Wednesday, February 6, 2008

Air Terjun

Beberapa hari selepas sampai ke Malaysia dari Madinah, anak sulong ku Asma' pun balik bercuti dari Jordan. Cuti utk 2-3 minggu sahaja.Perkara pertama yang dimintanya, nak makan seafood lagi (tahun lepas balik bercuti tak puas lagi makan seafood) dan nak pergi berkelah ke tempat AIR TERJUN!!! Maklumlah di Jordan mana ada air terjun....

Kesiannya dengar permintaan anak ku itu, sbb sejak melanjutkan pelajaran ke Jordan, mmg dia miss berkelah dan mandi di air terjun.Utk memenuhi permintaan Asma', hari Ahad lepas kami sekeluarga telah pergi berkelah ke Air Terjun Sungai Gabai di Hulu Langat , Selangor.Asma' sedang menikmati kesejukan air terjun.....

Seronoknya Hana bermain air (tapi takut nak pergi tempat dalam hehehe....)

Mu'adz dan Zubair sedang menjaga Hana' bermain air........

Mu'adz dan Wafa'

Can you spot Zaid?

Kesian Anas.....dia demam, so tengok saja lah dari atas batu tu......
nak mandi sejuk yang amat.....

Man at work...sedang membakar sotong....nyum...nyum....
Menjamu selera setelah penat bermandi-manda......
BBQ Ayam, sotong, ikan bakar dan jagung bakar......(tak sempat ambil gambar semua... dah habis dimakan oleh anak-anak...!)

Kami meluangkan masa di sana sehingga ptg, dalam perjalanan balik singgah di sebuah mesjid di kampung berdekatan utk solat. Dalam perjalanan seterusnya, kelihatan semua tertidur keletihan kecuali driver dan co-driver!...

10 comments:

  1. azzah8 :-)

    a family together is a family bahagia! nampak mcm LEBAT ye air terjun tu...i like waterfall - bunyi nya yang menderu. Dinginnya...dan heningnya suasana.
    sotong bakar sungguh sedap!!!

    ENJOY...

    Idham

    ReplyDelete
  2. Salam Nurazzah...

    Kat mana Sungai Gabai tu...nampak cantik tempatnya...pasti airnya dingin

    ReplyDelete
  3. wallaaa.. cantik tu.. mesti pi ni.. kami suka sangat air tejun2 ni, sbb kat vietnam ada jgk cuma kaler air depa cokelat. tak sanggup nak try..

    ReplyDelete
  4. Idham,
    Mmg cantik sungguh waterfall tu...airnya banyak, sejuk dan nyaman sungguh... ditengah-tengah hutan rimba, mmg hanya kedengaran deruan dan percikan air terjun...

    Kak Lady,
    rupanya dekat aje... tak payah pergi jauh-jauh... tapi yang saya ingat dari Shah Alam we took Federal Highway, then exit highway Seremban, on the way exit ke KL/Cheras...then took the road to Hulu Langat, then there are many signboards leading to the waterfall... makin lama jalan semakin kecil melalui kampung-kampung ke kaki bukit..

    MULAN,
    mmg cantik tempat tu... ini first time akak pergi.. anak akak Zaid dah pernah dtg dgn kawan2 dia, Wafa' pulak pernah datang ikut rombongan sekolah bercamping kat situ...

    ReplyDelete
  5. cantiknya suasana tempat tu..saya yang jauh ni pun leh terdebgar2 bunyik air yg deras tu..lama jugak x berkelah macam family akak..tempat yg selalu kami mandi di Kuala Woh Tapah..

    Aiiseyman..ada ayam bakar..hmm..sedapnyer

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Azzah...
    Setuju dengan Idham. Cantik tempat tu... tak takut ke along? Nampak deras sangat air turun. He he he... yang best, the food... sodap gitu.

    ReplyDelete
  7. salam kerinduan,

    Bestnya air terjun tu, tak berkesempatan lagi nak bertemu air terjun, yelah macam asma kami memang rindu sangat nak tengok air terjun sebab Jordan air terjunnya tak terjun pun.. tumpang happy tengok you all happy mandi-manda and makan-makan.... tak sempat nak jumpa , lain kali InsyaAllah kita jumpa...selamat pulang ke Jordan pada Asma .

    ReplyDelete
  8. Bestnya terkenang air terjun. Lama tak jumpa.

    ReplyDelete
  9. Kak Azzah,

    Bestnya dapat mandi air terjun. Tapi ummi ni jenis penakut i sikit sebab air tu mesti sejukkan. and bakar membakar best dengan suasana bau pokok dan air...

    ReplyDelete
  10. salam kak,

    maaf banyak2, lama sangat x kemari. saya dah bergelar pelajar kembali, tu yg tak sempat bertenet mcm dulu dah :)

    selamat kembali dgn sihat ke tanahair

    takziah atas pemergian arwah mil akak. al fatihah. untungnya meninggal di tanah mekah.

    kak, saya teringin nak contact akak, boleh beri saya no hp akak? kalau boleh, boleh email di widaad98@yahoo.com. ada hal nak tnya pasal pelajaran la :).tq

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....