Wednesday, December 8, 2010

KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010

Debaran semakin terasa....

saya pasti ramai blogger yang terdiri dari pelajar sekolah menengah tingkatan 3 sekarang sudah mula berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan PMR mereka...

bilakan keputusan itu akan diumumkan????

........
..........
.............

23 Disember 2010...

bermakna dari tarikh hari ini, 8 Disember... tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi..

Bagi saya pula, kali ini anak ke-5 saya pula, Wafa',  yang berdebar-debar menanti keputusan peperiksaan ini...
walau apapun keputusannya nanti, semuanya sudah tertulis... usaha dan do'a sahaja yang mampu mengubahnya....
Semoga Wafa' berjaya mendapat keputusan yang diharapkan...InsyaAllah..

13 comments:

  1. Salam azzah.

    Skrg ramai pelajar yg pandai2. Yang dapat 8A beribu2. Itu tak masuk yg dpt 7A dan 6A.

    Dulu berapa kerat aje yg dapat 8A.

    ReplyDelete
  2. Tahun ni tiada anak saya yg ambil PMR. Tahun depan adalah.

    ReplyDelete
  3. semuga berjaya kepada semua yg mengambil peperiksaan tu...

    ReplyDelete
  4. IM dah lepasi semua debaran ini. o iya, alamat emel IM:

    hafinah@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. semuga anak kamu berjaya..skrg ni terlampau ramai anak yang pandai

    ReplyDelete
  6. YB no.1,
    Ya lah ..sekarang beribu-ribu malah berpuluh ribu yang dapat 8A atau 9A(bagi yang bersekolah agama) ...
    agaknya kerana peluang belajar dengan selesa dan mudah mendapat informasi terkini ditambah lagi kelas-kelas tuisyen yang bagai cendawan tumbuh wujud di merata-rata tempat ... kelas bimbingan dari guru sekolah lagi...menyebab ramai yang menjadi pandai...Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  7. YB no. 2,

    semoga berjaya pada tahun hadapan...InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. IM,

    nanti saya ada masa saya emelkan ya...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Azzah

    moga Wafa' sabar menunggu kejayaan

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. salam, terima kasih di atas info ni..my sis amik PMR tahun ni..moga dia berjaya spt y lain.amin. =)

    ReplyDelete
  11. salam,23Dis ke keluarnya,bkn 28 ya..
    adik saya ambil tahun ni..
    muga berjaya..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....