Thursday, September 27, 2007

Bonus

Bonus

Teringat beberapa hari lalu dalam akhbar, salah seorang pemimpin CEUPACS ada menyatakan (kpd pegawai kerajaan) "Jangan terlalu mengharapkan kerajaan akan memberi bonus pada tahun ini". Ini mungkin kerana kerana kerajaan baharu sahaja memberi kenaikan gaji bermula pada bulan Julai yang lalu. Wbgmn pun untuk memujuk hati ini jangan kecewa (begitu juga kpd semua pegawai kerajaan muslim yg lain), marilah kita merebut BONUS dari Allah swt yg akan tetap diberikan kepada kita setiap tahun tanpa perlu kita meminta-minta dariNya.

Apakah
Bonus dari Allah swt itu?

Salah satu BONUS terbesar ialah Lailatul Qadr (malam Al-Qadr). Ini sudah termaktub dalam surah Al-Qadr iaitu surah ke-97 dalamAl-Quran (terdapat 5 ayat dlm surah ini) (terjemahannya:)

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Al-Qadr.

2. Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadr itu?
3. Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu, para malaikat dan jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengtur segala urusan.
5. Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!

MasyaAllah! SERIBU bulan!!! itu bersamaan dgn (lebih kurang) 83 tahun! dan kita pun tidak tahu samada kita boleh hidup hingga umur 83 tahun...ini jika dikira kita beribadah sejak kita umur setahun.... katalah tolak zaman kanak2 kita, zaman kejahilan kita, katalah kita mula "sedar" semasa berumur 20 tahun. bermakna kita kena tambah lagi 20 tahun... sehingga kita berumur 103 tahun.... baru nak sama dengan SATU malam Al-Qadr!!!
MasyaAllah...sungguh Pemurah Allah swt utk hambaNya.... namun terpulanglah kepada hambaNya utk merebut peluang mendapatkan BONUS dari Allah ini...

Saya sertakan sedikit petikan dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (bukan adik beradik saya ya...nama bapa saja sama...;-)

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Maksimakan Perolehan Bonus Ramadhan

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Monday, September 17, 2007

TADARUS AL-QURAN

TADARUS AL-QURAN

Tadarus Al-Quran semakin bersemarak pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah bila menjelang bulan Ramadhan, kami sekeluarga akan bersama-sama membaca Al-Quran sehingga khatam.
Bermula dari malam pertama Ramadhan, apatah lagi Ammar (yg bercuti awal Ramadhan) ada sama, maka semakin bersemarak amalan ini. Walaupun kak long tak ada bersama, dan Hana masih belum boleh membaca AL-Quran lagi, aku dan suami berserta 6 orang lagi anak (Zaid , Ammar, Anas, Wafa', Muadz dan Zubair) sudah cukup untuk memboleh kan kami bergilir-gilir membaca sambil menyemak bacaan masing-masing.

Selepas balik solat Terawikh, atau kadang-kala selepas berbuka puasa dan bersolat Maghrib berjemaah sekeluarga, kami akan mula membaca sehinggalah hampir masuk waktu Isya'. Waktu yg diluangkan akan lebih panjang semasa hujung minggu, kadang-kala selepas Subuh , atau selepas 'Asar, sementara menunggu waktu berbuka dan utk mengelakkan dari tidur, kami akan sambung menbaca Al-Quran lagi. Alhamdulillah, masuk hari ke-5, sudah 9 juzuk dihabiskan. Sangat berharap dapat khatam sebelum Ramadhan berakhir.

Di fakulti ku juga ada menganjurkan majlis tadarus Al-Quran di kalangan staf perempuan. Tahun ini menyaksikan tradisi ini diteruskan buat kali ke-3. Sesiapa yg hendak join, nama diberi kpd penyelaras tadarus, dan dibahagi kpd kumpulan2 kecil yg terdiri dari 2 - 4 orang. Setiap kumpulan kecil akan membaca 1 atau 2 juzuk bergantung kpd saiz kumpulan. Dan pada hari Jumaat sebelum minggu akhir sebelum cuti Raya (contohnya pd tahun ini pd Jumaat 5 Oktober), sewaktu kaum Adam bersolat Jumaat, kami akan berkumpul semua sekali dan membuat majlis Khatam Al-Quran. Lazimnya kami akan menjemput seorang ustazah utk merasmikan majlis ini, kami akan sama2 membaca dari surah Ad-Dhuha sehingga An-Nas, dan doa khatam Al-Quran akan di baca. Sebelum itu, sedikit halwa telinga, iaitu tazkirah akan disampaikan oleh ustazah tersebut. dan akhir sekali (part ini yg best nih...) ..setiap orang akan mendapat buah tangan (sumbangan individu tertentu )berupa pulut kuning + rendang dan bunga telur!!

Pengertian
Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Baginda bertadarus Al-Qur’an dengan malaikat Jibril sendiri.

Mengikut riwayat Ibnu
Abbas r.a.:

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah
dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.
(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).

1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.

Cara Tadarus:
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun
antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.


2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:
Antara perkara-perkara utama dalam adab membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.


Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud:

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka
membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).

(dipetik daripada: http://www.terengganu.gov.my/yit/TADARUS.pdf)

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Kembali Lagi

Ramadhan Kembali Lagi

Ramadhan kembali lagi pada tahun ini...Alhamdulillah kali ini kami sekeluarga menyambutnya bersama abi, namun terasa sedih juga kerana ini kali kali ke-3 kami berpuasa tanpa Kak Long (Asma') di sisi. Anak sulong ku telah selamat kembali ke Jordan. Namun begitu hati ku terubat juga kerana kali ini suami ku ada bersama, masih ingat lagi tahun lepas aku menyambutnya sendirian dengan anak2 yg lain kerana suami berkerja di luar negara.

Seperti biasa sahur kali pertama rumah ku riuh-rendah pada jam 5 pagi dengan suara anak2 ku. mengejutkan mereka bangun juga memakan masa setengah jam...hehehe..entah berapa kali bangun, tidur balik, bangun ...tidur balik....dan akhirnya jam 5 pagi baharu lah dapat mengumpulkan mereka semua di meja makan... Ammar (anak ke-3) juga balik dari asrama setelah Maahad Tahfiz nya memberi cuti awal Ramadhan.

Seperti biasa Anas dan Zaid tak mahu makan nasi, Mu'adz pulak tak boleh tinggal nasi (boleh termenung depan pinggan tu punya lama...laaa masih mengantuk rupanya...), Wafa' dan Zubair okay...nak makan cereal dengan susu, ok...tapi dengan syarat kena makan nasi dulu...lepas makan nasi sepinggan nasi, mereka makan semangkuk cereal bersama susu.
Tahun ini pula, aku mahu cuba train anak yg paling kecil , Hana supaya cuba berpuasa. Hana baru berumur lima tahun, tapi sudah seminggu aku cuba slow-talk dgn dia, "Hana...nanti Hana puasa ya..mula-mula Hana puasa lah sampai pukul 10 pagi, lepas tu, esok sampai pukul 11 pagi ..(dan seterusnya)", dia jawab, " Hana nak puasa masa kat sekolah aje..." ... hehehe..agaknya cikgu kat tadika dia dah bagi tau, masa bulan puasa tak sediakan makanan...
jadi, aku pun kejutkan dia bangun sahur... dengan bantal busuknya dia pun turun dan duduk kat meja makan termenung....hurm...aku pun tuangkan cereal satu mangkuk dengan susu.. habis jugak dia makan satu mangkuk... lepas tu terus mintak susu botol dia (hahaha...pecah rahsia Hana...masih minum susu botol lagi..!!!) ... pagi nih sebelum pergi kerja Hana dah bangun...masa tu baru jam 8:30 pagi... tengok aku bersiap, dia pun tanya, "ummi nak pergi mana?", Aku jawab, "Ummi nak pergi kerja..", Dia tanya lagi, " Ummi tak cuti ke? kenapa abg dengan kakak semua tak sekolah? Ummi pun tak payah lah pergi kerja..cuti lah.." ...laaa.. rupanya dia tgk semua abang dan kakak cuti sek sempena awal ramadhan ini..

tapi yg nak tergelaknya, (habis semua rancangan nak suruh dia puasa..) pagi2 lagi dah mintak nak minum susu...!!! Bila dia mintak susu, bibik pun cakap, "kan Hana puasa hari ini, tadi dah bangun sahur..." ...hurm.......terus dia menangis....aduish...
Satu cabaran juga nak train anak yg seorang ini berpuasa. So far, yg lain2 semua tak ada masalah... sejak umur 5 tahun dah train puasa, tak dapat satu hari penuh, dapat puasa separuh hari pun jadilah utk kanak2 sebaya dia..

-----------------
Sebelum lupa, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA SEBULAN RAMADHAN kpd semua rakan2 bloggers , semoga kita dapat merebut peluang pada bulan yg mulia dan suci ini utk memperbanyakkan amal ibadah kita, dan merebut peluang malam lailatul Qadr, malam yg lebih baik dari seribu bulan (Al-Qadr).

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

Ramadhan bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.
Alangkah gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong, membuat fitnah dan tipu daya, merasa dengki dan khianat, memecah belah persatuan ummat, dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor."
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan, karena puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akanmembawa muzarat kepada kesehatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lainnya. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesehatan bagi rohani dan jasmani kita. Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudnya: "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.

(s.al-Baqarah:185)

(dipetik dari artikel Ustaz Syed Hasan Alatas)

PROMED DALAM AKHBAR

PROMED DALAM AKHBAR HARI INI

Berita mengenai PROMED telah keluar dalam akhbar hari ini, Khamis 13 Sept 2007.

1. Utusan Malaysia - sisipan MEGA, halaman 5
2. Berita Harian - halaman 23

boleh juga di capai secara online di sini.

Tuesday, September 11, 2007

PROMED

PROMED2007 Apakah PROMED? Ia adalah singkatan kepada PROgramming and MultimEDia design competition, atau dalam bahasa ialah Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia.

Pada hari Sabtu(8 sept 2007) dan Ahad(9 Sept 2007) yg lalu, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif(FTMSK), UiTM telah menganjurkan PROMED2007 di peringkat kebangsaan. Secara khususnya penganjur utama adalah SIG Programming & Computer Sc Education , di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer, FTMSK. (Anda boleh rujuk Website PROMED2007 di sini)
Tajaan utama adalah daripada kerajaan Negeri Selangor (SUK) .
35 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengaturcaraan dan 29 pasukan dalam Pertandingan Reka Cipta Multimedia. Pasukan2 ini mewakili IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia, di antaranya UM, USIM (Uni Sains Islam M'sia), Kolej Pulytech Mara, UNIMAS, Institut Profesional Baitulmal, Uni M'sia Pahang, Uni Darul Iman M'sia, Uni M'sia Sabah, IIUM, UTeM, MMU, INTEC UiTM, FTMSK UiTM Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak.

Hadiah yang ditawarkan ialah:
PERTAMA : Wang tunai RM1000 , trofi dan sijil
KEDUA : Wang tunai RM700 , trofi dan sijil
KETIGA : Wang tunai RM500 , trofi dan sijil
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

Acara telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada AJK PROMED 2007.

Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Pengaturcaraan:
JOHAN         :  International Education Centre (INTEC), UiTM Sek 17
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Perak
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Shah Alam
Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Reka Cipta Multimedia:
JOHAN         :  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Shah Alam
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Terengganu
Tahniah kepada semua pemenang.

Apakah tugas saya?

Friday, September 7, 2007

Buku

Novel Terkini Pak Latip Talib

Alhamdulillah semalam Khamis 6hb September 2007, buat kali ke-3 Pak Latip Talip telah sudi berkunjung ke pejabat menghantar novel2 karya beliau buat pesanan rakan2 ku.
Kali ini membawa bersama 2 novel terbaru iaitu SiBongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka. Paling terharu, di belakang novel SiBongkok, terdapat komen dari ku!!!

Sesiapa yang ingin membaca, kena beli novel ini....(perasan syok sendiri.... baru tulis komen, belum tulis novel lagi!!! hehehe...)Gambar di ambil dari blog Pak Latip (sedih digicam ku telah rosak kerana terjatuh).

Sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah
-----------------------------------------------

Petang semalam juga saya telah berjumpa dengan sepupu ulas-kupas , En. Saifuddeen di lobby Hotel Quality, Shah Alam. Beliau membawa bersama kiriman dari ulas-kupas buku2 dan juga majalah untuk sumbangan kepada perpustakaan sekolah anak2 saya.
Terimakasih juga saya ucapkan bagi pihak PIBG sekolah kepada En ulas-kupas dan juga Pak Latip Talib. beliau juga telah menderma satu beg penuh buku2 cerita utk kanak2 ini semasa kunjungan kali ke-2 tempohari.

Buat rakan2 bloggers dan juga pembaca yang lain, jika tuan-puan ada bahan2 bacaan untuk kanak2 sekolah rendah dan menengah, yang berlebihan, kira sudilah tuan-puan menderma kepada perpustakaan Sek Ren Islam Hira', Klang dan juga Sek Men Islam Hira, Jeram. Saya sedang mengumpulkan bahan2 bacaan tersebut untuk diserahkan kepada pihak PIBG sekolah.

Sunday, September 2, 2007

5 benda dalam ............................

5 benda dalam ............................

Saya
di tag oleh OD:

[ 5 benda dalam beg ]
- Dompet duit
- Pen + Marker (kalau dah cikgu mesti tak tinggal benda nih)
- Lip Gloss
- floss
- Macam2 resit + slip ATM + name cards..!!!

[ 5 benda dalam dompet ]
- Gambar darling + anak2
- Lesen memandu
- MyKad
- Kad bank:- Bank Islam, Maybank, CIMB
- RM RM RM

[ 5 benda favourite dalam bilik istimewa ]
- Katil + comforter ku yg gebu....
- Laptop
- Penyejuk udara
- Gambar kawin
- Buku ....!!! (Mesti ada....semua ruang dalam rumah ku ada buku...)

[ 5 perkara yang saya ingin lakukan ]
- Tunaikan haji bersama suami dan ibu mertuaku (InsyaAllah doakan kami tahun ini, dah masuk senarai STANDBY)
- SIAPkan Thesis Phd ku!!!!!! (wuahhhh...tension...tension...)
- Luangkan masa bersama-sama keluarga sebanyak mungkin , tanpa perlu berkejar ke sana ke mari
- dapat ikut suami ke mana2 tempat kerjanya(terutama di luar negara)
- Buka kedai peralatan jahit-menjahit etc (sedang berbincang dgn kawan...ewah..bakal rakan kongsi... dan meninjau-ninjau kawasan strategik kat Shah Alam nih)

[ 5 perkara yang sedang saya lakukan]
- menulis Thesis Phd ku!!!!!!!!!
- update blog yg dah lama bersawang!!!
- minum air nescafe gold...hurm...harum aromanya.....
- baca emel
- insyaAllh tgh fikir nak bangun malam solat hajat utk anak ku yg ke-5 nak periksa UPSR selama 3 hari bermula esok.

[ Insan-insan yang ingin saya tag ]
- alaaa...malas lah nak tag-tag orang nih..... tapi kalau ada sesiapa yg membaca n3 ini dan ingin menjawab tag2 tersebut, dipersilakan.... hehehe...
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....