Sunday, March 7, 2010

PRE - KLIBF 2010

Saban tahun
Kedatanganmu ku nanti ....
kali ini kedatangannya agak cepat, selalunya dalam bulan April,
mungkin diawalkan sempena cuti sekolah , agar lebih ramai para pelajar dan pendidik dapat hadir dari seluruh pelosok negara...orang awam juga digalakkan hadir...pelbagai bahan bacaan disediakan untuk segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, bekerjaya, mahupun suri rumah... pilih sahaja yang berkenan di hati... tebalkan poket!!! hehehe...itu sudah mesti....
mari kita sama-sama naikkan indeks negara Malaysia... 10 tahun dahulu...statistik negara menunjukkan secara purata seorang penduduk Malaysia HANYA membaca 2 BUAH BUKU SETAHUN!!!
 Saya nantikan buku2 terbaru dari rakan2 penulis yang dikenali... Kak Ummi Kalthum Ngah...ada novel baru yang akan diterbitkan? penulis tersohor dan prolifik sejarah Islam...siapa lagi jika bukan Pak Latip, Prof Kamil...(mungkin akan terbit buku baru dari Puan Roza? ), Lily Haslina, Ain Masarah, dan lain-lain lagi yang tidak tersebut oleh saya...,
Anak-anak saya yang suka membaca novel thriller RAM ...(Ramlee Awang Murshid)...menantikan jika akan keluar novel terbaru beliau....Kak Long juga mungkin ternanti2 novel terbaru dari penulis kegemaran Aisya Sofea...Hlovate....

PRA-KLIBF  2010
Kenapa saya katakan pra...? dari 3 - 7 March MPH mengadakan SALE besar2an di semua rangkaian MPH... Saya telah menjadi member MPH sejak beberapa tahun lepas, jadi petang tadi berkunjung ke MPH di SACC Mall Shah Alam...Wafa', Zubair dan Hana' have a shopping spree....!!! seronok masing2 ambil buku tu ...ambil buku ni...masing2 dengan pilihan masing-masing...malam ni terasa sunyi senyap rumah...??? Mana pergi anak-anak saya yang ada di rumah??? Jenguk bilik..rupa-rupanya masing-masing sudah tenggelam dalam dunia buku masing-masing...

3 comments:

  1. Kami pun sama, ternanti-nanti event ni saban tahun...kalau balik dari kedai from buying books memang rumah macam kena landa garuda...senyaaaaaaaap jer. Pakat dok "makan" buku..sekarang kami tengah inculcate the habit of frequenting to the library..every 3-weeks kami pergi.

    p/s: walhal umminya pun sama gak..kalau beli buku dan-dan tu rasa nak baca tak mo buat kerja lain..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai pesta buku nie

    teruk nyer kan ....

    ReplyDelete
  3. dah lama tak ke pesta buku ni. ingat nak pergi jugaklah

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....