuk mendengar taklimat dari Puan Pengetua. Taklimat agak lewat sedikit kerana pihak sekolah menerima kedatangan rombongan dari Pihak Kementerian Pendidikan pada masa yang sama.
Selesai semuanya, kami bertolak balik lebih kurang jam 3.30ptg.
Semoga Wafa' akan terus tabah menempuhi alam persekolahan di asrama dan meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan lain-lain
Gembira dikatil barunya di dorm baru...tilam pun masih baru, belum bukak lagi plastiknya..
GOOD LUCK WAFA'....

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....