Saturday, April 26, 2008

Rahsia Murah Rezeki

Rahsia Murah Rezeki

Subuh tadi selepas solat dan menunggu suami pulang dari surau, terdengar kuliah subuh di TV (tak ingat channel berapa) oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Murah Rezeki.
Oleh itu saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekelian dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

Dato' juga menerangkan tentang konsep rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta kekayaan spt yg selalu kita anggapkan. Tetapi rezeki adalah lebih luas definisi nya. Beliau memberi contoh seperti: Mendapat anak itu rezeki, mendapat anak dan isteri yang solehah itu rezeki, mendapat jiran yang baik dan bertolerensi itu rezeki, mendapat rakan2 yg baik itu rezeki dan macam2 lagi....

Beliau mengatakan sebelum kita hendak mengetahui apakah Rahsia Murah Rezeki, kita hendaklah mengenal pasti apakah punca-punca masalah rezeki menjadi sempit.

Punca masalah Sempit rezeki:
  1. Tidak mengingati Allah swt
  2. Meninggalkan solat 5 waktu
  3. Enggan membayar zakat
  4. Derhaka kepada ibu-bapa
  5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
  6. banyak dosa besar
  7. Makan harta riba
  8. Makan harta anak-yatim
  9. Suka berbohong/ menipu
  10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
  11. membiarkan ahli keluarga derhaka
  12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki - jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc...dan beliau menambah..."burung2 susah nak terbang" - ini kata-kata beliau sendiri ya...kalau tak faham tanyalah Dato'...hehehe)
  13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
  14. Suka mengadu-domba
  15. Suka menabur fitnah
Petua Menambah rezeki

  1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo'a
  2. Banyakkan bermunajat kepada Allah - di waktu malam
  3. Taat/patuh kpd orang tua
  4. Banyakkan membaca Al-Qur'an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur'an dan bertafakur mengingati Allah)
  5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
  6. Melakukan Solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang)
  7. Tawakkal kepada Allah
  8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
  9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
  10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
  11. Menunaikan haji dan umrah
  12. Membentuk silaturrahim
  13. Berumahtangga (bagi yg belum)
  14. Berhijrah ke Jalan Allah
  15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat...)

Wednesday, April 23, 2008

Confirm...Alhamdulillah!!!!

Legaaaaa..........Alhamdulillah.....

sahabat baikku yang selalu mengunjungi sudah tiga purnama tidak kelihatan...

hati berdebar-debar...

tetapi semalam..... dia tersenyum-senyum datang...

dan saya pun lebih lagi tersenyum lebar...

Lega rasa hati............kerana jika tidak Nurazzah8 akan jadi Nurazzah9!!!!

Monday, April 21, 2008

Indahnya saat BersamaMu

Indahnya saat BersamaMu
Panduan Praktikal Qiamullail
Pengarang: Ust Nik Abd Rahim Nik Abd ghani & Ust Zahazan Mohamed

Teringat semasa membaca novel karya novelis sejarah Islam yang tidak asing lagi Pak Latib, Sallehuddin Penakluk Jerusalem. Bgmn Salahuddin Al-Ayubi berjaya memimpin tentera2 Islam mengalahkan tentera Salib yg lebih ramai lengkap dgn peralatan perang. Apakah rahsia kejayaan Salahuddin Al-Ayubi? Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya, bahawa setiap malam Salahuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya utk memerhati apa yang mereka lakukan. Keesokan harinya, Salahuddin akan memilih tentera-tentera yang menghidupkan malam dengan qiamullail seperti solat sunat Tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran sbg persiapan perang. Mereka yang hanya duduk berbual-bual kosong, tidur, berehat akan ditinggalkannya.
Buku ini dihadiahkan kpd saya sebelum saya berangkat menunaikan fardhu haji tahun lepas oleh kumpulan usrah akhawat taman perumahan saya.
Sangat berkesan di hati dan InsyaAllah selama di tanah suci di samping menjaga ibu mertuaku yang kurang sihat, cuba memenuhi masa dengan melakukan solat2 sunat.
Selepas pulang ke tanah air, masih lagi melakukannya sedaya upaya walaupun sesibuk mana. Apabila dilakukan dgn penuh kusyuk dan tawadduk InsyaAllah kita akan merasa kemanisannya... akan terasa kekurangan jika ditinggalkan. Semoga Allah masih kekalkan usahaku ini dan semoga aku istiqamah melakukannya...Ameen.


Sinopsis buku

Buku ini mendedahkan rahsia bgmn seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pd tengah malam. Ramai orang yg mampu bangun pg tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca Al-Quran.

Tahukah anda bhw sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah swt dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang berkata, "Kalau begitu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!"

Buku ini juga menggariskan secara terperinci kaifiat dan kaedah solat-solat ketika qiamullail antaranya, Solat Tahajjud, Tasbih , Taubah, Istikharah, Hajat dan Witir.

Kemuncak ibadah qiamullail adalah pada bulan Ramadhan. Mana lebih utama solat Tarawikh 8 atau 20 rakaat? Pada bulan Ramadhan juga terdapat malam Lailatul Qadr. Beribadah pada malam Lailatul Qadr mendapat pahala seperti beribadah seribu bulan. Rugilah orang yang tidak mengambil kesempatan ini.


Hadis Nabi saw yg bermaksud:

"Barangsiapa yang menunaikan solat Isyak secara berjemaah maka seolah-oleh dia telah bangun qiamullail separuh malam dan barangsiapa yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullail seluruh malam."
(Hadis Riwayat Muslim)

Tuesday, April 15, 2008

Lady

hurm... kalau dolu-dolu sebut aja "Lady" maka terbayang lah wajah Lady Diana yg cantik rupawan itu... sampaikan semasa bersekolah rendah dulu, kalau pergi gunting rambut, bila amoy tu tanya "lu mau potong macamana?" ... Tentu sekali jawapan, "macam Lady Di" .... kah kah kah..... lepas tu balik rumah naik bas, tak mau duk tepi tingkap... sebabnya takut habis ramos tu kena tiup angin..!!! .sayang sekali kematian beliau adalah dalam suasana tragis...

Maka hari ini aku berpeluang bertemu seorang lagi "Lady"...

Siapakah "Lady" ini? Adakah pewaris Lady Diana? ..suspen...suspen betul ...

Sebenarnya minggu lepas lagi pB dah cakap nak jumpa hari ni... lalu waktu pun dah di set ....

Pepagi lagi pB dah sms, "jadi tak ni?"

Apalagi terus jawab, "Jadilah, apa pulak tak jadi"

Bila tanya, "*** Lady ada dtg tak?"

pB jawab, "Tetamu kehormat mestilah ada"

...dipendekkan cerita, bertemulah kami bertiga di satu lokasi di Ole-Ole Seksyen 18, Shah Alam...

dalam hati, "Eh...betul ke ni *** Lady? Comel lote, cun nampak awet muda betul .... Kata dah sambut Wedding Anniversry ke-25 (eh betul ke nih? 24 ke 25?) ... "

Siapakah dia gerangan "Lady" ini? Ini lah dia Kak Lady, makcik blogger yang terkenal tu, di antara makcik blogger yg selalu cerita pasal masakan, selain makcik blogger Mak Lang...

bila jumpa saja, terus kak lady peluk aku dengan erat sekali... seolah-olah kami pernah berjumpa sebelum ini... Ialah persahabatan yg terjalin di alam maya .... rasa macam kakak aku sahaja...
kemudian terus ke kedai yg pB mengidam nak pergi tu. aku dan kak lady order Kuew Tiau, pB makan roti..oppss bun bakar....

Sesi borak-borak berjalan sungguh lancar hingga tidak sedar jam sudah hampir pukul 12 tghr...

Kami berpisah sambil berjanji InsyaAllah akan bertemu lagi di lain kali...

Terimakasih pB kerana belanja akak makan.

Terimakasih Kak Lady kerana sudi bertemu saya....

Saturday, April 12, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

Alhamdulillah akhirnya dapat juga membawa anak2 ku ke Pesta Buku ini.

Pada mulanya ingatkan suami cuti, mmg dah rancang, oklah boleh pergi hari Sabtu ni, tetapi pagi tadi lepas balik dari surau solat subuh, hubby dah bersiap2... terus tanya, "Abang kerja ke hari ni?"
"Ya" jawab suami.
Dalam hatiku, "alamak...macamana nak pergi Pesta buku ni?"

hehehe...sebenarnya aku tak biasa (baca: "takut") bawa kereta ke area PWTC tu, apatah lagi hari ni weekend mesti ramai orang dan jam...maklumlah 2 hari terakhir Pesta Buku...

Akhirnya plan dgn hubby, hari ni dia pergi kerja naik kereta (selalunya pergi naik komuter saja), lepas habis kerja terus pergi ke Pesta Buku, kami tunggu di sana dan balik sama...

Dalam jam 10pg, minta Zaid hantar Umi dengan anak2(the last four - Wafa', Mu'adz, Zubair dan Hana ) ke stesen komuter di Padang Jawa(yg terdekat dgn rumah kami).
Zaid tak dapat pergi kerana ada test. Anas pula ada perlawanan futsal di Subang Jaya.

Maka naiklah kami berlima komuter dari stesen Padang Jawa ke Putra.
Seronoklah pulak anak2 sebab selalu asyik naik kereta...ni dpt rasa naik komuter pulak... esp si Hana' ...

sampai ke stesen Putra dlm pukul 11:05 pg... tengok kereta dan bas-bas sekolah sudah banyak parking ditepi jalan... ni mesti orang dah ramai nih...memang betul .... masuk saja pintu utama, sudah dipenuhi orang... pelajar2 dari sekolah2 asrama diiringi guru pengiring, dari IPTA dari serata negeri di Malaysia...hurm...aduish...kepala dah mula pening tengok orang ramai!!!
ni belum lagi nak tgk dan pilih buku......

Memang orang ramai sungguh, jalan asyik sangkut-sangkut aje... nak pilih buku pun susah sbb orang dah ramai duk depan rak2 buku tu (terutama di booth PTS) apalagi bawa anak2 kecik ni... nak pilih buku pun tak tenang sbb asyik tengok kiri kanan check anak2 ada dekat kita (almaklum lah orang ramai, kebarangkalian anak kecil hendak hilang adalah tinggi) ... adalah beberapa kali dgr announcement "Perhatian En X dan Puan Y, anak lelaki anda berumur 7 tahun, berbaju warna H sedang menunggu anda di kaunter pertanyaan.... (beep)" , dan juga " sesiapa yg kehilangan anak kecil dalam linkungan umur 4-5 tahun , berbaju MMM, sila datang ke kaunter pertanyaan sekarang"
Anak2 bersama sasterawan negara, A. Samad Said

A. Samad Said sedang menandatangani buku

Sampai ke kaunter Wira Bukit Sdn Bhd, ternampak buku A Samad Said, sasterawan Negara yang tidak asing lagi. Terus membeli 3 buah buku beliau.."Cinta Fansuri", "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Fikri" dan "Dari Salina ke Langit Petang". Kebetulan beliau ada di booth tersebut, apalagi...anak2 pun terus membawa buku yang telah dibeli utk ditandatangani oleh beliau...

Buku2 yang dibeli, selain buku ada juga membeli Al-Quran Digital, Scientific Calculator (dpt 20% off) dan beberapa IQ Games utk Hana' , Zubair dan Muadz

Selepas anak2 memilih buku masing2, terus ajak mereka keluar, tapi tak jadi pulak, sbb kat pentas dlm dewan 2, tiba-tiba ada persmbahan naga... anak2 nak tengok... pergi lah tgk sekejap...rupa-rupanya perlancaran buku baru PTS karya ANN WANG SENG, iaitu "Rahsia ISLAM di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar". Selepas itu terus patah balik ke booth PTS nak beli buku tersebut, ingat hajat hati nak minta tanda tangan penulis, tapi tunggu2 lambat pulak...(anak2 dah sibuk minta diisi perut yang sudah semakin berkeroncong...)

Sifu PTS Puan Ainon bersama Ann Wan Seng

Terus talipon hubby, dia dah sampai ke belum...akhirnya kami janji jumpa di restoran belakang dewan seberang sana sungai... selepas makan, ingatkan nak balik semula ke dewan 3 pula...tapi Ya Allah Ya Tuhanku................... ramai betul orang, kaki sebenarnya dah penat jalan ... tgk orang pulak ramai, jalan pun tersenggot-senggot...akhirnya tak jadi ....terus balik...

Dalm perjalanan pulang singgah di Mesjid Wilayah utk solat...first time aku ke mari..sungguh cantik mesjid ini dgn senibinanya yg sangat memukau ...

Wednesday, April 9, 2008

Buku lagi.......

Semalam aku berkunjung ke Pesta Buku bersama wakil pengedar dan pustakawan UiTM.
7 orang pensyarah yg mewakili bidang masing2(Computer Science, Networkings, Statistics, Actuarial Science, Mathematics) dari fakulti IT dan Sains Kuantitatif utk memilih buku-buku yg bakal diletakkan di perpustakaan.

Seharian kami di sana, dari jam 11 pg hingga 4 ptg. Hanya berhenti makan tghr dan solat zohor. Hanya sempat berlegar di aras 4 sahaja (bhgn penerbit2 antarabangsa) tidak sempat ke bhgn lain.
Rasa sungguh puas hati kerana kali ini dilihat lebih banyak penerbit antarabangsa yg byk menerbitkan buku2 akademik dlm bidang Sains dan teknologi... lebih teruja kerana penerbit seperti Elsevier, Cambridge Uni Press, Springer, Ashgate, Sweet & Maxwell juga ada...(cuma Kluwer Publishing tiada ternampak kelibat) inilah penerbit2 yg selalu saya order buku dari Amazon.com .... di samping penerbit antarabangsa yg telah lama bertapak di Malaysia spt McGraw-Hill, Prentice Hall, Pearson, John Wiley....

Apalagi leka sungguh kami memilih buku2 yg terkini (terbitan hujung 2007 dan 2008) dalam bidang Sains Komputer .........

Dalam hati mmg teringin hendak menyelit ke booth PTS, tapi mmg tak sempat kerana jam 4 ptg kereta tlh pun menunggu utk membawa kami pulang ke Shah Alam...

Mungkin akan berkunjung lagi pada hujung minggu membawa anak2

............

Monday, April 7, 2008

HAPPY 21st BIRTHDAY

HAPPY 21st BIRTHDAY TO KAK LONG ASMA'


Di pagi dinihari 7 April, 21 tahun yang lalu , jam 5.19 pagi bersamaan 9 Sya'aban 1407 H, lahir lah seorang puteri yang diberi nama Asma' (sempena nama sahabiah, Asma' Binti Abu Bakar).
Lahir nun jauh di bumi Amerika Syarikat, iaitu di Universiti Hospital, Columbus, Ohio.

Kak long, Ummi dan Abi (spt biasa Abi mesti tak ingat, ummi yg kena ingatkan!!!) serta semua adik-adik ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd kak long, semoga kak long sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam keimanan yang tinggi, sentiasa istiqamah dlm perjuangan hidup kita sbg hamba Allah, sbg seorang anak, sbg seorang pelajar dsbnya.

Jika mengikut masyarakat barat, 21 melambangkan kebebasan, bermakna seorang anak itu sudah bebas dari kongkongan ibu bapanya, tetapi agama Islam tidak begitu. Sebaliknya ia melambangkan bahawa kak long sudah matang, sudah bijak membuat pilihan yang berdasarkan pemikiran seseorang yg sudah dewasa. Dalam Islam dewasa tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja, segala apa yg kaklong lakukan mestilah mengikut lunas2 Islam. Selagi kak long belum berkahwin, Kak Long masih di bawah tanggungjawab ummi dan abi.

Bijaklah dalam membuat keputusan, dan fikirkanlah apa yang terbaik utk kak long, disamping itu batas-batas pergaulan mestilah dijaga. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)


zwani.com

Sunday, April 6, 2008

Bersama Raihan

Malam ni baru pulang dari Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah ALam.
Ada program sehari sempena sambutan Maulidur Rasul.

Dari jam 10 pagi hingga hampir 12 mlm, pelbagai program telah diatur. Sebelah pagi ada ceramah dan program utk kanak-kanak, sebelah ptg ada perlawanan futsal utk remaja, di samping pertandingan mewarna utk kanak-kanak, ada juga ceramah.

Sebelah malam program dari ESQ ...dikuti persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid terkenal tanahair, siapa lagi jika bukan Raihan...seronok sungguh Wafa' dapat bergambar dgn Raihan...

tapi personally speaking, saya rasa Raihan "kurang" menyengat berbanding semasa ada Nazrey bersama mereka...walaubagaimanapun persembahan mereka tidak kurang hebatnya...


Wafa' bersama kumpulan Raihan di surau Al-Islah.

Thursday, April 3, 2008

Pelangi Nan Indah

Semalam selepas pulang dari kerja dan bersiap-siap hendak bersolat maghrib, entah kenapa tiba-tiba terbayang-bayang di mata Allahyarhamah ibu mertua ku. Perasaan rindu meresap dijiwa, lalu aku bersolat maghrib dengan berlinangan air-mata yang tidak dapat ditahan. Terkenang kan saat-saat bersama arwah sepanjang masa di Mekah, Arafah dan Mina.
Usai solat aku terus berdoa dan berselawat sebagai sedekah kepada rohnya di alam barzakh.

Lalu aku teringat satu peristiwa di Mina. Sewaktu kami semua sudah selesai melontar pada hari Tasyriq yg terakhir. Lalu Uztaz yang mengendalikan pakej haji kami pun memaklumkan bahawa 3 buah bas akan datang selepas waktu zohor membawa kami semua pulang ke Mekah.
Selepas makan tengahari, jemaah-jemaah haji pun bersiap-sedia mengemas beg masing-masing. Begitu juga aku pun menolong mengemas barang2 ibu mertua ku. Keadaan ibu mertua yang masih uzur tidak mengizinkan beliau bergerak bebas.

Lebih kurang pukul 2 ptg, ustaz pun memaklumkan bahawa bas sudah sampai. Semua jemaah wanita yang menginap sama khemah dengan kami terus bangun dan masing-masing bergegas keluar dari khemah menuju ke luar kem untuk menaiki bas. Keadaan ibu mertua yang uzur, berjalan perlu dipapah sehingga ke luar khemah, menunggu suami membawa kerusi roda dan menolak arwah menggunakan kerusi roda membuatkan kami ketinggalan di belakang.
Sampai sahaja diluar kem, kami dapati kesemua tempat duduk dalam ketiga-tiga bas telah penuh! Saat itu mmg terasa sedih dalam hati kerana terasa seperti dipinggirkan. Sepatutnya ustaz yang mengendalikan kumpulan kami yang tahu keadaan ibu mertuaku telah menyediakan/mengkhaskan tempat duduk dalam bas utk arwah, tetapi aku terasa seperti semua jemaah (yang lebih sihat dan berupaya) hanya memikirkan diri masing-masing.
Namun aku tersedar dan berisytifar kembali Allah SWT, mungkin ini salah satu ujian Allah, supaya aku bersabar.

Maka berlepas lah ketiga-tiga bas tersebut dengan meninggalkan kami. Satu perkara yang aku sedari, arwah ibu mertuaku tidak sedikit pun berkata-kata atau merungut, beliau hanya diam dan bersabar menunggu.

Tidak berapa lama kemudian, orang Arab yang mengendalikan bas pun datang dan menyuruh kami menaiki sebuah bas lain yang baru sampai. Sebenarnya bas tersebut adalah untuk jemaah haji dari pakej lain, bermakna kami ditumpangkan dalam bas tersebut. Namun begitu, satu perkara yang ingin aku nyatakan ialah keadaan bas tersebut adalah 100% lebih baik dari keadaan ketiga-tiga bas yang telah berlepas tadi. Sehinggakan arwah ibu mertuaku (yang tadinya diam sahaja) juga bersuara, " Macam naik kapalterbang", maksudnya keadaan yang sangat selesa dalam bas tersebut, dan ketika bergerak juga tidak mengeluarkan bunyi bising.

Akhirnya kami sampai ke Mekah ketika hampir masuk waktu maghrib. Bas tidak dapat masuk sehingga ke depan hotel kerana kebanyakan jalan sudah ditutup dan kedudukan hotel kami menginap mmg tersangat dekat dengan mesjid. Untuk pengetahuan, semasa musim haji, apabila hampir masuk waktu solat, semua jalan berhampiran Mesjidil Haram akan ditutup untuk keselamatan dan memudahkan jemaah haji berjalan ke mesjid (keadaan ketika itu sangat sesak kerana kesemua jemaah haji telah pulang semula ke Mekah selepas melontar di Mina, berjuta-juta jemaah haji pd ketika itu).

Wbgmnpun, bas dpt juga berhenti sehampir yang boleh, lalu kami pun berjalan menuju balik ke hotel (Abang iparku menolak arwah ibu mertua dengan kerusi roda). Sampai sahaja di bilik penginapan, seorang rakan sebilik belum sampai lagi. Kemudiannya baru aku dapat tahu bhw dari ketiga-tiga bas yang telah berlepas awal tadi, hanya sebuah yang sampai awal, yang kedua, pemandunya menurunkan jemaah di "seberang sana" mesjid. Bermakna mereka kena berjalan membawa beg mengelilingi mesjid utk sampai ke hotel. Bas ketiga sampai lewat dari kami dan jemaah haji di dalam terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke hotel.

Apabila menyedari peristiwa tersebut, aku pun terus bersyukur kepada Allah SWT kerana peristiwa kami ketinggalan bas itu sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Kami dapat naik bas yang lebih baik keadaannya, dan kami tidak perlu berjalan jauh ke hotel dan kami sampai lebih awal dari mereka yang bertolak awal.

SubhanAllah, AllahuAkbar....sesungguh nya Allah itu Maha Mengetahui...
Peristiwa ini membuatkan diri ini semakin insaf dan menyedari setiap sesuatu yang Allah berikan kpd kita itu ada hikmah disebaliknya walaupun pada awalnya kita menganggap seperti sesuatu musibah.

lalu aku teringat satu sms yang aku terima selepas PRU 12 berbunyi begini ........

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari
kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis minta matahari
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
PELANGI yang indah.......!!

*** gambar ini di salin dari blog cikMilah (I berkenan sangat gambar pelangi yg dilukis ini.. sangat cantik!!!)***

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....