Thursday, September 30, 2010

8 tahun sudah berlalu

29th September 2002
Setelah genap 38 minggu mengandung, di pagi Ahad yang hening sudah mula ada tanda-tanda hendak melahirkan. Jarak masa antara contraction di kira, oh..sudah semakin dekat. Jika berdasarkan pengalaman melahirkan 7 orang anak sebelumnya, aku tidak boleh menunggu lama, kerana kebiasaannya dalam masa 1/2 jam hingga 2 jam sahaja aku akan melahirkan. 
Terus memberitahu suami agar bersiap segera dan setelah memastikan urusan anak2 yg lain ditinggalkan dengan bibik, suami terus memecut kereta ke lebuhraya Elite menuju ke hospital PutraJaya. Sampai sahaja terus aku dibawa masuk ke bilik pemeriksaan...dengar staff nurse mengatakan sudah 7cm! Sekejap lagi bersalin lah ni...
 baju pun tak sempat disalin dengan baju hospital, terus dibawa ke bilik bersalin..tidak lama selepas itu... lahirlah seorang bayi perempuan yang comel...
Pada mula agak terkejut juga, "perempuan?" tapi ALhamdulillah semuanya selamat...
Ini kerana berdasarkan pre-natal check up di klinik, 2 kali ...ya 2 kali semasa Dr. scan kata lelaki ....jadi seminggu lebih tak bernama, kerana sebelum itu sudah sediakan nama lelaki...
akhirnya nama Hana' diberi...bermaksud "rezeki tanpa kepayahan"
sememangnya sepanjang masa mengandung dan sehinggalah melahirkan semunya dipermudahkan oleh Allah SWT. ALhamdulillah...

Selamat Hari Lahir untuk Hana', anak bongsu ku...semoga menjadi anak yang solehah dan di berkati serta diRahmati Allah SWT sehingga akhir hayat...Ameen

Wednesday, September 29, 2010

Main kutu haram di Malaysia

Pernahkah anda main kutu? eeeeeiiii...bukan kutu yang dari species binatang tu.... ni sejenis pelaburan wang..

Saya pasti semua orang pernah main secara langsung atau tidak langsung! Memang itulah hakikatnya di Malaysia ini.. sejak dahulu lagi, mak-mak, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, datuk nenek...dalam pengetahuan saya pernah main kutu ni. terutama kaum ibu ....

Mengikut berita online KOSMO  pagi ini, Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya."

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
***************
Hurm..kalau begitu , nak kena tangkaplah semua makcik-makcik ni...???
tetapi ayat terakhir itu menyatakan jika bermain kutu itu bagi tujuan rangkaian perniagaan... ???
Apa kata anda?.

Saturday, September 18, 2010

Kenduri Kahwin

Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal, kami sekeluarga dapat berkunjung ke majlis kenduri kahwin anak Pak Latip Talib, novelis sejarah Islam tersohor tanahair di Kanpung Kerangai, Negeri Sembilan hari ini. Ini adalah kali pertama saya dapat berkunjung dan melihat suasana kampung yang sangat damai dan tenang tanpa hiruk pikuk suasana bandar di daerah Jelebu, Negeri Sembilan ini... perjalanan ke kampung ini sangat mencabar dengan jalannya yang bak ular dipalu, serta naik turun bukit dan lembah...Alhamdulillah anak saya Mu'adz tidak ikut serta, jika tidak sudah pasti dia akan muntah di tengah jalan akibat mabuk dan pening...bagi kami yang pertama kali berkunjung ke sini, perjalanan mengambil masa 1 jam dari Seremban.


Isteri Pak Latip
Bersama Pak Latip sebelum berangkat pulang

Friday, September 3, 2010

Peluang Sekali Setahun

Peluang ini hanya datang setahun sekali, itupun jika umur kita masih panjang untuk menempuhi nya lagi pada tahun akan datang. Ramadhan semakin menghampiri ke penghujung, marilah kita sama-sama berlumba-lumba mengutip peluang yang Allah beri ini untuk bekalan di sana nanti, InsyaAllah... 
di samping memperbanyakan ibadah dan solat malam serta berdoa, kita digalakkan bersedekah dan menderma sebanyak mungkin di bulan Ramadhan yang mulia ini...Allah akan melipat gandakan amalan sedekah dan derma kita...Oleh itu, peluang anda masih lagi terbuka untuk menderma kepada tabung kutipan Surau Kompleks Pendidikan Hira' (seperti entri sebelum ini) ...marilah kita sama-sama berebut-rebut memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini...


Wednesday, September 1, 2010

Surau Kompleks Pendidikan Hira', Jeram, Kuala Selangor


Salam semua sahabat alam maya... demi untuk memenuh kan tabung kutipan derma untuk Surau sekolah anak saya seperti yang akan saya nyatakan di bawah. Di harap sangat sahabat semua dapat kiranya membantu, apatah lagi sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan menderma dan bersedeqah.

Alhamdulillah surau ini baharu siap dibina dengan kos sebanyak ~ RM1.7 JUTA. Setakat ini dengan hasil kutipan dari para ibu bapa dan juga alumni Hira' serta orang ramai, sebanyak ~ RM700, 000 telah pun berjaya dikutip dan dibayar kepada pihak kontraktor. Pihak sekolah dan Maahad Tahfiz masih lagi kekurangan sebanyak ~ RM1 JUTA lagi untuk dijelaskan kpd kontraktor.

Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita rebut peluang ini utk melipat gandakan lagi amalan kita,

Setiap sen yang anda belanjakan, InsyaAllah akan sentiasa dilipat gandakan oleh Allah SWT selama mana surau berkenaan sentiasa digunakan untuk tujuan beribadah dan menuntut ilmu oleh anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Qur'an Hira' dan Sek Menengah Islam Hira'.

"Bandingkan derma orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkali gandakan pahala bagi setiap yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah:261

Saya sertakan juga di sini no akaun BIMB JKPKD (Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma) Hira' untuk sesiapa yang mahu menderma terus kepada pihak sekolah:
BIMB 120 100 100 19026
***************************
Serba sedikit sejarah Institusi Pendidikan Hira' (IPH)

IPH telah di asaskan pada tahun 1985 dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira' (SRI Hira'). Diikuti pula dengan penubuhan Sekolah Menengah Islam Hira' (SMI Hira') pada tahun 1991 dan seterusnya Maahad Tahfiz AlQuran Hira' (MTQ Hira') patahun 1995. Kini SRI Hira' mempunyai seramai 927 orang murid dan beroperasi di kampung Batu Belah, Klang. SMI Hira' mempunyai jumlah pelajar seramai 420 orang dan MTQ Hira' dengan jumlah pelajar seramai 131 orang dan beroperasi di atas tanah seluas 10 ekar di Kompleks Pendidikan Hira', Jeram, Kuala Selangor.

KPH dianggarkan dapat menampung seramai 1000 orang pelajar apabila siap sepenuhnya. Buat masa ini pengambilan pelajar adalah terhad walaupun permintaan orang ramai adalah tinggi oleh kerana kekangan tempat terutamanya asrama.

Sebelum ini, ruang solat diguna bersama dengan dewan makan. Sehubungan dengan itu, pembinaan surau yang berasingan menjadi satu perkara yang mendesak agar para pelajar di KPH dapat menunaikan solat secara berjemaah dengan selesa dan sempurna
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....