Tuesday, January 20, 2009

Jalinan Ukhwah

ALhamdulillah pada hari Ahad yang lalu, satu pertemuan antara bloggers telah selamat diadakan di sebuah premis restoren di Shah Alam...
Pada mulanya hati seperti berbelah-bahagi samada hendak pergi atau tidak kerana segan/malu yang teramat sangat. Ini adalah kerana diriku hanya mengenali seorang sahaja blogger yang akan hadir...yang lainnya memang tidak pernah pun masuk atau tinggalkan jejak di blog mereka. Namun akhirnya setelah mendapat keizinan dari hubby, maka bertolaklah daku dengan anak daraku, Wafa'. Bukan jauh sangatpun, cuma di sebelah museum negeri Shah Alam,di belakang Mesjid Negeri.
Kami sampai agak lewat, pB, kak Wear@Alex Lacey, Intan, Yan bersama anak-anak masing-masing sudahpun sampai. Pada mulanya agak kekok juga kerana malu, tapi lama-kelamaan masing-masing rancak berbual sambil menjamu selera...selepas beberapa ketika Ina @wss79 pula muncul dengan baby comelnya.........
Alhamdulillah akhirnya satu lagi jalinan ukhuwah yang bermula di alam cyber terjalin .....

Kepada pB: Terimakasih kerana berusaha menjadikan pertemuan ini satu kenyataan....

kepada Kak Wear@Alex Lacey : Lepas ni bolehlah selalu berbincang kerana bidang pekerjaan yang sama (kak Wear yang sebenarnya lebih muda dari saya)

kepada Intan: Nice knowing you ..lepas ni boleh selalu gi makan coklat...hehehe

kepada Yan : Insyaallah bertemu lagi di alam Cyber untuk berkenalan lebih lanjut...

kepada Ina@wss79 : Seorang yang peramah. Macam pernah jumpa somewhere else, masih lagi dok fikir kat mana ya...atau muka Ina sama seperti seseorang yang saya kenali...your baby is so cute....macam emaknya........juga bekerja dalam bidang yang sama dengan saya....


(duduk atas kerusi, dari kiri): Wafa', Nurazzah8, Alex Lacey, pB, Yan, Intan dan Ina
(gambar ni di ambil dari blog pB~camera saya dah habis bateri...
tak sempat nak tangkap banyak gambar)

29 comments:

  1. Salam ziarah Kak Azzah. Seronok kenal & jumpa akak semalam. Moga ukhwah terus terjalin... :D

    ReplyDelete
  2. Salam Azzah...yang dalam gambar tu...akak biasa dengan azzah...PB...dan WSS79 aje...

    Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya

    ReplyDelete
  3. owhh ini yang kak azzah kata tu ya? tapi kenapa gambar PB tak namapak? ini kes malu2 macam kaklady jugak ni ya?

    ReplyDelete
  4. Intan, sama-samalah kita..akak pun mula-mula malu nak datang jumpa you all semua. Al-maklum tak kenal, cuma kenal kak pB aje...tapi Alhamdulillah...lepas tu berborak macam dah kenal lama...
    cute anak-anak Intan tu...

    ReplyDelete
  5. kak lady@kak aNIe, tulah...Azzah tunggu jugak kot kot akak ada datang...tapi pB kata akak tak jadi datang sebab ada program dengan Ude ye.....

    ReplyDelete
  6. Ummi365,
    ye lah...teringin sangat nak jumpa Ummi, teringin nak join you all kat KLCC esok jumpa Cath, tapi apakan daya...ada kelas kena mengajar..tak boleh nak ambil cuti...
    InsyaAllah kalau ummi ada datang Shah Alam boleh lah kita jumpa...kak aNIe@lady ada no hp Azzah.

    ReplyDelete
  7. Pertemuan BLOGAWAN.

    Dahulu berkirim surat, sekarang beinternet.


    Eh, tak ada siapa ke yang nak jumpa Abang Long ? hahahahahaha ....

    ReplyDelete
  8. Abang Long,
    sebelum perjumpaan tu saya ada hantar sms kepada abang long..kot..kot..abang long nak join sama...tetapi tak berbalas....tapi kalau abang long datang pun, sure abang long jadi 'kumbang seekor dikelilingi bunga ros'!!! ..
    Saya ajak juga hubby kalau dia nakikut, tapi dia kata segan sebab nanti semua perempuan...nanti dia tak tahu nak letak mana muka...hehehe...

    ReplyDelete
  9. salam ziarah kak.

    wahh...baguslah ada pertemuan2 mcam ni. paling kurang kita dpt tambah pengalaman.

    ReplyDelete
  10. Hello Nurazzah, its wonderful to be able to meet the real people behind the callsigns in the Blog.
    I too hope to one day meet my visitors.

    Thats a very nice photograph, and you look very nice.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  11. salam ziarah kak nurazzah.. wahh bestnya.. ida pun nak join next time bleh??

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Azzah.

    Hehe tang muka tu, memang familiar sangatlah muka Kak Azzah ni. Agaknya sedara kot kita? Sedara belah hb ke?

    Tapi satu bidang, lepas ni apa² masalah boleh rujuk terus pada yang pakar. :)

    Ya, seronok berjumpa ni sebab macam dah saling kenal walaupun tak kenal. Nampak nama dan sembang² di internet aje.

    Tak sabar nak together² lagi. :D

    ReplyDelete
  13. terlupa...rasa cam dah bagi komen tadi tapi rupanya belum hehehehe...sib baik dtg balik sini...

    apa pun, memang seronok berjumpa bersuai kenal dengan orang2 baru...tambah pulak nanti buleh bertanya2 part yg tak paham ker hehehehe....

    ReplyDelete
  14. Salam,
    la...ingatkan Alex Lacey tu lelaki, selalu gak nampak...
    Azzah kala u mai Penang ke, utara ke, bagi tau ya..teringin nak jumpa

    ReplyDelete
  15. salam akak ....


    nanti kita dating dating lagi yer ....

    nanti kita serbu PutraJaya pulak

    ReplyDelete
  16. AyKay,
    mengeratkan silaturahim yang terjalin di alam maya..
    InsyaAllah lain kali boleh ajak AyKay pulak...dan beberapa orang lagi bloggers lelaki pulak...;-)

    ReplyDelete
  17. U.Lee,
    if I happen to be in Canada, I'll try to contact you, so we can meet together...maybe at Niagara Falls? I've been there once during my study years in USA...I really love the scenery and the sound of waterfalls... reminds me of God's Creation...

    ReplyDelete
  18. shafarina,
    hurm...hubby orang mana?

    ReplyDelete
  19. Alex Lacey,
    ya..InsyaAllah boleh buat projek bersama...

    ReplyDelete
  20. cik Milah, sudah tentu...saya akan call cik Milah kalau tersesat ke utara....

    ReplyDelete
  21. pB,
    calling calling aje...jika tak ada kelas dan tak sibuk ok je...

    ReplyDelete
  22. Bila lah agaknya I nak ada rezeki jumpa kawan2 bloggers ni?

    Mesti best kan....

    ReplyDelete
  23. mamamia,
    bagi emel dan hp mamamia...manalah tahu kalau akak tersesat kat KL tu boleh lah calling calling...

    ReplyDelete
  24. Salam Kak Azzah8,

    Seronok kenal akak. Orgnya sangat simple & humble...

    Intan sure ingat akak punya trademark Azzah8 tu, cuma takut lepas ni angka 8 jadi 9 pulak... hihi

    Jgn marah akak... gurau2 je!

    ;)

    ReplyDelete
  25. orang kedah lah tapi.

    atuk kat segamat.

    hehe

    kena mengena tang mana lah kita ek?

    ReplyDelete
  26. Intan...hehehe...dah tutup kedai laa....kita bagi can kat orang muda-muda macam Intan, Alex Lacey, Ina, pB dan Yan pulak....

    ReplyDelete
  27. ohh...Kedah ya...kat mana Kedah tu...
    sebab my father memang orang Kedah...ramai lagi sedara mara akak duk Kedah sebelah abah...semua adik-beradik, anak sedara, cucu cicit abah akak duk Kedah..kecuali abah akak sorang tercampak ke Johor...

    ReplyDelete
  28. salam..moga ukhwah berpanjangan..remain abadan abada

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....