Tuesday, March 1, 2011

Semoga Tabah dan Berjaya

ALhamdulillah, akhirnya semalam sehari suntuk kami meluangkan masa untuk menghantar anak ke-5 untuk urusan pendaftaran di SBPI Rawang @ SEPINTAR. itulah nama singkatan sepertimana yang diberitahu oleh Pengetua.
Dia kelihatan gembira kerana ada seorang kawan dari sekolah yang sama juga berjaya masuk ke situ. Setelah selesai pendaftaran bersama guru dan juga keperluan asrama dll di koperasi sekolah, kami berkumpul semula di bilik seminar untuk mendengar taklimat dari Puan Pengetua. Taklimat agak lewat sedikit kerana pihak sekolah menerima kedatangan rombongan dari Pihak Kementerian Pendidikan pada masa yang sama.
Selesai semuanya, kami bertolak balik lebih kurang jam 3.30ptg.
Semoga Wafa' akan terus tabah menempuhi alam persekolahan di asrama dan meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan lain-lain
Gembira dikatil barunya di dorm baru...tilam pun masih baru, belum bukak lagi plastiknya..
GOOD LUCK WAFA'....

3 comments:

  1. Salam K Azzah.. Pasti gembira bila anak berjaya menunjukkan pencapaian cemerlang dlm pelajaran,, tahniah buat wafa..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete
  2. As'Salam Azzah... semoga wafa' akan terus berjaya dalam bidang akademik dan berjaya dlm mencapai cita2nya...

    ReplyDelete
  3. Salam, sama sekolah dengan huzaifah semasa dia form 4 dan form 5.. semoga wafa' cemerlang dunia akhirat, kejap je dah besar.. pantas masa berlalu =D

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....