Sunday, August 17, 2008

Kenduri Kahwin & Pertemuan dgn blogger

Musim cuti sekolah sudah bermula dan di sana sini kenduri kahwin diadakan untuk meraikan pengantin baru. Sabtu dan Ahad dipenuhi dengan menghadiri undangan kenduri perkahwinan. Baharu sebentar tadi saya, suami, Anas dan Wafa' pergi ke kenduri kahwin sahabat kami di mana anak mereka sama-sama bersekolah dengan Asma' dahulu, iaitu Khadijah. Kenduri itu adalah kenduri kahwin kakak Khadijah bernama Sumayyah.

suami, Salman (pengantin lelaki), Sumayyah (pengantin perempuan), saya dan Khadijah

Setelah mengambil makanan kami pun mencari tempat duduk yang kosong... baharu menyuap dua-tiga suap, mataku melirik ke kiri melihat sebuah keluarga di sebelah meja sedang berbual-bual dengan keluarga pengantin dan mengambil gambar.

Dalam hati berkata-kata...."macam familiar saja keluarga ni...",

apabila mataku terpandang kepada si bapa.... terus terkejut,

"Eh...biar betul ni... macam rupa blogger yang kukenal yang bekerja di Dubai tetapi sedang balik bercuti ke Malaysia!!! "
Siapa lagi jika bukan Ariffin@Idham@PakPayne ......
Aku pun terus membasuh tangan dan memberanikan diri mendekati si ibu @ Kak Lil,

"Assalamualaikum, ini Kak Lil ya?" tanya ku...

Nampak macam kak Lil terkejut dan tercengang-cengang...ialah dia bukan kenal pun saya.... sebab saya hanya pembaca setia blog suaminya Pak Payne...

lalu terus saya memperkenalkan diri, " saya Nurazzah8, selalu baca blog suami akak..."

" oohh..." kata kak lil...

"tak pelah... kirim salam pada Idham, beritahu dia saya Azzah8" saya berkata kerana melihat Idham sedang sibuk berbual-bual dan melayan keluarga pengantin.

Rupa-rupanya Kak Lil adalah sepupu kepada Encik Aziz, iaitu bapa pengantin perempuan...

selepas itu saya kembali ke meja dan meneruskan menjamu selera. Sambil-sambil itu menjeling juga ke arah keluarga Idham... eh..mereka sudah bergerak ke kereta hendak pulang... dalam hati berkata-kata, tidak mengapalah...mungkin tiada rezeki nak jumpa..InsyaAllah lain kali boleh berjumpa lagi....

sedang berbual-bual dengan anak dan suami tiba2 mendengar orang memberi salam, "Assalamualaikum..." bila menoleh ke belakang, rupanya Idham dan kak lil berdua ... ada rezeki juga berjumpa dengan mereka... setelah bertanya khabar dan berbual sedikit... Idham meminta diri kerana hendak pulang... Alhamdulillah, terjalin lagi persahabatan di alam maya ke dunia sebenar....


bila tengok dalam handphone, rupa-rupa anakku Wafa' ada mengambil gambar candid... sedang berdiri ketawa di belakang ialah Kak Lil, Idham terlindung disebalik botol mineral disebelah kiri...nampak sedikit sahaja wajah beliau.....

10 comments:

  1. Azzah :-)

    Assalamualaikum...kecik an dunia! I dah start engine kereta tadi bila LiL datang dan bagitau - "Azzah8 ada at sini!"
    Dia memang tau saya ada hajat nak jumpa dgn Azzah tempuh hari di kala Azzah demam tu....
    Apa lagi, teruslah matikan engine kereta tu dan ajak LiL tunjukkan meja Azzah!

    It was the highlight of pergi wedding tadi lah jumpa Azzah dan suami. Errrr saya tak perasa pula ada anak tadi di meja tu...jika tau dia ambil gambar, boleh lah pakcik idham posing hehehehe.

    salam untuk keluarga!

    Idham

    ReplyDelete
  2. syukur ,


    bertemu mata juga akhirnya ....

    ReplyDelete
  3. Kalau dapat 'diwujudkan' ruangan disebelah kanan blog ini, dengan tajuk : BLOGGERS YANG TELAH KUTEMUI.

    Sekadar bagi cadangan, sebab, sampai hari ini pun 'haram' saya tak tau nak buat di blog sendiri.

    ReplyDelete
  4. Pp,
    Actually saya mmg excited sangat dapat berjumpa PP sekeluarga, tapi masa ternampak buat pertama kali buat cool aje sbb tengah-tengah kenduri ramai orang pulak tu...

    Mula2 ternampak your children, dah terdetik dalam hati... tapi tak pasti sangat, kemudian tengok si ibu, rasanya macam betul, bila terpandang si ayah, terus kaget.... rasanya memang sah lah ini keluarga Pp dari Dubai tu... mmg betul kata SilverSarina @ maklang dalam blog mereka, tengok dalam blog Pp mmg nampak awet muda... tapi bila tengok dalam alam sebenar, sememangnya LEBIH MUDA dari dalam blog!!!!

    Apakah rahsia anda?

    ReplyDelete
  5. pB,

    ALhamdulillah.......

    dah dapat no akaun yg akak bagi tuh? harap dapat menolong serba sedikit ya...

    ReplyDelete
  6. Abang Long,

    saya dah wujudkan ruangan tersebut di sebelah kanan... senang aje...kalau nak saya tolong masukkan dalam blog abang long pun boleh juga.......


    Dah check akaun abang long?

    bgmn dgn masalah peti ais? dah okay? Saya rasa cadangan dari salah seorang pembaca blog abag long pun bagus, iaitu guna kotak putih tu (yg selalu orang letak ikan tu) kemudian beli ais ketul dan letakkan betindih...

    ReplyDelete
  7. azzah8....:-)

    hari ini saya tiba ke jasin. akan di sini hingga selasa, kemudian terus ke KLIA untuk ke dubai. berahirlah nanti percutian singkat...
    berat rasa hati untuk pergi..namun gembira sbb byk pengalaman yang membuat saya gembira semasa cuti ini. Salah satunya, bertemu azzah8 dan suami secara kebetulan....betullah kita hanya merancang, Allah menentukan. Sudah tertulis untuk dpt bertemu...alhamdullillah.

    awet muda? hehehe
    tiada rahsia tertentu. mungkin sebab saya tidak menyimpan problem di dalam kepala dan tidak menyimpan perasaan di dalam hati. Saya hidup secara 'perantau' ... yang berkelana di bumi Allah, tiada yang kekal...dgn itu, saya tidaklah take life too seriously.

    Ada masanya, perlu juga kita melihat cermin dan cuba melihat 'tua' diri....untuk menyedarkan mengenai destinasi abadi...

    Lenguh2, sakit2, itu merupakan peringatan yang saya hargai....

    Semoga azzah8 sentiasa dalam blessings of Allah.

    Pp

    ReplyDelete
  8. mmg dunia ni kecil kan?syiok kan dapat berjumpa celebriti dari Dubai tu:)ni Id baca mesti tersengeh...

    ReplyDelete
  9. ooopss azzah headband nak warna apa?

    ReplyDelete
  10. salam,

    kecilnya dunia... tercapai jugak hajat pp nak jumpa azzah :P

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....