Thursday, November 13, 2008

Cuti Sekolah

Saat-saat yang dinantikan oleh semua pelajar sekolah...............

yea...yea..... cuti sekolah dah bermula ........ apalagi cuti sekolah hujung tahun ...lama ni.... hampir 2 bulan.........

yang hendak menghadapi peperiksaan besar SPM..... berdebar-debar! Diucapkan SELAMAT MAJU JAYA, semoga tenang menghadapi peperiksaan dan dapat menjawab dengan lancar dan baik dan mendapat keputusan cemerlang.

Saat-saat yang memeningkan semua ibu-bapa.....

Apa nak masak hari ni? ...jangan tak tahu...cuti sekolah makanan kat rumah kena stok banyak-banyak.... bila masak cepat betul habis...macam biskut...sekejap ada...sekejap dah tak ada....

Nak pergi bercuti di mana? ...dah mula selak-selak atau surfing kat internet tempat-tempat percutian yang sesuai dengan budget dan masa... kalau banyak duit boleh gi cuti kat oversea... kalau tak bercuti dalam Malaysia aje..tapi tempat percutian dalam Malaysia pun apa kurang nya... rasanya tak semua tempat dalam malaysia dah habis jalan dan tengok.... Any idea kat mana tempat peranginan/percutian yang best kat Malaysia ni?

Hana dah sibuk dari minggu lepas lagi nak ajak pergi mandi di Wet World... bukan jauh pun...di Shah Alam juga...tapi itupun tak sempat-sempat nak pergi...

Apa program yang ada masa cuti ni nak suruh anak2 hadiri?
takkan nak berjalan aje sepanjang 2 bulan ni ye tak? paling lama bercuti pun seminggu.... lepas tu waktu lain? .... cepat...tengok flyers atau apa2 ....kat rumah tu dah banyak flyers dapat, bermacam-macam program .... tapi yang tak tahannya ongkosnya buk! ... satu program paling murah Rm70 - Rm150 .... darab dengan 4 atau 5 orang anak....aduish.... tapi takpe...takpe... bila pikir balik.... program ni semua untuk pembangunan insan, pendidikan anak2 .... mesti sanggup berkorban demi pendidikan anak2.... (hish...kalau nak beli barang perhiasan atau lain2 sanggup keluar duit...nak beli gadget2 elektronik beribu-ribu sanggup...tapi nak hantar anak program RM100 pun berkira!!! ...)

Wafa' dan Ammar dah ada program setiap hari Sabtu... mereka sudah mendaftar untuk mengikuti kelas TARANNUM BERSAMA RABBANI yang akan diadakan di Muzium Kesenian Islan, KL.
Mu'adz pula sudah mendafatar utk join program perkhemahan di Bukit Cerakah minggu hadapan = RM110
Zubair sedang memilih mana program perkhemahan yang sesuai utk dia.
Anas...sudah merancang mengambil kelas tuisyen... tahun hadapan dia akan naik Form 5...perlu bersedia awal utk SPM...terutama kelas2 sains yang dia masih lemah...

Balik kampung?
Yaaa.... ini sudah mesti..... kena selalu balik kampung, jadi anak2 kenal saudara-mara..... dan anak2 tahu erti kehidupan kampung selain dari hidup di kota... kat kampung boleh main kejar-kejar ayam, kena kejar angsa!! boleh panjat pokok manggis, pokok rambutan....tangkap pepatung ... terpijak tahi ayam!!! ... pengalaman yang tidak boleh didapati di bandar....kat kampung lah kenal apa sebenar 'ayam' tu...kalau tak kat kota tengok ayam dah togel, dah siap masak atas meja... jangan nanti suatu hari anak2 tengok ayam, kata itu 'kambing'

Persiapan untuk sekolah tahun depan?

haaaa....yang ini belum siap apa-apa lagi........... nanti nak kena sort out baju2 sekolah tu, mana yang boleh dipakai lagi, mana yang boleh di'pass down' ke adik2 dan yang mana dah koyak2 kat kocek, kat lutut etc... kasut sekolah? ...entah dah berapa puluh pasang kasut sekolah dibeli sepanjang tahun... awal tahun tak payah lah beli banyak2 sebab kaki budak cepat membesar... nanti selang beberapa bulan dah mintak kasut baru, sebab kasut dah ketat...atau dah jadi mulut buaya! atau yang paling selalu terjadi.... kasut hilang ...haa.. ini yang pening kepala...

Apa-apa pun, SELAMAT BERCUTI kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar U pula mungkin ada yang sudah habis exam atau sedang menghadapi peperiksaan akhir semester...
Kepada ibu-bapa semua, SELAMAT SEMUANYA dalam menghadapi hari-hari yang mendatang ... ingatlah anak-anak adalah AMANAH ALLAH kepada kita, kitalah yang mencorakkan mereka yang dilahirkan ibarat kain putih bersih...

11 comments:

  1. Salam Azzah...

    Betul kata azzah...kalau belabur bab yang bukan2 boleh pulak beribu2...ni akak tengah fikir nak pi hantar Farhan berkemah atau pun berkursus...

    Akak berkenan dengan program Bertarranum tu yang Wafa' & Ammar pergi...tapi hujung minggu je ke? Akak ni kalau cik abang ade hujung minggu selalu balik ke Melaka....

    Zubair dah dpt ke program perkemahannya?

    ReplyDelete
  2. salam kak azzah.. mak ai.. banyaknye bender nak dipk dan dibuat... saya ada masalah transfer keje ni pun tak dapat nak cope..mmg betul ka orang cakap perempuan ni pandai multi tasking.. lagi2 dengan soal anak nye lagi... tak terbayang dek saya..

    ReplyDelete
  3. bukan 'ka'.. mmg betul 'la' :)

    ReplyDelete
  4. cuti ni masa dekat raya haji baru kami JJ Malaysia sebab hubby balik dekat raya haji. buat minggu pertama ni Izzat ada kelas tambahan di sekolah dari 8 pagi ke 4 petang. lepas raya nanti dia ikut perkhemahan nasional di Juasseh , dan antara tarikh tu kami akan balik kampung dan kata hubby jalan ikut darat je kali ni, tak payah terbang, yelah saya kata asalkan dapat alan keluar dari kemaman.persiapan mask sekolah sekarang ni tak lah rasa susah sebab tinggal 2 orang je lagi yang sekolah :)


    btw, saya pun dah habis baca buku travelog dakwah, sehari je dah habis baca buku prof kamil tu, penuh pengajaran di dalamnya.

    selamat bercuti !!

    ReplyDelete
  5. bestnye sumeorg cuti..sob sob nk blk msia gak.....

    ReplyDelete
  6. hehe senyum sorang saya baca. bukan apa kak, dengar experience org dah ada anak besar panjang. macam-macam plan ye. saya baru pertama kali nak berdepan cuti sekolah nie. itu pun cuti pre-school aje, nanti next year masuk lagi,tapi zahra' dah demand macam2.
    barulah pandai nak tgk flyers camp2 lah. nak jugak tgk dia seronok, sebab dulu kita tak merasa pun hehe. itu baru dua orang, mujur seorang aje yg sekolah. ini kan pulak 8 ye, hehe kelakar lah, seme benda yg akak list tu memang ada dalam kepala i.e semalam masak pizza utk lunch n dinner boleh abis sekali harung aje 1/2 kg bancuh, tp plus mak ayah n nenek lah, cuma rasanya kalau dia pegi sekolah, dia dah makan dulu. kasut pun camtu jugak, sebab pandai jaga, kasut sepasang aje masih elok, tapi biasa lah kita dulu pun wajib jugak minta kasut baru. seronok pulak rasanya. mungkin dia tak bosan sebab mama dia pun cuti sekolah juga, kalau takde guide kat rumah tu memang melukis dgn TV aje. hehe ambik punya lah panjang, luahan hati seorang ayah. keh keh keh.

    ReplyDelete
  7. Kak Anie@Kak Lady,

    haah, kelas tarannum tu mmg hari sabtu saja...
    zubair dah dapat nak pergi program apa nanti...dia nak masuk kelas Al-Quran dan Hafazan minggu depan... RM75 utk satu minggu

    ReplyDelete
  8. ida,
    begitulah dah jadi ibu nih..apalagi yg ramai anak mcm akak ni...
    otak kena ligat berfikir...hehehe

    ReplyDelete
  9. silversarina,

    wahhhh....best lah tak lama lagi cik abang@tokdaddy nak balik....JJMalaysia? ...nak pergi mana tu????

    ReplyDelete
  10. yellowrose,
    ehem...ehem...dgr khabar nak pegi somewhere?
    jadi ke....

    ReplyDelete
  11. babazahra'....

    ooo..anak baru sekolah tadika yek? welcome...welcome... to the art of parenting....

    bila anak dah ramai dan besar panjang... kepala kena ligat berfikir.. hehehe...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....