Tuesday, April 28, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL

Alahai... Lamanya blog ini terbiar... banyak perkara yang hendak diupdate, tapi apakan daya tidak tercapai... kesian blog ini... biarlah saya update dgn sedikit cerita tentang PBAKL yang rata-rata kebanyakan bloggers dah update berkenaan nya.
Setiap hujung minggu kebelakangan ini penuh dengan agenda-agenda tertentu... bermula dengan mesyuarat PIBG, kemudian sukan, Hari Ihtifal (Hari penyampaian hadiah utk murid cemerlang), maka hari Sabtu hujung minggu yang lepas diusahakan juga meluangkan masa utk pergi ke PBAKL di PWTC, walaupun sebuah kertas kerja perlu disiapkan selewat-lewatnya hari Ahad untuk dihantar ke Konferensi Antarabangsa.

Kami mengambil keputusan untuk pergi awal pagi untuk mengelakkan kesesakan orang-ramai.. jam 9 pagi sudah bertolak dari rumah... alahai..sampai sekitar jam 10 pagi di PWTC kelihatan bas-bas sekolah dan rombongan sudah berderetan di tepi jalan...ini mesti sudah ramai para pelajar dan orang ramai dari serata Malaysia.....

Kami masuk dari tingkat atas..lalu melihat buku-buku rujukan sekolah yang banyak dijual terutama bagi para pelajar yg hendak mengambil peperiksaan penting (UPSR, PMR dan SPM)
setelah membeli beberapa buku rujukan utk wafa dan Hana, maka aku melilau mencari buku pesanan Kak Long. Kak Long di Jordan menghantar sms menyuruh membeli buku terbaru Ust Hasrizal, .. puas tanya salesgirl tu..salah seorang memberitahu di tingkat bawah. Lalu kami beredar ke tingkat bawah pula... orang sudah mula ramai...
Dalam perjalanan itu, tersinggah pula di booth TV3 .. melihat ada menjual set bersiri Jejak Rasul yang selalu ditayangkan di kaca TV semasa bulan Ramadhan. Mengenangkan beberapa tahun kebelakangan ini mmg jarang dapat duduk di depan TV semasa rancangan ini ke udara (selalu balik lewat dan kadang2 sibuk menyediakan hidangan utk berbuka puasa) lalu mengambil keputusan membeli set tersebut 9 kerana di jual murah... beli 3 set (Muhammad The Last Messenger~ 8 VCD + Ibnu Batuta~2 DVD + Sahabat As-Salam~2 DVD) ..semuanya hanya RM100/... harap2 selepas ini boleh duduk menengok jika ada kelapangan...
VCD & DVD Jejak Rasul
Sampai di bawah, alamak..ramainya orang...macam semut punya ramai... masuk di dewan bawah (hurm..tak ingat pula nama dewan tu) mula2 masuk nampak booth PTS... kelihatan sifuPTS (Puan Ainon) dgn memakai head band spt telinga Mickey Mouse yang berkelip-kelip ada lampu..sedang melayan orang ramai dan peminat... terus membelek-belek buku di situ.. Nampaknya kebanyakan buku yang ada telah kami beli di MPH SACC Shah Alam sebelumnya... tinggalkan Wafa' dan abi serta Hana' di situ... puas pusing dewan cari buku ust Hasrizal... tidak juga berjumpa... bila tanya semua tak tahu apa penerbitnya, sms Kak Long pun tak cakap penerbit apa... kepala dah pening sbb pusing2 dicelah-celah orang yang semakin sesak... adoii..tak bernafas rasa... on the way hendak keluar dewan tel abi, tanya abi kat mana... ternampak pula ada booth menjual buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain: Membongkar rahsia sebenar seorang pejuang agong" dan " Yakjuj & Makjuj: Rahsia di sebalik Gunung" .. on sale, beli 2 cuma RM40.00 ... dah ambil nak beli ..teringat nak tel abi... Alhamdulillah..nasib baik belum bayar..rupa-rupanya abi pun dah beli... (bila jumpa Wafa semula..rupa-rupanya tengok Wafa pun dah beli kedua-dua buku yang sama!!!) so sekarang kami ada dua salinan setiap buku tersebut...


masih belum berjumpa buku pesanan kak Long... dalam hati berkata, "alamak..kat mana nak cari ni..".. keluar dewan di hadapan dewan ada sebuah pentas utk pelancaran buku oleh penulis..dan banyak kerusi.. jadi ambik keputusan duduk sekejap melepaskan penat... then baru tahu rupanya buku ust Hasrizal adalah diterbitkan oleh Galeri Ilmu, dan booth GI terletak di sebelah luar berhampiran pintu masuk utama... lalu saya pergi bersama Hana mencari buku tersebut... sampai sahaja di booth GI, juga ramai orang... jalan kalau tidak berlaga bahu tak sah...masa ni dah tak larat nak tgk buku lain, terus tanya salesman mana buku Ust Hasrizal..ada pulak offer.. beli 3 buah hanya RM50.00... so beli 'Aku terima Nikahnya..' ~ actually buku dah lama..tapi tak pernah beli lagi.. + 'Bercinta sampai ke Syurga' ~ ini sambungan buku Aku Terima Nikahnya + 'Rindu Bau Pohon Tin'...sebuah travelog perjalanan menuntut ilmu Ust Hasrizal di Jordan.
Bila balik semula ke kerusi di hadapan pentas, kelihatan Ust Hasrizal dan Tuan Haji Abu Hasan Morad sedang memberi ulasan buku ...... Wafa minta beli buku Ust Zul Ramli~ "U Turn ke Jalan Lurus!' ...

Ustaz Hasrizal & Tn Hj Abu Hasan Morad(bos no 1 Galeri Ilmu)


Sedang mendengar ustaz memberi sinopsis buku, kelihatan kelibat seseorang yang sangat dikenali di dunia penulisan, siapa lagi jika bukan Sasterawan Negara Pak Samad Said... rupa-rupanya giliran beliau (bersama Faisal Tehrani) selepas giliran ustaz Hasrizal..


Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pulang..kerana dewan semakin sesak dengan orang ramai... rupa-rupanya diluar juga ada booth di sepanjang jalan... lalu kami singgah membeli buku dari Pak Utih, "Suami Memimpin , Isteri Mengurus"... buat panduan kami (walaupun sudah 23 tahun berkahwin!) kebetulan Pak Utih juga ada di situ ..lalu tidak melepaskan peluang utk mendapatkan tandatangan dan bergambar dgn Pak Utih..
Sebenarnya kami pernah menghadiri kursus pasca-perkahwinan kelolaan Pak Utih di UiTM pada tahun lepas..ada menulis tentangnya di sini.
Bersama Pak Utih
Kemudian Wafa pula mengambil buku tulisan Hamdy untuk remaja, " Rancang Hidup Rancang Wang Remaja" dan bergambar dan mengambil autograf dari penulisnya...

Wafa' dan Pakcik Hamdy
Harap2nya sempatlah hendak menghabiskan membaca buku2 yang dibeli ini...
Sebenarnya kalau tunggu sampai petang InsyaAllah dapat berjumpa Kang Habib...siapa lagi jika bukan penulis buku bestseller di Indonesia dan Malaysia... Ayat-ayat Cinta. Anakku Ammar dapat lah jumpa live, sebab dia datang sebelah petang dengan kawan-kawan dia...

27 comments:

zino said...

banyak nampak memborong hehe

yellowrose said...

thnx a lot ummi..!!masetuh kredit abes...huhu igtkan ummi tau galeri ilmu..sebab ade da tulih kt blog die..jage baek2 buku tuh.!!pos la ke joden..huhu

Kak Elle said...

wow semua buku2 yg berfaedah ye Azzah...saya cuma beli novels2 cinta aje...hehe

pinatbate said...

26 Apr 09, 05:37
Pinatbate:

Salam kak azzah,tghari tadi macam nampak kak azzah kat pesta buku,tapi segan nak tegur..takut silap org.. :)

nurazzah8 said...

26 Apr 09, 06:50

to pinatbate:

laaa.... kenapa tak tegur...? mmg akak ada kat sana dari pagi...;-) kalau tak sure dah kenal pinatbate...

pinatbate said...

26 Apr 09, 19:03
Pinatbate: sorry kak..saya ni takut tersilap org..

nurazzah8 said...

Zino,
alahai...tak sedar duit mengalir laju...
tapi demi untuk menimba ilmu,saya memang suka berhabis utk buku...

nurazzah8 said...

Kak Long,
Nak pos kan ke?... ke nak tunggu sampai kak long balik masa cuti nanti?

nurazzah8 said...

Kak Elle,

Entahlah...kali ni mmg tak berminat hendak membeli novel2 cinta..dah masuk juga ke booth ....?? Alaf21 ke? yang ada authornya Aina Emir? lupa pulak... dah belek2 nak ambil novelnya..tapi selepas berfikir dua tiga kali..letak semula. Bukan apa, sebab rasanya sekarang ini saya memang tiada masa hendak membaca novel2 sebegitu... buku yang lain yg dibeli pun belum habis baca...

ASE1 said...

salam Azzah ...

saya pun ada kat situ , tak sangka plk tu Azzah ..

nurazzah8 said...

ASE1,
Salam perkenalan. Kali pertama menerima komen dari ASE1. IA nanti saya visit blog u...

azmamusa said...

29 Apr 09, 09:13
azmamusa:
x dpt nk g pesta buku... jauh nun di sana.

Button Planet said...

azmamusa,
ya...Insyaallah boleh luangkan masa pada tahun hadapan... jika tidak order sahaja buku2 secara online...lagi senang ..terus sampai depan rumah tanpa perlu bersesak-sesak... cuma yg thrill nya selalu waktu pelacaran sebegini ada byk diskaun dan dapat jumpa penulisnya sekali...

hanieliza said...

Salam..
seronoknya jika berpeluang ke PBAKL tu..
mudah-mudahan tahun depan giliran kakliza berada disitu...
InsyaAllah...

Sy@M!M! ^ AzM!r@ said...

Salam makcik Azzah. wah, macam explorace pula ke pesta buku. Best2. Saya suka ke tempat mcm nih.Rase puas w/pun byk berhbs :P

Sy pegi 1st week xsesak sgt tp tak jumpa buku Ust.Hasrizal nih. Sedih2 :( . InsyaAllah the next book fair boleh jumpa byk lagi :D

btw, sy mohon izin utk linkkn blog Makcik :) [b4 ni silent reader je]

Nong said...

Banyak nye membeli. Takpe kalau duit mengalir untuk membeli buku. Boleh buat library tu...

silversarina said...

Haaaa tu dia, puas hati dapat beli banyak buku dan jumpa ramai penulis buku , bestnya.

ASE1 said...

salam azzah ...
dulu azzah dah link saya (smurf-kuantan) .orang yang sama cuma dah tukar URL..

ummu asiah said...

kak azah..sakannya jalan n borong..pesta buku memanjang ramai org..kami yg g on weekdays pun bersesak juga..

scroll...scroll baca..yg last tu buat saya senyum..hhmmm...pakcik hamdy tu our best friend..seorang yg punya banyak lontaran idea yg critical dan bernas..untung kalau anak2 kita dpt didedahkan dari awal dgn rancang wang..as for me especially..dah terlepas..now mmg teruk kena berdikit2 akibat keterlanjuran seronok berbelanja...

nurazzah8 said...

hanieliza@kakLiza,
wahhh...tahun depan kak liza akan launch buku masakan kak Liza ke? ... jgn lupa bagi tau Azzah tau... sure nak jumpa kak Liza dan beli buku masakan kak Liza tu

nurazzah8 said...

syamimi,

salam perkenalan. Rasanya inilah syamimi yang sama nama dengan anak Makcik Rina Kemaman kan? kalau betul pernah baca masa Makcik Rina tulis berkenaan perjumpaan kalian.

no problem..silakan jika nak link.. nanti makcik juga akan link blog Syamimi

nurazzah8 said...

Kak Nong,
saya memang tak kisah berhabis untuk membeli buku..itupun nasib baik dah balik tengahari..kalau tunggu sampai petang maunya tak cukup duit...terpaksa pulak pergi cucuk kat ATM...hehehe

nurazzah8 said...

silversarina,
hahaha...memang sakan..penat tapi puas hati.. hahaha gelak baca entry you yg termimpi-mimpi Ust Hasrizal...

nurazzah8 said...

ASE1@Smurf Kuantan,
oh ye ke? Ingatkan orang lain... masa akak tukar layout baru ni tertinggal lah pulak link ke blog you...

nurazzah8 said...

Ummu Asiah,
maaf lama akak tak berkunjung ke blog Asiah..sibuk yg amat... tak sempat sangat nak bloghop..

Oh ye ke? Pakcik Hamdy tu kawan you all ke? ...mesti apa yg dia tulis tu you all dah dengar live kan....

kaksyam said...

Salam perkenalan,
Saya staf Galeri Ilmu Sdn. Bhd... Terima kasihlah kerana membeli prodak GISB. Cuma nak buat sedikit pembetulan... Sebelah Ustaz Hasrizal tu bukannya Ustaz Zul Ramli tetapi itulah bos no 1 kat GISB. Tuan Haji Abu Hasan Morad namanya. Dia juga seorang penulis dan penerbit.

nurazzah8 said...

Kak Syam,

oppsss silap....terimakasih kerana membetulkan...hehehe...