Saturday, August 23, 2008

Equinoks

Azizi Ali - penulis novel Equinoks


Karya: Azizi Ali
Tebal: 405 muka surat
Penerbit: Anggun Publishing
Harga: RM29.90
Bintang: ****


Semalam semasa membaca Berita Harian Online, satu artikel mengenai novel EQUINOKS karya Azizi Ali diberi ulasan penuh (rujuk di sini). Nama Azizi Ali selalu ku terbaca di media cetak... beliau yang lebih dikenali sebagai penulis buku kewangan peribadi yang laris di pasaran Malaysia dan berjaya menembusi pasaran Brunei Darussalam serta Singapura, mula mengorak langkah dalam dunia penulisan kreatif dengan novel pertamanya, Ekuinoks.


Novel ini telah ku beli bulan lepas lagi semasa berkunjung ke MPH SACC Mall dengan diskaun 20%, tapi belum berkesempatan untuk membacanya lagi. Dari sinopsis dan artikel dalam Berita Harian itu, dapat ku simpulkan bahawa novel ini adalah novel jenis thriller, terlibat konflik cinta antara berlainan bangsa, pembunuhan, jenayah dan sebagainya.


Pengarang ini mengajak pembaca untuk menjawab teka-teki siapakah pembunuh Henry dan apakah tindakan Lee terhadap Brenda dan anaknya dalam percubaannya membunuh Iskandar yang dilihat sebagai penghalang kepada rancangannya untuk memilik isteri sahabat baiknya itu.


Thursday, August 21, 2008

Balik Kampung - siri 1

Balik Kampung - siri 1

Alhamdulillah, rindu kepada kampung halaman terubat jua. Kami sekeluarga pulang ke kampung halaman ku di Pontian, Johor pada hari Ahad sehingga Rabu di awal minggu cuti sekolah minggu lepas. Puas hati sungguh kerana dapt duduk-duduk sahaja mengingat kembali nostalgia semasa kecil dengan mengambil angin dan berjalan-jalan di sekeliling rumah ibubapa ku.

Rasa puas kerana tidak perlu melayan ramai orang (selalunya pulang semasa Hari Raya, kena layan ramai saudara-mara yang bertandang ke rumah) dan dapat meluangkan masa bersama-sama kedua ibu bapaku yang tercinta...

Hatiku sayu melihat bapaku yang sudah semakin tua dan uzur... berjalan perlu memakai tongkat dan berpapah ... kerana mengenangkan tangan itulah yang berusaha keras suatu masa dahulu membanting tulang mencari sesuap rezeki untuk kami adik-beradik... ibu ku juga yang sudah semakin tua dimamah usia...walaupun masih ligat ke sana ke mari menguruskan hal-hal keluarga

Tatkala duduk merenung, airmataku tanpa disedari mengalir laju di pipi...Sedih kerana aku tidak dapat bersama mereka setiap waktu di akhir-akhir usia tua mereka... Pernah aku menyuarakan kepada abah, untuk duduk bersamaku di rumahku di kota..tetapi jawapan abah sudah kuduga, "Tak apalah, abah lebih senang dikampung , dirumah ini"
Aku faham perasaan abah, duduk di kota di rumah teres yang dindingnya batu dari bawah hingga atas, dengan pagar depan dan belakang. Tanah hanya sekangkang kera, hendak dibuat mencangkul pun rasanya tidak cukup nak buat batas, walaupun aku tahu tenaga abah, kudrat abah sudah tidak sekuat dulu.
Terkenang di waktu dulu, siapa yang tidak kenal abah, yang rajin berbakti kepada tanah, tidak kira di mana jua kami tinggal. Kawasan tanah sekeliling rumah penuh dengan pelbagai pokok dan tumbuh-tumbuhan, batas2 sayur2an berbaris, apabila tiba masanya hasil dituai... sayur-sayuran tidak menjadi masalah kepada kami sekeluarga, kerana tidak perlu membeli di pasar, hanya memetiknya dari kebun belakang rumah apabila tiba waktu memasak. Aku masih ingat lagi, betapa segarnya sayur-sayuran abah tanam. Sedap dan manis kerana sayur dipetik dari kebun terus dimasak, apatah lagi tiada bahan-bahan kimia dalam pembajaan dan juga penjagaan.
Waktu itu, aku masih ingat lagi, tidak perlu daging, atau ayam, cukuplah sekadar nasi panas, sambal belacan dan sayur-sayuran dari kebun abah. Boleh bertambah sehingga dua tiga pinggan aku makan! (sememangnya daging atau ayam ialah juadah istimewa sewaktu musim perayaan sahaja, keadaan tidak mengizinkan kami makan mewah seperti sekarang yang selalu dapat merasai masakan daging atau ayam)
Pernah pada suatu waktu semasa musim Raya semakin hampir, sayur-sayuran abah memang menjadi, hendak makan kami sekeluarga memang lebih dari cukup, itupun sudah diagih-agihkan kepada jiran-tetangga. Lalu aku mengikat kacang panjang menjadi seikat-seikat, lalu menjualnya kepada jiran-jiran yang tinggal jauh, mula-mula memang rasa malu, tetapi lama-kelamaan aku seronok kerana jualanku laku dan apatah lagi abah menyuruhku menyimpan hasil jualan tersebut...!

Tetapi sekarang, aku merenung tanah kosong dibelakang rumah ku, yang dipenuhi rumput yang sudah semakin tinggi sama tinggi dengan betisku.. meleleh lagi airmataku... Terbayang-bayang dimata, "Mak, hari ni nak masak sayur apa?" tanyaku kepada emak.

"Petiklah sayur apa yang Uda nak makan", kata emak.

lalu aku pun berjalan dari satu batas ke batas yang lain... sambil mataku melilau-lilau melihat sekeliling dan berkata-kata, " semalam dah makan sayur bendi, hari ni nak makan sawi lah pulak" lalu mencabut beberapa batang pokok sawi. Hari tu emak masak sayur bening saja, tapi itulah masakan kegemaranku. Habis semangkuk kuahnya kuhirup...berpeluh-peluh di dahi..!

Aku berjalan lagi menyusuri denai dicelah-celah pohon-pohon manggis yang tinggal beberapa batang sahaja. Dahulunya terdapat lebih sepuluh batang pokok manggis dibelakang rumahku. Itupun aku lihat buah-buahnya jatuh berguguran tanpa ada sesiapa yang hendak memanjat dan mengait buah nya. Aku mendongak ke atas, "Ah.. ranting-rantingnya sudah terlalu tinggi hendak ku panjat..."

"Wahh...ada hati nak panjat, janganlah berangan, umur kau dan keadaan fizikal engkau bukan lagi seperti dulu, 25 tahun, 30 tahun dahulu", bisik hati ku... tersedar aku dari lamunanku...
Tanpa ku sedari, bibirku menguntum senyum... Siapa tidak kenal Uda? jaguh memanjat pokok manggis dikalangan sepupu-sepupuku... Nostalgia dahulu kembali menerpa ke kepalaku..

Waktu itu musim buah manggis... "mak, tahun ini semua pokok manggis tu Uda punya!"
"Hai... larat ke engkau sorang nak panjat pokok manggis tu semua dan kait buahnya?" tanya emak.
"tak apa mak, Uda nak kumpul duit tahun ni..." sahut ku.
Lalu setiap hari selepas pulang dari sekolah aku pun terus menyalin seluar dan t-shirt dan terus ke belakang rumah mencapai galah dan menunjukkan kemahiran memanjatku...
dup... dup... dap.... dup.... sebiji-sebiji buah manggis yang masak dan hampir masak jatuh ke tanah ...
selepas satu pokok ke satu pokok yang lain ... apabila penat, aku turun dan mula mengumpulkan buah-buah manggis itu ke dalam guni.
Petangnya, "apek, apek.... tu kat belakang ada 2 guni saya sudah kait itu manggis, Lu timbang itu cepat!"
beberapa ketika selepas itu... tersengih memanjang memegang not-not merah di tangan...

(bersambung .............)

Sunday, August 17, 2008

Kenduri Kahwin & Pertemuan dgn blogger

Musim cuti sekolah sudah bermula dan di sana sini kenduri kahwin diadakan untuk meraikan pengantin baru. Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan menghadiri undangan kenduri perkahwinan. Baharu sebentar tadi saya, suami, Anas dan Wafa' pergi ke kenduri kahwin sahabat kami di mana anak mereka sama-sama bersekolah dengan Asma' dahulu, iaitu Khadijah. Kenduri itu adalah kenduri kahwin kakak Khadijah bernama Sumayyah.

suami, Salman (pengantin lelaki), Sumayyah (pengantin perempuan), saya dan Khadijah

Setelah mengambil makanan kami pun mencari tempat duduk yang kosong... baharu menyuap dua-tiga suap, mataku melirik ke kiri melihat sebuah keluarga di sebelah meja sedang berbual-bual dengan keluarga pengantin dan mengambil gambar.

Dalam hati berkata-kata...."macam familiar saja keluarga ni...",

apabila mataku terpandang kepada si bapa.... terus terkejut,

"Eh...biar betul ni... macam rupa blogger yang kukenal yang bekerja di Dubai tetapi sedang balik bercuti ke Malaysia!!! "
Siapa lagi jika bukan Ariffin@Idham@PakPayne ......
Aku pun terus membasuh tangan dan memberanikan diri mendekati si ibu @ Kak Lil,

"Assalamualaikum, ini Kak Lil ya?" tanya ku...

Nampak macam kak Lil terkejut dan tercengang-cengang...ialah dia bukan kenal pun saya.... sebab saya hanya pembaca setia blog suaminya Pak Payne...

lalu terus saya memperkenalkan diri, " saya Nurazzah8, selalu baca blog suami akak..."

" oohh..." kata kak lil...

"tak pelah... kirim salam pada Idham, beritahu dia saya Azzah8" saya berkata kerana melihat Idham sedang sibuk berbual-bual dan melayan keluarga pengantin.

Rupa-rupanya Kak Lil adalah sepupu kepada Encik Aziz, iaitu bapa pengantin perempuan...

selepas itu saya kembali ke meja dan meneruskan menjamu selera. Sambil-sambil itu menjeling juga ke arah keluarga Idham... eh..mereka sudah bergerak ke kereta hendak pulang... dalam hati berkata-kata, tidak mengapalah...mungkin tiada rezeki nak jumpa..InsyaAllah lain kali boleh berjumpa lagi....

sedang berbual-bual dengan anak dan suami tiba2 mendengar orang memberi salam, "Assalamualaikum..." bila menoleh ke belakang, rupanya Idham dan kak lil berdua ... ada rezeki juga berjumpa dengan mereka... setelah bertanya khabar dan berbual sedikit... Idham meminta diri kerana hendak pulang... Alhamdulillah, terjalin lagi persahabatan di alam maya ke dunia sebenar....


bila tengok dalam handphone, rupa-rupa anakku Wafa' ada mengambil gambar candid... sedang berdiri ketawa di belakang ialah Kak Lil, Idham terlindung disebalik botol mineral disebelah kiri...nampak sedikit sahaja wajah beliau.....

Wednesday, August 13, 2008

Silap Mata

Kebelakangan ini anak-anak ku terutamanya Zubair , Wafa' , Mu'adz dan Hana' telah meminati satu hobi baru.............SILAP MATA!

Pelbagai silap mata yang ringkas dan mudah telah mereka pelajari, dan yang menjadi penonton setia ialah ... ummi mereka!

Sehinggakan semasa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tempohari, salah satu buku yang dipilih ialah buku berikut :
dan sebuah buku-elektronik (e-book) :



Rasanya hobi baru mereka ini bakal menjadi hiburan kami sekeluarga (harap-harap jangan lah mereka serius hendak menjadikan ini sbg satu punca pencarian rezeki pula!)

Monday, August 11, 2008

Anak Jiran Anak Kita

Program "Anak Jiran Anak Kita" ini dianjurkan oleh AJK Surau At-Taqwa Sek 7 Shah Alam (surau di kawasan perumahan rumah saya) bersama Pertubuhan Mawaddah Malaysia pada hari Ahad 10 hb Ogos 2008 semalam.

Bermula jam 8:30 pg hingga 10:00 malam, pelbagai program telah diaturkan untuk semua penduduk Sek 7, Shah Alam.

Sebelah pagi terdapat ceramah oleh Ustaz Nadzmi berkisar tentang remaja dan keluarga (ibubapa dan anak2 remaja wajib hadir bersama), pada waktu yang sama terdapat acara mewarna bagi anak2 kecil hingga 6 tahun.

Bagi anak2 sekolah rendah terdapat acara Hafazan Al-Quran dan Hadis ...

Selepas ceramah Ustaz Nadzmi, ceramah dan perasmian program oleh YB Khalid Samad ...

diikuti dengan acara sukan, kanak2 dan remaja perempuan bertanding dalam acara bola jaring, kanak2 dan remaja lelaki dalan acara bola sepak dan futsal.
Terdapat juga pertandingan antara bapa vs anak (bola sepak) dan ibu vs anak (bola jaring)...

sebelah malam pula satu ceramah yang sangat berkesan oleh YB Dr Hassan Ali disekitar tajuk Anak Jiran Anak Kita... beliau yang merupa seorang tokoh motivasi satu masa dahulu menyampaikan ceramah dengan sangat berkesan sekali... balik sahaja pd malamnya sebelum tidur aku berbincang bersama suami mengenai apa yang disampaikan oleh beliau...

Yang paling terkesan ialah apabila beliau mengatakan, sebelum masing-masing dapat menanamkan sifat kasih-sayang kepada anak-anak jiran, adakah anak2 kita sendiri, diri kita sendiri, mempunyai perasaan kasih-sayang kepada 3 perkara utama? dan jika tiada perasaan sayang kepada 3 perkara utama ini jangan lah kita harapkan dapat menyayangi anak-anak jiran pula!

Apakah tiga perkara utama itu, yang perlu kita menanamkan perasaan kasih sayang yang sangat mendalam terhadapnya??

3 perkara yang perlu kita kasih dan sayang (mengikut turutan):

1) Allah SWT
2) Nabi Muhammad SAW
3) berjihad di jalan Allah

Marilah kita tanya diri kita sendiri ..... adakah kita telah ataupun sedang berusaha utk menyayangi 3 perkara di atas????

Thursday, August 7, 2008

CUTI

Bila check status e-cuti secara online...macam tak percaya pulak......
rupa-rupa sejak kembali dari menunaikan haji pada 18Januari2008 tempohari, aku tak pernah sekali pun memohon cuti rehat...!!! cuti ku masih berbaki 35 hari!!
sudahlah hari sabtu pun kerja (sbb mengajar kelas MScIT)

otakku pun mula berkira-kira mencongak nak ambil cuti semasa cuti sekolah dan kebetulan cuti pertengahan semester juga pada minggu yang sama.

Anak2 pun dah bising...

"Ummi, dah lama kita tak balik kampung kan..."

Anak2 ku sudah menrindui suasana kampung yg aman damai dan tenang serta bunyi kokokan ayam dan kicauan burung... dan kucing! ya kucing... rumah ibuku mmg banyak kucing... bukan sengaja bela kucing, tetapi ntah kenapa mmg banyak kucing suka datang rumah ibuku dikampung... agaknya sebab ibuku mmg suka memberi makan kucing2 tersebut...

Tuesday, August 5, 2008

Syukur

Bersyukur Alhamdulillah.......Tidak putus-putus bibirku mengucapkan itu

Inikah yang dikatakan pepatah "sejuk perut ibu mengandung" ?

Dua minggu lepas anak ke-3 ku Ammar pulang kerumah pada hujung minggu dari Maahad Tahfiz.

"Ummi, nanti ummi telefon atuk ya kat kampung"

"Kenapa?" tanya ku.

Sambung Ammar, " Nanti bulan Ramadhan Ammar dan seorang lagi kawan nak balik kampung atuk. Ammar dan kawan InsyaAllah nak jadi imam solat Tarawikh kat mesjid kampung atuk, boleh ke?"

"Betul ke Ammar?" tanya ku lagi seakan tidak percaya, walaupun pada masa yang sama hatiku mengucapkan syukur ke hadrat Allah.... Ammar telah pun habis menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada penghujung tahun lepas...Ya Allah, anak ku akan jadi imam solat tarawikh...Ya Allah, Engkau makbulkan doaku..Ya Allah AMin..

Tanpa ku sedari airmataku meleleh membasahi pipi...

Semoga semua anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah dan sentiasa dipelihara Allah dan sentiasa ditunjuki dan berada di jalan yang diredhai oleh ALlah...

Friday, August 1, 2008

31st July 2008 Happy Birthday Darling ..........

31st July 2008 Happy Birthday Darling ..........

I still want to wish my dearest hubby a very happy 4*th birthday today, even thou' I knew that he's not the type who likes to celebrate birthdays...that is his stand since I got married to him 22 years ago... for my hubby, every single day is a birthday, its not that just one day in a year we should celebrate... but every day..... every moment....every second..... should remind us back to our Great Creator, Allah SWT......and every second that ticks, it will brings us nearer and nearer to our destiny...why we were created and why we are here in this world....

Di atas Jabal Rahmah, di Padang Arafah, tempat pertemuan semula Adam dan Hawa
selepas terkeluar dari Syurga....

That's why today, I actually forgot about it until i came back late in the evening from work... my youngest daughter, Hana said to me... "Ummi ... hari ni kan hari jadi Abi... ummi tak ingat ke? "
hehehe.yes..I was totally forgot about it... (hurm... so many things on my mind lately...) Ni belum lagi jadi pemimpin negara...!!! ... baru sahaja jadi TPM merangkap Menteri Kewangan merangkap Menteri Kebajikan merangkap Menteri Dalam negeri merangkap Menteri Pendidikan ...etc etc.. kat rumahtangga !!!

So, no cakes no etc.... Just a very ........ KISS to my darling......
I Love You Very Much for the Sake of Allah ...Thanks for Everything.....

Khas untuk mu Sayang
CINTA BUKAN DI MATA

Akan tiba masanya
Bila isteri "senang' di hati tapi "kurang" di mata

Maklumlah sudah berderet manusia ber"bin" dan ber"binti"kan diri
kehamilan mengikis keterampilan badan
proses melahirkan mengurangkan
darjah keanggunan
bukan sedikit urat-urat seni yang putus saat bersalin
Usia meningkat, Kecantikan tergugat


Dulu yang kita lihat mulus,
kini beransur pupus
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang CINTA kita?

Cinta di mata, bertapak di "body"
tapi jika cinta tetap kekal lagi bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi
Itulah CINTA SEJATI
(nukilan: Pahrol Md Juoi)

1985.....This is the first picture of my hubby that I got from him!!
Still keep it in my purse until now....!
(shhh!...masa tu I suka tgk scenery pokok kat belakang yg dah gugur semua daun semasa Fall...
bukannya suka tengok orangnya..! buat-buat jual mahal...konon...hehehe)


now...dah semakin matang lah kan... not a single white hair on his head!!!
Jealous...jealous...!! tetapi dahi dah semakin "jendul"!!

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....