Sunday, November 21, 2010

Cuti Sekolah

Bermula hujung minggu ini bermulalah sesi cuti sekolah bagi anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah.  Pelajar-pelajar IPTA-IPTA juga sudah bermula cuti semester sehingga semester yang baru bermula pada awal Januari 2011. 

Rumahku juga sudah kembali riuh dengan keletah anak-anak. Kak Long sudah memulakan praktikal di Hospital Sungai Buloh, Zaid dan Anas sudah bermula cuti semester, Zubair dan Hana' juga  sudah bermula cuti sekolah. Manakala Ammar dan Mu'adz hanya bercuti seminggu ini sahaja. Mereka akan balik semula ke sekolah pada petang ini kerana Ammar akan menjalani peperiksaan SPM yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mu'adz pula perlu pulang ke Maahad Tahfiz kerana pelajar Tahfiz tidak boleh bercuti lama, nanti lupa...perlu selalu mengulang pembacaan dan hafazan. Alhamdulillah dalam masa 11 bulan ini, Mu'adz telah hafal 25 juzuk dalam Al-Quran. 

Anas pula sebaik tamat final exam semester pertama, terus tidak balik ke rumah kerana terlibat dengan sukan Karisma (sukan antara kampus UiTM). Dia masuk sukan futsal. Hari ini bermula temasya sukan tersebut, tapi Anas tidak balik ke rumah kerana dikehendaki tidur di kolej bersama rakan sepasukan.

Tetapi Hana' awal-awal sudah balik kampung di Johor...seronok lah dia dengan sepupu-sepupu bermain di kampung.. kejar ayam, main dengan kucing ... main pondok2 di belakang rumah atok bawah pokok manggis, tolong bakar sampah dan daun...seronok mereka sebab di bandar tidak dibenarkan membakar di kawasan terbuka kerana ditakuti pencemaran alam...biarlah dia menikmati kehidupan di kampung...

Manakala Wafa' pula .... telah lama "merdeka" sejak tamat peperiksaan PMR yang lalu...juga sudah balik kampung..sekarang sedang menikmati waktu lapang sebelum keputusan PMR diumumkan nanti...nak buat apa waktu lapang ini? belajar masak? belajar jahit? ambil kursus komputer?

5 comments:

  1. Salam Azzah,

    Cantiknya perjalanan keluarga sempena cuti ini. Tetap ada kegiatan. Syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Kakzakie,

    Salam kembali,

    Terimakasih..masih ada anak lain yang perlu diberi aktiviti sempena cuti sekolah ini..kalau tak melahu ajelah dia...Zubair anak ke-7 akan naik darjah 6 tahun depan.. sedang mencari apakah aktiviti yang sesuai dengan dia... nak suruh dia pergi tuisyen... kami ni suami isteri sebenarnya kurang suka menghantar anak ke tuisyen. Kami berpendapat anak-anak masih boleh mendapat ilmu tanpa tuisyen jika mereka benar-benar menumpuka perhatian di kelas ... tuisyen itu sama aje dgn kelas...

    tidak mahu membebankan anak-anak dan juga kewangan...

    ReplyDelete
  3. Salam azzah... teringat cuti sekolah masa dulu... akak pasti balik kampung tolong mak sedara noreh getah... seronok...

    Trima kasih sebab hidang dutch Lady...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....