Thursday, December 30, 2010

Alhamdulillah dah sihat!

Alhamdulillah, kereta saya yang masuk "hospital" tempohari telah "sihat".
Saya ada bercerita mengenai bagaimana kereta saya telah mendapat "ciuman" di jalanraya di sini.
 Memancar-mancar kilat nya berbaju baru! 
Sehingga nampak bayangan pokok dan langit!
 Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat memulakan semester baru dengan kereta "baru" yang tidak baru! 

Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa
kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.”

Piala AFF Suzuki 2010

Sana sini bola... 
semua orang telah, sedang dan akan bercakap mengenai pertandingan bola malam semalam di antara pasukan harimau Malaya dengan Garuda...

punyai anak bujang seramai 5 orang di rumah bersama abi... memang perlu menonton bola sama ..agar saya faham dan tahu apa yang mereka bualkan tentang bola...

rasanya rata-rata semua orang sudah maklum keputusan perlawan semalam, dan PM pun dah umumkan Jumaat ini cuti ... (tapi bagaimana pula dengan orang Terengganu dan Kelantan yang memang sudah sedia maklum memang cuti pada hari Jumaat??? Adakah mereka akan menuntut agar Ahad juga cuti bagi mereka???

tapi malam semalam Kak Long ajak pergi Giant shopping barang-barang kering yang perlu dibawa ke Jordan semula... flight kak long hari Sabtu ini...
sampai sahaja di Giant ... Alhamdulillah ...memang sudah ku jangkakan... pasaraya Giant lengang sahaja... lazimnya pasaraya ini mesti sentiasa penuh dengan orang ramai yang shopping barang2 keperluan dapur...
apalagi....ni mesti semua bapak-bapak sedang duduk mengadap TV dan juga memenuhi kedai-kedai mamak di seluruh negara...! 
kalau ada ibu-ibu yang ajak shopping waktu itu, mesti bapak-bapak kata .... 
"yang, kita shopping malam esok aja lah ya..."

 
TAHNIAH buat pasukan Malaysia..!

 Diharap, dalam keseronokan meraikan kejayaan ini, jangan ditinggal solat Maghrib dan Isya'... sepatutnya kesyukuran patut dipanjatkan ke hadrat Allah SWT .....

Wednesday, December 29, 2010

Year`End Sale.....YES! Books!

Alhamdulillah...sekali lagi kami shopping buku-buku.....
tak ada beg tangan , kasut or baju... tapi buku.....
Jom.... saat ini semua anak-anak sudah tenggelam dalam dunia buku masing-masing....

Monday, December 27, 2010

Naungan Allah SWT

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0376.
 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah. 

1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.)
2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.
3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid.
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah
5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah."
6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.
7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."

Sunday, December 26, 2010

500 BLOG!


En. Ben Ashaari telah memulakan satu lagi segmen CARI HARTA KARUN! 
Opppsss.. silap...bukan harta karun, tapi pencarian blog! ...  

telah bermula tepat jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/12/2010 ...

  Siapa saya? Hanyalah seorang hamba Allah yang sedang mengembara di alam fana' ini untuk mencari mardhatillah....
Dah lama ada blog ini sejak 2007! Wow...lama tu... tapi selalu tak aktif disebabkan kesibukan tugas-tugas hakiki... baru-baru ni sahaja aktif kembali ...(mungkin tertarik oleh semangat berblogging yang ditunjukkan oleh En Ben ..baru setahun jagung tapi dah ramai peminat followers...)
 Asalnya tujuan saya membuka dan menulis di blog hanyalah untuk menceritakan pengalaman yang saya perolehi ketika mengembara ke bumi para anbiya', iaitu ke Jordan dan Syria ...dan juga pengalaman di Kota Mekah dan Madinah sewakt menunaikan rukun Islam ke-5...terasa dekat dihati kembali mengingati sirah Rasulullah, para anbiya' dan para sahabah dahulu berjuang menegakkan agama Islam dimuka bumi ini....lalu menulis diblog untuk berkongsi pengalaman dengan sahabat dan rakan-rakan sepejabat... 
Tidak disangka akhirnya dengan berblogging juga telah menemukan saya dengan lebih ramai lagi kawan-kawan "alam maya" ... ada di antaranya juga telah berjumpa di alam realiti...
 Diharap saya akan mendapat menafaat dan begitu juga sahabat alam maya sekelian...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nurazzah8
 

Saturday, December 25, 2010

My Alma Mater

Setinggi -tinggi tahniah diucapkan kepada calon-calon PMR 2010 dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru ...
Keputusan PMR 2010 menyaksikan 129 dari 143 orang pelajar  yang menduduki peperiksaan telah mendapat straight A's, manakala 3 subjek, iaitu Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup dan Matematik pula mencatat keputusan terbaik dengan semua pelajar mendapat A!

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010 - TAHNIAH!

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah SWT di atas kejayaan anak ke-5, Wafa' dalam keputusan PMR 2010 yang baru diumumkan pagi tadi. 
Walaupun beliau agak sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka, namun boleh dikatakan masih baik. 
Wafa' mengambil 9 subjek kerana beliau berada di kelas KAA (Kelas Aliran Agama), tambahan 1 subjek Bahasa Arab. Itulah satu-satunya subjek beliau dapat B.  
Wbgmnpun saya bersyukur kerana keputusan yang lain masih cemerlang.  Setinggi-tinggi TAHNIAH ummi ucapkan buat wafa' .... kerana Wafa' sudah buktikan tanpa tuisyen pun Wafa' boleh mencapai keputusan yang cemerlang...
 Gurubesar sedang memulakan sedikit taklimat mengenai keputusan PMR 2010
 Pelajar-pelajar cemerlang tersenyum gembira
 Alhamdulillah syukur di atas kejayaan masing-masing...
 Sahabat sekelas yang mendapat keputusan cemerlang
 Kumbang yang menjadi rebutan! satu-satunya pelajar lelaki dari kelas KAA 3 Imtiyaz yang mendapat 9A
 Bersama Gurubesar sekolah

Keputusan PMR 2010

TINGGAL BEBERAPA JAM SAHAJA LAGI....

SIAPA YANG BELUM TIDUR LAGI TU?
SILA ANGKAT KEYBOARD...

DUP DAP DUP DAP DUP DAP...

Apa-apa pun, saya ingin mengambil kesempatan in iuntuk mengucapkan salamat maju jaya dalam kehidupan anda sebagai pelajar di masa akan datang... 
percaya lah...PMR ini hanyalah "warm-up" sahaja dalam kehidupan sebenar anda di dunia luar sana...
tiada apa-apa yang memudaratkan walau apa pun keputusan yang anda perolehi..
namun begitu PMR juga asas kepada yang seterusnya...
yang Paling Penting...Jangan lupa sentiasa berdoa kepada ALlah SWT...

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan PMR 2010

Salam, lumrah kehidupan, kita tidak lepas diuji dan menguji.  Setiap orang yang bergelar pelajar pasti melalui proses pengujian di atas pemahaman mereka terhadap segala ilmu yang telah dipelajari dari guru mereka.  Samada ilmu yang disampaikan itu dapat dicerna dan difahami oleh pelajar akan dapat diketahui dari keputusan peperiksaan mereka.

Esok, Khamis, 23 Disember 2010. adalah tarikh keramat bagi calon-calon pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 2010...
Mesti ramai di antara blogger juga yang terdiri dari pelajar tingkatan 3, sedang berdebar-debar tahap maksima (pinjam kata-kata anak saya) menunggu keputusan mereka diumumkan esok...
Sesiapa antara blogger tu silalah tinggalkan jejak anda di sini...

hurm...sedang countdown ke tu...? lagi berapa jam ek? 
Mesti malam ni tak tidur lena kan....

******************************
Pengalaman saya pula semasa SRP (zaman saya dahulu di sebut SRP - Sijil Rendah Pelajaran) bukan PMR.

Hari keputusan diumumkan, pagi-pagi lagi saya dah bersiap.  Debaran di hati ini rasanya macam bunyi drum.... semakin kuat dan laju... saya pergi ke sekolah saya (sekolah kampung aje nun di selatan tanahair) bersama-sama kakak sepupu.  
Sampai sahaja di sekolah, sudah kelihatan ramai pelajar-pelajar lain menunggu di hadapan papan kenyataan di luar bilik guru...semakin tidak tentu arah hati ini... namun secara zahirnya saya cuba kelihatan tenang.
Tidak saya sedari tiba-tiba diri ini sudah berada di hadpan papan kenyataan itu...satu-persatu nama yang tertera di baca.... sampai sahaja kepada senarai nama yang bermula dengan huruf 'N' semakin terasa debaran ini...
dah akhirnya ....kubaca namaku sendiri di dalam hati...dan anak mata ini terus melorot ke arah keputusan yang tertera di sebelah nama ku.....
Ya Allah.... betul ke itu keputusan ku? berkali-kali kubaca... akhirnya menyuruh kakak sepupu ku menyemak semula....dan dia mengangguk memberi isyarat kepadaku..

Ya Allah...Syukur keHadrat Mu Ya Allah...
di atas rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku...
diri ini tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana ingin berkongsi kegembiraanku itu...(zaman itu manalah ada handphone nak telefon emak... nak guna telefon awam pula sudah ramai yang beratur menunggu giliran..)

Ada cerita di sebalik kejayaan saya itu.  Alhamdulillah sememangnya itu semua sudah tertulis dan takdir, tetapi perlu juga diiringi dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus ..

Sebenarnya sejak awal tahun semasa tingkatan 3 saya berazam hendak mencapai keputusan yang cemerlang dalam SRP.  Kerana apa?

1.  Saya hendak masuk sekolah berasrama penuh. 
Saya terlepas peluang semasa tingkatan 1 kerana mungkin tiada rezeki saya, walaupun keputusan penilaian darjah 5 saya sangat baik. (zaman saya tiada UPSR, hanya ada Ujian Penilaian darjah 5). Oleh itu saya sangat berharap dapat masuk ketika tingkatan 4.

2. Saya hendak membuktikan kepada keluarga dan sedara-mara saya, bahawa BUDAK KAMPUNG pun boleh dapat keputusan cemerlang.(Sebenarnya saya berazam untuk mencapai kelutusan yang lebih baik dari sepupu sebelah rumah saya yang bersekolah di MCKK!!! Masa itu memang terasa sangat kalau sedara mara cakap.."si polan anak si polan itu mesti dapat bagus sebab sekolah asrama , sekolah MCKK...ialah..sekolah paling top di Malaya!) 

The rest is history..................................

Tuesday, December 21, 2010

Tangan yang Menghayun Buaian Itu .....

Semalam sejak pagi sudah membawa membawa ibuku ke PPUM untuk rawatan susulan, mengambil alat bantuan pendengaran yang telah ditempah di situ. Kiranya sudah kali ke-4 berulang-alik ke PPUM membawa ibu mendapatkan rawatan telinganya.  

Ibu menghadapi masalah pendengaran sejak beberapa tahun lalu, mungkin kesan daripada penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ibu sejak sekian lama.  Semakin hari semakin teruk masalah pendengaran ibu, sehinggakan kadangkala kami terpaksa meninggikan suara untuk bercakap dengan ibu, kerana ibu tidak dengar.  Mungkin jika orang yang tidak tahu masalah ini mendengar cara kami bercakap dengan ibu, akan mengatakan kami ini seperti tidak beradap, bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibu kami. Masalahnya jika kami bercakap seperti biasa, memang ibu tidak akan dengar, dan kami terpaksa mengulang beberapa kali. 

Lalu saya mengambil keputusan membawa ibu ke PPUM untuk mendapatkan rawatan, ia juga saranan dari seorang saudara yang pernah mendapatkan rawatan telinga di situ juga.
Kali pertama berjumpa doktor pakar, hanya diuji sedikit untuk mengetahui masalah sebenar.  Doktor arahkan untuk datang kali kedua untuk membuat ujian pendengaran.  Ujian ini untuk menentukan tahap masalah dan pendengaran ibu.  Selepas itu, datang sekali lagi untuk menguji apakah jenis alat bantuan pendengaran yang sesuai dengan ibu.   Alhamdulillah abah adalah seorang pesara kerajaan, oleh itu semua rawatan dan alat bantu pendengaran itu semuanya dibayar oleh JPA (setelah mengisi pelbagai jenis borang..) 
Alat sekecil itu tapi harganya di antara RM5K - 7K.

 Jenis-jenis alat bantu dengar 
(gambar ihsan internet http://www.mayoclinic.com/health/medical/IM02886)

Namun apa yang hendak saya ceritakan sebenarnya di sini ialah hatiku sangat-sangat tersentuh dan hampir mengalirkan air mata tatkala sesi pengujian alat tersebut semalam.  Setelah alat itu yang siap ditempah ada di PPUM, Audiologis tersebut menalipon saya untuk datang membawa ibu untuk diajar cara-cara pemakaian dan penjagaan alat bantu dengar tersebut.  Semasa beliau mengarahkan ibu untuk cuba memakai dan menanggalkan alat tersebut sendiri, barulah kelihatan bahawa di hujung jari-jari ibu sudah tidak dapat memegang dan merasa lagi dengan baik, ibarat kalau kita rasa kebas dihujung jari, pegang apapun tidak rasa apa-apa.  Cuba bayangkan kalau hujung jari anda kebas dan anda cuba hendak memegang sebatang jarum.... apa yang pasti sudah tentu anda tidak dapat memegang jarum tersebut, dan jarum itu sudah pasti jatuh...

Ibu kelihatan terkial-kial hendak membuka dan memasang alat bantu dengar tersebut .  
Saya menahan air mata dari tumpah di hadapan audiologis tersebut!  

Ya Allah....tangan itu suatu masa dahulu menjaga ku, mendodoikan ku dalam buaian, memasak untuk kami sekeluarga..mengambil upah menjahit baju demi membantu abah mencari sesuap nasi untuk kami adik-beradik...ibu yang tidak pernah menolak jika aku meminta hendak makan masakan kegemaranku...dan  dan dan......

(saya tidak dapat meneruskan penulisan ini kerana air mata sudah mengalir tanpa henti...)

Monday, December 20, 2010

Hutan Lipur Jeram Toi

Hari minggu yang sangat bermakna...bersama-sama 8 orang anakku.








Sunday, December 19, 2010

Bersyukur

Didiklah jiwa kita agar selalu bersyukur dengan sifat Qanaah.

Apakah sifat qanaah? 
QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. 
Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu :
kemuliaan pada ketaatan, 
kehinaan pada maksiat, 
kehebatan pada ibadat malam, 
hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong 
dan 
kekayaan pada sifat qanaah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Saturday, December 18, 2010

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

Friday, December 17, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Cuti-cuti Malaysia...

Sudah beberapa minggu cuti sekolah berlalu...
Selain ber"cuti-cuti" - yakni bermalas-malasan...bermain-main....tidur..!
Apa lagi sesuatu perkara yang berfaedah yang anda lakukan...???

Menghadiri kursus-kursus/bengkel musim cuti sekolah....
 Belajar memasak ....menjahit ...kraf tangan....
jom....cuti-cuti Malaysia...!
Ramai yang sudah pergi berjalan-jalan....
ke Langkawi, ke Melaka, ke Pulau Pangkor.. dan lain-lain destinasi yang menarik di Malaysia...

satu lagi destinasi menarik... anda pernah ke Tanjung Piai?
Tahukah anda...bahawa Tanjung Piai terletak di tempat paling selatan di Benua Asia?
Hurm...sudah lama belajar Geografi ya? dah tak ingat peta Asia? 
hurm..sekarang ni dah senang...tak payah lagi nak pergi library cari buku peta...
semua tengah duduk mengdap laptop, PC kan? 
cari aje lah Google Map....
Untuk yang nature lovers...sungguh berbaloi ke sini..

Saya pernah tulis satu entri berkenaan Tanjung Piai di sini.. 
tetapi itu dah lama... pada tahun 2005... 5 tahun lepas... InsyaAllah nanti balik kampung boleh pergi lagi...dekat aja dengan kampung saya tu...
(Ini masa 2005...sekarang temat ni sudah banyak perubahan dan penambahan )

Thursday, December 16, 2010

SPM 2010 selesai ! Yahoooo.......

Siapa antara rakan-rakan blogger ni pelajar Tingkatan 5? atau yang ada anak Tingkatan 5? Angkat keyboard cepat!!!

Petang tadi anak ke-3 saya sudah selamat sampai di rumah dari asrama selepas selesai menduduki peperiksaan SPM...
Penuh bonet kereta dengan barang-barang yang di bawa balik.... mana tidaknya... kiranya 7 tahun anak saya bersekolah di situ. Mungkin anda hairan? 7 tahun? 
Anak ke-3 saya masuk Tahfiz 2 tahun + 5 tahun sekolah menengah (akademik) maka jadilah 7 tahun... memang dia kira senior 2 tahun dari rakan2 yang lain... 
 tetapi ALhamdulillah dia juga sudah Al-Hafiz...

Mulai saat ini, bercuti lah dia selama beberapa bulan...
perlu perancangan rapi... hendak buat apa semasa cuti ni? 
Takkan nak duduk makan baring tidur main aje kan...

Mungkin dia nak cari kerja sementara .... seperti anak2 saya yang lain , mereka pernah bekerja sebagai cashier di stesyen minyak Petronas berhampiran rumah saya. Ada yang pernah kerja di restoran ...boleh lah juga buat tambah duit poket mereka sendiri...
di samping simpan duit nak bayar yuran belajar memandu...

bukannya murah nak belajar lesen memandu ni... Rata-rata saya dah survey di sekitar kawasan saya ni yurannya di antara RM700 - RM 900!!
Huh! Mahal tu....itu untuk seorang sahaja...
bayangkan sudah 4 orang anak saya ada lesen memandu! (anda kan semua pandai matematik..darab lah sendiri...)
saya ingat dulu saya belajar dan ambil lesen memandu di USA hanya perlu bayar tak sampai pun USD20 (tukar matawang Malaysia pun tak sampai RM100!)
 tapi bila cakap dengan anak-anak...

mesti dia orang kata,

"Ummi...itu duluuuuuu....... "

Apa-apa pun...saya sangat gembira sekarang, bersyukur ke Hadrat Allah SWT..
kerana rumah saya dari subuh hingga larut malam sentiasa riuh...!!!

Wednesday, December 15, 2010

saman

Sudah setahun saya berdaftar dengan myeg.com.my

Kenapa? 
Waktu itu saya sahaja hendak melihat apakah servis yang ditawarkan oleh  My E.G. Services Berhad.
Banyak servis yang ditawarkan untuk anda gunakan...terutama mereka yang tidak ada masa hendak beratur di kaunter untuk memperbaharui insuran kenderaan, cukai jalan, lesen memandu dsbnya.. sangat mudah...hanya klik klik klik... dan lesen memandu anda sudah diperbaharui...hanya perlu tunggu beberapa hari untuk mendapatkan lesen yang baharu dan slip pembayaran.

Tetapi untuk memperbaharui cukai jalan, anda perlu "bersih" dari segala saman!!!

Apabila saya check, terdapat 2 saman yang saya terima...itu pun untuk tahun 2007 dan 2008.
satu di Subang Jaya dan satu lagi di Batu Pahat (yang ini masa balik kampung lah...)
tetapi kedua-dua saman itu bukan saya yang pandu, samada anak saya atau suami saya...

Ambil kesempatan SEKARANG, kerana PDRM menawarkan potongan 50% ke atas saman tersebut...

Hurm...hari ini melayang RM300 untuk kedua-dua saman tersebut...
(kalau tak kena bayar RM600)

CEPAT CEPAT 
berdaftar dengan myeg.com.my 
check saman anda
selesaikan segera
dan anda boleh perbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan selamat...

klik sini myeg.com.my

Tuesday, December 14, 2010

Pertemuan Semula...

Awal 80an, 4 orang anak dara sunti dari 4 pelusuk kampung, yang akan kelihatan tersangat kagum  apabila berkunjung ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, apatah lagi menaiki kapalterbang. 

Buat pertama kali mereka bertemu apabila diumumkan akan dihantar oleh JPA ke suatu bandar di USA untuk melanjutkan pelajaran. Kami berempat, dipanggil dengan nama panggilan Along, Angah, Uda dan Achik. MasyaAllah... Bukan direka, tetapi itulah panggilan kami semasa di kampung. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik!

Empat tahun berlalu, setelah tamat pada peringkat degree, 2 orang daripada kami balik bercuti ke Malaysia sebelum meneruskan pengajian pada peringkat Masters. Manakala saya tidak balik, terus mendaftar ke universiti di mana saya akan melanjutkan pengajian. 

Namun rezeki Allah tiada siapa menduga, kedua-dua rakan saya tidak dapat kembali ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana waktu itu Malaysia mengalami inflasi, ekonomi Malaysia jatuh merudum....lalu mereka dinasihatkan oleh JPA agar sambung di Malaysia atau terus mencari kerja.  Namun begitu, di saat ekonomi sebegitu, mencari kerja ibarat mencari sebatang jarum dalam longgokan jerami padi... kebanyakan organisasi hanya berminat hendak mengurangkan atau membuang pekerja, bukannya hendak mencari pekerja.
Tahun demi tahun berlalu, pengajian dan kehidupan diteruskan...setelah tamat pengajian..saya pulang ke tanah air... lalu bermulalah pencarian kedua-dua orang sahabat baik saya ini... 1 tahun.. 2 tahun...... 5 tahun...... 10 tahun ................20 tahun.....
saya berjaya menjejaki salah seorang sahaja, iaitu Along... namun Achik...sehingga 2010.... iaitu 23 tahun selepas berpisah, masih tidak berjumpa....
Kesibukan dengan kerjaya dan keluarga akhirnya membuat saya tidak lagi meneruskan usaha untuk mencari beliau...
Namun disuatu sudut di hati kecil saya, masih mengharapkan sesuatu...

Alhamdulillah, Akhirnya............

beberapa hari lepas, sewaktu saya login ke laman sosial "muka buku" , tertera satu notis terdapat seseorang hendak "add" saya sebagai kawan....
sekali pandang nama tersebut, saya seperti biasa... 
tetapi kali kedua saya baca..... Ya Allah............ betulkah nama itu yang saya baca????
Nama seseorang yang sudah lama saya cari semenjak saya join "muka buku" ...

Achik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Amat teruja sehingga saya rasa tangan saya menggeletar sewaktu menerima dia sebagai "kawan" di "muka buku".....
semakin teruja apabila dia mengatakan dia berada di rumah kakak beliau di KL! 
terus temujanji dibuat malam itu juga kami bertemu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Syukur Alhamdulillah...

Monday, December 13, 2010

Marah

Pernahkah anda marah? Bohonglah jika anda katakan anda tidak pernah marah... Sedikit sebanyak setiap orang dari kita sudah semestinya pernah marah walaupun hanya sekali seumur hidupnya.

Bagaimana anda mengawal perasaan marah anda?

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1715.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw. bersabda: "Orang kuat itu bukanlah orang yang menang berkelahi, tetapi orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya di waktu marah."
 (sumber: webhadis UiTM)

Oleh itu elakkan diri kita dari menulis di blog atau di mana sahaja tatkala kita sedang marah, kecewa.. 
kerana apa yang bakal kita tulis nanti kemungkinan besar akan menyinggung perasaan pembaca blog/fb walaupun kita tidak bermaksud sedemikian...
kerana apa yang kita tulis adalah berdasarkan emosi, bukannya rasional. 

Jika sedang marah, cepat-cepat lah kita berwudhuk.. agar perasaan amarah dalam diri kita dapat disejukkan...

Sunday, December 12, 2010

Bunga Telur?

Hujung tahun, musim cuti sekolah, musim orang kahwin ...setiap hujung minggu ada jemputan kahwin..
Alhamdulillah, kebanyakannya adalah kawan-kawan semasa belajar dahulu, atau kawan anak-anak belajar... bermakna.... kita juga kena bersedia... mana tahu tiba-tiba salah seorang anak akan berkata, " Ummi..abi...saya nak kahwin!" 
Sudah bersediakan kami? 

.................

Malam semalam kami menghadiri kenduri kahwin anak kawan juga di Shah Alam..
besar-besaran juga walaupun anak lelaki...(hurm..selalu orang buat sebelah pihak lelaki tidak lah sehebat kenduri anak perempuan....)
tetapi yang saya tertarik adalah "bunga telur" yang diberi...
sebenarnya bukan telur..tetapi dapat coklat..!!! dan saya rasa lebih praktikal, daripada membeli bunga telur, nak rebus telur lagi (kalau orang Johor..selalu nak telur pindang...alaaa yang warna coklat tu..)...
 Coklat besar tu untuk ummi dan abi, anak-anak remaja dapat Toblerone, kanak-kanak (Hana' dan Zubair) dapat lollipop ...(hehehe..Hana' cakap...alaaaa..Hana nak Toblerone jugak!)
Hurmmm....agak-agak kalau anak saya kahwin nanti saya nak bagi apa ya sebagai "Door Gift"?? (kena tepuk poket, tanya budget...hehehe)

Saturday, December 11, 2010

AL-Hafiz : Syukur

Syukur Alhamdulillah...
semalam dapat panggil telefon dari anak di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' di Jeram..
Syukur ALhamdulillah...anak kelimakeenam saya (ummi silap kira pulak! hehehe) telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam masa setahun ..
Mu'adz memasuki MTQH pada awal tahun ini ...
namun begitu beliau perlu teruskan lagi setahun di MTQH untuk tujuan pemantapan ...
perlu memperkukuhkan lagi bacaan dan hafazan beliau...
Ini bermakna sudah 2 orang anak ku yang menjadi AL-Hafiz... 
sebelum ini, anak ke-3 ku, Ammar, telah pun berjaya menjadi seorang hafiz beberapa tahun lepas.
ALhamdulillah. Syukur kepadaMu Ya Allah...
Hanya airmata kegembiraan mengiringi kejayaan mereka.

Friday, December 10, 2010

Bilik rahsia WikiLeaks seperti filem James Bond

STOCKHOLM, Sweden – Bilik bawah tanah yang menempatkan pelayan-pelayan komputer milik pengasas laman web Wikileaks, Julian Assange (gambar) umpama set filem James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu menempatkan pelayan komputer mengandungi ratusan ribu e-mel dan dokumen rahsia yang menggemparkan seluruh dunia.

Sebelum ini, laman WikiLeaks mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik melibatkan Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.

Bilik bawah tanah itu merupakan bekas bilik bawah tanah nuklear sewaktu Perang Dingin.

Ia yang dibuka semula pada tahun 2008 menampilkan rekaan futuristik oleh seorang arkitek Sweden, Albert France-Lanord yang mendapat ilham daripada set filem James Bond ciptaan Sir Kenneth Adams.


Ruang yang luas itu digali di bahagian bawah Taman Vita Berg di Stockholm.

Bilik itu dilengkapi dengan sebuah bilik persidangan, koridor kaca dan perabot-perabot mahal.

Pokok-pokok juga dapat hidup kerana terdapat cahaya matahari selain wujudnya air tejun buatan.

Enjin kapal selam Jerman, U-Boat, digunakan sebagai janakuasa kecemasan.


Assange memilih Sweden kerana undang-undang negara itu melindungi kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Di bawah undang-undang Sweden, WikiLeaks dan pihak yang membocorkan maklumat sulit tidak boleh didakwa.

Laman WikLeaks dibiaya menerusi sumbangan orang awam.


Assange kini ditahan di Britain selepas polis menangkapnya dengan menggunakan waran tangkap polis Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita. – Agensi

sumber: di sini

Traffic tinggi - Keyword apa???

Ni cerita dah basi..beberapa hari lalu, tetapi nak ceritalah juga...sebab graph nya luarbiasa..
hurm..taklah sehebat otai-otai blogger yang lain yang dapat ribu-ribu traffic setiap HARI tu ya...
tetapi okaylah juga kan..daripada tak ada...
Apa yang luar biasa pada 6 Disember 2010 tu ya? 
Oh ya...baru ingat ...rupa-rupanya saya ada tulis satu entri berkenaan Awal Muharram 1432H ...
mungkin ramai yang dok search mengenai do'a akhir tahun dan awal tahun sempena tahun baru hijriah...
tapi sekarang ni susah lah nak maintain macam tu...dah jatuh balik...
wbgmnpun ...terimakasih En Nuff, at least adalah earning juga kan...
terimakasih pengunjung PMA !

Terharu

Tiada yang lebih bermakna bagi seorang pendidik apabila mendapat emel sebegini dari anak didik nya..... 
Terimakasih wahai anak muridku... emel anda dipagi hari Jumaat yang mulia ini telah memulakan hari saya dengan satu perasaan kepuasan dan syukur yang tidak terhingga. 
Ia sangat-sangat menceriakan pagi hari Jumaat ini...Alhamdulillah..penat lelah selama satu semester mendidik mereka sangat berbaloi...

 ************************************************
Salam...

Madam,

Thank you for teaching me. I just look my result and I never thought that will get such the good one . Alhamdulillah.. I really enjoyed being your student. I really learned a lot from you.Thank you again for teaching me. And Hopefully u will do pray for me always and so do with the others.


Z***** Z******


***********************************

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0059.
Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang: 1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan 2. Orang yang diberi Allah hikmah (ilmu
yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."
(rujukan: webhadis UiTM)

Thursday, December 9, 2010

Bersedia menghadapi inflasi 2011

Adakah anda bersedia? 

Baru-baru ini kerajaan telah pun menaikkan harga petrol dan gula ... 

dalam proses untuk mengurangkan kadar subsidi..

bermakna rakyat marhaen seperti kita ini perlu bersedia untuk membayar lebih untk  barangan runcit dan minyak petrol ...

Oleh itu apa yang perlu kita lakukan?

Pertama sekali kita perlu melihat semula budget kita...berapa pendapatan dan berapa perbelanjaan kita... 
Cuba lihat apa perbelanjaan yang boleh kita kurangkan? 

Lihat gaya hidup kita? 

Adakah kita gemar makan diluar? - Bagi yang bekerja mungkin selalu keluar minum pukul 10 pagi? tengahari keluar lagi lunch....

Ini memerlukan perbelanjaan yang banyak...kita boleh memulakan dengan membawa bekal sendiri untuk sarapan... dan kalau boleh masak di rumah...bawa bekal untuk lunch juga...selain dapat menjimatkan masa, kita juga dapat menjimatkan wang perbelanjaan..

Adakah kita gemar membeli barang2 bukan keperluan? 

Kita boleh kurangkan dengan mengurangkan mengunjungi shopping complex ... kadang-kala kita tak ada tujuan pun nak beli apa-apa ... tetapi di sebabkan ada SALE, kita pun beli..sedangkan kita TIDAK memerlukan barangan tersebut PUN!

Apabila dapat gaji, asingkan 30% dari gaji kita untuk simpanan... tak kisah dalam bentuk apa pun ...
dan banyak lagi yang boleh kita lakukan utk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu..

Apa pendapat anda? Apa yang anda lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu ini?

baca lebih lanjut di sini: 
http://www.theborneopost.com/?p=79350

Wednesday, December 8, 2010

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

Debaran semakin terasa....

saya pasti ramai blogger yang terdiri dari pelajar sekolah menengah tingkatan 3 sekarang sudah mula berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan PMR mereka...

bilakan keputusan itu akan diumumkan????

........
..........
.............

23 Disember 2010...

bermakna dari tarikh hari ini, 8 Disember... tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi..

Bagi saya pula, kali ini anak ke-5 saya pula, Wafa',  yang berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan ini...
walau apapun keputusannya nanti, semuanya sudah tertulis... usaha dan do'a sahaja yang mampu mengubahnya....
Semoga Wafa' berjaya mendapat keputusan yang diharapkan...InsyaAllah..

Al-Hijrah: Channel TV yang baru

Selasa lepas satu lagi channel TV yang baru berciri Islamik telah dilancarkan...

Al-Hijrah

KUALA LUMPUR, Dec 7, 2010 (AFP) – Malaysia on Tuesday will officially launch a free-to-air Islamic television channel to propagate the religion and provide family education based on religious teachings.

The TV Al Hijrah television channel will also open up more opportunities for those in the creative industry, according to Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of the country's Islamic Development Department (JAKIM), which will operate the channel.

The channel, which has been broadcasting since early last month, features programmes on religious discourses on family life, a wellness talk show as well as children's cartoons based on Islamic teachings, according to its website.

"JAKIM hopes that through cooperation from missionaries and arts activists, the station will emerge as the top Islamic propagation station in the region," Wan Mohamad told state media late Monday.

The channel will be formally launched by Prime Minister Najib Razak at a ceremony later Tuesday, the first day of the Muslim calendar.

"Station operators and producers cannot assume that only Western shows are of quality and should be the benchmark for production of programmes,"he added.

Minister in charge of Islamic affairs Jamil Khir Baharom has said Islamic programmes make up just 10 to 18 percent of local television programming and that the new channel would appeal to Muslims and non-Muslims.

source: Yahoo News

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU


En Ben dah buat bloglist baru, walaupun ada orang kata nak menumpang popularity En Ben... tak kisah lah kan...En Ben pun tak marah, dia kata semua boleh..bukan blog baru aja, blog lama pun boleh juga ...
blog ini walaupun dah lama tapi sebenarnya "baru" sahaja lagi. Sebelum ni macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada...disebabkan kesibukan tuan empunya blog.

Terimakasih En Ben.

Pengasas WikiLeaks ditangkap

Dia ditangkap selepas lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) didedahkan di laman webnya.

Pendedahan itu mencetuskan kekecohan kepada dunia kerana maklumat sulit tersebut melibatkan tingkah laku para pemimpin dunia selain perancangan rahsia beberapa buah negara.

Laman web WikiLeaks turut menjadi sasaran penggodam bagi mengelak orang ramai mengakses laman itu untuk membaca kandungan maklumat sulit tersebut.

berita lanjut: baca di sini

Tahun Hijriah

2 Muharram 1432 / 8 Disember 2010

Sejauh mana memahami maksud Tahun Hijrah? Sebagaimana anda faham tahun Masehi...?

Jika ditanya, bilakah tarikh lahir anda? serta-merta kita boleh menjawab dengan laju tarikh lahir tersebut dalam tahun Masehi... 8 December 1987 (contohnya) 

tetapi, adakah anda tahu bilakah tarikh lahir anda dalam Tahun Hijriah?

Dalam menhayati makna Hijrah sebenar, mari kita mulakan dengan mempraktikkan mengingati tarikh hijrah di samping tarikh tahun Masehi...
Saya dah mulakan di atas tu...(walaupun tahu ada application/widget yang boleh letak tarikh hijrah....tapi masih nak taip sendiri, lebih mudah ingat..)


Roda Kehidupan

RODA KEHIDUPAN - memang benar pepatah orang tua, ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah. Ibarat sebuah roda bulat yang sedang berpusing,  bukan sepanjang masa kita berada di atas, apabila roda berpusing, kita akan turun ke bawah. 

Kerana itu dalam Islam, kita sentiasa diingatkan, walaupun kedudukan kita tinggi di mata masyarakat, kita tidak boleh mendabik dada, bermegah-megah. Kita tidak boleh sentiasa mendongak ke atas, sesekali kita perlu tunduk ke bawah, melihat mereka-mereka yang berada di bawah. Kemewahan hidup duniawi bukan lah milik kita selamanya.  Ianya milik Allah yang kekal abadi.

Suatu hari Allah memberi, di masa lain Allah akan tarik balik, jika kita tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. 
Kerana itu apabila kita berkemampuan, hulur-hulurkan lah kepada yang memerlukan, tanpa perlu kita menghebohkan ke seluruh dunia. 
Sesungguhnya, tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima).

Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru Azam Baru

Selalunya awal tahun Masehi kita akan sibuk memperbaiki azam tahun baru kita. Merenung kembali azam tahun lepas, adakah semua sudah tercapai atau masih ada lagi yang belum sempat di usahakan? 

Maka mari kita ubah resolusi tahun baru kita mengikut tahun Hijriah pula. 
Hari ini 1 Muharram 1432H, hari bermulanya buku amalan kita yang baru. Maka marilah kita tanya diri kita sendiri, apakah azam tahun baru kita? 

Sebelum itu renungkan lah hari-hari yang telah berlalu pada tahun lepas... 
 sepanjang setahun apakah yang kita telah lakukan untuk memperbaiki amalan kita?

Khatam Al-Quran
Jika tahun lepas kita hanya dapat khatam Al-Quran sekali sahaja, maka pada tahun ini, mari kita cuba tanamkan azam untuk dapat khatam 2 kali pula...

Bagaimana pula solat fardhu kita? 
Adakah kita solat tepat pada waktunya? 
atau masihlah bertangguh-tangguh? 
Adakah apabila ibu bapa panggil suruh solat, kita masih lagi menjawab, "sekejap mak...sekejap abah..."? 
Tanamkan azam untuk solat fardhu tepat pada awal waktunya.

Bagaimana pula solat sunat Rawatip kita? 
Iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat waktu? 
Tidak pernah lakukan? 
Sekejap buat sekejap tidak?
Marilah kita cuba lakukan sedikit demi sedikit (bagi yang belum pernah lakukan)... 
mulakan dengan solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh...dan tambah sedikit demi sedikit
Solat sunat ini ibarat ia dapat menampal koyakan dibaju kita (solat fardhu)

Bagaimana pula sedekah jariah kita? 
Pernahkah kita bersedekah atau menderma kepada mana-mana / sesiapa yang memerlukan?
Jika tidak pernah, mungkin kita boleh mulakan sedikit demi sedikit...target berapa peratus dari duit gaji kita / elaun yang hendak kita sedekahkan...

Bagaimana pula amalan puasa kita? 
Mungkin puasa sebulan Ramadhan lengkap...(yg perempuan tu of course lah tak lengkap sebulankan...hehe)
Bagaimana pula puasa sunat? 
Adakah pernah lakukan puasa sunat Isnin/Khamis setiap bulan?
Atau tak pernah langsung puasa sunat selain puasa bulan Ramadhan?
Mungkin boleh tanam azam mulakan dengan berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari sebulan, di awal bulan, pertengahan dan akhir bulan.

Sudah mengerjakan haji? 
Jika belum, wajiblah kita sekurang-kurangnya menanam niat dalam hati hendak mengerjakan haji. Kerana ia adalah salah satu rukun Islam yang lima. 
Jika masih tidak mampu, sekurang-kurangnya berusahalah memperuntukkan sedikit dari gaji kita untuk simpanan haji. Langkah pertama, pergilah ke pejabat Tabung Haji untuk membuka akaun Tabung Haji. 
Kemudian setiap bulan cubalah masukkan walaupun RM10 paling kurang ...bak orang-orang tua kata, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit .
Kalau hendak senang, tak mahu pergi beratur dikaunter TH, isi borang dan minta majikan buat potongan setiap bulan, dengan itu wang gaji kita itu terus masuk ke akaun TH, senang saja...
Kalau kita boleh berhutang dan bayar setiap bulan beratus-ratus dan beribu-ribu untuk motor, kereta, dan lain-lain, rasanya utk TH pun boleh juga...
Dah buat? mulakan dari bulan ini...


  SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1432H. 
SEMOGA TAHUN BARU INI MEMBAWA LEBIH KEBAIKAN KEPADA KITA SEMUA.
AMIN.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....