Wednesday, October 22, 2008

Syawal Masih Ada

Perkara biasa di kota, hujung minggu dipenuhi dengan jemputan "Raya Open House "
dan juga jemputan kahwin! hurm...bukan musim cuti sekolah pun ada jemputan kahwin jugak...
Ramai warga kota mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menjemput dan mengunjungi rumah sahabat handai dan rakan taulan sempena Syawal masih lagi berbaki beberapa hari. Maklumlah pada hari biasa warga kota sibuk bekerja dan keletihan jika pulang lewat malam, mana kan sempat hendak beraya....

Tiada "Open House Raya" di rumah ku... tapi sentiasa mengingatkan kawan2 dll bahawa rumah ku sentiasa terbuka untuk kunjungan Hari Raya dari kawan2 walaupun kami tidak membuat "Open House Raya" yg spesifik.

Namun apabila mempunyai anak-anak yang ramai dan julat umur dari tadika hingga ke universiti, rumah sentiasa menerima kunjungan rakan-rakan anak2 ku... masa ini baru terasa ..."alamak...rasa dah tua...!!!" sebab rakan2 anak-akanku akan sentiasa memanggil ku ..."makcik...makcik...." (hahaha! ... No more 'kakak' lah......!!!)

Kenangan semasa Raya 2008

Minggu lepas satu gerombolan rakan Ammar dari MTAQH (Maahad Tahfiz Hira') datang berhari-raya... 23 orang! sampai tak cukup kerusi.....terpaksalah tunggu giliran...

sabar...sabar..... Mee Hailam yang ku masak seperti biskut...
sekejap ada....sekejap dah tak ada....


Menikmati kuih-muih sementara menanti giliran nak makan Mee Hailam

Penuh ruang tamu rumah ku dengan 23 orang anak2 tahfiz
(sshhh.... mereka ini nama aje anak2, tapi badan masing2...mak datuk...
dah macam bapak budak!... ialah masing-masing kan dah anak teruna...
semuanya dah 17 tahun kan...)


Anak murid ku (pelajar Sarjanamuda Sains Komputer)
hehehe..tak termasuk anak dara kenit yg kanan sekali tuh....


Anak murid ku juga (pelajar Sarjanamuda Sains Komputer)
Yang berbaju merah ialah suami kepada anak muridku yang baru kahwin
pada 3 Syawal baru lepas
(kesian...terpaksa makan dalam gelap di bawah cahaya lilin... blackout..!)

Ex-classmates Zaid di SMI Hira' dahulu, sekarang masing2 sdg menuntut di IPTA/IPTS

Ex-classmates Zaid di SMI Hira' , yang pakai tudung hitam kedua dari kanan ialah adik kepada penyanyi nasyid kontemporari Mu'adz

Terpaksa bergelap sekejap, romantik pulak pasang lilin kerana black-out (hujan tersangat lebat dan kilat sabung-menyabung beserta guruh berdentum-dentam)

Ini pula kawan Wafa'

Di antara rakan-rakan Mu'adz yg datang ke rumah. (Sebenarnya ramai lagi rombongan yg lain tapi tak sempat ambil gambar)

Sabtu lepas jiranku mengahwinkan anak gadis beliau...

Hari yang sama, jiran sebelah rumah juga menjemput Open House Raya

Sambutan Raya untuk kumpulan usrahku.....

Alahai.... terkenang kak Long (Asma') yg berada di Jordan... kalau Kak Long ada, mesti lagi ramai rakan2 Kak Long yg datang....entah berapa kumpulan... sbb ikut sekolah... kumpulan sekolah Hira;, kumpulan sekolah SAMBEST, kumpulan rakan sama menuntut di Jordan.... Kak Long tak ada di sini, tiada lah rakan2 beliau yg datang bertandang... namun rindu terubat juga mendapat kiriman gambar Raya dari kak long di Jordan.Asma' bersama Alia (anak makcik blogger MakTeh) semasa jamuan Hari Raya di Jordan, 2008

24 comments:

  1. Hehehe.. Kak Azzah, berombongan2 jugak ya yang datang? Alhamdulillah. Menerima dan menjamu tetamu ni seronok kan? semoga diberkati Allah sentiasa...

    ps: okayla tu kak, dah 'makcik'. kalau anak-anak tu panggil 'kakak' susah la pulak! LOL

    ReplyDelete
  2. Nurazzah,

    Tersenyum lebar saya kerana dalam senarai buku-buku yang telah dibaca dan sedang dibaca antaranya novel-novel saya. Saya akan kirimkan Abu Ubaidah al Jarrah setelah dapat naskhah percumanya daripada penerbit.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ada rezeki yang boleh kita kongsi bersama di bulan mulia ini
    Jemput mai ke rumah terbuka saya hari Sabtu ini , ya.

    Amboi..ayu bakal doktor itu pakai baju kebaya merah jambu dipagi raya...

    ReplyDelete
  4. D,
    ya..mmg banyak rombongan yang datang, maklum lah setiap anak ada kawan masing2... siapkan duit Raya jek...hehehe


    Pak Latip,
    InsyaAllah cuba habiskan pembacaan novel2 Pak Latip terutamanya Randau Ruai...novel tu slow sikit....


    CikMilah,
    alamak...teringin nak pergi, tapi jauh sangat ke utara...cikMilah tolong makan bagi pihak akak boleh?
    Terimakasih kerana menjemput.

    ReplyDelete
  5. Salam Azzah...akak pun sama...tak pernah buat rumah terbuka...sebab rumah akak sentiasa terbuka...cuma kalau nak datang kene beritau...kalau tak nanti kene makan biskut kering je...heheheh

    ReplyDelete
  6. salam,

    wah, raya sakan ni, ramai yang hadir, itulah kegembiraan yang dirasai bila tiap kali tetamu hadir ke rumah kita tak kira bila terutama masa raya .... tengok rumah you terasa nak sangat pergi ziarah , entah bila agaknya dapat jumpa lagi, nak try pergi masa cuti hujung tahun , InsyaAllah kami sampai ...nak mee hailam jugak ye :)

    ReplyDelete
  7. waahhh.. kak azzah..!! kalau dekat, saya tumpang serbu rumah akak.. syok nyaaaaa...

    ReplyDelete
  8. Wah, meriahnya. Nanti balik, nak serbu-lah.

    ReplyDelete
  9. oowhh ummi.bile lak ummi edit letak gmba klong tuh??rituh klong bce entry nih xde pon...baru jek nk ckp rituh.."ala kwn2 klong jek xdtg...kalo member klong dtg lg byk grup la ..huhu"tgk2 ummi da edit dlu........hehe....

    ReplyDelete
  10. orang kata tetamu tu pembawa rezeki..murah lah rezeki akak sefamily insya-Allah!

    at last jumpa jugak kita bertentang 4 mata walau tak di plan..insyaAllah lain kali ada kesempatan boleh sembang panjang.

    p/s: terserlah ketinggian Aliaa.

    ReplyDelete
  11. Anie@Kak Lady,
    Salam,

    akak lama tak ontact ya...macam jauh tapi dekat. InsyaAllah tengok lah kalau ada rezeki saya nak singgah rumah akak ke ... esok ada jemputan di Sg Buloh, kot kot on d way balik tu boleh singgah kat rumah akak..(tgk mood driver dulu).. tak pe kalau biskut kering pun..hehehe

    ReplyDelete
  12. silver sarina,
    Alhamdulillah ramai tetamu yg datang tu, gembira melayan rakan anak2 ni... seronok bila hidang makanan...macam biskut...sekejap ada... sekejap dah tak ada...
    rezeki dia orang... semoga murah rezeki semua yang bertandang dan yang menjamu juga, Amin

    Haah ya...jemput lah datang rumah I bila you ke Lembah Klang ni... tapi seperti biasa kena call dulu lah..masing2 kerja kan... kalau datang mengejut aje alamat bibik aje yang layan you ...hehehe...kalau nak makan mee hailam...bisa di atur...tapi kena call awal2 lah... kalau tak makan biskut kering aje...

    ReplyDelete
  13. Mulan,
    jemput...jemput...akak pun teringin nak ke Terengganu... InsyaAllah satu hari nanti akak nak ke sana pergi rumah you, silver sarina dan maklang.

    ReplyDelete
  14. zlaa....sila kan ....

    Nasiroh dah masuk kerja... baru dapat sms dia petang tadi... dia dah selamat dan confirm dapat Phd dia!


    Tahniah dan Syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. kak long,
    mmg nak letak pun gambar tu dan update mengenai cerita kak long, tapi mungkin masa kak long baca tu belum update lagik.

    mmg lah kalau kak long ada, lagi ramai group kak long...

    ReplyDelete
  16. Onde Onde,
    Alhamdulillah Allah ketemukan kita di rumah MakTeh... Sebelum pergi tuh pun I berharap sangat akan berjumpa dengan you sbb tahu you mengajar di tahfiz MakTeh, tentu MakTeh jemput you datang kan...

    tapi sekejap sangat kita dapat berbual...IA lain kali boleh ketemu lagi dan berbual panjang...

    ReplyDelete
  17. iman,
    tahun ni Raya Iman tak datang rumah makcik... Asma' tak ada... eh eh...lupa lak makcik... iman kan kat UK... IA nanti cuti balik Malaysia jemputlah dtg rumah...ajak ummi sekali ya...

    ReplyDelete
  18. Memang banyak open house, sampai tak menang nak gi:)

    ReplyDelete
  19. haha! tu baru kawan ammar,a.zaid,anas muadz ngn wafa'...blom kwn adek hana' ngn kklong lg...tah bape byk nnti.

    ReplyDelete
  20. Salam Hormat wahai Puan Prof.

    Saya terkenang dan terbayangkan sesuatu. Kalau rumah terbuka sudah begitu ramai. Bagaimana bila majlis kenduri kahwin anak ?

    Ya Allah, aku mohon kepadamu, supaya ENGKAU bukakan pintu rezeki buat Puan, supaya beliau mendapat rumah yang lebih besar. AMIN. AMIN. AMIN.

    ReplyDelete
  21. Hazia,
    mmg tak larat hendak memenuhi kesemua jemputan Open House... tapi sahabat dan saudara-mara dah jemput, kena pergi juga...akhirnya ada yang pergi menunjukkan muka sahaja...perut dah tak larat nak isi... asalkan tujuan utama sebenarnya kita kunjung-mengunjungi ialah untuk merapatkan silatur-rahim di antara sesama kita.

    ReplyDelete
  22. Ammar,
    itulah... kalau kak long ada, entah berapa rombongan lagi yang datang...tahulah kak long tu kan ramai kawan...

    ReplyDelete
  23. Abang Long,
    terimakasih kerana mendoakan buat saya. Semoga doa abang Long itu di makbulkan Allah. Amin.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....