Saturday, April 12, 2008

Pesta Buku Antarabangsa KL 2008

Alhamdulillah akhirnya dapat juga membawa anak2 ku ke Pesta Buku ini.

Pada mulanya ingatkan suami cuti, mmg dah rancang, oklah boleh pergi hari Sabtu ni, tetapi pagi tadi lepas balik dari surau solat subuh, hubby dah bersiap2... terus tanya, "Abang kerja ke hari ni?"
"Ya" jawab suami.
Dalam hatiku, "alamak...macamana nak pergi Pesta buku ni?"

hehehe...sebenarnya aku tak biasa (baca: "takut") bawa kereta ke area PWTC tu, apatah lagi hari ni weekend mesti ramai orang dan jam...maklumlah 2 hari terakhir Pesta Buku...

Akhirnya plan dgn hubby, hari ni dia pergi kerja naik kereta (selalunya pergi naik komuter saja), lepas habis kerja terus pergi ke Pesta Buku, kami tunggu di sana dan balik sama...

Dalam jam 10pg, minta Zaid hantar Umi dengan anak2(the last four - Wafa', Mu'adz, Zubair dan Hana ) ke stesen komuter di Padang Jawa(yg terdekat dgn rumah kami).
Zaid tak dapat pergi kerana ada test. Anas pula ada perlawanan futsal di Subang Jaya.

Maka naiklah kami berlima komuter dari stesen Padang Jawa ke Putra.
Seronoklah pulak anak2 sebab selalu asyik naik kereta...ni dpt rasa naik komuter pulak... esp si Hana' ...

sampai ke stesen Putra dlm pukul 11:05 pg... tengok kereta dan bas-bas sekolah sudah banyak parking ditepi jalan... ni mesti orang dah ramai nih...memang betul .... masuk saja pintu utama, sudah dipenuhi orang... pelajar2 dari sekolah2 asrama diiringi guru pengiring, dari IPTA dari serata negeri di Malaysia...hurm...aduish...kepala dah mula pening tengok orang ramai!!!
ni belum lagi nak tgk dan pilih buku......

Memang orang ramai sungguh, jalan asyik sangkut-sangkut aje... nak pilih buku pun susah sbb orang dah ramai duk depan rak2 buku tu (terutama di booth PTS) apalagi bawa anak2 kecik ni... nak pilih buku pun tak tenang sbb asyik tengok kiri kanan check anak2 ada dekat kita (almaklum lah orang ramai, kebarangkalian anak kecil hendak hilang adalah tinggi) ... adalah beberapa kali dgr announcement "Perhatian En X dan Puan Y, anak lelaki anda berumur 7 tahun, berbaju warna H sedang menunggu anda di kaunter pertanyaan.... (beep)" , dan juga " sesiapa yg kehilangan anak kecil dalam linkungan umur 4-5 tahun , berbaju MMM, sila datang ke kaunter pertanyaan sekarang"
Anak2 bersama sasterawan negara, A. Samad Said

A. Samad Said sedang menandatangani buku

Sampai ke kaunter Wira Bukit Sdn Bhd, ternampak buku A Samad Said, sasterawan Negara yang tidak asing lagi. Terus membeli 3 buah buku beliau.."Cinta Fansuri", "Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Fikri" dan "Dari Salina ke Langit Petang". Kebetulan beliau ada di booth tersebut, apalagi...anak2 pun terus membawa buku yang telah dibeli utk ditandatangani oleh beliau...

Buku2 yang dibeli, selain buku ada juga membeli Al-Quran Digital, Scientific Calculator (dpt 20% off) dan beberapa IQ Games utk Hana' , Zubair dan Muadz

Selepas anak2 memilih buku masing2, terus ajak mereka keluar, tapi tak jadi pulak, sbb kat pentas dlm dewan 2, tiba-tiba ada persmbahan naga... anak2 nak tengok... pergi lah tgk sekejap...rupa-rupanya perlancaran buku baru PTS karya ANN WANG SENG, iaitu "Rahsia ISLAM di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar". Selepas itu terus patah balik ke booth PTS nak beli buku tersebut, ingat hajat hati nak minta tanda tangan penulis, tapi tunggu2 lambat pulak...(anak2 dah sibuk minta diisi perut yang sudah semakin berkeroncong...)

Sifu PTS Puan Ainon bersama Ann Wan Seng

Terus talipon hubby, dia dah sampai ke belum...akhirnya kami janji jumpa di restoran belakang dewan seberang sana sungai... selepas makan, ingatkan nak balik semula ke dewan 3 pula...tapi Ya Allah Ya Tuhanku................... ramai betul orang, kaki sebenarnya dah penat jalan ... tgk orang pulak ramai, jalan pun tersenggot-senggot...akhirnya tak jadi ....terus balik...

Dalm perjalanan pulang singgah di Mesjid Wilayah utk solat...first time aku ke mari..sungguh cantik mesjid ini dgn senibinanya yg sangat memukau ...

25 comments:

  1. Sukalah budak2 tu naik train ye.. dapat jumpa penulis yang best tu... penat pun berbaloi...

    masjid tu I pernah singgah masa mula buka dulu , cantik betul .... dan di sanalah my fren dimadukan baru ni ( hubby dia nikah di sini )...

    ReplyDelete
  2. silversarina,
    mmg suka lah dia orang...apataknya...
    melayang fulus ummi RM400++

    I cuma terkilan tak dapat datang hari Jumaat, sbb author novel Ayat-ayat Cinta yg famous tu ada datang... kalau tak mesti I tak tido malam dapat jumpa Pak Habib tu (Habiburahman El-Serazi)... hehehe...

    hurm...your friend tu dah okay ke dari stress nya? dah keluar dari hospital? Hanya orang2 yg kuat imannya dpt diuji oleh Allah... agaknya mmg ur fren ni tabah dan sabar.. tapi dalam begitu dia pun manusia biasa juga, tabik spring kat dia...doa I semoga dia terus mendekatkan diri kpd Allah swt, InsyaAllah CINTA kpd Allah itulah cinta yg kekal abadi...

    ReplyDelete
  3. Aslkm Nurazzah..Saya tak sempat jumpa di Pesta Buku. Tidak mengapa. Ada kesempatan lain, pasti jumpa juga, insyaAllah. Sabtu 5 April sudah saya kendalikan Bengkel Penulisan di pej MAIS. Turut hadir..sahabat lama saya Kak Puziah Sulaiman(Dr.) dan P.M. Pauziah M. Arshad-kedua-duanya staf UiTM sana...

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera

    seronoknya bawa anak-anak ke pesta buku. Masa anak-anak saya masih kecil dulu pernah juga bawa tapi sekarang mereka dah besar.

    Terima kasih dengan kiriman ole-oleh dari Mekah.

    ReplyDelete
  5. huhu adekah tuh 1st tyme hana' naek komuter???mesti jakun giler dlm komuter...kui3..apsal cam sket jek bli buku...(bile la ummi nk bwk kete kat kl...huhu....)

    ReplyDelete
  6. Neenaumi,
    lain kali kalau datang Shah Alam, calling calling saya...boleh saya belanja makan ke... no hp saya: 019-267 1825

    ReplyDelete
  7. Pak Latip,
    hajat hati nak beli buku Hikayat Amir Hamzah, tapi terlalu ramai orang kat booth PTS, sampai saya naik pening.... kebetulan waktu itu ada kumpulan penyanyi 6th Sense kat booth PTS, ramailah bebudak nak mintak tandatangan... akhirnya saya tak larat sampai dah nak mabuk tgk org ramai sangat... terus keluar..

    Harap Pak Latip dapat merasa serba sedikit ole-ole... saya pun tak banyak membeli..adalah serba sedikit utk sedara-mara, rakan-taulan termasuk rakan bloggers yg saya kenal..

    ReplyDelete
  8. kak long, ini kali ke-2 Hana' naik komuter. Kali pertama semasa ikut atok dulu ke KL (hurm bila ya? 2 tahun dahulu...hehehe)
    sepanjang perjalanan dia duduk mengadap luar, tgk pemandangan sekeliling...

    mmg sikit pun beli buku... tapi kira duit habis jugak dekat RM400++...

    Orang punya lah ramai..pening kepala...

    ReplyDelete
  9. Salam Azzah,
    dulu2 masa anak2 kecik rajin gak bawa dia org ke pesta buku.. tapi le ni dia pergi dgn kawan2 dia org je... siapkan RM je kat dia org...

    ReplyDelete
  10. umie@kakyong,
    yang besar2 mmg pergi sendiri dgn kawan2 mereka, ni yg kecik2 tak berani pulak nak lepaskan mereka pergi sendiri...

    ReplyDelete
  11. Salam. I missed Pesta Buku. Selalu pergi dengan family. Tetapi,kadang-kadang tak tahan sebab terlalu ramai orang. Bawa anak-anak kecil-kecil sampai pernah anak hilang di Pesta Buku. Panik sungguh masa tu. Tetapi, Alhamdulillah, ada announcement suruh pergi ambil anak. Lega..

    ReplyDelete
  12. salam kak azzah ...







    sadis nyer sebab sekali lagi pB tak gie .

    Tak berani nak gie kalau aBear tak ikut.
    aBear pulak , manjang jer sibuk.
    Dan paling utama , dia fobia tempat tempat yang ramai orang ...

    ReplyDelete
  13. akak ...



    esok pagi free tak ???

    ReplyDelete
  14. Salam Nurazzah...akak sama macam PB,...tak berani ke tengah2 bandar KL kalau cik abang takde...biar pun akak ni lebih berani memandu ke KL tanpa cik abang...tapi..bila ke tempat ramai orang yang bertumpu akak lebih suka kalau dia yang memandu...

    Best ye...dpt beli macam2 buku...dpt jumpa A.Samad Said lagik...seronok

    ReplyDelete
  15. syok la pesta buku. sini limited. dapat jumpa a. samad said lagi tu..

    ReplyDelete
  16. zlaa, tu yg I tak puas nak belek buku, sbb asyik toleh kiri kanan nak jaga anak2 takut hilang dicelah orang ramai

    ReplyDelete
  17. pb, IA esok free, boleh lah kita dating-dating dgn kak lady ya...


    kak Lady,
    IA kalau tak ada aral esok kita jumpa, nanti Azzah bagi no tel kwn azzah yg pandai buat kek tu..

    ReplyDelete
  18. kak lady, opps, lupa nak cakap, kalau nak tengok kek yg dia buatkan utk azzah semasa n3 sambutan annivesary azzah tahun lepas... ada gambar kek coklat dia tu yg sedap sehingga menjilat jari...

    ReplyDelete
  19. mulan,

    jom lah datang KL... tapi pesta buku dah habis hari ahad lepas... tapi kat lembah klang ni byk MPH... novel2 PTS ada dijual di sana.

    ReplyDelete
  20. Salam kak

    Rasa kepuasan yang semacam bila dapat bersua dan bersembang sekejap dengan Pak Samad kan...?

    Selamat membaca dan mencerna kak... :)

    ReplyDelete
  21. blackpurple@jowopinter,

    ya...mmg tak sangka nak dpt jumpa Pak Samad... terkedu seketika melihat Pak Samad sedang duduk bersantai di sofa nan empuk tanpa dikerumuni peminat...apalagi teruslah ambil peluang keemasan...

    sedang mencuri-curi waktu membaca buku2 yg dibeli disamping membaca buku-buku ilmiah...
    betul2 jadi "ulat" buku ... hehehe.. cuma saya tak makan buku tuh ...

    ReplyDelete
  22. Azzah8,
    meh la dtg blog umie.... dtg tau..

    ReplyDelete
  23. umie@kakyong,
    InsyaAllah sekejap lagi saya berkunjung

    ReplyDelete
  24. aiseh, saya jugak tak berkesempatan nak pegi pesta buku tu, kena kerja :(

    ReplyDelete
  25. banji,
    takpe...InsyaAllah tahun depan pulak...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....