Tuesday, November 30, 2010

Menang RM50,000?

Terkejut jugak lah bila dapat satu link dari pengunjung ni suruh tengok entri kat blog dia ....
 dia kata dia menang RM50,000!!! 
WOW! ...banyak tu! dia ni masuk peraduan apa? yang boleh menang sampai RM50,000??? Hairan jugak ...lagi lah perasaan meluap-luap nak tahu ...

terus klik kat blog dia. 
baca tajuk entri.........
laaaaaaaaa......Tipah tertipu! 

baca lagi... rupa-rupanya dialah pengunjung bertuah ke- 50,000 ke blog saya ini...
tak percaya ke? nak bukti? Ini haa bukti dia...snapshot yang dia ambil semasa menjadi pengunjung ke-50,000


Nama dia di blog,  Wanida... (mcm Vanida kan...) masih belajar, bidang ENgineering, 
dia kata dia single but NOT available,
Nak tahu dengan lebih detail, klik saja ke link di atas. 

p/s: Nida, nanti akak pos kan hadiahnya ya....apa? hadiah misteri lah!

Somali pirates hijack Malaysian-flagged ship


NAIROBI, Kenya – The European Union's anti-piracy task force says Somali pirates have hijacked a Malaysian-flagged ship in the Indian Ocean with 23 crew members onboard.

The force said Monday that the Kenya-bound MV Albedo was seized about 900 nautical miles (1,035 statute miles or 1,665 kilometers) east of Somalia's capital of Mogadishu. The ship originated from the United Arab Emirates' port town of Jebel Ali. 

The anti-piracy force says the Malaysian-owned ship was seized Friday and the crew hailed from Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka and Iran.

Somalia has not had an effective government for 19 years, allowing piracy to flourish off its coast. The force said pirates now hold 22 vessels and 521 hostages.

Source: news.yahoo.com

Nak Awet Muda?

Jika ditanya kepada semua wanita, pasti ada keinginan untuk kekal cantik menawan berseri. 
Nak tahu cara yang paling mudah tanpa perlu keluar modal besar? 
Amalkan lah perkara berikut untuk kekal cantik menawan, luaran dan dalaman:
1. Bacalah zikir berikut: 
Ya Badiyah  (1 kali)
Ya Hadi  (1 kali)
Ya Nur (1 kali)
Ya Allah (3 kali)

Amalkan membaca zikir di atas, tiupkan ke telapak tangan dan sapulah ke muka setiap hari.

2.Kemudian bacalah surah Al-Waqiah: ayat 35, 36, 37 dan 38 (ayat ni pendek-pendek sahaja, senang hafal, hendak lebih faham baca maknanya sekali) setiap kali selepas solat subuh
Kemudian hembus ke dalam air dan minum air tersebut.

InsyaAllah kecantikan sebenar akan lahir dari dalam diri kita.


Monday, November 29, 2010

SPM 2010

Post ini akan kekal di atas sehingga peperiksaan SPM tamat. Sila skrol ke bawah untuk entri post yang baru.
 
Dua hari lagi peperiksaan yang penting dalam hidup seorang pelajar sekolah menengah di Malaysia akan bermula, Sijil Pelajaran Malaysia, atau lebih dikenali dengan SPM.
Anak ke-3 saya, Ammar Al-Hafiz, juga akan memulakan perjuangan beliau hari Selasa ini. Begitu juga dengan beberapa ribu orang pelajar tingkatan 5 yang lain di Malaysia.
Ummi dan abi serta adik-beradik Ammar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

SELAMAT MAJU JAYA, SEMOGA ALLAH SWT KURNIAKAN KETENANGAN FIKIRAN DAN KELANCARAN DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN BAIK DAN CEMERLANG, SEMOGA ALLAH SWT HILANGKAN PERASAAN GUGUP SEMASA HENDAK MENJAWAB SOALAN, SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.
INSYAALLAH. AMIN. 

P/S: JANGAN LUPA SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT, BANGUN LAH SEPERTIGA MALAM UNTUK  BERSOLAT TAHAJJUD DAN SOLAT HAJAT SETIAP MALAM. MOHON LAH KE HADRAT ALLAH SWT, ALLAH MAHA MENDENGAR, ALLAH  MAHA BESAR.

R&R

Sebagai pengguna lebuhraya yang agak kerap juga, selalu berulang-alik KL - Johor - KL ,  kawasan rehat di sepanjang lebuhraya sememangnya mnejadi isu utama. Ini adalah kerana waktu perjalanan yang panjang menuntut beberapa perkara yang mesti dilakukan dalam perjalanan.

Pertama - berhenti solat,

Kedua - qada hajat

ketiga - makan

keempat - rehat untuk melepaskan kepenatan memandu lama (termasuklah tidur sebentar)

dll -

Sejak saya pulang dari belajar di luar negara pada penghujung 1980an, banyak perubahan dan peningkatan telah berlaku disepanjang lebuhraya. 
Jika dahulu, sepanjang KL - Johor hanya ada 1 tempat perhentian rehat (kalau tidak silap lah...nanti marah pula orang PLUS), sekarang sudah ada banyak. Dipanggil R&R, Rehat & Rawat.
Kemudahan yang disediakan juga sudah banyak berubah, sudah tentunya semakin baik.

Terutamanya TANDAS! 
Alhamdulillah. Rata-rata tandas di R&R sekarang boleh dikatakan tip-top ... sentiasa ada orang membersihkannya...*thumbs up!*

tempat solat juga sudah semakin bersih dan cantik ... dengan kemudahan pili-pili mengambil wudhuk disediakan berdekatan tempat solat...

Jejak Kasih

Teringat pesan seorang ustaz, walaupun seseorang itu telah memeluk Islam, dan dibela oleh seseorang yang beragama Islam, namun pertalian darah antara seorang anak dan kedua ibu-bapanya masih terjalin, walaupun ibu-bapanya berlainan bangsa dan agama.

Sejak dari kecil saya tahu sepupu saya ni adalah anak angkat Cina, ini adalah kerana rupanya yang putih melepak dan bermata sepet, sebagaimana lazimnya anak berbangsa Cina. Apabila datuk saya mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, emak saya yang membela dan menjaganya, walaupun ketika itu emak saya belum berkahwin lagi. 

Apabila sudah besar, bersekolah, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak, emak saya berusaha mencari balik ibu kandung beliau, walaupun ketika itu datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia. Emak saya dapat tahu bahawa bapa kandung sepupu saya ni sudah meninggal dunia. Tetapi ibu kandungnya gagal dikesan di mana. Ini disebabkan dia sudah berpindah dari rumah lamanya.  
 kalau ikut perkiraan umur, ibu kandung sepupu saya (duduk di sebelah sepupu bertudung coklat) ni sudah berumur lebih 90 tahun, tetapi kelihatan masih kuat boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat lagi. Perempuan Cina t-shirt merah adalah kakak sepupu saya.

 Bersama pengantin dan adik-beradik kandung sepupu saya.


Sunday, November 28, 2010

Teka-teki Terjawab

Beberapa hari lepas tak sempat nak bukak emel, hari ini baru berkesempatan membaca emel yang dah bertimbun dalam mail box...

Bila baca emel di bawah, baru lah terjawab persoalan kenapa earning dari En Nuff naik tiba-tiba turun semula...???
itulah, terkejut juga hari tu tengok earning tu...wow..banyaknya! (macam lah banyak sangat...seciput aje...tak lah beratus-ratus beribu-ribu macam orang lain tu...!)
Anda pun dapat tak emel macam ni? 

Perjalanan jauh

Sabtu semalam hari yang sungguh bermakna. Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh bermakna.
Awal pagi selepas subuh kami sudah bersiap-siap. Akan ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin anak sepupuku. Pukul 8.30 pagi bertolak dari Shah Alam, sampai di Kempas jam 12.30 tghr. 
Sampai saja di rumah sepupu, terus masuk khemah kenduri...hurm..semua dah kelaparan...apalagi terus bersalam-salaman dengan sanak saudara yang hadir dan cari tempat duduk, ambil nasi dan lauk-pauk...
 
Alhamdulillah...kemudian duduk-duduk berborak dengan mak-mak saudara dan sepupu dan anak-anak saudara.
Namun yang paling kukenang ialah adegan jejak kasih, hurm..macam program Jejak Kasih TV3 pulak...
Memang betul lah... sebab sepupu saya ini dulu-dulu datukku ambil bela, dia anak orang Cina. Sebab tu muka dia putih melepak macam Cina. Selepas 50 tahun baru berjumpa kembali dengan emak dan adik-beradik dia..
Memang terharu sungguh, saya pula yang meleleh air-mata tengok...nanti kita cerita di lain entri ya..

Selepas menghadiri kenduri tu, kami terus bertolak balik ke Shah Alam. Dalam perjalanan ingat nak singgah rumah Cik Mat Gebu..tapi dia tak ada di rumah pula... CikMat ni rakan sehobi..kami sama-sama suka mengumpul pinggan mangkuk lama... kalau anda semua tengok hidangan masakan Cik Mat Gebu tu menggunakan pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik kan...
 
Sampai di Shah ALam semula pukul 9 malam...penaatttttttttt 
12 jam marathon Shah Alam - JB - Shah Alam

Saturday, November 27, 2010

Mina

Sekarang pukul 3:35pg...terkebil-kebil mata ini merenung skrin ini.. 

hajat hati ingin mencoret pengalaman di Mina selepas mabit di Mudzalifah...
namun .... tidak dapat meluahkannya di sini..

sedangkan di kepala ini bagaikan skrin besar di panggung wayang

menayangkan satu demi satu episod cerita yang di alami di sana...

terlalu banyak..ya terlalu banyak yang hendak ku kongsi bersama..

tetapi tanpa disedari air mata ini meleleh membasahi pipi

apabila 

wajah ALlahyarhamah ibu mertua 

melintas di depan mata...

(Al-Fatihah buat roh beliau - 
utk mereka yang baru mengenaliku di alam maya ini, 
Allahyarhamah MIL saya meninggal dunia di Mekah semasa bersama-sama menunaikan haji pada musim haji 2007-2008 ).

Mesjidil Haram dilanda Ribut Pasir

Salam sahabat semua, bila saya buka blog Pengalaman Di Kota Mekah (PDKM) , beliau melapurkan bahawa Mesjidil Haram, malahan seluruh Kota Mekah dilanda ribut pasir hari ini.

baca lebih lanjut di sini.

Friday, November 26, 2010

GUANGZHOU 2010 Sukan Asia - Hoki

Akhirnya setelah berjaya menempah tempat di perlawanan akhir Sukan Asia 2010, 
skuad hoki negara berjaya meraih pingat perak setelah kalah kepada skuad hoki negara Pakistan 0-2.
Walaupun tidak berjaya mendapat pingat emas, ucapan Tahniah kita ucapkan kerana berjaya masuk ke peringkat akhir. Kita tahu skuad hoki Pakistan sangat kuat...kalau dapat mengalahkannya memang satu bonus!

  SKUAD hoki lelaki negara meraikan kejayaan memenangi pingat perak hoki lelaki di Stadium Hoki Aoti, petang semalam.
(sumber: Berita Harian Online)

Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !



Jom join segmen:Saya suka blog awak la! dari blog Ben Ashaari, nak tahu dengan lebih lanjut, silalah klik pada tajuk di atas.

Sebenarnya semua blog yang tersenarai di blog list saya tu saya suka masuk dan baca, tapi ikut syarat segmen ini, kena pilih 5 sahaja. Tapi ramai juga rakan bloggers yang saya suka baca telah berpaling arah, lebih senang berkomunikasi di "Muka Buku". 
Okaylah...ini 5 blog yang saya paling suka baca:

Saya suka masuk baca blog ini kerana ia mengimbau kembali pengalaman saya dan suami serta Allahyarhamah Ibu Mertua saya menjadi tetamu Allah pada tahun 2007 yang lalu. Hati sentiasa menjadi sayu melihat Kaabah, iaitu kiblat berjuta-juta umat Islam di dunia ini... kiblat di mana setiap solat kita, setiap waktu, setiap hari adalah menghadap kepadanya dan apabila membaca kisah-kisah pengalaman penulis di Kota Mekah telah membawa ingatan saya (dan suami) kepada Allahyarhamah Ibu Mertua. Beliau telah meninggal di sana selepas selesai menunaikan fardhu haji, sebelum sempat pulang ke tanah air.

2. Hidup itu Indah..Kenangan cerita diri.

Sebuah catatan seorang insan yang kerdil. Menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepadanya dengan penuh kesyukuran. Lalu, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan..?
3. Dapur Tanpa Sempadan -
Ini sudah terang lagi bersuluh...ramai suka masuk baca blog ni sebab nak tengok dan ikut pelbagai resepi yang disediakan. Meleleh air liur selalu masuk blog ni, sebab tengok gambar-gambar masakan yang enak-enak... siapa tak kenal Cik Mat Gebu sorang nih! Apatah lagi kami berkongsi hobi yang sama dalam mengumpul pinggan-mangguk lama (PML).. tengok sahajalah hidangan enak dalam pinggan mangkuk lama yang ditunjukkan di blog beliau...

4.Destinasiku & A Drop of Water in the Sea-
Hurm...terpaksa letak kedua-dua blog ini sama level - sebab kedua-dua saya suka masuk baca. Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh didapati dari perjalanan kehidupan.

Sebab apa saya selalu masuk baca blog ini tiap-tiap hari? sebab in blog anak saya! Jadi saya mesti pastikan perkara yang dipost di blog beliau adalah dalam landasan yang dibenarkan dan tidak melampaui batas.

OK..selesai... sebenarnya nak letak banyak lagi..tapi ikut syarat kan..


SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG: Ben Ashaari



Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 4

Semalam bawa anak ke klinik sebab dia mengadu sakit telinga. Ramai juga orang di klinik masa cuti ni ya? Saya lihat ramai ibu bapa yang membawa anak-anak lelaki sekolah rendah, siap bawa bekal kalin pelekat.

Baru teringat, laaaa...cuti sekolah ni selain daripada kenduri kahwin, ramailah anak-anak bujang yang hendak "bersunat" atau "berkhatan".

Saya ada 5 orang anak bujang, tapi semua dah besar-besar dan sudah bersunat semasa sekolah rendah. Macam-macam ragam menjaga anak-anak bersunat ni..

Kali terakhir anak saya bersunat ialah pada tahun 2007. Saya ada tulis entri mengenai nya di sini.

Ingatkah anda lagi mengenai iklan Merdeka, kisah budak bersunat tu?
Dah lupa? Alaaa..search aje kat You Tube tu..mesti jumpa punya...

Gunung Bromo, Indonesia

Selepas Gunung Merapi  memuntahkan laharnya beberapa minggu lepas, kini tiba pula giliran sebuah lagi Gunung berapi aktif yang dijangka akan memuntahkan laharnya tidak lama lagi.  

Gunung tersebut yang terletak di Pulau Jawa Timur, adalah Gunung Bromo.
Satu amaran paling tinggi, "red alert" telah dikeluarkan pada petang semalam.

Gunung Bromo telah mula mengeluarkan asap tebal dan beberapa siri gegaran kecil sejak 8 Nov yang lalu.
Sesiapa dalam jarak 3 km di sekitar Gunung Bromo dikehendaki berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Jarak Gunung Bromo ke Surabaya adalah 120km. Letupan terakhir adalah pada tahun 2004.

(sumber: The Star Wed 24 Nov 2010)


Wednesday, November 24, 2010

GUANGZHOU 2010 Sukan Asia - Hoki

Setelah menerima berita kekalahan Chong Wei di tangan Lin Dan, 

hati terubat membaca kemenangan pasukan hoki Malaysia ke atas pasukan India. 

Pasukan Malaysia berjaya ke peringkat akhir buat julung kali menyertai Sukan Asia.

(berita lanjut di sini)

GUANGZHOU 2010 Sukan Asia

GUANGZHOU 2010 Sukan Asia: Chong Wei tewas

Saya peminat sukan badminton sejak dari kecil lagi. Masa sekolah suka main badminton, tetapi TIDAK pernah mewakili sekolah! hehe..tahap pencapaian tidak cukup untuk mewakili sekolah..lalu jadilah penyokong belakang tabir sahaja..

Selepas melihat pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, meraih pingat perak acara badminton perseorangan lelaki Sukan Asia selepas tewas dalam perlawanan akhir kepada pemain China, Lin Dan.

Lin Dan menang 21-13, 15-21, 21-10.  

Adakah saya kecewa?

Oh tidak.... adat bersukan..biasalah kan... ada menang ada kalah...

kalau semua orang nak menang, siapa pulak yang kalah ye tak?

Jangan lah terlampau taksub sangat sehingga nak bertumbuk bergaduh sebab pasukan/wakil negara kita kalah...

Sangat tidak suka melihat sesetengah penyokong tu sanggup bertumbuk bergaduh sehingga meragut nyawa seseorang...

Selamat Kembali

Alhamdulillah kumpulan pertama jemaah haji telah selamat pulang dan tiba di KLIA.   

Semoga mendapat haji yang mabrur.

(sumber: MHI pagi ini )

Tuesday, November 23, 2010

Banana Test

The Banana Test   

There is a very, very tall coconut   tree and there are 4 animals,   


A Lion   , 
 


A Chimp  


A Giraffe   , 


......AND...   


A Squirrel     
 
They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?  

Your answer will reflect your personality.

So think carefully . . ..

Try and answer within 30 seconds.   
Got your answer?

Write your answer in the comment's box ...
STRICTLY NO CHEATING ! 30 SECONDS ONLY

(got this from my friend's email )

the answer will be provided in the upcoming post :)

Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 3

Most children love crafts. Often viewed as tedious and messy, crafting is actually something parents can easily do with their children. It's therapeutic and even gives you time to bond with your child.

Read more here:

Crafting with kids

 

 

 

Monday, November 22, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 2

Apa lagi ya nak buat dengan anak-anak ni?

Dah penat main mesti anak-anak ni sudah lapar kan? 
Jom main masak-masak...

Jika anak anda masih di peringkat sekolah rendah, bolehlah minta tolong mereka menolong di dapur. Tolong kupas bawang ke (ni mesti menangis ni..), tolong potong sayur... tolong ambil peralatan memasak, tolong tumbuk bawang / lada, 
mesti seronok dia orang ni nak tolong masak..sebab itu satu pengalaman baru...

saya dulu suka main masak-masak secara olok-olok...budak-budak dulu kata main pondok-pondok, ambil tin jadikan periuk, petik daun-daun di sekeliling rumah jadi sayur, ikan dan lain-lain..lepas tu ada yang jadi mak, ayah, dan anak-anak! Kami tenggelam dalam dunia kanak-kanak yang sungguh riang-ria tanpa masalah...

Yang dah besar sekolah menengah pula, bolehlah mencuba masak menggunakan resepi-resepi baru... sekarang ni senang sungguh..kalau tak ada duit nak beli buku-buku resepi yang ada di pasaran (selalunya hard cover tebal..) boleh tengok aja resepi online! banyak blog-blog masakan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan sekarang..
Baguslah tuh, masing-masing tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing ....

contoh yang paling bagus adalah :
dan lain-lain (tgk lah bloglist kat sebelah kanan tu..banyak lagi blog masakan lain..)


Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 1

Musim Cuti Sekolah...

Apa aktiviti yang hendak dilakukan bersama anak-anak?

Trend sekarang ramai ibu-bapa menghantar anak-anak ke bengkel-bengkel motivasi cuti sekolah yang dijalankan oleh organisasi-organisasi tertentu...

selain dari menghadiri bengkel motivasi, apakah yang boleh kita lakukan?

mari kita kongsi bersama apakah yang anda lakukan bersama anak-anak anda...

Salah satu daripadanya adalah menggalakkan anak-anak membuat kraf tangan.
Banyak bahan-bahan terpakai yang boleh kita guna untuk membuat kraf.

Salah satunya ialah KERTAS. Banyak kraf yang boleh dibuat dengan menggunakan kertas..
QUILLING - paper craft

Gambar dari Miyyah@Kertas.blogspot
Cantikkan? mari kita buat sama- sama ....


Sunday, November 21, 2010

Cuti Sekolah

Bermula hujung minggu ini bermulalah sesi cuti sekolah bagi anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah.  Pelajar-pelajar IPTA-IPTA juga sudah bermula cuti semester sehingga semester yang baru bermula pada awal Januari 2011. 

Rumahku juga sudah kembali riuh dengan keletah anak-anak. Kak Long sudah memulakan praktikal di Hospital Sungai Buloh, Zaid dan Anas sudah bermula cuti semester, Zubair dan Hana' juga  sudah bermula cuti sekolah. Manakala Ammar dan Mu'adz hanya bercuti seminggu ini sahaja. Mereka akan balik semula ke sekolah pada petang ini kerana Ammar akan menjalani peperiksaan SPM yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mu'adz pula perlu pulang ke Maahad Tahfiz kerana pelajar Tahfiz tidak boleh bercuti lama, nanti lupa...perlu selalu mengulang pembacaan dan hafazan. Alhamdulillah dalam masa 11 bulan ini, Mu'adz telah hafal 25 juzuk dalam Al-Quran. 

Anas pula sebaik tamat final exam semester pertama, terus tidak balik ke rumah kerana terlibat dengan sukan Karisma (sukan antara kampus UiTM). Dia masuk sukan futsal. Hari ini bermula temasya sukan tersebut, tapi Anas tidak balik ke rumah kerana dikehendaki tidur di kolej bersama rakan sepasukan.

Tetapi Hana' awal-awal sudah balik kampung di Johor...seronok lah dia dengan sepupu-sepupu bermain di kampung.. kejar ayam, main dengan kucing ... main pondok2 di belakang rumah atok bawah pokok manggis, tolong bakar sampah dan daun...seronok mereka sebab di bandar tidak dibenarkan membakar di kawasan terbuka kerana ditakuti pencemaran alam...biarlah dia menikmati kehidupan di kampung...

Manakala Wafa' pula .... telah lama "merdeka" sejak tamat peperiksaan PMR yang lalu...juga sudah balik kampung..sekarang sedang menikmati waktu lapang sebelum keputusan PMR diumumkan nanti...nak buat apa waktu lapang ini? belajar masak? belajar jahit? ambil kursus komputer?

Aidil Adha ~ Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. 

Tiada Jualan Murah. 

Tiada Lagu Raya. 

Tiada rancangan khas di televisyen. 

Tiada mercun dan panjut menghias malam. 

Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi.

Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal.

Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. 

Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah.

Itu sahaja.

Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? 

~Baca lebih lanjut di sini , saifulislam.com~

Bas Ekspres Tak Serik

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah setelah 5 jam berada di lebuhraya Utara Selatan. Bertolak dari kampung jam 6 petang sampai di Shah Alam lebih kurang pukul 11 malam. Berhenti di R & R Ayer Keroh untuk solat.
Dalam perjalanan bila sampai melepasi Melaka, lorong lebuhraya bertambah dari 2 lorong menjadi 3 lorong. Seperti biasa, anak ku memandu dari Johor sehingga Ayer Keroh, selepas itu tengok dia dah mengantuk, aku ambil alih pula. Dengan memandu dalam kelajuan yang dibenarkan , tidak melebihi 110km/j (ehem..pemandu berhemah ni ya!), aku memandu di lorong tengah, sekali sekala jika hendak memotong aku mengambil lorong kanan. 
Tiba-tiba aku perasan ada lampu besar terang menyuluh dari belakang, kelihatan dekat sangat kenderaan di belakang membuatkan silau mataku disebabkan balikan cahaya di cermin akibat suluhan lampu tersebut. Dalam hati berkata, ni mesti kenderaan besar ni...silau betul mataku lalu terus menukar ke lorong kiri, untuk memberi peluang kenderaan tersebut memotong ku.
Laaa..rupanya sebuah bas ekspres dua tingkat! Punyalah laju ... saya pandu dengan kelajuan 110km/j ... dia boleh potong lagi tu... tak perasan ada penumpang ke tidak, tetapi bila tanya anak dia kata bas tu kosong aja, tak nampak ada kepala-kepala manusia di tingkap...kot kot lah semua penumpang dah tidur kan...
aku lihat bas tersebut dipandu dengan laju sekali memotong beberapa kenderaan lain di hadapan van kami. Bila tak dapat potong dari sebelah kanan, boleh pulak tu dia potong dari sebelah kiri!!! Sekejapan dah tak nampak bas tu ...
Ya lah, kalau tak ada penumpang pun, tidak bermakna boleh dipandu melebihi had laju yang dibenarkan. Lagi pun ia sangat membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain...kerana kendaraan memang banyak juga di lebuhraya malam semalam..maklumlah ramai orang sudah mula pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidil Adha di kampung masing-masing...
nak ambil nombor plet pun tak sempat...
Hurrmmm...tak serik-serik pemandu bas ekspres ni ...


Saturday, November 20, 2010

19 Nov 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-22 
untuk anak ke-2 ku
Zaid..
Semoga Zaid perolehi keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian. 
Semoga berjaya dalam mengharungi onak dan duri dalam perjuangan menuntut ilmu dan semoga berjaya menjadi insan soleh dan menjadi seorang abang yang bertanggung jawab terhadap adik-beradik.

Thursday, November 18, 2010

JUBLI EMAS

Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang. 

Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah... 
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..) 
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini. 

Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri.  Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.

Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
 , namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.

Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan  dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)


SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam, terutamanya rakan bloggers di alam maya ini. 
Sejak kecil, saya melihat kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sama meriah dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa kecil dan bersekolah, sepasang baju baru mesti disediakan untuk menyambut Hari Raya, tidak kira hari raya apa. Cumanya semasa Hari Raya Aidil Adha tiada kuih muih yang banyak seperti Hari Raya Aidil Fitri. 
 Hari Raya Aidil Adha lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban.
Kadang kala bertanya juga kepada ibu, ibu akan menjawab Hari Raya ini untuk orang-orang yang pergi haji. 
Tanggapanku sebelum menunaikan haji, Hari Raya ini akan disambut oleh jemaah haji sama meriah sepertimana yang disambut di Malaysia.
Tetapi setelah aku sendiri pergi menunaikan haji, barulah jelas apa pengertian Hari Raya Aidil Adha ini. Malah, ketika kami di Mina, tiada pun sambutan Raya, kerana semua jemaah tinggal di dalam khemah yang kelihatan sama sahaja, makan nasi bungkus yang disediakan oleh pihak maktab di Mina. Masa hanya dipenuhi dengan zikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan solat. di antara waktu-waktu melontar.

Mina

Kami sampai ke khemah kami di Mina dari Mudzalifah sebelum masuk waktu Subuh. Khemah jemaah haji juga di bahagikan mengikut zon... khemah-khemah haji Malaysia diletakkan berdekatan antara satu sama lain mengikut pakej-pakej tabung haji. Alhamdulilah khemah kami ditempatkan paling hampir dengan Terowong Muessim. Ini bermakna kami perlu merentasi terowong tersebut setiap kali kami hendak pergi melontar ke Jamrah.

Ya Allah, sayup mata memandang melihat khemah-khemah di Mina..


(Gambar-gambar ini diambil ketika kami melakukah ziarah ke Mina selepas waktu haji..)
 

Tuesday, November 16, 2010

Mabit di Mudzalifah

Sebelum pergi mengerjakan haji, selalu dengar orang kata "Mabit di Mudzalifah" , masa sekolah dulu pun dalam pelajaran agama ada belajar rukun dan wajib haji...tapi selepas habis sekolah dah tak ingat.  Apabila mendapat rezeki menjadi tetamu Allah, mula ikuti kursus-kursus haji...teringatlah semula rukun dan wajib haji yang telah dipelajari dahulu. 
Tetapi kata ustaz, walau sebanyak mana pun kita berkursus dan pelajari teorinya, kita masih belum dapat gambaran 100% lagi bagaimana haji ini dilakukan, melainkan dengan kita melakukan ibadah itu sendiri, mendapat pengalamannya sendiri. 

Selepas berwukuf di Arafah, kami pun di arahkan supaya bersiap-siap untuk ke Mina, dan akan berhenti sebentar di Mudzalifah. Ini dinamakan "mabit" di Mudzalifah. 
Sedang beratur menunggu bas yang akan membawa kami ke Mudzalifah dari Arafah.
Apakah makna "mabit"? "mabit" bermaksud "bermalam" Oleh itu apabila kita kata "mabit" di Mudzalifah, maka kita akan bermalam di Mudzalifah. Iaitu pengertian kita mesti berada di bumi Mudzalifah sepanjang malam hingga pagi ATAU berada seketika di bumi Mudzalifah selepas tengah malam.
(kelihatan kerusi roda yang kami gunakan untuk menolak Allahyarhamah ibu mertuaku)

Bila? 
Pada malam 10 Zulhijjah.

Alhamdulillah, bas kami sampai awal di Mudzalifah. Keadaan di bumi Mudzalifah masih lengang dan agak terkawal. 

Sejak tahun kami menunai haji, kerajaan Arab Saudi telah membahagikan jemaah haji mengikut zon, iaitu kita dari Malaysia dikumpulkan sekali dalam zon ASIA, bersama-sama jemaah dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina. 
Ada kebaikannya kerana kebanyakan jemaah haji dari ASIA adalah lebih kecil dari segi fizikal berbanding jemaah haji dari Eropah, Amerika  dan Afrika. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan dan juga demi menjaga keselamatan jemaah haji itu sendiri. 


 Tidak lama kemudian bumi Mudzalifah sudah mula dipenuhi dengan jemaah-jemaah haji. 
Apabila saya melihat gambar ini, saya terkenang kembali keadaan pada malam tersebut. Di sini, tiada khemah atau sebagainya yang disediakan, hanya bumi Mudzalifah terbentang luas, dipenuhi dengan lautan manusia yang hanya dibaluti oleh 2 helai kain ihram (bagi jemaah haji lelaki) manakala jemaah haji wanita berjubah dan bertelekung/bertudung putih. 

Tiada tempat VIP atau VVIP, tiada yang mempersoalkan siapa anda, apa pangkat anda, samada anda seorang boss besar, datuk, datin puan sri, tan sri, VC, dekan, pensyarah, kerani, hatta walau anda seorang tukang kebun, petani , nelayan tukang kasut, 
anda seorang blogger terkenal, blogger baru...etc,....
SEMUA orang kelihatan sama, serupa sahaja... 
apa yang membezakan antara sesama jemaah haji? hanyalah amalan yang mereka lakukan...

Keadaan ini seolah-olah kita berada di Padang Masyar! menunggu waktu utnuk dihisab segala amal perbuatan kita! (MasyaAllah...semasa menaip ini tegak bulu roma saya apabila mengenangkan suasana ini..) memang sungguh menginsafkan ! 

Dengan berbekalkan tikar plastik yang diberi oleh Lembaga Tabung Haji (LTH), kami bentang di atas padang tersebut yang hanya berlantaikan pasir dan batu-batu kecil..tiada pokok-pokok untuk berlindung, duduklah kami berempat, saya , suami, allahyarhamah ibu mertua saya, dan BIL...
Semakin menghampiri waktu tengah malam, cuaca menjadi semakin sejuk! Aku selimutkan MIL dengan beberapa lapis baju tebal agar dia tidak merasa sejuk, apatah lagi dengan keadaan beliau yang tidak sihat, suhu yang sejuk semakin menambahkan lagi penyakit lelahnya.
 Amalan-amalan sunat yang patut dilakukan ialah, berzikir, berdoa, solat sunat dan mengutip batu (batu kecil utk tujuan melontar di Jamrah)
Alhamdulillah, Allah itu Maha Besar. Sekali lagi bas yang akan membawa kami ke Mina adalah di antara bas-bas yang awal bertolak. Ini mengurangkan kerisauan kami akan keadaan MIL yang semakin tidak sihat kerana suhu semakin sejuk. Allah Maha Besar!
(selepas itu kami menerima berita ada juga jemaah haji - kebanyakannya jemaah yang tua dan uzur- yang jatuh sakit tidak tahan cuaca sejuk kerana bas yang membawa mereka lambat sampai disebabkan kesesakan, dan mereka perlu menunggu lama di Mudzalifah hingga ke dinihari) 
(sedang beratur menunggu bas yang akan membawa kami ke Mina)
(waktu ini juga kita akan melihat berbagai ragam manusia - memang semuanya jemaah haji - tetapi di sini ujian dan dugaan Allah, samada kita dapat bersabar. 
Kadangkala kami mengucap panjang juga melihat jemaah haji ini berebut-rebut hendak menaiki bas, bukannya mereka ini budak-budak, malahan hampir kesemuanya sudah dewasa, malahan ada yang sudah bercucu! 

Ya Allah Ya TUhanku..jauhilah kami dari sifat-sifat kurang elok ini ...apatah lagi kami ini membawa MIL yang sudah tua dengan kerusi roda...kadang kala terfikir saya, sepatutnya jemaah haji yang muda-muda, sihat walafiat ini memberi laluan kepada kami dahulu memandangkan kami membawa orang tua yang uzur, tetapi nampaknya masing-masing hendak mendahulukan diri sendiri.

Mulutku tidak henti-henti beristifar dan sentiasa berdoa, Rabbi Yassir walatu'assir, Ya ALlah permudahkan segala urusan kami, Ya Allah Engkau Permudahkanlah!

 Bermula tengah malam, satu demi satu bas yang membawa jemaah haji ke Mina memulakan perjalanan mereka. Namun bayangkan, keadaan masa itu mengumpulkan hampir 7 JUTA jemaah haji dari seluruh dunia ... maka keadaan memang sesak ... bas-bas beratur, kebanyakan jemaah haji dari negara lain hanya berjalan kaki ke Mina. 
- bersambung di lain entri -
- Mina-Melontar di ketiga-tiga Jamrah- 

Monday, November 15, 2010

Hari ini WUKUF di Arafah

Mengikut pengisytiharan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi, hari ini adalah hari WUKUF di Arafah.

Bermula dari semalam Ahad 14 Nov 2010, beberapa juta umat Islam telah bergerak keluar secara beramai-ramai dari kota Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah sebagai persiapan menghadapi hari paling penting dalam ibadat haji iaitu hari Wukuf. 

Wukuf merupakan kegiatan yang tidak boleh ditinggalkan oleh seseorang yang melakukan ibadah haji, karena ia menjadi rukun, dan rukun merupakan salah satu unsur penting yang sama sekali tidak dapat ditinggalkan, dan kalau ditinggalkan maka haji seseorang menjadi tidak sah. Seseorang yang menderita sakit, meskipun tidak dapat berjalan, atau tidak dapat duduk, maka harus dibawa ke Arafah untuk melakukan wukuf, walau wukufnya dalam keadaan apapun, sedar ataupun tidak sedar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji pada mulanya akan berhimpun di Padang Arafah selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah. Di Muzdalifah pula, jemaah dikehendaki berada di kawasan itu sekurang-kurangnya beberapa jam termasuk mengutip batu-batu kecil bagi membuat lontaran jamrah di Mina.


Di Mina, jemaah akan tinggal lebih lama iaitu tiga hari pada hari-hari tasriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf.

Mengimbau kembali pengalaman ku, kami diarahkan bersiap-siap kerana bas yang akan membawa kami ke Arafah akan sampai ke hotel selepas Asar. Aku pun menolong ibu mertua ku bersiap-siap. Dengan keadaan beliau yang kurang sihat, kami hanya menunggu di bilik hotel sehingga diberitahu ketibaan bas. Terdapat 5 buah bas disediakan untuk membawa jemaah haji dari pakej UTAS Travel. Selepas suamiku membawa turun beg ibunya, saya pun memimpin ibu mertua ke bawah. Kelihatan sudah ramai jemaah haji menunggu di lobi hotel. 

Selepas mendapat tempat di atas bas, bas pun bertolak perlahan-lahan menuju ke Arafah. Semua jemaah beramai-ramai berbondong-bondong menuju ke satu arah, iaitu Padang Arafah. Jalan raya penuh sesak, bas, kereta dan kelihatan juga yang berjalan kaki. Sedikit demi sedikit bas berjalan. Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke khemah lebih kurang jam 4 pagi. Jaraknya bukanlah jauh, tetapi dalam keadaan sebegitu, ia mengambil masa berjam-jam. Di sini lah kita dapati betapa keadaan ini akan menguji daya ketahanan  mental, spiritual dan juga fizikal kita. Aku sangat kasihan kepada ibu mertua ku yang kurang sihat, tapi  dalam fikiran ku, tiada lain hanya sentiasa berzikir, berdoa ke hadrat ALlah SWT agar diPermudahkan segala urusan.  

Apabila sampai di khemah yang diperuntukkan khas utk pakej UTAS, kami dapati hampir kesemua ruang telah penuh. Ini kerana bas yang kami naiki adalah bas yang terakhir dari 5 buah bas tersebut. Aku pun mencari-cari di celah-celah jemaah haji wanita yang hampir kesemuanya telah pun mengambil tempat masing-masing. Ya Allah, Engkau permudahkan Ya Allah, agar kami mendapat tempat, terutamanya ibu mertuaku. Kasihan aku melihat beliau yang kepenatan setelah berjam-jam berada di atas bas. 

Di sinilah kita akan dapati ujian Allah yang Maha Besar, samada kita dapat bersabar dan bertolak ansur di antara sesama jemaah haji. Perasaan pentingkan diri sendiri hendaklah ditolak tepi. Alhamdulillah akhirnya dapatlah kami menyelit di celah-celah jemaah haji lain yang samada sedang tidur, duduk dan ada juga yang sedang solat. 

Pada hari wukuf, kita disunatkan berada di kawasan wukuf sampai terbenam matahari.
Tetap di tempat, tidak berjalan-jalan.
Menghadap kiblat, dalam keadaan bersuci, menutup aurat.
Lebih afdhal, wukuf tidak di dalam tempat tertutup.
Dalam keadaan tidak berpuasa.
Dalam keadaan khusyu’, tekun berdoa dan lain-lain.
Memperbanyak berdoa, istighfar, dan lain-lain.

Oleh karena itu, wukuf merupakan intipati dari seluruh rangkaian ibadah haji. Begitu pentingnya kegiatan ini, sehingga seseorang yang tidak melakukan wukuf hajinya tidak sah.

Bagaimana pula kita yang berada di tempat lain? Sepatutnya kita ambil peluang ini, sempena hari dan waktu yang sangat mulia dan penting dalam ibadah haji ini untuk turut sama memperuntukkan detik-detik waktu pada hari ini, memperbanyakkan bersolat sunat dan berdoa ke hadrat Allah SWT. 

Bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi, bagi pelajar2 PMR yang sedang menunggu keputusan peperiksaan, dan juga yang lain-lain..ambillah peluang keemasan ini... berdoalah berdoalah berdoalah !

kurangkan duduk didepan komputer bermain games, berfb berblogging ... mari kita menafaatkan hari ini dengan sebaik-baiknya. Amin.


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....