Monday, July 7, 2008

Ilmu

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0543.
Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Hari kiamat belum akan terjadi sehingga telah dihapuskan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, masa (waktu) terasa pendek, timbul berbagai macam bencana, banyak terjadi peristiwa yang menggemparkan seperti pembunuhan, dan wang berlimpah-limpah di sekitarmu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1612.
Dari Anas r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya (hilangnya) ilmu-pengetahuan, banyaknya kebodohan, banyaknya pelacur!" dan banyaknya orang minum minuman keras, sedikitnya jumlah laki-laki serta banyaknya jumlah wanita sehingga setiap lima puluh orang wanita hanya satu orang yang mengurusnya.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0067.
Salim r.a. mendengar Abu Hurairah mengatakan bahawa Nabi saw. bersabda, "Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan maharajalela perzinaan dan kejahatan, serta banyak haraj. Seseorang bertanya, "Apakah hari itu, ya, Rasulullah? " Jawab beliau, "Begini!" (Nabi memberi isyarat dengan tangan beliau, seolah olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan).


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.
Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0076.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0059.
Abdullah bin Mas'ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang: 1. Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan 2. Orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."

4 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan.

    Bila ilmu hilang barakah. 'Kiamat' lah dunia.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 lagi banyak kita cuba cari ilmu, baru kita tahu, banyak lagi perkara yang kita tak tahu.....

    ReplyDelete
  3. Abang Long,
    Kerana itulah semakin lama dan banyak masa kita luangkan untuk mencari ilmu, kita rasa lagi banyak ilmu yang kita tak tahu....
    kita kena yakin ilmu yang didapati bukanlah kerana 'kita' pandai...tetapi kerana Allah yang membuka hati kita untuk menerima ilmu itu, dan ilmu yang paling berguna adalah ilmu yang diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT....

    ReplyDelete
  4. mamamia, memang betul, kerana kalau kita kumpulkan semua ilmu yang ada di dunia ini, dan kita bandingkan dgn ilmu Allah, ia adalah ibarat bgmn kita ambil sebatang jarum dan celup ke dalam lautan, air yang melekat di jarum itulah perbandingan ilmu kita dgn ilmu Allah yg sebanyak air lautan...........

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....