Wednesday, August 13, 2008

Silap Mata

Kebelakangan ini anak-anak ku terutamanya Zubair , Wafa' , Mu'adz dan Hana' telah meminati satu hobi baru.............SILAP MATA!

Pelbagai silap mata yang ringkas dan mudah telah mereka pelajari, dan yang menjadi penonton setia ialah ... ummi mereka!

Sehinggakan semasa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tempohari, salah satu buku yang dipilih ialah buku berikut :
dan sebuah buku-elektronik (e-book) :



Rasanya hobi baru mereka ini bakal menjadi hiburan kami sekeluarga (harap-harap jangan lah mereka serius hendak menjadikan ini sbg satu punca pencarian rezeki pula!)

8 comments:

  1. interesting tu..sbb kita selalu takjub and heran bila tengok silap mata....ish..teringin la pulak nak beli..bila tengok entry on books yang kak azzah post mesti teringin..

    tapi david blaine tu...takut tengok mata dia..ada apa-apa kot..

    ReplyDelete
  2. ummu asiah,
    mmg interesting... anak2 pun seronok sebab dapat buat silap mata kat kawan-kawan mereka...

    sambil duduk2 sekeluarga, aktiviti baru ini menjadi satu cara merapatkan hubungan kekeluargaan..

    beli lah...tentu anak2 suka...

    hehehe....jgn tengok tepat kat mata dia tuh...!

    ReplyDelete
  3. main silap mata! best la tu..kita boleh lihat kecekapan tangan mereka mengaburi mata kita,hahaha..hobi ni seronok tau,apalagi kalau yang di buat nya tak menjadi,heheh tapi jangan risau la nurazza,kejap je hobi tu,lepas ni diaorang pasti dapat hobi lain pulak!!

    ReplyDelete
  4. Salam hormat wahai Puan.

    Harap si anak tidak 'menghilangkan' umi mereka.

    ReplyDelete
  5. pasal magic, paling terer sy dulu ilangkan duit syiling, skrg lak terer ilangkan duit kertas dikedai runcit hehe

    ReplyDelete
  6. ezza aziz,

    ya, sebenarnya magic ni hanya tipu helah sahaja

    ReplyDelete
  7. abang long,

    mesti mereka tidak berani menghilangkan ummi mereka!!!! hehehee
    ...

    ReplyDelete
  8. banji,

    akak lagi terrer menghilangkan duit di kedai-kedai runcit, shopping kompleks dll!!!!! lagi lama dari banji...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....