Saturday, March 27, 2010

Earth Hour 2010

Jangan lupa malam ini 27hb Mac 2010 jam 8:30 - 9:30 malam...tahun lepas kami sekeluarga juga join earth hour ini...tapi yang tak bestnya banyak rumah jiran tak ambil peduli tentang earth hour ini...sebenarnya berbillion dollar dapat dijimatkan dalam masa 1 jam earth hour ini dijalankan jika mendapat sokongan semua penduduk.....
sebenarnya kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk bumi ini ...Ya ... penduduk bumi ini termasuklah anda dan saya ... berapa dunia ini sudah tenat dengan segalanya ... betapa penduduk bumi ini sendiri yg menyumbang kpd kehancuran dan kerosakan muka bumi ini...

maklumat  lanjut...sila rujuk http://ehm.my/


Tuesday, March 16, 2010

CAMP'10

CAMP'10



What is Information Retrieval? atau dalam Bahasa Melayu ialah Capaian Maklumat ?

It is a study of how data is organized, processed and stored  in a corpus and later retrieved to fulfill user's information needs through a computerized system.


Anda pernah menggunakan enjin carian? seperti Google, Yahoo, Alta Vista dsbnya untuk mencari sesuatu maklumat di internet? Terdapat banyak enjin carian yang boleh digunakan pada masa ini, ada enjin carian am seperti google and yahoo, manakala yang khusus seperti enjin carian Hadis, khusus untuk mencari hadis yang sesuai dalam Bahasa Melayu..


Capaian Maklumat dan Pengurusan Pengetahuan bukan sahaja tertakluk kepada apa yang dinyatakan di atas, tetapi merangkupi bidang yang lebih luas lagi. Semua ini akan dibincangkan dalam kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentang dalam persidangan antarabangsa CAMP'10 yang sedang berlangsung sekarang di SACC Convec.




Sunday, March 7, 2010

PRE - KLIBF 2010

Saban tahun
Kedatanganmu ku nanti ....
kali ini kedatangannya agak cepat, selalunya dalam bulan April,
mungkin diawalkan sempena cuti sekolah , agar lebih ramai para pelajar dan pendidik dapat hadir dari seluruh pelosok negara...orang awam juga digalakkan hadir...pelbagai bahan bacaan disediakan untuk segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, bekerjaya, mahupun suri rumah... pilih sahaja yang berkenan di hati... tebalkan poket!!! hehehe...itu sudah mesti....
mari kita sama-sama naikkan indeks negara Malaysia... 10 tahun dahulu...statistik negara menunjukkan secara purata seorang penduduk Malaysia HANYA membaca 2 BUAH BUKU SETAHUN!!!
 Saya nantikan buku2 terbaru dari rakan2 penulis yang dikenali... Kak Ummi Kalthum Ngah...ada novel baru yang akan diterbitkan? penulis tersohor dan prolifik sejarah Islam...siapa lagi jika bukan Pak Latip, Prof Kamil...(mungkin akan terbit buku baru dari Puan Roza? ), Lily Haslina, Ain Masarah, dan lain-lain lagi yang tidak tersebut oleh saya...,
Anak-anak saya yang suka membaca novel thriller RAM ...(Ramlee Awang Murshid)...menantikan jika akan keluar novel terbaru beliau....Kak Long juga mungkin ternanti2 novel terbaru dari penulis kegemaran Aisya Sofea...Hlovate....

PRA-KLIBF  2010
Kenapa saya katakan pra...? dari 3 - 7 March MPH mengadakan SALE besar2an di semua rangkaian MPH... Saya telah menjadi member MPH sejak beberapa tahun lepas, jadi petang tadi berkunjung ke MPH di SACC Mall Shah Alam...Wafa', Zubair dan Hana' have a shopping spree....!!! seronok masing2 ambil buku tu ...ambil buku ni...masing2 dengan pilihan masing-masing...malam ni terasa sunyi senyap rumah...??? Mana pergi anak-anak saya yang ada di rumah??? Jenguk bilik..rupa-rupanya masing-masing sudah tenggelam dalam dunia buku masing-masing...

Thursday, March 4, 2010

Jus Mangga RANI

Jus mangga paling sedap (boleh saya katakan di dunia) yang pernah saya minum adalah jus mangga di kota suci Mekah. Ini mengikut cita rasa tekak sayalah... 
Semasa menunaikan fardhu haji pada tahun 2007-2008 (pergi Dis 2007, balik pada Januari 2008), kami tinggal di Hotel Al-Raied (hotel ini memang hotel lama dan kami dimaklumkan selepas beberapa bulan kami kembali ke tanahair, seluruh kawasan hotel tersebut telah diruntuhkan untuk memberi peluang kepada kemajuan, hotel-hotel canggih dan maju akan didirikan di situ) , sangat dekat dengan Bab Al-Madinah, Mesjidil Haram. Lebih kurang 30-50 meter sahaja. Alhamdulillah satu kemudahan yang Allah takdirkan diberikan kepada kami semasa menunaikan fardhu haji. Dan Alhamdulillah sepanjang kami di sana saya dan suami hanya diserang batuk sekali sekala, tidak teruk. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan kesihatan yang boleh dikatakan baik sepanjang masa di sana. Begitu juga selepas kami pulang ke tanahair. Saya menganggap salah satu sebabnya mungkin juga sebab saya selalu minum air zam-zam sepanjang masa. 
 Beberapa hari selepas berada di kota suci Mekah, dalam perjalanan pulang ke hotel selepas fardhu Isya', kami singgah di sebuah kedai di bawah hotel. Saya minta suami belikan saya air jus. Selepas memilih antara jus-jus yang dijual, suami memilih sebotol jus mangga berjenama RANI. Sampai di bilik hotel saya terus menanggalkan telekung dan terus duduk di birai katil untuk membuka botol jus tersebut. Tanpa berlengah membaca doa dan meminum jus tersebut... MasyaAllah...! ketika itu saya rasakan itulah jus yang paling sedap yang pernah saya minum sepanjang  hidup saya!!! Selepas itu kami pasti singgah membeli jus tersebut setiap kali pulang dari solat di Mesjidil Haram.
Semalam, suami dan saya pergi menjamu selera ke sebuah restoren menjual makanan Arab tetapi dengan harga patut di Seksyen 7, Shah Alam. Sambil suami membayar makanan tersebut, saya meninjau ke kedai sebelah... tiba-tiba mata saya terpaku ke rak yang menjual minuman... sungguh tidak percaya bahawa jus yang paling saya suka itu ada dijual di situ! lalu saya minta suami membelikannya... bukan 1 tapi 6 botol! 

Monday, March 1, 2010

Bertemu Tulipurple

Tulipurple

Hari Ahad yang lalu, dengan Rahmat Allah SWT saya telah bertemu dengan Tulipurple buat kali ke-2. Pertama kali bertemu dengan beliau ialah semasa bloggers gathering tahun lepas di Marche Movenpick, sempena kedatangan blogger terkenal dari Singapura, siapa lagi jika bukan Kak Elle (boleh baca di sini). Semasa pertemua pertama itu, Tulipurple sedang "uwek...uweks"... orang putih kata...morning sickness...
Kali ini Tulipurple datang bersama baby yang baru berusia hampir 4 bulan...
Muka baby Tulipurple hampir sama besar dengan Hana...!!! kussss...semangat...
tapi baby ni baik saja...tak meragam langsung... bila di ajak "berbual" .... ternganga-nganga macam nak balas balik apa kita cakap pada dia...
Kedatangan Tulipurple ialah untuk mengambil barangan pesanan beliau dan juga membeli butang-butang comel dari Button Planet.... sesiapa yang suka membuat kraftangan atau hendak mencari butang2 ekslusif untuk baju anda boleh lah berkunjung ke situ...(sempat promote lagi... promote jangan tak promote...)
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....