Friday, December 2, 2011

Kraf tangan

Cuti sekolah sudah 2 minggu berlalu... apa yang anak-anak lakukan sepanjang cuti sekolah ini ... ? masing-masing dengan aktiviti masing-masing... Wafa akan naik ke Tingkatan 5 tahun hadapan..oleh itu kena bersedia dari sekarang... terutama subjek yang "kurang" faham ..seperti Fizik dan Matematik Tambahan ... kena minta tolong Abg Zaid ajar... Ammar sudah habis cuti semester selama 1 bulan..Ahad ini akan kembali ke USIM semula... Mu'adz pula tiada cuti..biasa lah pelajar tahfiz tidak dibenarkan bercuti lama..nanti takut lupa kembali hafazan mereka... perlu selalu mengulang bacaan Al-Quran...Zubair pula akan masuk Maahd Tahfiz tahun hadapan, jadi saya rasa tidak perlu menghantar beliau ke mana-mana program masa cuti ini... kerana apabila masuk sahaja tahfiz, beliau akan selalu sibuk... saya rasa saya perlu beri beliau peluang berehat dahulu... 

Hana anak bungsu saya pula..sekarang berada di kampung ..sudah seminggu mengikut Mak Long nya balik minggu lepas... tetapi minggu pertama cuti, beliau sudah memulakan aktiviti yang hendak beliau buat semasa cuti iaitu kraf-tangan ... beliau berminat untuk membuat kraf tangan menggunakan kain felt dan butang... nak lihat apa yang Hana sudah buat? 
Key-Chain dan purse dari kain felt dan dihiasi dengan butang-butang comel dan cantik!
Cantik tak? ok lah kan bagi seorang kanak-kanak berumur 9 tahun!
Ada sesiapa nak tempah key-chain dari Hana?

2 comments:

  1. Salam Kak Azzah,

    Comelnyer... pandai Hana. Dari felt boleh buat macam2. Purse, hair clips, hp pouch n keychain mcm2 bentuk.

    Saye boleh buat, tapi takde kesabaran lak nak menjahit halus2 tu. Baik buat kad aje, gunting n tampal.

    :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....