Tuesday, February 26, 2008

From Beirut To Jerusalem

From Beirut To Jerusalem

(OK...let's take a break from PU12...)


Semasa melayari website e-kedai.net, terpandang sebuah buku yg yang baru diterbitkan iaitu, "Dari Beirut ke Jerusalem: Sebuah Kisah Benar" karya Dr Ang Swee Chai. Sebenarnya buku ini ialah versi terjemahan dalam Bahasa Melayu dari karya yang asal dalam Bahasa Inggeris iaitu "From Beirut To Jerusalem" oleh Dr Ang Swee Chai.


Saya telah membaca buku ini dalam versi Bahasa Inggeris beberapa tahun yang lepas. Buku ini sekarang berada di Jordan, dibawa oleh anak sulung ku ke sana. Setiap kali baca (mungkin dah baca lebih dari 5 kali) saya mesti menangis... menangis mengenangkan nasib rakyat Palestin yang di "sembelih" di negara mereka sendiri...(tragedi menyayat hati Sabra-Shatila) ...yang dinafikan hak mereka di tanah air sendiri ....... yang dirampas tanah, rumah dan ladang mereka......... demi untuk menegakkan sebuah negara yang bernama ISRAEL!

Dr Ang Swee Chai ialah seorang rakyat Malaysia, tetapi beliau belajar dan bekerja di UK. Baca berkenaan biodata beliau di sini.


Sinopsis (dipetik dari laman web e-kedai.net)

Buku ini yang kali pertama diterbitkan pada tahun 1989 mengajak kita mengenali erti kemanusiaan yang sering tenggelam dalam peperangan akibat pergelutan ideologi yang menjadi lebih menonjol. Walaupun membincangkan antara konflik yang terpanjang di dunia, Dr. Ang tidak cuba mempromosi kebencian - satu sikap yang terpuji - sedangkan beliau sendiri berhadapan hampir setiap hari dengan mangsa-mangsa peperangan yang tidak boleh diselamatkan nyawanya akibat tindakan ganas.

Melalui buku ini, Dr. Ang cuba menghidupkan semangat profesyen perubatan yang utama - usaha menyelamatkan nyawa.

Simpati yang ditunjukkan oleh Dr. Ang kepada mangsa peperangan lahir dari dalam dirinya, yang merupakan anak kepada dua orang mangsa Pendudukan Jepun di Malaya. Latar belakang beliau ini kemudian menjadikannya wanita yang kuat semangat, menjadi doktor di Singapura sebelum berpindah ke England dan menjadi perunding ortopedik di London.

Minatnya terhadap kerja-kerja perubatan sukarelawan di wilayah bergolak itu kemudian membawa kepada penubuhan Medical Aid for Palestinan yang turut diusahakan bersama-sama suaminya, Francis Khoo dan rakan-rakan yang lain yang bersefahaman dengannya.

Walau apapun yang berlaku di Sabra dan Shatila sudah banyak diperkatakan dan diketahui umum, terjemahan catatan perang ini sempena ulang tahun ke-25 tragedi kemanusiaan itu sangat penting bagi mengingatkan penduduk di rantau sebelah sini bahawa pergolakan masih belum tamat dan banyak yang perlu dipelajari daripada peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu.

Sama ada kita mahu menerima atau tidak kewujudan Israel bukanlah persoalan untuk dibincangkan di sini, sebaliknya peperangan yang mengorbankan orang awam dengan sengaja perlu ditolak.

Kehebatan Dr Ang Swee Chai, yang menulis pengalamannya dalam Dari Beirut ke Jerusalem di Lubnan pada tahun 1982 ketika kemelut sedang memuncak, bukan terletak pada keberaniannya untuk menggadai nyawa bagi menjadi sukarelawan perubatan, tetapi kegagahannya dalam mempersoalkan kepercayaan dan menguji keyakinan yang dipegangnya sebelum itu, sebelum meninggalkannya dan membina kepercayaan baru.

Daripada seorang yang mempercayai bahawa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hanyalah sebuah pertubuhan tunggal dan cuma berminat dengan keganasan, Dr. Ang menjadi semakin dekat dengan organisasi itu, memahami kompleksitinya dan turut bersama-sama Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin - yang merupakan sebahagian daripada PLO - untuk menggunakan kepakarannya sebagai seorang doktor.

Sebelum misi itu, melalui tafsiran sempit agama yang sudah melupakan sisi kemanusiaan, beliau menyokong membabi buta negara Israel dan segala dasarnya, termasuk penindasan terhadap manusia lain yang tidak berdosa. Keberanian Dr. Ang untuk mula meragui kepercayaan ini timbul setelah menonton laporan berita mengenai serangan Israel di Lubnan, yang kemudiannya membawa dirinya menjadi sukarelawan di Beirut. Persepsinya tentang siapa David dan siapa Goliath dalam konflik itu berubah selepas melihat sendiri bukti-bukti di depan mata.

Dalam prakata khas untuk edisi bahasa Malaysia buku ini Dr. Ang menulis: "Setelah berkali-kali memeriksa diri, saya membuat kesimpulan bahawa darah rakyat Palestin turut membasahi tangan saya. Sehingga ke saat itu saya masih berprasangka dan bersikap berat sebelah. Saya tidak boleh memaafkan diri sendiri dengan berlindung di sebalik kejahilan."
"Selama berminggu-minggu sebelum berlakunya pembunuhan beramai-ramai itu, saya terlalu prejudis untuk mempercayai kisah-kisah yang diceritakan kepada saya oleh penduduk kem."

Seperti jurnal perang yang lain, buku yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ini sarat dengan maklumat terperinci, daripada pengunduran PLO dari Beirut hingga kepada pembunuhan besar-besaran yang berlaku di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 dan kerja-kerja yang dilakukannya sebagai sukarelawan dengan konflik yang berterusan menjadi latar. Semuanya dari kaca mata seorang doktor yang melihat setiap tragedi kemanusiaan akan disusuli dengan pertambahan tugas untuk menyelamatkan nyawa.

Kadang-kadang ia terlalu terperinci, tetapi sudah tentu sebagai seorang doktor, matanya tidak boleh lari daripada melihat sesuatu perkara itu dengan penuh ketelitian. Daripada berkhidmat sebagai doktor di negara maju yang lengkap dengan segala peralatan, Dr. Ang perlu berhadapan dengan kekurangan kelengkapan, termasuk bekalan air dan elektrik ketika menjalankan kerja-kerjanya di Beirut.

Semua kekurangan ini tidak menghambat semangatnya untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Seperti doktor yang baik, beliau menggunakan segala kekurangan ini untuk menambahkan pengalamannya sebagai pemberi khidmat perubatan.

Friday, February 22, 2008

Pemimpin

DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT: “SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI.” MEREKA BERTANYA (TENTANG HIKMAT KETETAPAN TUHAN ITU DENGAN BERKATA): “ADAKAH ENGKAU (YA TUHAN KAMI) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT BENCANA DAN MENUMPAHKAN DARAH (BERBUNUH-BUNUHAN), PADAHAL KAMI SENTIASA BERTASBIH DENGAN MEMUJI-MU DAN MENSUCIKAN-MU?” TUHAN BERFIRMAN: “SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.

(Al-Baqarah ayat 30)

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri.
Dalam keghairahan kita untuk memilih pemimpin tidak lama lagi, apakah ciri -ciri seorang pemimpin yg perlu kita ketahui ?

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI

1. BERIMAN DAN ADIL
Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. MENGENALI DAKWAH
Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA
Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :
a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.
b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN
Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.
Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya unutk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas.

5. TELADAN YANG BAIK
Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh umat manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik”
Sedang Para sahabat pula merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang mendapat petunjuk Ilahi yang disifatkan sendiri oleh baginda :
“ Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, siapa sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti kamu akan beroleh petunjuk”
( al Hadith)

6. PANDANGAN YANG TAJAM
Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi mana-mana masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dan keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan penghargaan orang bawahan terhadap dirinya.
Sebaliknya sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas daripada pemimpin semuanya boleh mencetuskan keadaan kucar- kacir dan menyebabkan menurunnya kepercayaan orang bawahan dan menyebabkan hilangnya pengawalannya terhadap mereka. Sesungguhnya benar sabda Rasulullah :
“ Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketika berhadapan dengan kekeliruan dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang”.

7. KEMAHUAN DAN KEKUATAN
Kemahuan dan kekuatan adalah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini memerlukan tekad yang kuat dan tegas serta tidak mempedulikan segala tribulasi yang mendatang.
Setiap pemimpin haruslah sedar bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk melaksanakan amanah kepimpinan ini. Namun dia tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap perencanaan dan perlaksanaan untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah digariskan akan tercapai.

8. HIKMAH DAN MATANG DALAM TINDAKAN
Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat rujuk untuk menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah menunjukkan kematangan dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan meningkat.
Hikmah di sini bermaksud supaya semua tindakan dan keputusan yang berhasil kesan yang positif dan perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syariat. Oleh itu sekiranya perlu kepada ketegasan atau kelembutan maka ia perlu diberikan penekanan sepenuhnya.

9. OPTIMISME
Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang akan datang.
Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu. Begitu juga harapan itu janganlah ditundukkan kepada tekanan-tekanan sentimen tapi hendaklah selaras dengan suara akal serta perencanaan yang teratur.
Agama Islam hari ini sedang mengharungi perjuangan yang sengit sama ada di dalam mahupun di luar perjuangan, di segenap pihak dan di pelbagai bidang serta lapisan. Oleh itu tidaklah sama sekali sesiapapun melarikan diri daripada medan perjuangan dan membelakangkan diri daripadanya. Malah perjuangan itu harus dihadapi dengan hati yang gigih dan tabah disertai tekad dan azam untuk melawan kebatilan dan menegakkan kebenaran.

10. MENGAMALKAN SYURA
Syura merupakan institusi teras dalam kepimpinan Islam. Perlaksanaan syura melambangkan sikap terbuka seorang pemimpin dalam menentukan mauqif dan pendirian secara bersama, walaupun seorang pemimpin itu mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Melalui syura juga mauqif dan keputusan yang dibuat adalah lebih baik kerana wujud gabungan idea antara pemimpin dan pihak lain.

11. KOMBINASI NILAI UMARA’ DAN ULAMA’
Umara’ ialah golongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam al Quran iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama’ pula adalah setinggi-tinggi darjat manusia kerana ulama’ itu pewaris nabi. Maka ciri-ciri umara’ dan ulama’ perlu diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang benar-benar mantap yang didokong oleh karisma kepimpinan, ketinggian ilmu dan inayah daripada Allah.

12. DAYA TARIKAN SEMULAJADI
Ia adalah satu tabie yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik hati orang lain tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang peramah merupakan penarik zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan asa kepimpinan yang baik dan berkesan. Dan inilah adalah satu unsur pembentukan peribadi yang kuat sekali.
Kesimpulannya, untuk membina ciri-ciri unggul seperti di atas, tiga perkara di bawah perlu diberikan penekanan serius oleh setiap pemimpin iaitu :

a) KEBERSIHAN JIWA DAN ROHANI
Pemimpin haruslah merasakan beratnya amanah yang dipikulnya dan dialah orang yang paling patut menunaikannya. Di samping itu, segala tanggungjawab kepimpinan dan kewajipan terhadap masyarakat umum sekali pun banyak dan besar, tidaklah harus menghalangnya dari memberi perhatian kepada dirinya sendiri dan menyelidik serta memeriksa segala kea’iban dan dosanya sendiri. Jangan diri tertipu dengan kerja-kerja yang tidak habis itu sehingga boleh menghilangkan keikhlasan yang mengakibatkan kesan kerjanya sia-sia. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan yang suci ikhlas dan baik sahaja.
Firman Allah :
“ Dan kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu kami jadikan debu-debu yang bertaburan”
(al Furqan : 23)
Seorang pemimpin mestilah sentiasa mengingati Allah, sentiasa mengingati mati, tentang kubur, neraka dan syurga. Hendaklah dia mengelolakan amalannya, memperbanyakkan amalan sunat, tidak meninggalkan qiamulail dengan solat tahajjud di tengah malam.
Firman Allah :
“ Bahawa mendirikan solat pada waktu tengah malam adalah sangat baik dan kesannya serta lebih betul sebutannya”
(al Muzammil :

b) KESIHATAN BADAN DAN KEKUATANNYA
Pemimpin juga janganlah mengabaikan kesihatannya, orang mukmin yang gagah lebih dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang daif. Tuntutan-tuntutan dakwah dan bebanan tanggungjawab sebagai pemimpin tidak akan terdaya dilaksanakan oleh orang-orang yang lemah dan sakit tubuh badannya.
Posisi kepimpinan adalah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak berhenti-henti. Beberapa posisi ini mempunyai kaitan saraf dengan pusatnya yang kompleks dalam tubuh seseorang. Oleh itu, selagi anggota tubuh dan pancaindera tidak berada dalam keadaan siaht dan cergas, maka seseorang itu akan kehilangan tenaga untuk menyalurkan daya kepimpinannya.

c) KEUPAYAAN MENTAL DAN PEMIKIRAN
Begitulah juga akal memerlukan bahan-bahan yang boleh mengalakkan kesuburan, kematangan dan keuntungan.
Bagi pemimpin, makanan fikiran haruslah terdiri daripada pelbagai bahan. Tidak patut seseorang itu mengatakan bahawa dia sudah berpada dengan pengetahuan Islamnya sahaja tanpa mengetahui sejarah silam serta lain-lain ilmu. Maka selagi pemimpin itu tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak mengikuti perkembangan semasa dari pelbagai bidang, maka dia tidak akan mampu memikul segala tanggungjwab dan merentasi cabaran semasa yang wujud berkesan.

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang sangat besar peranan dan kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan kepimpinan yang ditunjangai pula dengan keikhlasan dengan semata-mata mencari mencari mardhatillah.
Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini.
Semoga amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah.


artikel dipetik dari sini dan sini.


Sunday, February 17, 2008

Pertemuan & Perpisahan

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup. Kita sentiasa bertemu dengan orang baru setiap masa, Bertemu dan kemudian berpisah. Perpisahan dengan orang tersayang mengundang pelbagai perasaan, kita sedih , kita rindu dan sebagainya. Perpisahan menuntut pengorbanan yang tinggi dari mereka yang terlibat. Perpisahan antara anak dan ibu bapa kerana tuntutan menyambung pelajaran, suami isteri kerana tuntutan kerja dan sebagainya...

Asma' berangkat semula ke Jordan pd Isnin lepas (12 Februari 2008) setelah pulang bercuti beberapa minggu... rasa tidak puas bersama-sama nya, tiba-tiba dia sudah hendak pergi semula....namun kami redha kerana pemergiannya adalah untuk menuntut ilmu. InsyaAllah semoga Allah memelihara keselamatan anak kami, semoga Allah memberkati semua usaha yang dilakukannya utk menuntut ilmu demi utk kebaikan ummah...Semoga Allah swt melimpahkan Rahmat dan HidayahNya ke atas anak2 kami, dan semoga anak2 kami menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.Adik2 setia menghantar walaupun sudah pukul 2 pg...

Pesanan dan nasihat terakhir sebelum Asma' menaiki pesawat di KLIA.
Bye..bye...kak long ...Berjumpa lagi di tahun hadapan...

Monday, February 11, 2008

Cuti CNY

Cuti CNY kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Parit Raja, Batu Pahat kerana menghadiri kenduri arwah ibu mertua. Sebelum bertolak ke Tanah Suci tahun lalu, arwah ibu mertua ada menyatakan mahu membuat kenduri selepas pulang dari mengerjakan haji. Oleh itu, walaupun beliau telah tiada, kenduri ini dilangsungkan jua dengan semua adik-beradik suami dan keluarga masing-masing pulang menghadirinya (Suami mempunyai 6 org adik-beradik).

Selepas kenduri, satu mesyuarat keluarga telah diadakan untuk membincangkan semua hal yang berkaitan. Berkenaan harta pusaka dll. Alhamdulillah tiada perselisihan pendapat antara adik-beradik. Semua hal dapat dibincangkan dengan baik dan dipersetujui bersama. Abang suami yg sulung (Abd Halim) telah mempengerusikan mesyuarat dengan adik bungsu (Hasnan) menjadi setiausaha (mencatitkan minit mesy. etc).

Di antara perkara yg dibincangkan, setiap tahun pd Hari Raya Aidil Fitri, kami tetap akan berkumpul bersama, walaupun ibu mertua sudah tiada, demi utk mengeratkan silaturahim antara adik-beradik dan anak cucu (so far, belum ada lagi yg bercucu!)
Masalahnya, bila dan di manakah hendak mengadakan perjumpaan Hari Raya ini? Ini adalah kerana rumah kampung ibu mertua sudah agak uzur dan byk yg rosak akibat banjir besar yg melanda Johor pada tahun lalu (gambar di atas adalah di rumah kakak ipar di sebuah taman perumahan). Cadangan dari abang sulung, kami akan bergilir-gilir menjadi host...semua yg hadir setuju, lalu perjumpaan Hari Raya kami yg pertama InsyaAllah pd hujung tahun ini akan di adakan di Mersing (rumah abang yg sulung)... semua anak-anak bersorak keriangan kerana rumah Pak Long mereka di tepi pantai...dpt mandi laut lah....
Kemudian ada yg bertanya bila (iaitu hari Raya ke berapa?)... ketika ini saya teringat kisah Prof Kamil yg menulis ttg adik-beradiknya, lalu saya mengemukakan cadangan serupa...(Prof...thanks kerana memberi idea).. saya mengatakan Hari Raya pertama dan kedua semua beraya di rumah ipar-duai, kami akan berkumpul pd hari raya ke-3. (tersengih besar semua ipar...termasuk saya lah tu! hehehe..). Alhamdulillah cadangan saya diterima...
Mesyuarat ditangguhkan sehingga perjumpaan seterusnya pada jam 2:00 pagi.

Lebuhraya hai lebuhraya....!!!

Esok pagi (Ahad 10Feb 2008) kami bertolak balik ke Shah Alam. Perjalanan yg biasanya hanya mengambil masa 4 jam... menjadi 8 jam!!! Bayangkan kami bertolak jam 9 pagi dan sampai ke Shah Alam jam 5 ptg...
Ini adalah perkara biasa bg sesiapa yg pulang ke kampung di selatan tanah air sewaktu cuti panjang terutama musim cuti perayaan.... bottle neck nya ialah antara Senawang dan Seremban. Kesesakan lebuhraya sentiasa berlaku walaupun lebuhraya telah dinaik taraf dan menjadi 3 lane (waktu sesak menjadi 4 lane!...termasuk lorong kecemasan dipenuhi kenderaan...)
Kenderaan beratur sepanjang lebuhraya sehingga sayup mata memandang.......


Sebelum memasuki lebuhraya, kami menyusuri jalan pantai dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Singgah sebentar di tepi pantai Melaka.

My lovely eight is enough....

Wednesday, February 6, 2008

Air Terjun

Beberapa hari selepas sampai ke Malaysia dari Madinah, anak sulong ku Asma' pun balik bercuti dari Jordan. Cuti utk 2-3 minggu sahaja.Perkara pertama yang dimintanya, nak makan seafood lagi (tahun lepas balik bercuti tak puas lagi makan seafood) dan nak pergi berkelah ke tempat AIR TERJUN!!! Maklumlah di Jordan mana ada air terjun....

Kesiannya dengar permintaan anak ku itu, sbb sejak melanjutkan pelajaran ke Jordan, mmg dia miss berkelah dan mandi di air terjun.Utk memenuhi permintaan Asma', hari Ahad lepas kami sekeluarga telah pergi berkelah ke Air Terjun Sungai Gabai di Hulu Langat , Selangor.Asma' sedang menikmati kesejukan air terjun.....

Seronoknya Hana bermain air (tapi takut nak pergi tempat dalam hehehe....)

Mu'adz dan Zubair sedang menjaga Hana' bermain air........

Mu'adz dan Wafa'

Can you spot Zaid?

Kesian Anas.....dia demam, so tengok saja lah dari atas batu tu......
nak mandi sejuk yang amat.....

Man at work...sedang membakar sotong....nyum...nyum....
Menjamu selera setelah penat bermandi-manda......
BBQ Ayam, sotong, ikan bakar dan jagung bakar......(tak sempat ambil gambar semua... dah habis dimakan oleh anak-anak...!)

Kami meluangkan masa di sana sehingga ptg, dalam perjalanan balik singgah di sebuah mesjid di kampung berdekatan utk solat. Dalam perjalanan seterusnya, kelihatan semua tertidur keletihan kecuali driver dan co-driver!...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....