Sunday, December 2, 2007

Cuti Sekolah .... buku cerita

Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perlu dibuat agar anak-anak tidak terbiar tanpa apa-apa yang berfaedah perlu dilakukan.

Selain dari mengisi masa dengan membaca dan menghafal Al-Quran, bermain computer games, melayari internet, friendster dan chatting dgn kawan2, 2-3 bulan yang lalu aku telah mula membeli buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja utk anak2 membaca.

Selain drpd itu, juga utk menyokong rakan2 bloggers, seperti OD. (Mesti OD tersengih lebar tengok gambar ni kan....!? )
Siri Ninja Kunaharo dan Ajak Kadir

Anak-anak saya sangat suka membaca siri Penyiasat Ekstrovert ini .... sentiasa menantikan siri yang terbaru....yang terdapat dalam koleksi: Serangan Amfish, Lolongan Misteri, Sesat di Bukit Fraser, Pedang Yamashita, Kucing Utusan, Misteri Vila Penn dan UFO
Siri Penyiasat Ekstrovert

Di bawah pula cerita misteri dan berkenaan bola: Zidane@Zizan .... Anything berkenaan bola sepak, bagi saja kpd 5 orang hero ku...mesti laku...

Ini pula, Siri pahlawan Islam oleh Pak Latip yang dikenali ramai....
Siri Pahlawan Islam oleh Pak Latip

Siri Pahlawan/Sejarah Tanah Melayu oleh Pak Latip Talib

Suatu hari menerima bungkusan ini, dari e-kedai.net Apa ya yang terdapat dalam bungkusan ini???
Ini lah dia isi bungkusan di atas.......
hampir 90% telah dibawa balik oleh Kak Long ke Jordan tempohari...
kebanyakan novel utk remaja.
5 tahun 5 bulan
ialah novel berkenaan pelajar medic di luar negara(sgt sesuai utk kak long baca), Pudarnya Pesona Cleopatra (baca ulasan di sini) nukilan Habiburahman El-Shirazy, iaitu pengarang novel Ayat-ayat Cinta,
Senafas Rindu
oleh Damya Hanna , Surat Ungu Untuk Nuha oleh Noor Suraya,
Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris. "Aku Dekat.....Kau Dekat".....Ini adalah mantera cinta Mira dengan PenciptaNya yang diulang berkali-kali di dalam novel Curahan Cinta Niagara yang sangat berkesan di hatiku. Mira adalah watak utama di dalam novel islami oleh penulis Maya Iris ini.

Membaca buku As I Was Passing oleh Adibah Amin membawa kita mengimbau kembali ke zamn 70an . Dengan gaya bahasa Inggeris yang bersahaja dan mudah difahami, Puan Adibah berjaya mencolek hati kita membaca sambil menghayati nilai-nilai yg sepatutnya ada dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.(Baca ulasan di sini)
Semasa berkunjung ke MPH di SACC Mall, anakku memilih utk membeli buku Dicakar Hantu. Tetapi selepas membacanya, masing-masing takut bersendirian di bilik...(hurm...lepas ni tak mahu kasi mereka membaca buku cerita hantu lagi)

Suami ku ada membeli buku Pengembaraan Ibn Battutah, tapi belum sempat habis membaca, baru baca 1 bab sahaja, namun apabila membaca ulasan oleh ulas-kupas, mmg saya teruja hendak membaca sehingga habis, cuma tiada masa sekarang. InsyaAllah selepas balik dari mengerjakan haji akan aku habiskan membaca...Pengembaraan Ibn Battutah

dan akhir sekali ini , buku resepi oleh Nina Suria dari bumi seberang, Brunei Darussalam, utk diriku dan bibik! ... kami dah cuba macam 2 resepi, yang bestnya Ayam Masak Limau...sehingga menjilat jari...!!! Silalah berkunjung ke blog Nina, yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai juadah yang beraneka rasa dan rupa... sentiasa jadi lapar bila berkunjung ke blog beliau...hehehe

Oppss... terlupa...sebelum Hari Raya Aidil Fitri yg lalu sempat lagi order 3 buku di bawah iaitu Al-Andalus Menangis, Wilayah Cinta dan Jalan Jauh ke Ramallah dari Khadijah, iaitu salah seorang ahli Grup Karyawan Luar Negara.

Al-Andalus Menangis dan Wilayah Cinta adalah Antologi Puisi manakala Jalan Jauh Ke Ramallah pula adalah sebuah Antologi Cerpen karya ahli-ahli GKLN.

GKLN mula diwujudkan pada awal tahun 2005 di Dublin, Ireland, oleh sekumpulan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sana. Pada awalnya, GKLN dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland (GKI) dan ketika itu ahlinya sekadar mencapai 20 orang sahaja. GKI menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perkongsian karya, berita sastera, tips-tips penulisan dan kertas-kertas kerja penulis serta pengkaji sastera yang lain melalui komuniti siber di internet.

Lebih mengujakan lagi apabila terdapat banyak permohonan untuk menjadi ahli di kalangan pelajar-pelajar luar Ireland-United Kingdom seperti Australia, Rusia, Jepun, dan United States. Atas desakan tersebut maka GKI telah diubah namanya kepada Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan keahliannya dibuka kepada pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia. Sehingga kini, GKLN mempunyai sekitar 230 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, New Zealand, Morocco, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mengambil jurusan pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya.
(dipetik dari blog GKLN)


Al-Andalus Menangis
La Alhambra, Granada
7 Jun 2005

Andalus, seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri
saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit
dengan seribu sengsara
dan pada waktu berdarah itu
kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini
adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh
sebungkus doa kita yang renyuk.

Sudah lewat berzaman tidurmu ditertawakan
dentingan genta dari Giralda
saat angin Mediteranean berpeleseran dirasuk rindu buat Tariq
mencari jika masih tercicir
lagu muazzin yang rendah berbicara dengan langit
dimimbar Cordoba ini,
pun aku masih lagi berdiri di sini, di tebing zaman
membaca ranumnya puisi luka Guadalquivir
seakan mengutip pepasir sesal di dasar arus yang teresak-esak
dalam rajuk yang panjang.

Masih akrabkah cinta dalam mimpimu, Andalus,
pabila sejarah adalah cagaran buat syahadah
yang kita teduhkan di rimba nurani ini?
Atau telah mungkinkah tanah ini tersumpah
sesudah nafsu yang tumpah membanjiri sebuah riwayatmu
dalam amukan langit yang murka.

Dalam iktikaf usia ini sempat kau bertanyakan kami
milik siapakah dosa ini?

Al-Andalus , sesudah lelah
hadiah ziarahku kau jawab dengan salam curiga
dalam diammu
merahsiakan tajamnya sebuah tangisan.

(memenangi hadiah utama(Puisi) Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2005)


~ SELAMAT MEMBACA DUHAI ANAK-ANAK KU ~

Saturday, December 1, 2007

Menjadi Tetamu ALLAH

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Al-Baqarah: 196)

"Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkankewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekelian makhluk)."
(Al-Imran: 97)

InsyaAllah, saya, suami, MIL dan BIL akan pergi menunaikan haji pada 7 Disember 2007. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf sekiranya selama saya berinteraksi dengan saudara-saudari sekelian, terdapat kata-kata saya yang menyinggung atau menyakiti hati saudara-saudari. Doakan kami selamat segalanya dalam perjalanan pergi dan balik, serta sepanjang masa kami beribadah di Tanah Suci Allah. Doakan semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar kami dapat menjalankan ibadah haji ini dengan sempurna.

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....