Monday, May 17, 2010

Bulan dan Bintang

Fenomena semalam yang sungguh cantik ...

Kelihatan di langit bulan sabit dan bintang berkelipan. Sebenarnya itu bukanlah bintang tetapi adalah planet Venus. (Baca penerangan di sini). Saya terpaksa 'pinjam' gambar dari internet kerana camera saya rosak, tak dapat nak ambil gambar. 
Apabila melihat fenomena sebegini, apakah ianya habis di sini sahaja dengan kita hanya mengatakan , "Wahh..cantiknya..." ? tanpa kita memikirkan siapakah pencipta semua keindahan alam ini... bukalah Al-Quran ... bacalah makna ayat-ayat Allah (jika tak faham Arab ..seperti saya..) dan kaitkanlah kejadian ini dengan Maha Pencipta Maha Agung,  Allah SWT.

Surah Fussilat. Ayat 012.
Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Surah AlAn'aam. Ayat 097.
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
 dan Allah bersumpah dalam Surah Al-buruj :
Surah AlBuruj. Ayat 001.
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
dan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan tentang kejadian bulan dan bintang dengan kebesaran Allah SWT. Semoga ia akan menjadikan kita lebih tunduk dan tawaduk kpd Allah SWT. Amin. 

(http://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php)

Wednesday, May 5, 2010

Hadith of the day - Sabar

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0758.
Dari Abu Said r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0666.
Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, "Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah."
 
Malay Hadith Search Engine:
http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....