Sunday, October 3, 2010

PMR

Selepas peperiksaan UPSR dan PSRA berlalu, kali ini satu lagi peperiksaan BESAR di Malaysia akan berlangsung..iaitu PMR. 
Tiada anak saya yang menduduki peperiksaan UPSR, tetapi anak ke-5 saya, Wafa', akan menduduki peperiksaan PMR bermula hari Selasa ini...
tapi semalam, seharian mengikut kami sekeluarga berhari-raya..dari Ampang, ke Kpg Pandan, ke Puchong, dan balik ke Shah Alam..
Bila saya cakap, "amboi..beraya sakan Wafa'...macam tak ingat nak PMR" dia kata, " ala ummi, relaks lah. dah penat belajar..dah dekat exam ni tak boleh panik kena lapangkan minda dan fikiran...! InsyaAllah Wafa' dah buat persediaan secukup rasa!" ho ho ho...
Apa-apa lah Wafa'...Ummi doakan agar Wafa' dipermudahkan dan diberi ketenangan fikiran oleh Allah SWT, semasa Wafa' menjawab soalan peperiksaan PMR ... yang penting, ingatlah apa yg Wafa' belajar selama ini adalah ilmu dari Allah SWT...semoga apa yang Wafa' belajar selama ini mendapat keberkatan dari Allah SWT...dan akhirnya semoga Wafa' mendapat kejayaan yang cemerlang dan tercapai apa yang Wafa' cita-citakan...Ameen..

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....