Sunday, June 14, 2009

Ustaz Fathi Yakan kembali ke Rahmatullah


Fathi Yakan. Nama ini mula saya kenali di pertengahan tahun 80an...apabila saya membeli dan membaca buku beliau bertajuk "Apa Erti Saya Menganut Islam" sewaktu menuntut di USA. Buku itu yang sudah kekuningan warna kertasnya masih saya simpan hingga hari ini. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana dapat membaca buku tersebut sewaktu diri ini dalam pencarian mencari jati diri dan arah tujuan hidup ini.

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi semalam... Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...

11 comments:

  1. Semalam hubby bagitau Al Fadhil Ustaz Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah..sedih dan sebak rasa saya sebab macam Nurazzah saya juga mula mengenali almarhum bila mula membaca buku tersebut dan mengikuti usrah di US dulu..sungguh besar jasa almarhum.

    Al fatihah.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..

    samalah kak, buku Apa Erti Saya Menganut Agama Islam tu buku reference usrah masa saya form 1 - 5 dulu.

    ReplyDelete
  3. zino pun pernah baca buku tu dan masih ada di simpan dalam lemari tu..

    al fatihah..

    ReplyDelete
  4. tapi ada source kata dia belum meninggal. boleh baca d www.dperantauan.com

    apapun, moga ALlaah tempatkan dia bersama solihin, syuhada' dan anbiya'.

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah, ya buku itu penuh dengan garis dan nota. Masa kursus persediaan, senior pesan nanti gi US, bawa buku itu sekali. Memang besar jasa tulisan beliau. Semuga dia di tempatkan dikalangan darjat yang tertinggi..Amin

    ReplyDelete
  6. gugurnya sebutir bintang yg menyinar alam ini... bukunya menjadi rujukan tika usrah dulu...

    ReplyDelete
  7. dari DIA kita dtg dan kepada DIA kita kembali

    salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ReplyDelete
  8. Fathi Yakan. Dakwahnya global. Hasil karyanya menjadi teks usrah pertama saya.

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah. Moga dia tenang di persemadian dan ditempatkan bersama para syuhada'. Amin

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Saya juga sedih atas kehilangannya. Buku-bukunya menjadi rujukan dalam usrah dan pelbagai program semasa di universiti dulu.

    Tumpang blog Pn Nurazah, abang long punya blog kena register ke kalau nak layari? sebab saya tak boleh baca macam selalu. Macam mana yer?

    ReplyDelete
  11. Basyiraa Zahra'

    Mungkin blog abg long sedang dalam proses "renovation"
    ;-)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....