Sunday, June 8, 2008

Kem Anak Soleh 4

Kem Anak Soleh 4 (2008)

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah pertengahan tahun selama 2 minggu di negeri-negeri yang hari persekolahannya bermula hari Isnin. Sedangkan di beberapa buah negeri hari Ahad telah pun bermula persekolahan, atau mungkin kah masih bercuti ? (sebab hari ganti semalam cuti DYMM Yang DiPertuan Agong? mungkin ada sesiapa yang boleh mengesahkan?
Bagi sesetengah ibu-bapa...legaaaa lah rasanya... sebab anak2 akan bersekolah semula...tak pening kepala lagi nak fikir apakah aktiviti yang perlu dilakukan untuk memenuhi masa lapang anak2 ini di rumah? Ada ibu-bapa yang terpaksa ambil cuti juga sebab nurseri/tadika juga bercuti, ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk sama2 meluangkan masa dengan anak2 setelah seharian sibuk bekerja...
walauapapun perkara yang dilakukan, semoga ianya akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan terutama di antara ibu-bapa dan anak2 (terutama ibu bapa yang berkerjaya).

Sebenarnya selama 2 minggu ini, kami sekeluarga tidak pergi bercuti kemana-mana pun. Saya tidak dapat bercuti, dan suami juga kena bekerja. apatah lagi beberapa orang anak2 ku terlibat dengan Kem Anak Soleh sepanjang cuti sekolah ini.

Masuk tahun ini Kem Anak Soleh ini telah diadakan selama 4 kali, bermula pada tahun 2005.
Kem ini adalah aktiviti cuti sekolah yang dirancang oleh ahli2 Alumni Sek Men Islam Hira', Jeram. Waktu itu anak sulungku Asma' terlibat juga dalam perancangan Kem ini. Ia adalah satu usaha yang sangat baik dan bermenafaat untuk mengisi masa lapang ahli2 alumni Hira' yang sedang bercuti semester dari IPTA/IPTS masing2.

Ianya diadakan di surau2 sekitar Shah Alam (seksyen 4, 7, 8, 9, 11, 19) untuk pelajar2 sekolah rendah (berumur 7 - 12 tahun).

Di antara modul-modul yang diberikan adalah:
-diskusi iman
-halaqah tilawah
-slot ibadah
-jom berakhlaq!
-sains dan al-Quran

Untuk keterangan lebih lanjut boleh rujuk di sini.

Pada tahun ini, anak2 ku Zaid, Ammar dan Wafa' terlibat menjadi fasilitator (pemudahcara) sepanjang Kem Anak Soleh 4 ini di adakan. Sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan. Di surau seksyen 7 (Surau At-Taqwa) pada minggu pertama terdapat lebih 50 orang pelajar telah mendaftar, begitu juga dengan surau2 di seksyen lain...
Abang-abang fasi sedang bermesyuarat

Abang Zaid sedang mengendalikan adik2 peserta KAS4

Alhamdulillah aku bersyukur sekurang-kurangnya anak-anak ku dapat sama-sama mencurahkan tenaga dan usaha mereka untuk membangunkan "Generasi Rabbani" .

selepas seminggu aku bertanya kepada Ammar:
Ummi: "Ammar, bagaimana Kem Anak Soleh?"
Ammar: "Aduish! Penat giler jaga budak-budak kecik nih! " sambil gelak-gelak....
Ummi pun senyum jek sambil berkata dalam hati, "mana tak penat...jaga hampir 50 orang budak ..."

Banyak lagi gambar2 yang boleh dilihat di blog Kem Anak Soleh
dan juga di sini.

8 comments:

  1. Salam hormat.

    Sangat elok diadakan program seperti ini.

    Salah satunya adalah pengisian slot SOLAT SEMPURNA.

    Masih ramai umat Islam yang 'bermasalah' dalam solat. Dan masih ramai umat Islam yang tidak bersolat.

    ReplyDelete
  2. abang long,
    Alhamdulillah semoga anak2 menjadi generasi Rabbani ...

    Ada pengisian slot solat tersebut... saya tak letak lagi gambarnya..

    saya setuju dgn pendapat abang long

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah!
    baguslah anak2 kita didorong untuk join program macam ni lepas tu penyumbang tenaga pulak. Banyak faedah tu - mudah2an anak yang terbiasa dengan program macam ni dapat membentuk sahsiah sesuai dgn ajaran Islam.

    ReplyDelete
  4. Salam Nurazzah..
    Alhamdulillah ada aktiviti yang berfaedah untuk anak2 kita ketika musim cuti sekolah ni...semoga dpt kita terapkan dlm jiwa mereka kecintaan kepada Islam dan dpt membentuk keperibadian mereka ke arah Islam sejati...

    ReplyDelete
  5. salam,

    bagus sekali program anak soleh ni dan syavas pada anak2 you yang sangup luangkan masa cuti bersama mencurahkan tenaga menjadi fasilitator program.teruskan usaha murbni ini, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. OO,
    Alhamdulillah, I pun lega jugak sebab takade lah mereka duduk sahaja menghabiskan waktu cuti sekolah. Ada juga aktiviti untuk dilakukan.


    Kak Lady,
    InsyaAllah, semoga anak2 kita akan sentiasa cinta kpd agama Islam dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi agama tercinta.


    SilverSarina,
    I bersyukur sebab mereka sanggup luang kan masa untuk program sebegini, semoga mereka dijauhi dari terjebak bersama-sama remaja-remaja lain yang membuang masa tak tentu hala melepak di pusat membeli belah atau merempit membahayakan keselamatan diri.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... very impressive! Memang baguslah produk sekolah hira' ye - sampai alumni nya boleh gerakkan aktiviti ni.

    ReplyDelete
  8. Salam!

    Anak yang soleh dapat:
    1. Mendoakan untuk kebaikan ibu-bapa;
    2. Memanfaat dan dimanfaatkan ilmunya; dan
    3. Mampu memberi sadaqah apa jua yang khair lagi ma'ruf secara berterusan.

    Bertuah mempunyai anak yang soleh kerana mendapat semua yang dimaksudkan oleh RasululLAH.
    Salam!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....